Connect with us

JAWATAN KOSONG TERKINI

Belajarlah Hargai Peng0rbanan Insan Bergelar Isteri

Published

on

Belajarlah Hargai Peng0rbanan Insan

Belajarlah Hargai Peng0rbanan Insan Bergelar Isteri

Ketika isteri sedang menyediakan sarapan di dapur, tiba-tiba anak nombor 2 menangis. Rupa-rupanya anak ken cing di atas katil. Lagi sa kit, anak nombor 4 minta dibuatkan susu. Alahaaiii…. terkejar-kejar isteri nak buat dua benda! Dari bilik tidur ke dapur, suami ada hanya duduk bersandar sambil menonton televisyen. Langsung tidak diendahkan apatah lagi untuk membantu isteri.

Senang ayat suami selalu guna, ‘isteri kan tak kerja, dialah yang kena uruskan hal-hal kat rumah…’Dalam situasi ini, bagaimana pula jika isteri bekerja dan terpaksa buat perkara yang sama di rumah. Kalau suami anda seorang yang ringan tulang, tak salah rasanya sama-sama membantu. Isteri kerja pun untuk tolong suami juga.

Suami sudah tentu ada egonya sendiri dan mungkin anggap kerja-kerja rumah ini hanya boleh dilakukan oleh isteri sahaja. Suami hanya cari nafkah. Tak salah, suami ringankan kerja isteri di rumah, barulah hidup harmoni dan saling tolong-menolong. Kalau nak harapkan isteri seorang yang buat kerja rumah, lama-kelamaan, boleh memberi tekanan pada isteri sehingga menimbulkan leteran dan bebelan.

Dikatakan, suami yang tidak mahu membantu bukan hanya akan hilang hormat dan kasih sayang dari seorang isteri. Isteri akan merasakan dirinya diperlakukan sebagai orang gaji untuk kesenangan suami dan keluarga. Jangan sampai jadi kes p3rang dingin, anda boleh rujuk beberapa tip oleh Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat ini…

Tip Untuk Suami

Tak payahlah berkira sangat, cuba bantu buat kerja rumah demi meringankan tugas isteri anda. Contohnya mengemop lantai, sapu sampah atau kerja paling mudah bila tengok sampah penuh dalam tong, buanglah.
Berilah kata-kata membina dan memberangsangkan kepada isteri. Jika ada teguran, pastikan bukan teguran yang meny4kitkan hati isteri.

Tip Untuk Isteri

Kalau suami tak nak tolong, minta dia sediakan orang gaji. Bila nak minta tolong suami, cakap elok-elok. Jangan menengking dan meninggikan suara. Jangan bagi arahan tapi bagi rayuan. Jangan ungkit dan membebel.
Suami pun sebenarnya manja macam anak kita, jadi isteri kena pandai ucapkan terima kasih setiap kali suami tolong. Kalau nak suami happy, peluk suami lepas dia tolong kita.

Ciri-ciri Suami Idaman

  • Sedap mata memandang
  • Menjaga solat lima waktu
  • Berkemampuan dalam menjaga keluarga
  • Bukan kaki pukul
  • Tidak panas baran
  • Bertanggungjawab
  • Penyabar
  • Semoga berbahagia dalam melayari kehidupan rumahtangga.

sumber:majalah-harian.com

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG TERKINI

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN-SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)/PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/SIJIL RENDAH PELAJARAN (SRP)

Published

on

By

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN-SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)/PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/SIJIL RENDAH PELAJARAN (SRP)

Kelayakan PT3/PMR/SRP Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3/PMR/SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3/PMR/SRP berikut:

Mata Pelajaran Syarat Minimum
Gred di PT3
Syarat Minimum
Gred di PMR
Syarat Minimum
Gred di SRP
Bahasa Melayu Kepujian
(Gred C)
Kepujian
(Gred C)
Kepujian
(Gred 6)
Matematik Lulus
(Gred E)
Lulus
(Gred D)
Lulus
(Gred 7 atau 8)
Tiga (3) mata pelajaran lain Lulus
(Gred E)
Lulus
(Gred D)
Lulus
(Gred 7 atau 8)

(Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 dan 2 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik:

Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
Pengawal Keselamatan Gred KP11 Sekurang-kurangnya Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)

Berikut merupakan senarai jawatan di peringkat PT3/PMR/SRP yang ditawarkan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9):

JAWATAN KOSONG TERKINI

>>>KLIK UNTUK PERMOHONAN: JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Continue Reading

JAWATAN KOSONG TERKINI

13000 Batu Sungai Digunakan Untuk Membina Surau Impian Seorang Pesara Tentera Dan Bercadang Untuk Menginfakkan Kepada Kedua Orang Tuanya. Alhamdulillah

Published

on

By

13,000 Batu Sungai Digunakan

13000 Batu Sungai Digunakan Untuk Membina Surau Impian Seorang Pesara Tentera Dan Bercadang Untuk Menginfakkan Kepada Kedua Orang Tuanya. Alhamdulillah

Seorang pesara pegawai t3ntera sanggup memerah keringat membina sebuah surau dengan menggunakan batu sungai demi menyediakan kemudahan ruang solat untuk pekebun dan penoreh getah di Bukit Kachi, Sintok, Kedah.

Mejar (B) Mustapa Musa, 58, memulakan pembinaan surau itu sejak April tahun lalu, dibantu oleh seorang kenalannya yang membantunya mengutip batu-batu dari sebatang sungai terletak kira-kira 50 meter dari tapak surau dan menyusunnya menjadi dinding.

Katanya, surau itu yang diberi nama Surau Batu Sungai Bukit Kachi, dibina dengan keluasan 7.6 meter lebar dan 10.6 meter panjang atas tanahnya sendiri dalam kawasan kebun getah, di sini.

13,000 Batu Sungai Digunakan

“Bukan sebarang orang boleh buat surau ini kerana perlu mengutip jumlah batu yang banyak, namun semua perasaan itu hilang apabila ada yang datang bersolat di sini dan rasa sangat bersyukur kerana proses pembinaannya berjalan lancar,” katanya.

Mustapa berkata, kira-kira 13000 batu sungai digunakan untuk membina surau itu yang turut dilengkapi dengan sebuah bilik air dan dewan terbuka untuk kegunaan orang ramai yang datang berkunjung ke kawasan itu. Selain itu, beliau turut membelanjakan kira-kira RM30,000 untuk peralatan dan bahan binaan lain untuk surau itu yang kini hampir siap sepenuhnya serta sudah boleh digunakan.

Mustapa mengakui pembinaannya sedikit rumit, namun beliau bertekad menyiapkan demi memenuhi impian memiliki surau sendiri selain bercadang menginfakkannya untuk kedua orang tuanya.

“Surau ini adalah sebagai satu cara berdakwah walaupun ia terletak di dalam kawasan kebun getah, saya mahu kelainan supaya orang tertarik untuk singgah menunaikan solat, kerana mereka yang pernah datang bersolat di sini mengatakan suasana di dalamnya sejuk dan menenangkan,” katanya.

Beliau turut bersyukur apabila kemudahan elektrik dan air akan dibekalkan oleh pihak berkaitan sekali gus memastikan surau itu dapat digunakan dengan selesa terutama pada waktu malam. Surau yang dibina di atas tanah hampir satu hektar itu mampu memuatkan hampir 85 orang jemaah pada satu-satu masa.

Sumber/Foto:Harian Metro

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading

JAWATAN KOSONG TERKINI

Aksi Bayi Ini Berjaya Dirakam Yang Kelihatan Seolah-Olah Menadahkan Tangannya Untuk Berdoa. Subhanallah

Published

on

By

Aksi Bayi Ini Berjaya Dirakam Yang Kelihatan Seolah-Olah Menadahkan Tangannya Untuk Berdoa. Subhanallah

Tular sebuah video yang dirakam pada asalnya untuk merakam detik-detik indah kelahiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu. Namun dalam rakaman tersebut, aksi bayi ini berjaya dirakam yang kelihatan seolah-olah menadahkan tangannya untuk berdoa. Subhanallah, sepertinya tanda syukur kepada Yang Maha Pencipta kerana dilahirkan dengan selamat ke dunia ini.

Dalam rakaman tersebut juga, bayi itu sempat melemparkan senyuman sebagai hadiah kepada mereka yang membantunya lahir ke dunia. Ikuti perkongsian cerita vir4l ini seperti banyak yang dikongsikan melalui media sosial.

Perkongsian di media sosial

Seperti video viral bayi baru lahir ini. Bayi mungil itu tampak tengah berdoa dengan tangan menghadap ke atas. Bahkan, bayi tersebut juga menggerakkan tangannya seperti hendak melakukan gerakan ‘Amin’.

Tangan Seperti Berdoa

Seorang bayi baru lahir menjadi viral di media sosial. Hal ini lantaran sang bayi melakukan gerakan seperti tengah berdoa. Video bayi baru lahir ini pun langsung menjadi perbincangan hangat publik.

“Alhamdulillah berdoa ya, Amin Amin. Alhamdulillah,” ujar pria dalam video saat melihat tangan sang bayi seperti tengah berdoa.

Gerakan Tangan Bak Ucapkan Amin

Tak hanya itu, si kecil juga tampak menggerakkan tangannya bak ingin ucapkan kata ‘Amin’. Terlebih sang ibu dan pria dalam video juga mengatakan ‘Amin’ usai selesai berdoa. Meski dibantu oleh sang ibu, sang bayi ini bisa menggerakkan tangan bak mengucapkan ‘Amin’.“Amin ya Allah, pintar sok pintar. Amin sayang, Amin,” lanjutnya sembari sang ibu mencoba menggerakkan tangan si kecil.

Senyum Manis Usai Berdoa

Menariknya, si kecil juga sempat memberikan senyum manisnya. Hal itu dilakukannya setelah dia dan orang-orang sekitar selesai berdoa. Berikut video bayi baru lahir seperti tengah berdoa.

Sumber:facebook

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading

Trending