Tidak Perlu lagi Insulin!! Inilah Resepi Penawar Kencing Manis

Tidak Perlu lagi Insulin!! Inilah Resepi Penawar Kencing Manis..

Hari ni saya nak kongsi Resepi Penawar Kencing Manis menggunakan Superfood Bawang Putih dan bahan semulajadi di dapor kita. Resepi ni sebenarnya dari timur tengah dan telah lama di amalkan oleh orang arab sejak turun temurun lagi. Kadar gula dalam badan dapat di stabilkan dengan segera tanpa insulin .

Tujuan perkongsian saya adalah untuk membantu lebih ramai orang merawat dan mencegah Penyakit Kencing Manis yang menghantui masyarakat kita.

Resepi Penawar Kencing Manis

5 ulas Bawang Putih

1 biji buah Lemon

2 inchi Halia

1 sudu besar Madu Royal Yemen

Caranya

1. Hiris nipis lemon, halia dan bawang putih tadi. Kemudian didihkan 500ml air. Setelah mendidih air tadi, masukkan bahan secara berperingkat di mulai dengan lemon, kemudian halia dan yang terakhir bawang putih.

2. Masak selama 10 minit dan kemudian tapis dan masukkan kedalam gelas. Biarkan air tadi sejuk dan masukkan sesudu Madu Royal sebagai pemangkin resepi kita tadi.

3. Minum air campuran madu tadi semasa perut kosong, seeloknya pada waktu pagi. Insha Allah tekanan gula dalam darah akan turun dan stabil seperti biasa.

Khasiat Lemon

Sebagai Antibacteria dan Antivirus
Mempunyai Anti Oksida yang tinggi
Mengurangkan Lemak
Menguruskan badan
Dapat meningkatkan hidrasi dan berikan tenaga.
Mencantikkan kulit
Membantu penghadaman makanan
Khasiat Halia

Memperbaiki saluran darah dalam badan
Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
Mengurangkan ketidakselesaan perut
Mencegah Barah usus
Mengurangkan sakit dan radang
Rawatan untuk kanser Ovari
Menguatkan imuniti badan
Mengurangkan morning sickness
Khasiat Bawang Putih

Mencegah keracunan makanan
Mengubati jangkitan kulat pada kulit
Menambahkan tenaga dan stamina
Mencegah serta mengubati demam dan selsema
Mengawal berat badan
Menjaga jantung dan menurunkan kolestrol serta tekanan darah tinggi
Mengurangkan angin dalam badan
Lagi satu selepas beberapa hari mengamalkan minuman Resepi Penawar Kencing Manis ni di galakkan anda mengambil bacaan gula untuk mengetahui keberkesanan resepi ini.

Saya izinkan Share untuk bantu orang yang memerlukan, terima kasih.

Sumber: semasapost.com

Tidak Perlu Guna Racun, 5 Petua Berkesan Hapus Anai-anai Di Rumah

Tidak Perlu Guna Racun, 5 Petua Berkesan Hapus Anai-anai Di Rumah

Anai-anai bagaikan musuh nombor satu pada kediaman kerana ia boleh merosakkan barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.

Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.

Jadi sebelum masalah anai-anak ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua membasmi tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.
Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai
Laluan Anai-anai

Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.

Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

Kesan Perubahan Tekstur Warna

Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warnakayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

Kehadiran Kelkatu

Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

Rekahan atau Lubang

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.

Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Petua Menghalau Anai-anai
1. Garam Dapur

Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.

Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

2. Air Kapur sirih

Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.

Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

4. Minyak Tanah

Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

Selamat Mencuba!

Sumber:semasapost.com

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.

Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.

Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

“Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan,” katanya

Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional

Campuran semulajadi ini dapat mengubati masalah jerawat, bisul atau luka lain pada kulit, yang mengumpulkan nanah.

Untuk menyediakannya anda perlukan:

Madu 1 sudu makan.

Tepung 1 sudu makan.

1 kuning telur

Bagaimana mempersiapkan campuran menakjubkan ini?

Aduk semua bahan bersama-sama dan simpan campuran di peti ais.

Bagaimana cara menggunakan?

Sapukan adunan betul-betul di atas luka atau ulser.

Kemudian tutup dengan sehelai kertas tipis (tuala bersih atau kertas tandas). Tukar kertas setiap 3 jam sebelum meletakkan lagi, membersihkan luka. Untuk sapuan waktu malam, biarkan semalaman esok paginya baru tukar. Sekiranya hari berikutnya tiada rasa sakit, maknanya nanah sudah tiada.

Jika campuran ini tidak sesuai dengan kulit anda, mungkin anda ada alergi boleh guna salah satu petua dibawah juga:

1.Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh

2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda. Tidak salah jika anda ingin mencuba..Selamat Mencuba ya..

Sumber: semasapost.com

Inilah Cara Cuci Sinki Paling Berkesan, Tak Payah Gigih Panggil Tukang Paip Lagi!

Inilah Cara Cuci Sinki Paling Berkesan, Tak Payah Gigih Panggil Tukang Paip Lagi!

Rasanya semua orang pernah alami masalah sinki tersumbat, bukan di rumah sendiri mungkin berlaku di rumah saudara. Kena pula orang yang jenis selalu masuk dapur, mahu tak tersumbat?

Kalau biasanya anda curahkan air panas yang tengah sedang menggelegak ke lubang sinki tetapi kali ini nak kongsi cara lain yang lebih berkesan! Ya, tak payah gigih panggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik jika anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. Cara ini bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang.

CARA PERTAMA:

1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.

2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.

3. Diikuti dengan secawan garam halus.

4. Kemudian, curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.

5. Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.

6. Setelah segala kekotoran tersumbat itu dapat dihilangkan, anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.

7. Nak lagi bersih, ambil sehiris lemon, kemudian gosok disekitar sinki untuk hapuskan kuman. Lagi best, tinggal bau yang cukup wangi!

CARA KEDUA:

1. Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.

2. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.

3. Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.

4. Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.

5. Lihatlah hasilnya… jadi ke tak?

6. Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya. Itu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki. Jadi kena guna cara yang extreme sikit.

7. Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.

8. Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.

9. Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.

10. Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!

Haaa… selepas ini tiada alasan lagi nak biar sinki tersumbat macam itu je, tau! Anda dah ada cara ini, sila praktikkan.

Sumber:semasapost.com

Bahaya! Berhenti panaskan enjin kereta kalau sayang duit & nak pakai kereta lama.

Bahaya! Berhenti panaskan enjin kereta kalau sayang duit & nak pakai kereta lama.

Tak pasti ramai atau tak yang dah tahu tentang tabiat memanaskan enjin kenderaan setiap pagi sebelum digerakkan. Ada yang panaskan enjin tidak mengikut piawaian masa yang sepatutnya, contohnya lebih daripada 3 MINIT.

Persoalannya sekarang kenapa kita terbiasakan dengan tabiat tersebut walhal sebenarnya ia hanya mendatangkan keburukan kepada kondisi enjin?

Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat antara negara-negara yang menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya.

Untuk bercerita lebih lagi tentang sebab dan musababnya, mungkin korang semua boleh baca perkongsian daripada pakar bidang permotoran, saudara Irwan Sanei seperti bawah ini yang menjelaskan persoalan diatas.

Enjin kena warm-up ka?

Dulu sewaktu di Jepun, apabila tiba musim sejuk di antara bulan 12 hingga 2, memang malas ke kelas. Nak naik motor sejuk bontot. Handle pun sejuk. Bila jalan kena angin, pun sejuk walaupun pakai full leather suit dengan jaket snow board.

Bila stop, buka glove, pegang ekzos pipe, bessss. Tak sempat maintain panas, dah sejuk balik.

Maka, menjadi rutin, sebelum naik motor, panaskan enjin dulu. Suatu hari, saya disekolahkan oleh mekanik motor saya, ex-racer dan jurutera enjin pakar ICE (internal combustion engine). Awat hang idle enjin motor hang lama sangat Iwan? (Dia cakap Jepun, saya translate ke Bahasa Kedah supaya hangpa paham hehehe).

Saya pun jawab poyo macam pandai guna commonsense saya; ya la Ueno-San, sejook kowt?? Sat gi mati la plak.

Dia jawab, jangan idle lebih daripada 30-saat. Tak kira kondisi musim sejuk atau panas. Enjin kontinental atau Jepun. Enjin direka untuk bergerak. Apabila enjin dan minyak enjin sejuk, sistem pembakaran akan banyakkan minyak supaya pembakaran rich. Kalau kekal idle, minyak tadi akan meleleh di dalam keadaan cecair ke dalam silinder merosakkan piston, dinding silinder dan blok enjin.

Jika keadaan stoichometric, minyak akan menjadi wap di combustion chamber bercampur udara dan spark, lalu dikompres piston untuk menukar energi haba ke energi kinetik.

Habis tu, steering fluid, minyak gearbox dan pelincir moving parts masih sejuk, ok ka berjalan?

Ueno-san respon; jika dibiarkan idle tanpa kita guna steering dan gear, minyak akan kekal berada di sum masing-masing tanpa diedarkan ke gear-gear moving parts. Tak ada maknanya.

Maka katanya, idle jangan melebihi 30-saat. Enjin moden ada autochoke yang akan rich-kan campuran fuel dan apabila kita bergerak, ia akan selaras automotik ke idling sesuai. Untuk minit 1 hingga 15, jangan kasar dengan throttle. Bawa beradab. Santuni enjin, gearbox dan differential. Bawa slow, TETAPI HARUS BERGERAK.

Baru saya faham bahawa takrif warm-up enjin di dalam mode parking itu tak wujud. Tak digalakkan. Saya rasa ramai orang tak tahu atau ada maklumat songsang tentang isu ini kan? Lalu kita pun amalkan ajaran sesat-permotoran semenjak kereta pertama kita sedangkan amalan macam ni memang salah.

Pada tahun 1999, kereta 4 pintu pertama saya selepas DC2R 98-Spec dan sebelum Evo6 RS adalah E39 BMW 525i. Di manualnya jelas tertulis : do not leave your car engine in idle condition for more than 40 seconds. Ini rahsia supaya enjin, transmisi dan segala moving parts tahan lama.

Saya harap informasi radikal ini walaupun akan mencipta kontroversi, mampu membantu anda memanjangkan hayat K20A, 4AG-E, B18C, B16B, RB26DETT, 13B-REW, SR20DET, M54, S65B44 ataupun M156 AMG anda.

Nota : idling enjin di dalam keadaan kereta berhenti tidak bergerak hendaklah dielakkan, jika mampu. Idling di dalam situasi apapun memendekkan hayat enjin dan menggunakan bahan bakar yang banyak. Membazir minyak (dibaca : fuel). Maka, cuba pendekkan tempoh warm-up (dibaca : memanaskan enjin) di dalam mode parking. Gerakkan kenderaan anda 30-90 saat setelah enjin dihidupkan dan biar enjin warm-up ketika bergerak. Berlembut dengan throttle. Pandu seperti biasa apabila enjin di suhu operasi optimum sekitar 98.9-darjah Celcius yang disarankan oleh SAE (Society of Automotive Engineers).

Sumber: suaramedia.org

Inilah Amalan Semasa Pindah Rumah Baru…Moga Bermanfaat

Inilah Amalan Semasa Pindah Rumah Baru…Moga Bermanfaat

Samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…

Sumber:semasapost.com

Rugi tak tahu! Inilah Petua Hilangkan Kahak Dalam Paru-Paru Dan Penawar Batuk Yang Mujarab

Rugi tak tahu! Inilah Petua Hilangkan Kahak Dalam Paru-Paru Dan Penawar Batuk Yang Mujarab

Batuk yang disebabkan oleh virus pasti mengganggu anda dalam aktiviti-aktiviti harian terutamanya batuk degil dan sukar dihapuskan.
Selain mengganggu diri anda, ada soalan tentang hal itu akan mengganggu orang lain juga. Bermula dari kebimbangan orang lain yang dijangkiti batuk atau keberisikan daripada bunyi batuk anda.

Terdapat beberapa petua hilangkan batuk berkahak dengan cepat dan paling mujarab yang anda boleh cuba untuk batuk ringan serta batuk yang degil, daripada dengan ubat semula jadi hingga dengan ubat daripada doktor yang mesti mengikut dos yang disyorkan.

Banyak ubat batuk yang beredar di pasaran adalah ubat-ubatan kimia, tetapi ubat daripada bahan-bahan semula jadi atau herba lebih baik diterima oleh badan kita. Anda boleh meraciknya sendiri atau beli ubat-ubat herba yang sudah tersedia di kedai-kedai herba atau farmasi.

Sirap buatan sendiri untuk kahak

Bahan-bahan:

Lobak merah

2. 6 sudu besar madu organik

3. Air

Cara-caranya:

1) Kupas dan potong lobak merah menjadi ketulan, kemudian rebus lobak merah sehingga ia lembut. Asingkan air rebusan lobak merah tadi.

2) Kemudian tumbuk/kisar lobak merah yang direbus tadi sehingga lumat.

3) Kacau madu ke dalam air rebusan lobak merah dan tambahkan isi lobak merah yang telah ditumbuk/dikisar. Kemudian kisar sekali lagi campuran isi lobak merah dan air rebusan tadi.

4) Siap untuk diminum dan disimpan dalam peti ais.

Cara Penggunaan (Petua Hilangkan Kahak Dalam Paru-paru Dan Penawar Batuk)
Ambil 3-4 sudu besar ini setiap hari dan anda harus berasa lebih baik dalam tempoh hanya beberapa hari. Ubat ini akan membuat anda berasa lebih cepat jika anda mengambil masa untuk mencubanya.

Sekian.

Sumber:semasapost.com

11 Khasiat Garam Yang Masih Ramai Belum Tahu. Perkongsian Dari Ustazah Siti Nor Bahyah

11 Khasiat Garam Yang Masih Ramai Belum Tahu. Perkongsian Dari Ustazah Siti Nor Bahyah

Saat menyediakan masakan di dapur ada satu bahan ini pasti digunakan. Tidak kira jenis apa masakan yang ingin dimasak. Sama ada hidangan berlauk, sajian moden, hidangan tradisional, kuih muih dan sebagainya pasti akan menggunakan bahan nan satu ini.

Lain tidak bukan adalah garam. Tanpa garam, tidak berasalah hidangan yang disediakan. Hal ini, menjadikan garam antara keperluan wajib ada di ruangan dapur. Pun begitu, ajaibnya tentang garam ini, bukan sahaja kegunaannya dalam masakan semata-mata malah lebih daripada itu.

Ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah di dalam fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika GARAM masih PANAS.

4. Merawat cirit-birit: Minum air yang di campur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam di campur madu dan air lalu di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang di campur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya… ماشآءالله

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang di campur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?… سُبْحَانَ اللهِ

9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, GARAM di campur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yg dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat mandian air bercampur garam yg di rukyah (doa).اَللهُ اكبر..!

Semoga bermanafaat.
ْ إنْ شَآءَالله ..آمــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Sumber : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

sumber:semasapost.com

Baru tahu.Hanya tekan butang Soak,keladak di mesin basuh akan hilang dengan mudah

Baru tahu.Hanya tekan butang Soak,keladak di mesin basuh akan hilang dengan mudah

Ramai diantara kita memiliki mesin basuh bagi memudahkan aktiviti mencuci pakaian.Tetapi kami percaya ramai juga tidak mengetahui kesemua fungsi-fungsi mesin basuh yang dibeli.Hal ini menyebabkan kita rugi tidak menggunakan fungsi mesin basuh secara optimun.

Antara fungsi yang kami yang anda tidak pernah gunakan atau tidak tahu adalah fungsi bagi butang ‘soak’. Selain daripada untuk mencuci pakain,butang soak itu dapat membantu kita untuk mencuci mesin basuh kesayangan kita tu. Bayangkanlah bertahun-tahun kita pakai,berapa banyak baju dan kotoran telah masuk didalam mesin basuh kita. Lebih malangnya kotoran itu tidak dibuang. Ia lebih kurang sama juga lah seseorang yang makan hari-hari,tapi tak pernah membuang..euwwww..mesti banyak keladak dan kotoran kan?

Jadi kali ini kami ingin kongsikan satu tips yang dikongsikan oleh Mommy daily cara-cara mudah untuk mebasuh mesin basuh kesayangan kita. Dengan cara ini,insya Allah mesin basuh akan lebih bersih,tahan lama dan cucian pada pakain pun jadi lebih bersih. Semoga bermanfaat.

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe

Sumber: suaramedia.org

(Video)Bab Jodoh: Ini Pegangan Datuk Ustazah Norhafizah Musa & Mengapa Suaminya Dikatakan Pilihan Istimewa Dari Allah

(Video)Bab Jodoh: Ini Pegangan Datuk Ustazah Norhafizah Musa & Mengapa Suaminya Dikatakan Pilihan Istimewa Dari Allah

Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya, Dr Azhar Yaakob.

Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM,Gombak di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.

Kata ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni, ustazah ada memiliki kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini, yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya

Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.

Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah

persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut perangai mak dia yang dulu-dulu tu.

Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku nak juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.

Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan laki-laki, Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja dengan Allah. Dalam keadaan tak

kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni, macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya, betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta Allah mudahkan segala jalan.

Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni, tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.

Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah, sampailah datang seorang jejaka., yang sungguh macho sekali. Datang seorang jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat.

Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan, semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah.

Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah, takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.

Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik. Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah, pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik. Jadi, jangan takut, saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah dengan Allah Azzawajalla.

Sumber:Datuk Ustazah Norhafizah Musa

Sumber:semasapost.com