Dulu jumpa semut je mesti bunuh.Tapi sekarang tidak lagi.Baca saja ayat ini.

Dulu jumpa semut je mesti bunuh.Tapi sekarang tidak lagi.Baca saja ayat ini.

Semut merupakan makhluk kecil yang banyak ditemukan dimana-mana, baik didalam rumah mahupun di luar rumah. Keberadaan mereka kadang-kadang mengganggu aktiviti yang kita lakukan kerana sifatnya yang suka menghurung makanan manis ataupun sajian yang tersedia diatas meja.

Belum lagi bercerita tentang semut merah yang suka menggigit kulit sehingga meninggalkan bisa yang gatal. Namun semut ini juga ciptaan Allah swt, datangnya mereka juga sama seperti mereka, mencari rezeki untuk bertahan dalam kelangsungan hidup.

Perkongsian Aminah Nur Yahya melalui laman Facebook miliknya ini telah membuka mata ramai daripada kita yang sering kali merasakan kedatangan semut ini sebagai ancaman. Beliau juga ada berkongsi kisah salah seorang Nabi dengan seekor semut. Mari baca perkongsiannya dibawah, semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Masa jahil dahulu, nampak semut jek saya akan ambil spray racun serangga, spray semua biar mati. (Astaghfirullah al Adzim)

Itu dulu….dulu sangat2. Ketika zaman jahil. Ketika hati saya begitu kurangnya sifat Rahmah dan ikhsan. Rezeki saya , diberi peluang terus menimba ilmu yang bermanfaat sehingga menjuruskan saya lebih memahami. Alhamdulillah


Dulu jumpa semut je mesti bunuh.Tapi sekarang tidak lagi.Baca saja ayat ini.
Ketika sedang menyiapkan hidangan untuk anak2. Setitis adunan kuih jatuh ke atas ” table top”. Cepat sahaja semut2 datang menjamahnya. Rasa seronok mereka sudi berkongsi sedikit rezeki dari Allah ini.
Beri mereka ( semut2) peluang menikmati makanan tersebut sambil membaca surah ini.

.يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari”;
Surah An Naml 27:18

Membaca berulang kali sampai mereka berlalu pergi.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:”Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?” (Hadis Riwayat Muslim)

Dulu jumpa semut je mesti bunuh.Tapi sekarang tidak lagi.Baca saja ayat ini.

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah (Hadis Riwayat Abu Daud)

Seronokkan jika kita ada sedikit ilmu, kita amalkan dan kita harap Allah sudi pandang dan terima amalan kita.

Untuk mendapatkan ilmu, perlu berkorban waktu , melazimi majlis ilmu, dekat dengan para ulama, para guru dan jangan pernah berputus asa utk berusaha membersihkan hati kita agar mudah menerima ilmu. Yukk rajin ke majlis ilmu!!!

Moga Allah limpahkan hikmah dan rahmah ke dalam jiwa kita semua.

Sumber:suaramedia.org

Nabi Sulaiman Dengan Semut

Kisah 1
Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo’a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo’a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya.

“Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku”, do’a sang semut kepada Allah SWT.

Mendengar do’a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, “kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut”. Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Kisah 2
Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun.

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS.

Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu .

Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

Sumber: suaramedia.org

Cara Membayar Fidyah Untuk Si Mati Dan Cara Pengurusan

Cara Membayar Fidyah Untuk Si Mati Dan Cara Pengurusan

Assalamualaikum ustaz,
Fidyah… Bagaimana cara membayar fidyah . orang yang telah meninggal dunia…

Jawapan:

وعليكم السَّلام ورحمة الله وبركاته،

الحمدلله، والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

Menurut istilah fiqh, fidyah merupakan satu cara untuk menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal disebabkan keuzuran yang diterima oleh syarak atau tidak. Oleh itu, tiada amalan fidyah dilakukan kerana meninggalkan kefardhuan yang lain seperti meninggalkan solat dan sebagainya. Mereka yang diberi kelonggaran meninggalkan puasa namun wajib membayar fidyah atau melakukan qadha adalah seperti berikut;

Orang yang musafir dan tiada keupayaan tenaga dalam musafirnya kecuali dengan berbuka puasa. Hukumnya harus berbuka tetapi wajib menggantikan puasa tersebut.
Orang yang uzur kerana disebabkan sakit tua dan tidak mempunyai keupayaan untuk berpuasa. Hukumnya diharuskan berbuka dan wajib membayar fidyah.
Ibu yang menyusu dan dibimbangi tentang kesihatannya atau anak tersebut. Hukum harus berbuka tetapi wajib menggantikannya serta fidyah. Namun ada pendapat yang mewajibkan ganti puasa sahaja tanpa fidyah..
Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan atau pakar bahawa beliau tidak perlu berpuasa dan jika berpuasa boleh mendatangkan kemudharatan atau bertambah teruk sakitnya seperti gestrik dan sebagainya. Harus berbuka dan wajib menggantikan puasa sahaja.
Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa namun wajib ke atasnya qadha dan fidyah.

Hal ini merujuk kepada Firman Allah:

Maksudnya: “Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(al-Baqarah : 184)

Berrsandarkan nas di atas, mereka yang diwajibkan fidyah ke atasnya boleh disempurnakan dengan mengeluarkan secupak makanan asasi tempatan (beras) atau bersamaan 670 gram kepada fakir miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan. Perlu diingatkan, fidyah hanya diberikan kepada fakir miskin dan bukan kepada asnaf-asnaf yang lain seperti agihan zakat. Imam al-Nawawi menegaskan “pengagihan fidyah hanya kepadai fakir dan miskin sahaja” Mengenai tata cara mengeluarkan fidyah, ianya boleh dilaksanakan secara sendirian yakni dengan membeli makanan asasi (beras) tersebut mengikut jumlah hitungan hari yang ditinggalkan x satu cupak. Sebagai contoh, andaikan puasa yang ditingalkan sebanyak 10 hari bermakna 10 cupak atau bersamaan 6.7 kg. Itulah kadar yang diwajibkan kemudian disedekahkan beras tersebut kepada fakir miskin samada hanya kepada seorang penerima sahaja atau lebih. Fidyah juga boleh diwakilkan kepada waris atau pihak-pihak yang boleh menguruskannya. Namun begitu terdapat beberapa persoalan sampingan yang berkaitan dengan permasalahan fidyah iaitu;

Adakah fidyah dikenakan ke atas mereka yang meninggalkan puasa dan melampaui ramadhan yang berikutnya dan adakah fidyahnya akan berganda.
Adakah fidyah boleh dijelaskan dalam bentuk nilaian wang tunai atau hanya dikhususkan kepada makanan asasi sahaja.

Persoalan-persoalan tersebut telah dijawab oleh panel dalam jawapan terdahulu. Sila lawati;

http://muis.ismaweb.net/2010/08/hukum-fidyah-puasa/ atau merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan di : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah

Berkaitan fidyah bagi pihak si mati, para ulamak berpendapat para waris wajibmelaksanakan urusan fidyah berkenaan sebagaimana tanggungjawab melangsaikan hutang-hutang yang lain. Hal ini disandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas ra bahawa nabi saw telah didatangi oleh seorang lelaki yang bertanya tentang ibunya yang mati tetapi masih mempunyai tanggungjawab puasa, adakah boleh ia menunaikannya. Jawab baginda saw : Ya, hutang Allah lebih utama ditunaikan” Pendapat ini diperkukuhkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Ibn Umar ra bahawa nabi saw bersabda: ”Sesiapa yang mati dan di atasnya tanggungjawab puasa, hendaklah ia memberi makan fakir miskin setiap hari”. Namun begitu para waris digalakkan (sunat) menggantikan puasa berkenaan bagi pihak si mati sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah r.a bahawa nabi saw bersabda: ”Sesiapa yang mati dan di atasnya tanggungjawab puasa, hendaklah para waris berpuasa bagi pihaknya”. Imam al-Syaukani lebih cenderong menjelaskan maksud hadith tersebut dengan makna “ para waris melakukan sesuatu yang seumpama puasa iaitu memberi makan“. Pendapat ini selaras dengan pendapat Ibnu Hajar yang dikemukakan di dalam kitab Fathu al-Bari.

والله أعلم بالصواب

Rujukan;

Fiqh Islami wa Adilatuh
Fathu al-Bari
Nailu al-Awtar
Al-Fiqh al-Manhaji
Mughni al-Muhtaj

Sumber:

Disediakanoleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS

sumber:semasapost.com

Tidak Perlu lagi Insulin!! Inilah Resepi Penawar Kencing Manis

Tidak Perlu lagi Insulin!! Inilah Resepi Penawar Kencing Manis..

Hari ni saya nak kongsi Resepi Penawar Kencing Manis menggunakan Superfood Bawang Putih dan bahan semulajadi di dapor kita. Resepi ni sebenarnya dari timur tengah dan telah lama di amalkan oleh orang arab sejak turun temurun lagi. Kadar gula dalam badan dapat di stabilkan dengan segera tanpa insulin .

Tujuan perkongsian saya adalah untuk membantu lebih ramai orang merawat dan mencegah Penyakit Kencing Manis yang menghantui masyarakat kita.

Resepi Penawar Kencing Manis

5 ulas Bawang Putih

1 biji buah Lemon

2 inchi Halia

1 sudu besar Madu Royal Yemen

Caranya

1. Hiris nipis lemon, halia dan bawang putih tadi. Kemudian didihkan 500ml air. Setelah mendidih air tadi, masukkan bahan secara berperingkat di mulai dengan lemon, kemudian halia dan yang terakhir bawang putih.

2. Masak selama 10 minit dan kemudian tapis dan masukkan kedalam gelas. Biarkan air tadi sejuk dan masukkan sesudu Madu Royal sebagai pemangkin resepi kita tadi.

3. Minum air campuran madu tadi semasa perut kosong, seeloknya pada waktu pagi. Insha Allah tekanan gula dalam darah akan turun dan stabil seperti biasa.

Khasiat Lemon

Sebagai Antibacteria dan Antivirus
Mempunyai Anti Oksida yang tinggi
Mengurangkan Lemak
Menguruskan badan
Dapat meningkatkan hidrasi dan berikan tenaga.
Mencantikkan kulit
Membantu penghadaman makanan
Khasiat Halia

Memperbaiki saluran darah dalam badan
Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
Mengurangkan ketidakselesaan perut
Mencegah Barah usus
Mengurangkan sakit dan radang
Rawatan untuk kanser Ovari
Menguatkan imuniti badan
Mengurangkan morning sickness
Khasiat Bawang Putih

Mencegah keracunan makanan
Mengubati jangkitan kulat pada kulit
Menambahkan tenaga dan stamina
Mencegah serta mengubati demam dan selsema
Mengawal berat badan
Menjaga jantung dan menurunkan kolestrol serta tekanan darah tinggi
Mengurangkan angin dalam badan
Lagi satu selepas beberapa hari mengamalkan minuman Resepi Penawar Kencing Manis ni di galakkan anda mengambil bacaan gula untuk mengetahui keberkesanan resepi ini.

Saya izinkan Share untuk bantu orang yang memerlukan, terima kasih.

Sumber: semasapost.com

Kalau Bermimpi Tentang 13 Hal Ini,Waspadalah,Dan Segera Beristighfar.Itu Tanda Diganggu Jin & Syaitan

Kalau Bermimpi Tentang 13 Hal Ini,Waspadalah,Dan Segera Beristighfar.Itu Tanda Diganggu Jin & Syaitan

Tulisan saya kali ini sebenarnya sudah pernah saya bahas dan banyak sekali mendapat respon dari pembacanya. Respon ini tentu tidak terlepas dari masalah yang saya bahas iaitu masalah mimpi.Semua orang pasti pernah bermimpi dan hampir setiap kita tidur mimpi itu datang.

Disini saya bukanlah seorang pentafsir mimpi sehingga setiap orang yang membaca tulisan ini akan bertanya pada saya tentang tafsiran dari mimpi-mimpi mereka.Perlu diketahui bahawa mentafsirkan mimpi itu memerlukan ilmu tersendiri, terutama seseorang itu harus menguasai Alquran dan hadits dengan baik. Jadi tidak sembarang orang yang dapat dikatakan boleh menafsirkan mimpi.

Disini yang akan saya bahas adalah simbol-simbol yang berhubungan dengan binatang,orang,jin,dan serangga dalam mimpi yang menggambarkan seseorang yang bermimpi itu terkena sihir,’ain,dan gangguan syaitan.Sebelum kita membahas masalah ini lebih jauh alangkah baiknya kita perhatikan sabda Nabi Shallallahu alaihi wasallam yang berbunyi:

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

الرؤيا ثلاث حديث النفس وتخويف الشيطان وبشرى من الله

“Mimpi itu ada tiga macam: bisikan hati, ditakuti syaitan, dan khabar gembira dari Allah.” (HR. Bukhari 7017).

Jadi pembahasan kita dalam tulisan ini menyangkut pembahagian jenis mimpi diatas iaitu; mimpi yang dari syaitan,dan khabar gembira dari Allah. Syaitan akan menampakkan diri dalam bentuk manusia, binatang buas, dan serangga dalam mimpi.

Dengan bentuk-bentuk ini kita boleh mengetahui jenis syaitan yang mengganggu,dan jumlah syaitannya. Ada satu hal yang sangat penting yang harus kita perhatikan dalam masalah mimpi dari syaitan ini yaitu; bila kita boleh menganggap mimpi yang kita alami itu sebagai tanda bahawa mimpi kita menunjukkan kita terkena sihir, ‘ain,dan gangguan jin?

Syarat-syaratnya mimpi kita itu memang dari syaitan adalah: Pertama: Mimpi itu berulang-ulang,paling sedikit tiga kali dalam seminggu. Kedua: Setelah kita bermimpi kita merasa takut dan cemas sekali. Ketiga: Kehidupan kita tiba-tiba berubah yang mulanya sihat berubah sakit, yang mulanya rajin berubah malas dll. Saya minta tiga syarat diatas agar diperhatikan dengan baik.

Dengan memahami syarat-syarat diatas, kita tidak akan cepat mengatakan seseorang atau diri sendiri setelah bermimpi terkena gangguan sihir, ‘ain dll.

Baiklah para pembaca yang dirahmati Allah pembahasan ini saya bagi menjadi tiga bahasan sebagai berikut:

1. Makna mimpi tentang binatang
2. Kenapa syaitan menakuti orang yang diruqyah melalui mimpi
3. Khabar gembira untuk orang yang sakit melalui mimpi.

Marilah kita mulai membahas tiga bahasan diatas dengan memohon taufiq dari Allah SWT.

1. Sering mimpi tentang kera, atau binatang-binatang buas lainnya. Mimpi ini menunjukkan syaitannya dari jenis maarid/yang sangat durhaka. Sama dengan mimpi melihat unta

Bila keranya atau untanya 1, makanya syaitannya satu, begitu seterusnya. Jumlah binatangnya memberitahu kita jumlah setannya.

2. Sering bermimpi tentang ular hitam menggambarkan syaitannya adalah syaitan yang bertugas sebagai khodam sihir. Bila ularnya sudah menggigit atau melilit kaki, itu artinya syaitannya sudah masuk ketubuh orang yang disihir. Bila dalam mimpi ularnya mengawasi dari jauh, ini menandakan syaitannya sedang mencari kesempatan. untuk masuk ketubuh target dari sihirnya. Bila ularnya besar, maka syaitan ini memiliki kedudukan tinggi di kelompoknya.

Bila ularnya memiliki sayap, maka dia dari jenis jin terbang. Apabila ularnya hanya melata, maka ini jenis jin yang tinggal dirumah-rumah kita.

3. Sering mimpi tentang kucing hitam. Ini juga menunjukkan adanya jin yang ingin mengganggu.

4.Sering mimpi tentang landak, ini menunjukkan jin yang tinggal dirumah-rumah atau tempat-tempat yang tidak dihuni manusia.

5. Sering bermimpi tentang kelawar menunjukkan jinnya jin terbang yang dikirim untuk perbuatan sihir. Sebahagian besar jin kafir dan biasanya tinggal di tandas.

6. Sering bermimpi tentang anjing. Bila anjingnya jantan berarti jinnya lelaki. Bila anjingnya betina, maka jinnya juga perempuan.

7. Sering bermimpi tentang keledai dan babi, ini dari jenis syaitan yang sangat durhaka dan kebanyakan beragama yahudi dan nashrani.

8. Sering mimpi tentang serangga seperti; lipas ini menunjukkan dari jenis jin yang rendah dan lemah.Biasanya tinggal dirumah-rumah.

9. Sering melihat burung dan jatuh dari ketinggian ini menunjukkan jenis jin terbang.

10. Sering mimpi bersetubuh ini menunjukkan jin pencinta.

11. Sering mimpi berada atau melihat kuburan dan rumah kosong ini berarti jenis jin yang tinggal di kuburan. Biasanya jin khodam sihir dan yang masuk kerana ‘ain dan hasad.

12. Sering bermimpi tentang lelaki atau perempuan hitam, ini menunjukkan ada gangguan jin. Bila dia dalam mimpi berhubungan intim, maka jin ini jin pecinta.

Bila didalam mimpi mengejar dan kelihatan benci atau ingin menyakiti, maka jin ini kiriman dari sihir atau masuk lewat rasa dengki/hasad.

13. Sering bermimpi tentang jin yang berbentuk manusia, ini memang benar jin. Keadaan yang bermimpi tergantung pada bagaimana keadaan didalam mimpi. Misalnya yang bermimpi berkelahi dengan jin ini atau yang bermimpi mengusir jinnya dan menang itu artinya yang bermimpi menang dan bentengnya bagus.

Begitu sebaliknya. Mimpi-mimpi seperti ini biasa di alami oleh orang yang sedang melakukan pengubatan dengan ruqyah.

Setelah kita membahas beberapa simbol-simbol diatas, sekarang kita akan membahas masalah lain yang juga sering dialami oleh seseorang yang mulai menjalani pengubatan dengan ruqyah syar”iyah.

Kenapa syaitan itu sering menakut-nakutkan melalui mimpi yang menyeramkan? Apa sebabnya?

Jawabannya adalah pada dasarnya syaitan itu lemah dia hanya boleh kuat dengan dosa-dosa dan dengan menghalangi seorang pesakit untuk tidak menjalani ruqyah lagi.

Ketika seorang pesakit sudah menjalani ruqyah, maka syaitannya mulai merasa terganggu dan pertahananannya mulai goyah dan sebentar lagi akan hancur.

Dalam keadaan seperti ini syaitan akan berusaha sekuat tenaga untuk tetap berada dalam tubuh orang yang dirasukinya.

Mulailah syaitan ini datang lewat mimpi dan menakut-nakutkan bahkan mengancam orang yang dirasukinya agar tidak melanjutkan ruqyahnya.

Bagi orang yang sedang melakukan ruqyah dan setannya mengancam atau menyakiti baik lewat mimpi maupun lewat dunia nyata, saya sarankan jangan terkecoh tetap lanjutkan program ruqyahnya karena itu hanya tipu daya setan. Tetap semangat untuk melanjutkan.

Silakan dishare, semoga bermanfaat. Aamiin

Berikut penjelasan daripada Ustaz Khalid Basalamah berkenaan mimpi 7 haiwan.

Sumber: suaramedia.org

Ramai Yang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah Walaupun Sudah Tahu Akibatnya Yang Akan Menimpa.. Ini Sebabnya Kita Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah.

Ramai Yang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah Walaupun Sudah Tahu Akibatnya Yang Akan Menimpa.. Ini Sebabnya Kita Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:

Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar2 yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding2 rumah.

Wallahualam ( Rujukan Kitab Rawaiul Bayaan Juz 1 )

sumber: semasapost.com

Orang Yang Bahagia Tak Akan ‘Tayang’ Semua Benda Di Media Sosial, Kenapa? Mungkin Ini Sebabnya

Orang Yang Bahagia Tak Akan ‘Tayang’ Semua Benda Di Media Sosial, Kenapa? Mungkin Ini Sebabnya

Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?

Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait rumah tangga juga turut dikongsi! Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu.

Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…

1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa

Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial.

Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.

Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.

Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Risau takut masuk kategori RIAK

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri.

Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga

Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.

5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.

Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.

Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.

Kalau Anda Setuju Mohon Share Ya!!

Sumber: semasapost.com

Tidak Perlu Guna Racun, 5 Petua Berkesan Hapus Anai-anai Di Rumah

Tidak Perlu Guna Racun, 5 Petua Berkesan Hapus Anai-anai Di Rumah

Anai-anai bagaikan musuh nombor satu pada kediaman kerana ia boleh merosakkan barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.

Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.

Jadi sebelum masalah anai-anak ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua membasmi tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.
Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai
Laluan Anai-anai

Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.

Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

Kesan Perubahan Tekstur Warna

Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warnakayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

Kehadiran Kelkatu

Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

Rekahan atau Lubang

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.

Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Petua Menghalau Anai-anai
1. Garam Dapur

Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.

Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

2. Air Kapur sirih

Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.

Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

4. Minyak Tanah

Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

Selamat Mencuba!

Sumber:semasapost.com

Subhanallah!! Inilah Amalan Sebelum Tidur Yang Menyamai Pahala Membuat Haji

Subhanallah!! Inilah Amalan Sebelum Tidur Yang Menyamai Pahala Membuat Haji

Gambar Hiasan

Tidur merupakan aktivitas alamiah setiap makhluk hidup. Namun bagi umat Islam, tidur bisa menjadi penyegar untuk beribadah esok hari sekaligus menjadi ladang amal yang mampu menghasilkan pahala berlimpah.

Bahkan dalam suatu riwayat disebutkan amalan sebelum tidur ini sama dengan beribadah umrah maupun haji. Keterangan tersebut didapat dalam riwayat Aisyah dimana ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berwasiat terhadapnya.

“Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal yakni mengkhatamkan Al Qur’an, memperoleh syafaat dari para Nabi, membuat kaum mukminin dan mukminat senang dan ridho kepadamu serta melakukan haji dan umrah.”

Aisyah bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?” Rasulullah kemudian menjawab, “Sebelum tidur bacalah Qul huwallahu ahad sebanyak tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatamkan Al Qur’an” Maksudnya adalah membaca surat Al Ikhlas secara keseluruhan sebanyak 3 kali.

Selanjutnya Rasul bersabda, “Kemudian agar engkau mendapatkan syafaat dariku dan pada Nabi sebelumku, bacalah shalawat: Allahumma shalli ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama shallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim. Allahumma barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim fil ‘alamina innaka hamidum majid.”

“Sebelum tidur, hendaklah kamu lakukan haji dan umrah.” Rasulullah memberikan caranya yakni, “Siapa yang membaca Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha illallaah wallahu akbar, maka ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah.”

Sementara itu amalan sebelum tidur lainnya telah diajarkan oleh para ulama yang bersumber dari Rasulullah langsung. Sehingga kita pun bisa menggabungkan amalan yang berasal dari riwayat Aisyah dengan amalan berikut.

1. Melaksanakan Wudhu Terlebih Dulu

Pada malam hari, disunnahkan bagi seorang muslim untuk membiasakan wudhu sebelum tidur. Hadist yang menerangkannya terdapat dalam riwayat Bukhari dan Muslim.

“Apabila Engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan shalat.” (HR Bukhari Muslim).

2. Membaringkan Tubuh Ke Sebelah Kanan

Salah satu sunnah yang seringkali dilupakan sebelum tidur adalah dengan mengambil posisi tidur yang tepat. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,

“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR Bukhari dan Muslim). Sementara dalam riwayat yang lain disebutkan, “Rasulullah apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Usahakan untuk tidak melakukan posisi tengkurap ketika hendak tidur. Ini karena posisi tersebut sangat dimurkai oleh Allah.

“Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR Abu Dawud)

3. Membersihkan Tempat Pembaringan

Sebelum hendak tidur, bersihkanlah bagian permukaan kasur dengan cara mengibas-ngibaskan kain pada permukaan kasur tersebut.

Rasulullah telah bersabda, “Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibas-ngibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, karena ia tidak tahu apa yang ada di atasnya..” Pada hadist lain disebutkan kibasannya tiga kali.” (HR Bukhari Muslim)

4. Tidur Segera Setelah Isya

Tidur menurut ajaran islam hendaknya tidak dilakukan terlalu larut malam karena selain buruk bagi kesehatan, tidur yang terlalu malam juga akan berefek kepada sulitnya melaksanakan shalat tahajud atau shalat malam.

5. Membaca Dzikir Sebelum Tidur

Salah satu dzikir yang disarankan oleh Rasulullah sebelum tidur dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim adalah seperti berikut:

اَللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيَ
إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا
مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ

Yang artinya adalah: “Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyandarkan punggungku kepadaMu karena senang (mendapatkan rahmatMu) dan takut pada (siksaanmu, bila melakukan kesalahan). Tidak ada tempat perlindungan dan penyelamatan dari ancamanMu kecuali kepadaMu. Aku beriman pada kitab yang telah Engkau turunkan, dan (kebenaran) NabiMu yang telah Engkau utus.”

Dengan mengamalkannya sebelum tidur, maka jika mati dalam tidurnya, matinya diatas fitrah (mati dalam islam).

Selain itu kita pun dianjurkan untuk membaca surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebanyak 3 kali sambil meniupkan ke telapak tangan. Setelah itu kemudian diusapkan ke seluruh tubuh. Kita juga dianjurkan untuk membaca ayat Kursi, surat Al Kafirun, al Mulk dan dua ayat terakhir surat Al Baqarah.

Amalan yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah diatas bisa kita aplikasikan bersama dengan dzikir lainnya sehingga semakin lengkaplah dzikir yang kita lakukan setiap malam.

6. Melaksanakan Shalat Witir Jika Khawatir Tidak Mampu Shalat Malam

Bagi mereka yang kelelahan dan ragu-ragu akan bisa bangun pada sepertiga malam, maka Rasulullah menganjurkan untuk melaksanakan shalat witir sebelum tidur.

Dari Abu Hurairah, ia berkata, “Kekasihku yaitu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mewasiatkan kepadaku tiga wasiat: Berpuasa tiap hari setiap bulannya, mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha dan mengerjakan witir sebelum tidur.” (HR Bukhari)

7. Membaca Doa Tidur

Yang terakhir sebelum hendak tidur adalah membaca doa tidur sebagaimana yang terdapat dalam riwayat Hudzaifah.

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ « بِاسْمِكَ
اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا » . وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ
الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا ، وَإِلَيْهِ النُّشُورُ »

“Apabila Nabi hendak tidur, beliau mengucapkan: Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan namaMu aku mati dan aku hidup). Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: Alhamdulillahilladzi ahyaana ba’da maa amaatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNyalah tempat kembali).” (HR Bukhari)

Demikian beberapa amalan sebelum tidur yang tak hanya menjaga selama kita tidur, namun juga bisa menjadi ladang yang bahkan melebihi ibadah haji ataupun umrah. Laksanakanlah setiap malam dan jangan lupa untuk senantiasa memohon ampun kepada Allah karena kita tidak tahu apakah besok masih bisa hidup atau tidak.

Wallahu A’lam.

sumber:suaramedia.org

 Inilah 7 Khasiat AJAIB Air Rendaman Kurma Yang Ramai TAK TAHU !!!

 Inilah 7 Khasiat AJAIB Air Rendaman Kurma Yang Ramai TAK TAHU !!!

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga! Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya. Ini cara penyediaannya… 🤗🤗

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga! Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Cara Membuat Air Nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam kurma dalam air minuman tersebut..
3. Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis. Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~boleh tahan 1 – 2 hari.

Semoga perkongsian ini beranfaat untuk anda. Silakan ‘share’. Terima kasih.

Sumber:suaramedia.org

Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur, Insya Allah Hutang Sebanyak Apa Pun Akan Habis

Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur, Insya Allah Hutang Sebanyak Apa Pun Akan Habis

Gambar Hiasan

Doa ini adalah di antara doa yg bisa diamalkan untuk melunasi utang & dibaca sebelum tidur.
Sudah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ،
وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil

‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa

munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Artinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).
Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.
Semoga bisa diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada. Aamiin…

Sumber: suaramedia.org