Connect with us

Pedoman Hidup

Tiga Orang Anak Pasangan Bvta Berjaya Melangkah Kaki Ke Menara Gading Hanya Dari Hasil Titik Peluh Ibubapa Mereka Yang Menjual Tisu

Published

on

Tiga Orang Anak Pasangan Bvta

Tiga Orang Anak Pasangan Bvta Berjaya Melangkah Kaki Ke Menara Gading Hanya Dari Hasil Titik Peluh Ibubapa Mereka Yang Menjual Tisu

BACHOK – J3rit p3rih yang dilalui pasangan suami isteri bvta membesarkan tiga anak mereka dengan hasil jualan minyak angin dan tisu terbalas dengan kesemuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Pasangan itu, Azmi Abd Manaf, 50, dan Noraini Majid, 51, dikurniakan tiga anak, Mohd Afiq Nazhan Azmi, 26, Nur Azra Nadhirah, 21, dan Nur Atihirah Nadhilah, 19.

Anak sulung, Mohd Afiq Nazhan adalah gaduan Ijazah Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

Nur Azra Nadhirah kini menuntut jurusan Diploma Perniagaan di UiTM Machang manakala Nur Atihirah Nadhilah pula mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Azmi berkata, kedua-dua belah matanya s4kit dan r4bun sejak kecil sebelum lama-kelamaan menjadi bvta sepenuhnya menyebabkan dia terpaksa menggunakan tongkat.

Azmi (kanan) dan Noraini berpimpin tangan serta saling membantu ketika keluar rumah di Jelawat, Bachok.

“Saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 25 tahun lalu dan melakukan pelbagai kerja sebelum bertemu jodoh serta dikurniakan tiga anak.

“Saya berniaga minyak angin dan tisu di pasar-pasar malam di Jalan Tengku Abdul Rahman, Setiawangsa dan Chow Kit untuk menyara kehidupan kami sehinggalah tiga anak berjaya ke universiti,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Ujarnya, hasil jualan tidak menentu sekitar RM30 sehari manakala isterinya yang bvta sebelah mata kanan pula hanya suri rumah sepenuh masa.

“Sebagai orang kurang upaya (OKU) kami memang memerlukan pertolongan orang lain tetapi saya tidak boleh malas atau hanya menunggu sahaja kerana rezeki tidak turun dari langit.

“Saya perlu berusaha agar mendapat keberkatan daripada Allah selainnya berserah dan bertawakal kepada-Nya,” katanya.

Azmi berkata, dia dan isteri setiap seorang menerima bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Nur Azra Nadhirah berkata, mereka tiga beradik berasa amat bangga mempunyai ibu bapa yang dapat membesarkan mereka sehingga berjaya ke menara gading walaupun dalam keadaan kekurangan fizikal buta mata.

Anak kedua, Nur Azra Nadhirah Azmi, 21, (kanan) sentiasa menemani dan membantu kedua ibu bapanya yang buta.

“Kami tidak pernah malu untuk mengaku mereka adalah ibu bapa kami malah berbesar hati dan kini sudah dewasa serta tiba giliran untuk membalas jasa dengan menjaga mereka pula.

“Sejak C0v!dI9, kami sudah berpindah ke Kelantan dan ibu bapa tidak lagi dapat berniaga tetapi diganti dengan abang sulung yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk menyara kami sekeluarga,” katanya.

Jelas Nur Azra Nadhirah, abangnya bekerja sebagai penghantar makanan sementara mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya.

Sumber: Sinar Harian

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pedoman Hidup

Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Baiknya Didikan Dari Ibu Bapa Yang Hebat

Published

on

By

Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Baiknya Didikan Dari Ibu Bapa Yang Hebat

Setiap anak yang baru dilahirkan adalah seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri, jika cantik coraknya, maka cantiklah hasilnya.

Anak perlu diberikan didikan yang sempurna seimbang dunia dan akhirat untuk mereka meneruskan hidup di masa akan datang di mana dapat membezakan antara yang baik dan bu ruk.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Shahrin Nasir cukup buat hati rasa bersyukur, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gelagat seorang abang kecil yang menjaga adiknya semasa ayahnya sedang menunaikan solat di sebuah surau di Bandar Tawau, Sabah. Apa yang menarik, selepas bapanya selesai solat, beliau pula bangun untuk bersolat, hebatnya didikan dari ibu bapa budak lelaki ini.

Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Jom baca perkongsian di bawah.

Berdiri kagum aku seketika…melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya…Cantik sungguh akhlak anak ini …tidak melepaskan tanggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dia juga masih kecil…

Ayah Solat Jaga Adik

Setelah ayahnya selesai solat…aku terpegun sekali lagi…melihat dia pula yang beribadah kepada Tuhan…Tahniah kepada ibu Bapa anak ini… Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sangat jelas dalam diri anak anda yang comel dan taat ini…rasa cemburu bila melihat anak ini.

#minta izin ambil gmbar ya bang…lupa bagitahu tadi..

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” Surah Luqman : Ayat 14

Sumber: Siakapkeli

Harian Semasa/Kongsisibomonicko menyajikan informasi dari seluruh pelusuk negara dan juga luar negara untuk santapan pembaca-pembaca semua. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment.

Pihak Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik Dalam Dan Juga Luar Negara di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info.

Continue Reading

Pedoman Hidup

Lelaki Bertatu J3sus Yang Menerima Hidayah Allah S.W.T Dan Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Jom Baca Kisah Ini

Published

on

By

Lelaki Bertatu J3sus Yang Menerima Hidayah Allah S.W.T Dan Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Jom Baca Kisah Ini

Sekali lagi, sahabat Adam iaitu Tengku Najihah a.k.a Mooku berkongsi tentang kisah Islamik ini kepada Adam. Jom baca kisah ini. Antara waktu solat Maghrib dan Isyak, di sebuah masjid di Texas,

imam sedang menyiapkan beberapa kerja pengurusan di pejabat. Pintu diketuk dan seorang lelaki menjengulkan wajah. Rambutnya panjang berikat, misai dan janggutnya panjang tumbuh meliar.

Gayanya seperti penunggang yang meredah freeway dengan ‘cooper’ Harley Davidson- Live to Ride! “Nama saya Carlos.” Tangan dihulur sambil memperkenalkan namanya. Imam menunggu apa yang bakal diperkatakan seterusnya oleh tetamu asing ini.

” Saya ingin memeluk Islam.” Suara garuk keluar dengan lancar dari ulas bibirnya. Imam tidak menjangka mendengar itu daripada lelaki ini.

Sepintas lalu dia mengamati lelaki yang hanya mengenakan leather vest pada tubuhnya yang penuh tatoo. Di bahagian dada terpampang begitu besar gambar lelaki disalib; gambaran Jesus. Lelaki Bertatu J3sus.

Pada lengan sasanya terdapat gambar wanita mendukung bayi; gambaran Mary mendukung Jesus. Badannya jadi kanvas memperaga mural keagamaan seperti yang terdapat di dinding gereja ortodoks.

Imam menyahut permintaanya. Carlos diajarkan dua kalimah syahadah. Setelah berjaya menyebutnya dengan lancar, Carlos berhenti seketika melayan emosinya; bergenang air pada kelopak matanya yang redup.

“Apakah yang mendorong kamu untuk menjadi seorang Muslim, wahai Carlos? Lelaki Bertatu J3sus” Carlos merenung lembut ke wajah imam. “Saya membesar sebagai seorang Kristian sejati.”

Dia memulakan cerita, seperti ada bau setanggi gereja bersama mukadimah cerita itu. “Sejak kecil saya dididik menyayangi Jesus.’ Bicaranya lancar. Imam mengangguk-angguk mendengar dengan tekun.

“Kasih sayang terhadap Jesus menjadi destinasi hidup saya, kerana itu kamu dapat lihat tubuh saya ini penuh dengan gambar Jesus.” Dia menunjuk ke serata tubuhnya.

Lelaki Bertatu J3sus

gambar hiasan

“Saya benar-benar menyayangi Jesus.” dia menyambung dengan suara sedikit kuat, berbaur emosi yang tidak dapat disembunyikan. “Semuanya berjalan seperti biasa hinggalah tiga hari lepas.”

Dia terhenti seketika. “Pada malam itu saya bermimpi. Saya melihat cahaya dingin yang terang-benderang; ia begitu menyilaukan.

Di balik cahaya itu, terdengar suara yang sangat jelas, menyeru nama saya: Carlos, sekiranya kamu menyayangi Jesus dengan ikhlas, jadilah seorang Muslim… Hanya Islam meletakkan Jesus pada kedudukan yang benar.”

Carlos menggayakan dengan penuh perasaan ketika dia tersentak dan terjaga daripada tidur.”Mimpi seperti itu datang berulang kali dalam tidur pada malam-malam berikutnya.

Ia membulatkan tekad dan membawa saya ke mari.” Carlos menutup kisahnya tepat pada masa saat azan Isyak dilaungkan.

Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ! Gemersik laungan azan memenuhi ruangan masjid, menusuk ke kalbu Carlos. Habis azan, imam bangkit untuk keluar.

“Apa yang harus saya buat sekarang?” tanya Carlos meminta bimbingan. ” Kamu ikut sahaja apa yang saya lakukan sepanjang solat nanti,” ujar imam penuh mesra.

Berdirilah Carlos di saf belakang imam. Dia mengikut perlakuan imam; qiam (berdiri), rukuk, iktidal dan sujud daripada satu rakaat ke satu rakaat. Kesemua itu dilakukan dengan begitu sukar dan kekok, namun terserlah ketundukannya sebagai seorang Muslim.

Selesai imam memberi salam, Carlos masih khusyuk di dalam sujudnya. Selang beberapa detik berlalu, imam bangun dan duduk di sebelah Carlos yang masih sujud.

“Carlos… kita telah habis solat.” Imam menggoncang tubuh Carlos. Tubuh itu terkulai dan terbaring; imam segera merapatkan telinga ke dada Carlos.

Sedetik imam berhenti, suasana begitu sunyi. Terluncur dari bibir imam: Inna lillah wainna ilaihi raji’un.”
Carlos rupanya telah meniggal dunia.

Allah menjemput pulang Carlos dalam sujudnya yang terakhir. Pulang dalam keadaan bersih sesuci bayi yang baru lahir. Baru tadi dia mengucap syahadah disaksikan azan Isyak; pada sujud solat Isyaknya pula ia pulang menghadap Tuhannya.

Allah berkuasa memberi hidayah kepada Carlos pada saat terakhir hidupnya, walaupun sebelum itu dia tidak pernal kenal erti Islam dan kebenarannya.

Dia ditakdirkan oleh Allah untuk diberi hidayah dan tergolong sebagai orang yang beruntung. Rasulullah S.A.W menyebutnya tentang ini dalam sabda baginda:

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya, ada dikalangan kamu yang melakukan amalan ahli neraka sepanjang hidupnya sehingga antaranya dan neraka tinggal sehasta sahaja lagi,

maka datang baginya ketentuan yang telah tertulis buatnya lalu dia melakukan amalan ahli syurga lalu masuklah di kedalam syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hidayah itu milik Allah, beruntunglah kepada sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT. Semoga kita semua termasuk golongan yang mendapat Hidayah dan Taufik daripada Allah SWT..

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Sumber: media massa

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading

Pedoman Hidup

Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam

Published

on

By

Pemergian Ibu Bapanya

Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam

Hidayah itu milik semua orang, pemergian ibu bapanya secara tiba-tiba telah membuat Mohd Haikal Chu hilang arah dan membuka jalan mendekatkan diri dengan Islam.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Haikal atau nama asalnya, Chu Kok Yoong yang berasal dari Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan berkata dia berdikari selama enam bulan sehinggalah seorang kawan mengajaknya tinggal bersama di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Sabak Bernam.

“Hampir enam bulan saya hilang arah hidup apabila ibu dan ayah meninggl dunia akibat kemalngan jalan raya pada Mac beberapa ketika lalu.

“Pada mulanya, saya sukar menerima hakikat mereka pergi dalam sekelip mata. Bagaimanapun, Allah memudahkan perjalanan hidup apabila saya tinggal bersama rakan di sini (Sabak Bernam) dan kemudian diambil sebagai anak angkat,” katanya.

Sejak itu dia berazam untuk mendalami agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati selain mengubati kerinduan terhadap kedua ibu bapanya.

Katanya, selepas mengambil keputusan memeluk Islam beberapa ketika lalu, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi pendakwah seperti Ustaz Ebit Lew.

Mohd Haikal yang juga anak tunggal berkata, dia bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail prihatin dengan nasib dialami dan memasukkannya ke maahad itu.

Jelasnya, sebelum ini dia tidak bersekolah kerana membantu ayah dan ibu mengutip besi buruk. Apabila diberikan peluang ini, dia akan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan.

Dalam pada itu, Rizam menerusi status di Facebook miliknya berkata, beliau telah mendaftarkan Mohd Haikal di maahad itu.

“Sama-sama kita doakan semoga adik Mohd Haikal agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading

Trending