Pedoman Hidup
Allahyarham Diberi Penghormatan Untuk Dik3bumikan Di Tanah Perkvburan Yang Menempatkan Jas4d 60 Para Syuhada Yang Juga Sahabat-Sahabat Nabi. Subhanallah

Allahyarham Diberi Penghormatan Untuk Dik3bumikan Di Tanah Perkvburan Yang Menempatkan Jas4d 60 Para Syuhada Yang Juga Sahabat-Sahabat Nabi. Subhanallah
Anda mungkin pernah mendengar kisah mengenai Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam suatu ketika dahulu. Pemuda yang merantau ke Bumi Eropah untuk menuntut ilmu namun ditakdirkan meningg4l dunia dalam usianya yang sangat muda setelah menjadi m4ngsa kemalangan jalan raya.
Selepas meningg4l dunia, nama Allahyarham menjadi sebutan bukan sahaja di negara dimana jasadnya dikebumikan iaitu di Turki, malah turut disebut-sebut dalam kalangan belia dalam negara.
Kem4tian beliau begitu dicemburui malah jenazhnya diberi pernghormatan untuk dik3bumikan di Tanah Perku buran yang menempatkan jasad 60 para syuhada yang juga sahabat-sahabat Nabi yang membebaskan Konstatinopel antaranya Abu Ayyub al-Ansari .
Ikuti perkongsian oleh saudara Muhammad Najmie Ruslan yang sempat menziarahi pusara Allahyarham dan kisah syahid yang tertangguhnya di bawah.
Allahyarham Diberi Penghormatan
“Alhamdulilah saya sempat menziarahi Pusara Ahmad Ammar, seorang Anak Muda yang diberikan penghormatan oleh Kerajaan Turki untuk dikebumikan di Tanah perku buran Ayub. Apabila sampai di sana, sejuk mata memandang apabila melihat ku bur pusara Ahmad Ammar penuh dengan bunga2 tulip yang hidup dengan suburnya.”
Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia semuda 20 tahun di dalam kem4langan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.
Ahmad Ammar telah memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz.
Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ahmad Ammar merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC (Maktab Tentera Diraja) namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya
Juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali.
Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu meny4yat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.
Meskipun l3tupan demi l3tupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.
Allahu Akbar!
Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama t3ntera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan.
Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta Baginda S.A.W dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?
Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda S.A.W dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah S.A.W di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki.
Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia m4ti, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Allahyarham Diberi Penghormatan
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya, Tuan Haji Ahmad Azam, beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dir3mpuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid.
Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.
Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.
Masya Allah Tabarakallah!
Untuk insan yang istimewa ini —-> Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari n3raka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” Al-Imran:185
“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
– Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –
Sumber: Muhammad Najmie Ruslan
Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info
Pedoman Hidup
Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Baiknya Didikan Dari Ibu Bapa Yang Hebat

Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Baiknya Didikan Dari Ibu Bapa Yang Hebat
Setiap anak yang baru dilahirkan adalah seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri, jika cantik coraknya, maka cantiklah hasilnya.
Anak perlu diberikan didikan yang sempurna seimbang dunia dan akhirat untuk mereka meneruskan hidup di masa akan datang di mana dapat membezakan antara yang baik dan bu ruk.
Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Shahrin Nasir cukup buat hati rasa bersyukur, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gelagat seorang abang kecil yang menjaga adiknya semasa ayahnya sedang menunaikan solat di sebuah surau di Bandar Tawau, Sabah. Apa yang menarik, selepas bapanya selesai solat, beliau pula bangun untuk bersolat, hebatnya didikan dari ibu bapa budak lelaki ini.
Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Jom baca perkongsian di bawah.
Berdiri kagum aku seketika…melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya…Cantik sungguh akhlak anak ini …tidak melepaskan tanggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dia juga masih kecil…
Setelah ayahnya selesai solat…aku terpegun sekali lagi…melihat dia pula yang beribadah kepada Tuhan…Tahniah kepada ibu Bapa anak ini… Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sangat jelas dalam diri anak anda yang comel dan taat ini…rasa cemburu bila melihat anak ini.
#minta izin ambil gmbar ya bang…lupa bagitahu tadi..
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” Surah Luqman : Ayat 14
Sumber: Siakapkeli
Harian Semasa/Kongsisibomonicko menyajikan informasi dari seluruh pelusuk negara dan juga luar negara untuk santapan pembaca-pembaca semua. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment.
Pihak Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik Dalam Dan Juga Luar Negara di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info.
Pedoman Hidup
Lelaki Bertatu J3sus Yang Menerima Hidayah Allah S.W.T Dan Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Jom Baca Kisah Ini

Lelaki Bertatu J3sus Yang Menerima Hidayah Allah S.W.T Dan Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Jom Baca Kisah Ini
Sekali lagi, sahabat Adam iaitu Tengku Najihah a.k.a Mooku berkongsi tentang kisah Islamik ini kepada Adam. Jom baca kisah ini. Antara waktu solat Maghrib dan Isyak, di sebuah masjid di Texas,
imam sedang menyiapkan beberapa kerja pengurusan di pejabat. Pintu diketuk dan seorang lelaki menjengulkan wajah. Rambutnya panjang berikat, misai dan janggutnya panjang tumbuh meliar.
Gayanya seperti penunggang yang meredah freeway dengan ‘cooper’ Harley Davidson- Live to Ride! “Nama saya Carlos.” Tangan dihulur sambil memperkenalkan namanya. Imam menunggu apa yang bakal diperkatakan seterusnya oleh tetamu asing ini.
” Saya ingin memeluk Islam.” Suara garuk keluar dengan lancar dari ulas bibirnya. Imam tidak menjangka mendengar itu daripada lelaki ini.
Sepintas lalu dia mengamati lelaki yang hanya mengenakan leather vest pada tubuhnya yang penuh tatoo. Di bahagian dada terpampang begitu besar gambar lelaki disalib; gambaran Jesus. Lelaki Bertatu J3sus.
Pada lengan sasanya terdapat gambar wanita mendukung bayi; gambaran Mary mendukung Jesus. Badannya jadi kanvas memperaga mural keagamaan seperti yang terdapat di dinding gereja ortodoks.
Imam menyahut permintaanya. Carlos diajarkan dua kalimah syahadah. Setelah berjaya menyebutnya dengan lancar, Carlos berhenti seketika melayan emosinya; bergenang air pada kelopak matanya yang redup.
“Apakah yang mendorong kamu untuk menjadi seorang Muslim, wahai Carlos? Lelaki Bertatu J3sus” Carlos merenung lembut ke wajah imam. “Saya membesar sebagai seorang Kristian sejati.”
Dia memulakan cerita, seperti ada bau setanggi gereja bersama mukadimah cerita itu. “Sejak kecil saya dididik menyayangi Jesus.’ Bicaranya lancar. Imam mengangguk-angguk mendengar dengan tekun.
“Kasih sayang terhadap Jesus menjadi destinasi hidup saya, kerana itu kamu dapat lihat tubuh saya ini penuh dengan gambar Jesus.” Dia menunjuk ke serata tubuhnya.

gambar hiasan
“Saya benar-benar menyayangi Jesus.” dia menyambung dengan suara sedikit kuat, berbaur emosi yang tidak dapat disembunyikan. “Semuanya berjalan seperti biasa hinggalah tiga hari lepas.”
Dia terhenti seketika. “Pada malam itu saya bermimpi. Saya melihat cahaya dingin yang terang-benderang; ia begitu menyilaukan.
Di balik cahaya itu, terdengar suara yang sangat jelas, menyeru nama saya: Carlos, sekiranya kamu menyayangi Jesus dengan ikhlas, jadilah seorang Muslim… Hanya Islam meletakkan Jesus pada kedudukan yang benar.”
Carlos menggayakan dengan penuh perasaan ketika dia tersentak dan terjaga daripada tidur.”Mimpi seperti itu datang berulang kali dalam tidur pada malam-malam berikutnya.
Ia membulatkan tekad dan membawa saya ke mari.” Carlos menutup kisahnya tepat pada masa saat azan Isyak dilaungkan.
Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ! Gemersik laungan azan memenuhi ruangan masjid, menusuk ke kalbu Carlos. Habis azan, imam bangkit untuk keluar.
“Apa yang harus saya buat sekarang?” tanya Carlos meminta bimbingan. ” Kamu ikut sahaja apa yang saya lakukan sepanjang solat nanti,” ujar imam penuh mesra.
Berdirilah Carlos di saf belakang imam. Dia mengikut perlakuan imam; qiam (berdiri), rukuk, iktidal dan sujud daripada satu rakaat ke satu rakaat. Kesemua itu dilakukan dengan begitu sukar dan kekok, namun terserlah ketundukannya sebagai seorang Muslim.
Selesai imam memberi salam, Carlos masih khusyuk di dalam sujudnya. Selang beberapa detik berlalu, imam bangun dan duduk di sebelah Carlos yang masih sujud.
“Carlos… kita telah habis solat.” Imam menggoncang tubuh Carlos. Tubuh itu terkulai dan terbaring; imam segera merapatkan telinga ke dada Carlos.
Sedetik imam berhenti, suasana begitu sunyi. Terluncur dari bibir imam: Inna lillah wainna ilaihi raji’un.”
Carlos rupanya telah meniggal dunia.
Allah menjemput pulang Carlos dalam sujudnya yang terakhir. Pulang dalam keadaan bersih sesuci bayi yang baru lahir. Baru tadi dia mengucap syahadah disaksikan azan Isyak; pada sujud solat Isyaknya pula ia pulang menghadap Tuhannya.
Allah berkuasa memberi hidayah kepada Carlos pada saat terakhir hidupnya, walaupun sebelum itu dia tidak pernal kenal erti Islam dan kebenarannya.
Dia ditakdirkan oleh Allah untuk diberi hidayah dan tergolong sebagai orang yang beruntung. Rasulullah S.A.W menyebutnya tentang ini dalam sabda baginda:
“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya, ada dikalangan kamu yang melakukan amalan ahli neraka sepanjang hidupnya sehingga antaranya dan neraka tinggal sehasta sahaja lagi,
maka datang baginya ketentuan yang telah tertulis buatnya lalu dia melakukan amalan ahli syurga lalu masuklah di kedalam syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hidayah itu milik Allah, beruntunglah kepada sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT. Semoga kita semua termasuk golongan yang mendapat Hidayah dan Taufik daripada Allah SWT..
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
Sumber: media massa
Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info
Pedoman Hidup
Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam

Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam
Hidayah itu milik semua orang, pemergian ibu bapanya secara tiba-tiba telah membuat Mohd Haikal Chu hilang arah dan membuka jalan mendekatkan diri dengan Islam.
Menurut laporan Harian Metro, Mohd Haikal atau nama asalnya, Chu Kok Yoong yang berasal dari Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan berkata dia berdikari selama enam bulan sehinggalah seorang kawan mengajaknya tinggal bersama di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Sabak Bernam.
“Hampir enam bulan saya hilang arah hidup apabila ibu dan ayah meninggl dunia akibat kemalngan jalan raya pada Mac beberapa ketika lalu.
“Pada mulanya, saya sukar menerima hakikat mereka pergi dalam sekelip mata. Bagaimanapun, Allah memudahkan perjalanan hidup apabila saya tinggal bersama rakan di sini (Sabak Bernam) dan kemudian diambil sebagai anak angkat,” katanya.
Sejak itu dia berazam untuk mendalami agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati selain mengubati kerinduan terhadap kedua ibu bapanya.
Katanya, selepas mengambil keputusan memeluk Islam beberapa ketika lalu, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi pendakwah seperti Ustaz Ebit Lew.
Mohd Haikal yang juga anak tunggal berkata, dia bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail prihatin dengan nasib dialami dan memasukkannya ke maahad itu.
Jelasnya, sebelum ini dia tidak bersekolah kerana membantu ayah dan ibu mengutip besi buruk. Apabila diberikan peluang ini, dia akan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan.
Dalam pada itu, Rizam menerusi status di Facebook miliknya berkata, beliau telah mendaftarkan Mohd Haikal di maahad itu.
“Sama-sama kita doakan semoga adik Mohd Haikal agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info
-
Islamik2 years ago
Doa Ringkas Selepas Solat Yang Manfaatnya Sangat Besar. Mudah Je Nak Hafal
-
Pedoman Hidup2 years ago
Beliau Adalah Multi Millionaire Pemilik Banyak Hotel Di India, Beliau Datang Setiap 6 Bulan Dalam Setahun Untuk Berkhidmat Sebagai Cleaning Worker Di Masjidil Har4m. Subhanallah
-
Islamik2 years ago
Tandanya Rahmat Allah SWT Telah Sampai Kepadamu Sekiranya Sering Terjaga Pukul 3 Hingga 5 Pagi. Wallahuallam
-
Islamik2 years ago
Ombak-Ombak Tersebut Seolah Tidak Menganggu Dirinya Yang Sedang Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
-
Islamik2 years ago
Keadaan Solat Subuh Di Turki Yang Mana Makmumnya Menyamai Seperti Solat Jumaat
-
Petua2 years ago
Tolonglah Simpan Dan Kongsi Ilmu Ni Baik2, Orangnya Pun Dah Takda Lagi
-
Pedoman Hidup2 years ago
Meningg4l Dunia Ketika Sedang Mengerjakan Solat Zohor, Anak Kongsikan Tentang Arwh Yang Suka Berkongsi Rezeki. Masyallah
-
Islamik2 years ago
Inilah Wajah Keturunan Dipercayai Nasab Yang Bersambung Kepada Nabi Muhammad SAW Melalui Sayyidina Husain, Putra Fatimah Dan Ali Bin Abi Thalib