Connect with us

Sains

Kota Emas Berusia 3000 Tahun Yang Hilang Di Bawah Padang Pasir Selama 1000 Tahun Ditemui

Published

on

Kota Emas Berusia 3000 Tahun Yang Hilang Di Bawah Padang Pasir Selama 1000 Tahun Ditemui

KAHERAH – Ahli-ahli arkeologi beberapa ketika lalu memuji penemuan kota purba paling besar di Mesir yang tertanam di bawah padang pasir selama 1,000 tahun, manakala pakar-pakar menyifatkannya antara penemuan paling signifikan sejak makam F!raun Tutankhamun dijumpai pada tahun 1922.

Pakar sejarah Mesir, Zahi Hawass mengumumkan penemuan ‘kota emas’ itu dan berkata, tapak tersebut ditemui dekat Lu­x0r yang menempatkan Lembah Para Raja.

“Misi ekskavasi Mesir di bawah kelolaan Zahi Hawass menemui kota kuno yang hilang di bawah padang pasir.

“Kota itu berusia 3,000 tahun dan wujud ketika era peme­rintahan F!raun Amenhotep III dan terus digunakan oleh F!raun Tutankhamun dan F!raun Ay,” kata pasukan arkeologi tersebut dalam satu kenyataan.

Mereka menganggap penemuan tersebut sebagai kota purba paling besar pernah dijumpai di Mesir.

Betsy Bryan yang merupakan Professor Seni dan Arkeologi Mesir dari Universiti Johns Hopkins berkata, penemuan arkeologi itu adalah yang kedua paling pen­ting sejak penemuan makam Tutankhamun.

Barang kemas seperti cincin ditemui bersama periuk belanga, tangkal dan bata tertera cap mohor Amenhotep III. “Banyak misi arkeologi asing mencari kota ini tetapi mereka tidak pernah menemuinya,” kata Zahi Hawass yang juga bekas Menteri Antikuiti Mesir.

Pasukan tersebut memulakan ekskavasi pada September 2020 di sebuah lokasi di antara kuil Ramses II dan Amenhotep III dekat Luxor, sekitar 500 kilo­meter ke selatan ibu negara Mesir, Kaherah.

“Dalam masa beberapa minggu saja, formasi bata mula muncul dari segenap arah.

“Apa yang mereka temui adalah tapak sebuah kota purba besar yang berada dalam kea­daan terpelihara dengan dinding-dinding dan perkakasan yang digunakan dalam kehidupan ha­rian berada dalam keadaan hampir sempurna,” katanya.

Amenhotep III mewarisi empayar luas yang bermula dari Sungai Euphrates hinggalah ke Sudan, kata pakar-pakar arkeologi dan meninggal dunia sekitar 1,354 tahun sebelum masihi.

F!raun itu memerintah selama hampir empat dekad dengan pemerintahannya dikenali kerana pembinaan monumen besar dan hebat termasuk Colossi of Memnon iaitu dua patung batu dekat Luxor yang mewakili dirinya dan isterinya, Permaisuri Tiye. – AFP

Sumber: kalamindah

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sains

Peristiwa Yang Akan Berlaku Sekiranya Bumi Ini Berhenti Berputar

Published

on

By

Peristiwa Yang Akan Berlaku Sekiranya Bumi Ini Berhenti

Peristiwa Yang Akan Berlaku Sekiranya Bumi Ini Berhenti Berputar

Sepertimana umum mengetahui bumi berputar di atas paksi sambil mengelilingi matahari. Disebabkan putaran tersebut terjadinya perubahan waktu dari siang ke malam. Apabila cukup satu putaran bumi mengelilingi matahari, maka genaplah 365 hari di mana kita akan bertukar tahun. Itulah proses yang berlaku sejak alam semesta ini diciptakan oleh Yang Maha Esa.

Di luar permukaan bumi pula terdapat pelbagai lapisan atmosfera yang akan turut berputar bersama bumi dengan kadar kelajuan 1689 kilometer sejam. Tapi pernah tak anda terfikir, apakah yang akan terjadi kalau bumi berhenti berputar?

Banjir besar

Sekiranya pergerakan bumi beransur perlahan, air daripada laut akan bergerak ke kutub. Bila bumi berhenti berputar sepenuhnya, air laut akan membanjiri kebanyakan kawasan di bumi dan meninggalkan satu pulau di tengah bumi.

Atmosfera terganggu

Pergerakan atmosfera adalah seiring dengan putaran bumi. Tapi bila putaran bumi mula perlahan, setiap lapisan atmosfera akan turut perlahan mengikut kadar yang berbeza dan akan membentuk geseran. Kalau ini berlaku, hanya akan ada empat titik je di pertengahan latitud yang manusia boleh huni.

Gempa bumi di tempat tak sepatutnya

Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu pusat, mantel dan kerak. Geseran ini akan menyebabkan terjadinya gempa bumi, malah di tempat-tempat yang tak pernah terjadi gempa sebelumnya.

Letvsan Gunung Berapi

Letusan gunung berapi juga akan berlaku tambahan pula di dasar laut. Gangguan geologi ini akan terus berlaku sampai bumi berhenti berputar sepenuhnya.

Enam bulan siang, enam bulan malam

Perubahan siang dan malam berlaku kerana bumi berputar pada paksinya, sambil mengelilingi matahari. Bila bumi berhenti berputar, perubahan siang ke malam akan mengambil masa enam bulan. Bayangkan hidup dalam keadaan siang atau malam selama enam bulan. Suhu di waktu siang akan mencecah hingga 57 darjah Celcius, manakala di waktu malam pula -19 darjah Celcius.

Cuaca

Cuaca akan sepenuhnya bergantung kepada matahari, bila bumi berhenti berputar. Keadaan cuaca akan ‘dikuasai’ sepenuhnya oleh matahari, jadi cuaca akan sangat senang dijangka. Di bahagian bumi yang cerah, akan terjadi ribut yang sangat kuat.

Bulan

Dalam putaran biasa macam sekarang ni, bumi bergerak lebih laju daripada bulan. Maka bulan akan bergerak menjauhi bumi. Bila bumi berhenti berputar, bulan akan bergerak sebaliknya. Bulan akan terus mendekati bumi hingga keduanya berlanggar atau graviti bumi memusnahkannya. Walaupun diramalkan kebanyakan manusia takkan mampu bertahan bila bumi berhenti berputar, tapi mungkin segelintir akan selamat. Banyak haiwan yang akan pvpus jika perkara ni terjadi, tapi haiwan laut terutamanya di iklim sejuk mungkin terus hidup.

Sebab itulah kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT dan terbukti Allah SWT Maha Penyayang ke atas makhluknya.

Sumber: The Science Explorer & Siakapkeli.com

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading

Trending