Connect with us

Pedoman Hidup

Adik Ini Sanggup Pecahkan Tabungnya Sendiri Untuk Disumbangkan Bagi Tujuan Membeli MPV Yang Akan Diwakafkan Sebagai Van Jenzah. Terbaik Adik

Published

on

Adik Ini Sanggup Pecahkan Tabungnya Sendiri Untuk Disumbangkan Bagi Tujuan Membeli MPV Yang Akan Diwakafkan Sebagai Van Jenzah. Terbaik Adik

Kecil-kecil dan cari saham akhirat, kecil-kecil dah buat buat amal, kerja murni, kita yang bekerjaya dan besar ni bila lagikan?? “Nak tolong orang susah, tak suka tengok orang susah.” Iitu kata Muhammad Afizal Nor Afizan, seorang penyumbang cilik dari Petaling Jaya.

Baru berusia sembilan tahun, Muhammad Afizal yang mesra dipanggil ‘Afi’ bukan kanak-kanak biasa. Kelmarin, beliau menyampaikan hasrat kepada bapanya yang juga ahli perniagaan Nor Afizan Ayub, 35, untuk turut sama menyumbang, membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Starex untuk dijadikan van jenazah wakaf Amal Valley.

Untuk itu, Afi telah memecahkan tabung simpanannya untuk membeli MPV yang akan diwakafkan sebagai van jenazah Amal Valley, yang juga badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat pengurusan jenazah secara percuma.

“Saya nak ikut walid (ayah), nak buat apa yang walid buat.” Kata Afi ketika ditemubual Bernama di Teratak Amal Valley di Bandar Baru Bangi dekat sini, sempena simbolik penyerahan kunci van jenazah wakaf itu, semalam. Sekali imbas, Afi kelihatan seperti anak-anak biasa tetapi ketika mendengar cerita bapanya, ternyata anak sulung daripada dua beradik itu amat istimewa.

“Pernah dia balik rumah tanpa baju, bila saya tanya mana baju, Afi jawab dia bagi pada orang yang dia tak kenal.” “Dia memang tak boleh tengok orang susah, orang tak cukup makan.” Kata Nor Afizan yang mula mendedahkan anaknya (Afi) dengan kerja-kerja kebajikan (pengurusan jenazah) sejak usia empat tahun.

Tidak seperti kanak-kanak lain, Afi juga tidak merasa takut untuk membantu bapanya yang juga penyumbang utama dan sukarelawan Amal Valley, untuk menguruskan jenazah. “Kadang-kadang dia tunggu hingga malam, bantu saya uruskan jenazah.” Kata Nor Afizan yang menyifatkan sikap anaknya itu berkemungkinan diwarisi daripada rutin keluarganya, termasuk arwah bapanya Ayub Ghani yang selalu membuat kerja kebajikan setiap hujung minggu.

Nor Afizan berkata Allahyarham bapanya meningg4l dunia dua minggu lalu selepas selesai solat Subuh. Sepanjang sesi temu bual dengan Afi, penulis merasa amat terkesan dengan perkongsian dan hasrat Afi untuk membantu golongan susah dan memerlukan.

Adik Ini Sanggup Pecahkan Tabungnya Sendiri

Saat beliau bercerita tentang dua sahabat baiknya di sebuah sekolah di Kota Damansara yang dia cuma namakan sebagai Muiz dan Tawfiq, penulis dan bapanya mengalirkan air mata apabila melihat Afi sebak berkongsi tentang dua rakan karibnya itu.

“Muiz dia anak yatim, selalu tiada duit nak makan jadi saya belanja dia makan. Tawfiq samalah macam Muiz (orang susah),” Kata Afi yang kelihatan sebak. Nor Afizan berkata beliau berkongsi cerita anaknya bukannya untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ingin membuktikan bahawa umur tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang itu membuat kebaikan.

Presiden Amal Valley Dr Azfar Hussin, yang menerima sumbangan van jenazah bagi pihak Amal Valley berkata, van jenazah wakaf bernilai RM60,000 yang sebahagiannya hasil sumbangan Afi itu, merupakan van jenazah ke-15 di bawah kendalian Amal Valley.

Beliau turut menyifatkan sumbangan itu sebagai istimewa, kerana penyumbangnya baru berusia sembilan tahun tetapi sudah mahu mengikuti jejak bapanya sebagai penyumbang dan sukarelawan, bagi membantu golongan memerlukan.

“Dia (Afi) bukan saja mendengar cerita ayahnya bekerja sebagai sukarelawan tetapi berada di dalam, melihat dan membantu, menguruskan jenazah.Anak ini tak takut, seterusnya bila dia memberi dia pecah tabung sendiri itu yang kita nampak, elemen itu menyentuh hati kami sebagai sukarelawan.

Sebenarnya apa kita buat bukan untuk orang lain, tetapi kembali kepada kita sendiri,” Kata Dr Azfar. Sebelum mengakhiri sesi temubual dengan Afi, penulis bertanya apakah cita-cita beliau apabila dewasa kelak, Afi menjawab, ‘perdana menteri’.

Sumber: Bernama (Syed Azwan Syed Ali)

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pedoman Hidup

Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Baiknya Didikan Dari Ibu Bapa Yang Hebat

Published

on

By

Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Baiknya Didikan Dari Ibu Bapa Yang Hebat

Setiap anak yang baru dilahirkan adalah seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri, jika cantik coraknya, maka cantiklah hasilnya.

Anak perlu diberikan didikan yang sempurna seimbang dunia dan akhirat untuk mereka meneruskan hidup di masa akan datang di mana dapat membezakan antara yang baik dan bu ruk.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Shahrin Nasir cukup buat hati rasa bersyukur, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gelagat seorang abang kecil yang menjaga adiknya semasa ayahnya sedang menunaikan solat di sebuah surau di Bandar Tawau, Sabah. Apa yang menarik, selepas bapanya selesai solat, beliau pula bangun untuk bersolat, hebatnya didikan dari ibu bapa budak lelaki ini.

Ayah Solat Jaga Adik, Bila Ayah Selesai Dia Pula Yang Solat. Jom baca perkongsian di bawah.

Berdiri kagum aku seketika…melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya…Cantik sungguh akhlak anak ini …tidak melepaskan tanggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dia juga masih kecil…

Ayah Solat Jaga Adik

Setelah ayahnya selesai solat…aku terpegun sekali lagi…melihat dia pula yang beribadah kepada Tuhan…Tahniah kepada ibu Bapa anak ini… Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sangat jelas dalam diri anak anda yang comel dan taat ini…rasa cemburu bila melihat anak ini.

#minta izin ambil gmbar ya bang…lupa bagitahu tadi..

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” Surah Luqman : Ayat 14

Sumber: Siakapkeli

Harian Semasa/Kongsisibomonicko menyajikan informasi dari seluruh pelusuk negara dan juga luar negara untuk santapan pembaca-pembaca semua. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment.

Pihak Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik Dalam Dan Juga Luar Negara di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info.

Continue Reading

Pedoman Hidup

Lelaki Bertatu J3sus Yang Menerima Hidayah Allah S.W.T Dan Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Jom Baca Kisah Ini

Published

on

By

Lelaki Bertatu J3sus Yang Menerima Hidayah Allah S.W.T Dan Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Jom Baca Kisah Ini

Sekali lagi, sahabat Adam iaitu Tengku Najihah a.k.a Mooku berkongsi tentang kisah Islamik ini kepada Adam. Jom baca kisah ini. Antara waktu solat Maghrib dan Isyak, di sebuah masjid di Texas,

imam sedang menyiapkan beberapa kerja pengurusan di pejabat. Pintu diketuk dan seorang lelaki menjengulkan wajah. Rambutnya panjang berikat, misai dan janggutnya panjang tumbuh meliar.

Gayanya seperti penunggang yang meredah freeway dengan ‘cooper’ Harley Davidson- Live to Ride! “Nama saya Carlos.” Tangan dihulur sambil memperkenalkan namanya. Imam menunggu apa yang bakal diperkatakan seterusnya oleh tetamu asing ini.

” Saya ingin memeluk Islam.” Suara garuk keluar dengan lancar dari ulas bibirnya. Imam tidak menjangka mendengar itu daripada lelaki ini.

Sepintas lalu dia mengamati lelaki yang hanya mengenakan leather vest pada tubuhnya yang penuh tatoo. Di bahagian dada terpampang begitu besar gambar lelaki disalib; gambaran Jesus. Lelaki Bertatu J3sus.

Pada lengan sasanya terdapat gambar wanita mendukung bayi; gambaran Mary mendukung Jesus. Badannya jadi kanvas memperaga mural keagamaan seperti yang terdapat di dinding gereja ortodoks.

Imam menyahut permintaanya. Carlos diajarkan dua kalimah syahadah. Setelah berjaya menyebutnya dengan lancar, Carlos berhenti seketika melayan emosinya; bergenang air pada kelopak matanya yang redup.

“Apakah yang mendorong kamu untuk menjadi seorang Muslim, wahai Carlos? Lelaki Bertatu J3sus” Carlos merenung lembut ke wajah imam. “Saya membesar sebagai seorang Kristian sejati.”

Dia memulakan cerita, seperti ada bau setanggi gereja bersama mukadimah cerita itu. “Sejak kecil saya dididik menyayangi Jesus.’ Bicaranya lancar. Imam mengangguk-angguk mendengar dengan tekun.

“Kasih sayang terhadap Jesus menjadi destinasi hidup saya, kerana itu kamu dapat lihat tubuh saya ini penuh dengan gambar Jesus.” Dia menunjuk ke serata tubuhnya.

Lelaki Bertatu J3sus

gambar hiasan

“Saya benar-benar menyayangi Jesus.” dia menyambung dengan suara sedikit kuat, berbaur emosi yang tidak dapat disembunyikan. “Semuanya berjalan seperti biasa hinggalah tiga hari lepas.”

Dia terhenti seketika. “Pada malam itu saya bermimpi. Saya melihat cahaya dingin yang terang-benderang; ia begitu menyilaukan.

Di balik cahaya itu, terdengar suara yang sangat jelas, menyeru nama saya: Carlos, sekiranya kamu menyayangi Jesus dengan ikhlas, jadilah seorang Muslim… Hanya Islam meletakkan Jesus pada kedudukan yang benar.”

Carlos menggayakan dengan penuh perasaan ketika dia tersentak dan terjaga daripada tidur.”Mimpi seperti itu datang berulang kali dalam tidur pada malam-malam berikutnya.

Ia membulatkan tekad dan membawa saya ke mari.” Carlos menutup kisahnya tepat pada masa saat azan Isyak dilaungkan.

Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ! Gemersik laungan azan memenuhi ruangan masjid, menusuk ke kalbu Carlos. Habis azan, imam bangkit untuk keluar.

“Apa yang harus saya buat sekarang?” tanya Carlos meminta bimbingan. ” Kamu ikut sahaja apa yang saya lakukan sepanjang solat nanti,” ujar imam penuh mesra.

Berdirilah Carlos di saf belakang imam. Dia mengikut perlakuan imam; qiam (berdiri), rukuk, iktidal dan sujud daripada satu rakaat ke satu rakaat. Kesemua itu dilakukan dengan begitu sukar dan kekok, namun terserlah ketundukannya sebagai seorang Muslim.

Selesai imam memberi salam, Carlos masih khusyuk di dalam sujudnya. Selang beberapa detik berlalu, imam bangun dan duduk di sebelah Carlos yang masih sujud.

“Carlos… kita telah habis solat.” Imam menggoncang tubuh Carlos. Tubuh itu terkulai dan terbaring; imam segera merapatkan telinga ke dada Carlos.

Sedetik imam berhenti, suasana begitu sunyi. Terluncur dari bibir imam: Inna lillah wainna ilaihi raji’un.”
Carlos rupanya telah meniggal dunia.

Allah menjemput pulang Carlos dalam sujudnya yang terakhir. Pulang dalam keadaan bersih sesuci bayi yang baru lahir. Baru tadi dia mengucap syahadah disaksikan azan Isyak; pada sujud solat Isyaknya pula ia pulang menghadap Tuhannya.

Allah berkuasa memberi hidayah kepada Carlos pada saat terakhir hidupnya, walaupun sebelum itu dia tidak pernal kenal erti Islam dan kebenarannya.

Dia ditakdirkan oleh Allah untuk diberi hidayah dan tergolong sebagai orang yang beruntung. Rasulullah S.A.W menyebutnya tentang ini dalam sabda baginda:

“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya, ada dikalangan kamu yang melakukan amalan ahli neraka sepanjang hidupnya sehingga antaranya dan neraka tinggal sehasta sahaja lagi,

maka datang baginya ketentuan yang telah tertulis buatnya lalu dia melakukan amalan ahli syurga lalu masuklah di kedalam syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hidayah itu milik Allah, beruntunglah kepada sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT. Semoga kita semua termasuk golongan yang mendapat Hidayah dan Taufik daripada Allah SWT..

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Sumber: media massa

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading

Pedoman Hidup

Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam

Published

on

By

Pemergian Ibu Bapanya

Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam

Hidayah itu milik semua orang, pemergian ibu bapanya secara tiba-tiba telah membuat Mohd Haikal Chu hilang arah dan membuka jalan mendekatkan diri dengan Islam.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Haikal atau nama asalnya, Chu Kok Yoong yang berasal dari Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan berkata dia berdikari selama enam bulan sehinggalah seorang kawan mengajaknya tinggal bersama di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Sabak Bernam.

“Hampir enam bulan saya hilang arah hidup apabila ibu dan ayah meninggl dunia akibat kemalngan jalan raya pada Mac beberapa ketika lalu.

“Pada mulanya, saya sukar menerima hakikat mereka pergi dalam sekelip mata. Bagaimanapun, Allah memudahkan perjalanan hidup apabila saya tinggal bersama rakan di sini (Sabak Bernam) dan kemudian diambil sebagai anak angkat,” katanya.

Sejak itu dia berazam untuk mendalami agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati selain mengubati kerinduan terhadap kedua ibu bapanya.

Katanya, selepas mengambil keputusan memeluk Islam beberapa ketika lalu, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi pendakwah seperti Ustaz Ebit Lew.

Mohd Haikal yang juga anak tunggal berkata, dia bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail prihatin dengan nasib dialami dan memasukkannya ke maahad itu.

Jelasnya, sebelum ini dia tidak bersekolah kerana membantu ayah dan ibu mengutip besi buruk. Apabila diberikan peluang ini, dia akan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan.

Dalam pada itu, Rizam menerusi status di Facebook miliknya berkata, beliau telah mendaftarkan Mohd Haikal di maahad itu.

“Sama-sama kita doakan semoga adik Mohd Haikal agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

Harian Semasa/Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Menarik di Harian Semasa/kongsisibomonicko.com Dan Juga Di Page Sharing Info

Continue Reading

Trending