Pedoman Hidup
Meningg4l Dunia Ketika Sedang Mengerjakan Solat Zohor, Anak Kongsikan Tentang Arwh Yang Suka Berkongsi Rezeki. Masyallah

Meningg4l Dunia Ketika Sedang Mengerjakan Solat Zohor, Anak Kongsikan Tentang Arwh Yang Suka Berkongsi Rezeki. Masyallah
Tanggal 13 Ogos 2014, pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meningg4l dunia akibat s3rangan jantung ketika sedang mengerjakan solat Zohor. Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik oleh isterinya Habirah Rahim, 59, sebelum disahkan meningg4l dunia.
Jenazah Allahyarham dik3bumikan di Tanah Perku buran Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.
Pemergian Allahyarham ketika sedang beribadah dicemburui bukan sahaja ahli keluarga malah rakan-rakan yang mengenali dirinya. Dalam satu perkongsian di Facebook, anak perempuan Allahyarham, Cikgu Sharifah Maidin mendedahkan Allahyarham seorang yang suka berkongsi rezeki ketika hayatnya.
Ikuti perkongsian beliau di bawah:
Aku layak cakap kot? Aku anak artis juga. Takda la glamour macam depa sangat. Tapi abah ada la dapat award! Takat berlakon 8 ke 9 filem (kot!). Bayaran artis sekarang tak macam dulu. Kemaih! Tapi abah aku bela kami 5 beradik tak da minta-minta. Minta tolong adalah. Lepas tu bayar balik.
Abah aku kayuh basikal walau artis. Senang sikit naik motor Yamaha ja. Jiran kata, rumah kami macam padang bola. Kosong! Kereta abah aku bukan second hand, tapi fourth hand. “Lepas kami kerja baru abah dengar kata beli kereta baru. Kereta Kelisa tu lah abah pi show sana sini. Tu pun abah selalu kena t!pu. Hampa tau abah aku kata apa? Halailah, Allah bagi kat abah balik nanti.
Abah aku tak tunggu pendapatan artis sahaja. Abah aku guna duit lakonan dan berlawak tu beli lembu dan kambing. Kami la manager dia. Kami la drebar dia. Ajar kami anak² kerja kebun dan tanam jagung. Aku baca buku sambil jaga lembu dalam kebun getah! Kadang-kadang kawan-kawan aku gelak. Betul ka hang anak artis? Ada aku kisah?
Mak abah ajar kami adik beradik mengadap dunia dengan berani. Hasilnya 4 orang guru dan seorang tentera. Kami dulu kecik hati dekat abah sebab abah jarang bawa kami jalan-jalan. Tapi la ni aku faham. Dulu kecil hati nak pakai baju macam artis mak tak bagi. Semua mak jahit sendiri.
Mana nak jadi artis kalau mak jahit sendiri? Bila lepas SPM mak hantar aku pulak belajar jahit baju. Kecil hati bila dapat course Art & Design UITM mak tak bagi. Kalau tak, confirm aku lawan Rizalman! Mak tahu aku nak jadi macam artis. Nasib baik nooo..
Aku menyanyi di sekolah abah tak berapa benarkan. Tapi dia kata kalau boleh jadi macam Siti Nurhaliza takpa la masa itu nak kahwin dah. Buat kena jeling. Boleh, tapi kena disiplin. Abah kata kena layan macam buat bisnes. Kecut perut aku. Last sekali aku berteater dan menari hanya di MPRM.
Abah suka kongsi rezeki dekat masjid
Memang masa ada, adalah rezeki abah. Masa dapat banyak offer abah kongsi kat masjid. Mak aku favourite dia beli periuk belanga. Kami selalu buat kenduri dulu. Kalau raya, mihun sup gear box mak aku seperiuk besar, nak habaq! Barang emas tak beli sangat, tapi beli periuk yang macam standard nak buat katering!..”
La ni kalau rindu kat mak, tengok ja la periuk mak tu. Memang mak tak tinggal gambar sangat. Tapi mak tinggal periuk dan mangkuk pinggan. Mak…pah rindu mak! Kami tak diajar mewah dengan percutian, tapi kami di ajar cari duit sendiri. Usaha dengan tulang 4 kerat. Ada masa jatuh juga. Tapi jangan ajar diri meminta-minta,
Hebat abah dan mak mengatur kejayaan kami. Salute kat depa.
Al-Fatiha buat abah dan mak. Rindu..
Sumber: Majalah Harian.com
Kongsisibomonicko/Harian Semasa tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di kongsisibomonicko.com/Harian Semasa Dan Juga Di Page Sharing Info
Pedoman Hidup
Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Baiknya Didikan Dari Ibu Bapa Yang Hebat

Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Baiknya Didikan Dari Ibu Bapa Yang Hebat
Setiap anak yang baru dilahirkan adalah seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri, jika cantik coraknya, maka cantiklah hasilnya.
Anak perlu diberikan didikan yang sempurna seimbang dunia dan akhirat untuk mereka meneruskan hidup di masa akan datang di mana dapat membezakan antara yang baik dan bu ruk.
Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Shahrin Nasir cukup buat hati rasa bersyukur, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gelagat seorang abang kecil yang menjaga adiknya semasa ayahnya sedang menunaikan solat di sebuah surau di Bandar Tawau, Sabah. Apa yang menarik, selepas bapanya selesai solat, beliau pula bangun untuk bersolat, hebatnya didikan dari ibu bapa budak lelaki ini.
Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Jom baca perkongsian di bawah.
Berdiri kagum aku seketika…melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya…Cantik sungguh akhlak anak ini …tidak melepaskan tanggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dia juga masih kecil…
Setelah ayahnya selesai solat…aku terpegun sekali lagi…melihat dia pula yang beribadah kepada Tuhan…Tahniah kepada ibu Bapa anak ini… Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sangat jelas dalam diri anak anda yang comel dan taat ini…rasa cemburu bila melihat anak ini.
#minta izin ambil gmbar ya bang…lupa bagitahu tadi..
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” Surah Luqman : Ayat 14
Sumber: Siakapkeli
Harian Semasa/Kongsisibomonicko menyajikan informasi dari seluruh pelusuk negara dan juga luar negara untuk santapan pembaca-pembaca semua. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment.
Pihak Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik Dalam Dan Juga Luar Negara di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info.
Pedoman Hidup
Lelaki Bertatu J3sus Yang Menerima Hidayah Allah S.W.T Dan Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Jom Baca Kisah Ini

Lelaki Bertatu J3sus Yang Menerima Hidayah Allah S.W.T Dan Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Jom Baca Kisah Ini
Sekali lagi, sahabat Adam iaitu Tengku Najihah a.k.a Mooku berkongsi tentang kisah Islamik ini kepada Adam. Jom baca kisah ini. Antara waktu solat Maghrib dan Isyak, di sebuah masjid di Texas,
imam sedang menyiapkan beberapa kerja pengurusan di pejabat. Pintu diketuk dan seorang lelaki menjengulkan wajah. Rambutnya panjang berikat, misai dan janggutnya panjang tumbuh meliar.
Gayanya seperti penunggang yang meredah freeway dengan ‘cooper’ Harley Davidson- Live to Ride! “Nama saya Carlos.” Tangan dihulur sambil memperkenalkan namanya. Imam menunggu apa yang bakal diperkatakan seterusnya oleh tetamu asing ini.
” Saya ingin memeluk Islam.” Suara garuk keluar dengan lancar dari ulas bibirnya. Imam tidak menjangka mendengar itu daripada lelaki ini.
Sepintas lalu dia mengamati lelaki yang hanya mengenakan leather vest pada tubuhnya yang penuh tatoo. Di bahagian dada terpampang begitu besar gambar lelaki disalib; gambaran Jesus. Lelaki Bertatu J3sus.
Pada lengan sasanya terdapat gambar wanita mendukung bayi; gambaran Mary mendukung Jesus. Badannya jadi kanvas memperaga mural keagamaan seperti yang terdapat di dinding gereja ortodoks.
Imam menyahut permintaanya. Carlos diajarkan dua kalimah syahadah. Setelah berjaya menyebutnya dengan lancar, Carlos berhenti seketika melayan emosinya; bergenang air pada kelopak matanya yang redup.
“Apakah yang mendorong kamu untuk menjadi seorang Muslim, wahai Carlos? Lelaki Bertatu J3sus” Carlos merenung lembut ke wajah imam. “Saya membesar sebagai seorang Kristian sejati.”
Dia memulakan cerita, seperti ada bau setanggi gereja bersama mukadimah cerita itu. “Sejak kecil saya dididik menyayangi Jesus.’ Bicaranya lancar. Imam mengangguk-angguk mendengar dengan tekun.
“Kasih sayang terhadap Jesus menjadi destinasi hidup saya, kerana itu kamu dapat lihat tubuh saya ini penuh dengan gambar Jesus.” Dia menunjuk ke serata tubuhnya.

gambar hiasan
“Saya benar-benar menyayangi Jesus.” dia menyambung dengan suara sedikit kuat, berbaur emosi yang tidak dapat disembunyikan. “Semuanya berjalan seperti biasa hinggalah tiga hari lepas.”
Dia terhenti seketika. “Pada malam itu saya bermimpi. Saya melihat cahaya dingin yang terang-benderang; ia begitu menyilaukan.
Di balik cahaya itu, terdengar suara yang sangat jelas, menyeru nama saya: Carlos, sekiranya kamu menyayangi Jesus dengan ikhlas, jadilah seorang Muslim… Hanya Islam meletakkan Jesus pada kedudukan yang benar.”
Carlos menggayakan dengan penuh perasaan ketika dia tersentak dan terjaga daripada tidur.”Mimpi seperti itu datang berulang kali dalam tidur pada malam-malam berikutnya.
Ia membulatkan tekad dan membawa saya ke mari.” Carlos menutup kisahnya tepat pada masa saat azan Isyak dilaungkan.
Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ! Gemersik laungan azan memenuhi ruangan masjid, menusuk ke kalbu Carlos. Habis azan, imam bangkit untuk keluar.
“Apa yang harus saya buat sekarang?” tanya Carlos meminta bimbingan. ” Kamu ikut sahaja apa yang saya lakukan sepanjang solat nanti,” ujar imam penuh mesra.
Berdirilah Carlos di saf belakang imam. Dia mengikut perlakuan imam; qiam (berdiri), rukuk, iktidal dan sujud daripada satu rakaat ke satu rakaat. Kesemua itu dilakukan dengan begitu sukar dan kekok, namun terserlah ketundukannya sebagai seorang Muslim.
Selesai imam memberi salam, Carlos masih khusyuk di dalam sujudnya. Selang beberapa detik berlalu, imam bangun dan duduk di sebelah Carlos yang masih sujud.
“Carlos… kita telah habis solat.” Imam menggoncang tubuh Carlos. Tubuh itu terkulai dan terbaring; imam segera merapatkan telinga ke dada Carlos.
Sedetik imam berhenti, suasana begitu sunyi. Terluncur dari bibir imam: Inna lillah wainna ilaihi raji’un.”
Carlos rupanya telah meniggal dunia.
Allah menjemput pulang Carlos dalam sujudnya yang terakhir. Pulang dalam keadaan bersih sesuci bayi yang baru lahir. Baru tadi dia mengucap syahadah disaksikan azan Isyak; pada sujud solat Isyaknya pula ia pulang menghadap Tuhannya.
Allah berkuasa memberi hidayah kepada Carlos pada saat terakhir hidupnya, walaupun sebelum itu dia tidak pernal kenal erti Islam dan kebenarannya.
Dia ditakdirkan oleh Allah untuk diberi hidayah dan tergolong sebagai orang yang beruntung. Rasulullah S.A.W menyebutnya tentang ini dalam sabda baginda:
“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya, ada dikalangan kamu yang melakukan amalan ahli neraka sepanjang hidupnya sehingga antaranya dan neraka tinggal sehasta sahaja lagi,
maka datang baginya ketentuan yang telah tertulis buatnya lalu dia melakukan amalan ahli syurga lalu masuklah di kedalam syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hidayah itu milik Allah, beruntunglah kepada sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT. Semoga kita semua termasuk golongan yang mendapat Hidayah dan Taufik daripada Allah SWT..
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
Sumber: media massa
Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info
Pedoman Hidup
Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam

Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam
Hidayah itu milik semua orang, pemergian ibu bapanya secara tiba-tiba telah membuat Mohd Haikal Chu hilang arah dan membuka jalan mendekatkan diri dengan Islam.
Menurut laporan Harian Metro, Mohd Haikal atau nama asalnya, Chu Kok Yoong yang berasal dari Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan berkata dia berdikari selama enam bulan sehinggalah seorang kawan mengajaknya tinggal bersama di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Sabak Bernam.
“Hampir enam bulan saya hilang arah hidup apabila ibu dan ayah meninggl dunia akibat kemalngan jalan raya pada Mac beberapa ketika lalu.
“Pada mulanya, saya sukar menerima hakikat mereka pergi dalam sekelip mata. Bagaimanapun, Allah memudahkan perjalanan hidup apabila saya tinggal bersama rakan di sini (Sabak Bernam) dan kemudian diambil sebagai anak angkat,” katanya.
Sejak itu dia berazam untuk mendalami agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati selain mengubati kerinduan terhadap kedua ibu bapanya.
Katanya, selepas mengambil keputusan memeluk Islam beberapa ketika lalu, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi pendakwah seperti Ustaz Ebit Lew.
Mohd Haikal yang juga anak tunggal berkata, dia bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail prihatin dengan nasib dialami dan memasukkannya ke maahad itu.
Jelasnya, sebelum ini dia tidak bersekolah kerana membantu ayah dan ibu mengutip besi buruk. Apabila diberikan peluang ini, dia akan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan.
Dalam pada itu, Rizam menerusi status di Facebook miliknya berkata, beliau telah mendaftarkan Mohd Haikal di maahad itu.
“Sama-sama kita doakan semoga adik Mohd Haikal agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info
-
Islamik6 months ago
Ombak-Ombak Tersebut Seolah Tidak Menganggu Dirinya Yang Sedang Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
-
Pedoman Hidup6 months ago
Beliau Adalah Multi Millionaire Pemilik Banyak Hotel Di India, Beliau Datang Setiap 6 Bulan Dalam Setahun Untuk Berkhidmat Sebagai Cleaning Worker Di Masjidil Har4m. Subhanallah
-
Islamik6 months ago
Doa Ringkas Selepas Solat Yang Manfaatnya Sangat Besar. Mudah Je Nak Hafal
-
Petua6 months ago
Tolonglah Simpan Dan Kongsi Ilmu Ni Baik2, Orangnya Pun Dah Takda Lagi
-
Islamik7 months ago
Tandanya Rahmat Allah SWT Telah Sampai Kepadamu Sekiranya Sering Terjaga Pukul 3 Hingga 5 Pagi. Wallahuallam
-
Islamik7 months ago
Keadaan Solat Subuh Di Turki Yang Mana Makmumnya Menyamai Seperti Solat Jumaat
-
Islamik6 months ago
Seorang Warganegara Jepun Yang Menjadi Pelajar Pondok Di Malaysia. Pemerglanya Merupakan Satu Kehil4ngan Yang Besar Bagi Penduduk Muslim Di Sana
-
Petua7 months ago
Khatam Al-Qur’an Setiap 5 Hari Sekali, Bangun Pukul Satu Solat Tahajjud Setiap Malam Dan Sentiasa Istiqamah Dalam Beribadah. Inilah Rahsia Wanita 104 Tahun Kekal Sihat