Tips Pemakanan Ketika Di Bulan Ramadhan..Kurang Berat, Tambah Tenaga, Perut Tidak Meragam, Sepanjang Berpuasa Jika Ikut Saranan Dietitian Ini

Tips Pemakanan Ketika Di Bulan Ramadhan..Kurang Berat, Tambah Tenaga, Perut Tidak Meragam, Sepanjang Berpuasa Jika Ikut Saranan Dietitian Ini

Jika kita mahu berpuasa secara sihat dan bertenaga, bolehlah ikut tip-tip yang diberikan oleh Pakar Pemakanan atau Dietitian Hospital Pakar KPJ Damansara, Rushda Adiba.

“ Apa perubahan fisiologi yang berlaku semasa berpuasa? Pada permulaan fasa berpuasa, pemecahan glikogen melepaskan glukosa untuk tenaga. Selepas 2 hingga 3 hari, tahap rendah insulin akan merangsang lipolisis atau pemecahan lemak untuk tenaga. Selepas pengulangan kitaran ini semasa berpuasa pada bulan Ramadan, penyimpanan lemak tubuh akan dikurangkan.”

Apabila seseorang itu berpuasa, Rushda Adiba menjelaskan berikut adalah kebaikan yang boleh mereka peroleh.

Pengurangan berat badan.
Pengurangan berat lebih kurang 5 hingga 10 peratus bermanfaat bagi menambah baik kawalan gula dalam darah dan mengurangkan tahap kolesterol.
Memperbaik tahap tekanan darah.
Memperbaik status kesihatan secara keseluruhan.

Ini Tip berpuasa secara sihat dan bertenaga.

Tip 1: Minum lebih banyak air

Kekalkan hidrasi tubuh sepanjang berpuasa. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air kosong sehari.Waktu pengambilan air yang dicadangkan:

Sahur – 2 gelas
Buka puasa – 2 gelas
Selepas solat maghrib – 2 gelas
Selepas Terawih – 2 gelas

Tip 2: Makan dengan perlahan dan kunyah makanan sampai hancur.

Ini bagi mencegah ketakcernaan dan perut meragam. Ikutlah cara ini ketika berbuka puasa:

Sebaik tiba waktu berbuka, mulakan buka puasa dengan makan karbohidrat ringkas seperti kismis atau buah-buahan. Minum air kosong.
Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib.
Sambung makan dengan menikmati hidangan berat.

Tip 3 : Banyakkan serat dalam pinggan.

-Sumber serat terdiri daripada sayuran berdaun hijau. Ambil lebih kurang setengah pinggan. Serat mampu mengelakkan anda mengalami sembelit dan meningkatkan rasa puas serta kenyang selepas makan. Sayuran berdaun hijau mengandungi vitamin-vitamin dan mineral-mineral seperti potassium yang amat baik untuk tubuh.
Tip 4: Buka puasa dengan karbohidrat ringkas.

Karbohidrat ringkas diperlukan semasa berbuka untuk meningkatkan tahap gula dalam darah. Makanan yang dicadangkan adalah kismis atau buah-buahan segar.

Jumlah saiz hidangan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Kismis – 1 hingga 2 sudu makan
Epal/ Oren/Kiwi – I biji buah bersaiz sederhana
Kurma – 2 biji

Sumber:semasapost.com

Awas!! Ibu mengandung jangan paksa berpuasa jika ada 8 tanda ini. Bahaya.

Awas!! Ibu mengandung jangan paksa berpuasa jika ada 8 tanda ini. Bahaya.

Dalam Islam, puasa ketika hamil diharuskan untuk berbuka apabila di dalam dua keadaan iaitu apabila berpuasa dapat membahayakan kesihatan diri atau membahayakan kesihatan kandungan.

Dari segi kesihatan pula, Dr Imelda Balchin dalam sebuah post beliau menegaskan bahawa ibu hamil dan kandungan yang sihat selepas trimester pertama boleh berpuasa jika hendak berpuasa. Jika berasa lemah, atau loya, hendaklah berbuka puasa. Malah, jika anda berasa sihat, tetapi ada tanda yang membimbangkan, sebaiknya dicadangkan agar berbuka puasa demi kesihatan diri, kandungan, atau bayi yang disusukan.

IBU MENGANDUNG, JANGAN PAKSA DIRI UNTUK BERPUASA KALAU ADA 8 TANDA INI

Di sini terdapat beberapa tanda ibu mengandung patut berbuka dan tidak meneruskan puasa ketika hamil.

1. MORNING SICKNESS YANG TERUK
Wanita yang berada pada awal fasa kehamilan ada kalanya mengalami masalah morning sickness yang teruk. Jika keadaan berlarutan sehingga menyebabkan kekurangan tenaga maka disarankan berbuka sahaja.

Hal ini kerana apabila sudah muntah-muntah, tenaga dari makanan yang diambil hilang dan boleh menyebabkan mudarat pada janin.

2. MENGALAMI DIABETES
Menurut Malaysian Medical Gazette, wanita mengandung yang mengalami Diabetes Jenis I, II dan Gestasi perlulah berbincang dengan Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik berkenaan ubat dan diet yang sesuai semasa berpuasa. Sekiranya tidak memerlukan rawatan metformin atau insulin, boleh berpuasa jika boleh terus mengawal bacaan gula di dalam darah pada bulan puasa.

Masalahnya bukanlah bacaan gula semasa berpuasa tetapi bacaan gula yang tinggi melambung selepas berbuka, sebelum sahur dan selepas sahur. Dr Imelda mengesyorkan mengambil bacaan gula 2 jam selepas berbuka puasa, sebelum sahur, dan 2 jam selepas sahur. Jika 2 jam selepas makan bacaannya melebihi 6.7, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat metformin. Tetapi jika bacaan masih tinggi juga selepas menerima rawatan metformin, lebih baik tidak berpuasa dan kawal semula pemakanan seperti sebelum bulan puasa.

3. DEMAM, RASA SEJUK, LEMAS, MENGGIGIL, DAN BERPELUH
Jangan paksa diri untuk puasa ketika hamil sekiranya para ibu mempunyai masalah kesihatan seperti demam. Situasi lain yang perlu diambil berat oleh ibu hamil ialah apabila mengalami hypoglysemia iaitu kandungan gula dalam darah rendah.

Jika badan mula berasa lemas, menggigil, berpeluh dingin dan pandangan kabur, maka dinasihatkan untuk berbuka puasa. Adalah dinasihatkan juga untuk berbuka jika badan mengalami dehidrasi dengan simptom berpeluh dingin dan cirit- birit.

4. MASIH DALAM TEMPOH PENGAMBILAN UBAT
Sekiranya pengambilan ubat perlu dipatuhi untuk elakkan kemudaratan pada janin, adalah lebih baik untuk tidak berpuasa terlebih dahulu.

Namun sekiranya kesihatan anda normal dan ingin cuba untuk puasa ketika hamil, dapatkan pendapat daripada doktor untuk pengambilan dos yang lebih tepat sepanjang waktu berpuasa.

Foto Kredit: elsiglodetorreon.com.mx

5. IBU MENYUSU (ATAU TIDAK MENYUSU) YANG MASIH BERPANTANG
Bagi ibu menyusu terutamanya yang masih berpantang atau baru lepas berpantang, minta nasihat daripada doktor untuk pengurusan kesihatan yang baik dan pastikan doktor memberi ‘green light’ untuk berpuasa.

Dr Imelda menjelaskan bahawa kadangkala darah nifas hanya dua minggu, tetapi kepekatan darah adalah masih tinggi pada 6 minggu selepas bersalin.

6. KURANGNYA SUSU BADAN SECARA MENDADAK
Apabila anda telah mencuba pelbagai ikhtiar tetapi susu badan tetap berkurangan dengan mendadak sewaktu berpuasa, anda dicadangkan untuk berbuka puasa demi kebaikan bayi.Lebih-lebih lagi sekiranya bayi bergantung 100% pada susu badan sebagai diet utamanya ketika itu.

Dalam Islam juga, selain wanita mengandung wanita menyusu juga diharuskan berbuka puasa.

Foto Kredit: kellymom.com

7. PERGERAKAN BAYI BERKURANG
Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan terus ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai pembesaran janin.

8. HAMPIR TARIKH DUE DATE
Melahirkan anak memerlukan banyak tenaga di bilik bersalin nanti. Oleh itu, ibu mengandung dinasihatkan untuk tidak berpuasa ketika sudah hampir ‘due date’.Persiapkan diri secukupnya dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi waktu melahirkan anak nanti.

Menurut Dr Suriyakhtun, jika kandungan hampir cukup bulan ibu berisiko mengalami hypoglycaemic, yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

Foto Kredit: wsj.com

KEPERLUAN FIDYAH BAGI PUASA YANG DITINGGALKAN

Sekiranya puasa ditinggalkan, mungkin ada yang masih keliru sama ada puasa tersebut wajib diganti, dibayar fidyah, atau kedua-duanya. Dalam hal ini, kami merujuk kepada Irsyad Al-Fatwa Ke-31: Hukum Wanita Hamil Meninggalkan Puasa yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Walaupun terdapat khilaf, pihak Mufti memutuskan bahawa mereka cenderung kepada pendapat yang menyatakan perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka puasa akan kembali kepada 2 keadaan sahaja iaitu:

Kalau semata-mata kerana bimbangkan diri sendiri, bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.

Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehlah dia berbuka dan membayar fidyah.

Foto Kredit: scoopwhoop.com

PUASA KETIKA HAMIL PERLU NASIHAT DOKTOR

Patuhi panduan penjagaan pemakanan dan kesihatan daripada doktor untuk perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan diri yang konsisten. Puasa Ramadhan mempunyai seribu satu kebaikan bagi umatnya, namun Islam adalah agama yang syumul dan jauh sekali membebankan umatnya. Jadi, janganlah membebankan diri jika anda mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat menjalankan ibadah puasa.

Berpuasa atau tidak, ibu hamil perlu menitikberatkan kesihatan bagi kebaikan diri dan anak dalam kandungan. Lebihkan pemakanan yang berkhasiat dan minum air secukupnya bagi kesihatan menyeluruh. Elakkan dari pengambilan makanan bergula dan bergaram dengan banyak.

*Sumber Rujukan: Dr Imelda Balchin, Mingguan Wanita, dan The Malaysian Medical Gazette

Kredit: suaramedia.org

Awas! 5 Bahagian Ayam Yang Boleh Memudaratkan Kita !!!

Awas! 5 Bahagian Ayam Yang Boleh Memudaratkan Kita !!!

Siapa yang tak suka makan daging ayam, kan. Tak kisahlah ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, mesti ada si penggemarnya. Namun, tahukah anda, terdapat lima bahagian ayam yang terkandung racun? Jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan terkena racunnya…

Awas! Lima Bahagian Ayam Yang Mengandungi Racun !!! |Siapa yang tak suka makan daging ayam, kan. Tak kisahlah ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, mesti ada si penggemarnya.

Namun, tahukah kita semua, terdapat lima bahagian ayam yang terkandung racun? Jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan terkena racunnya.

1.Kepala

Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat. Walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam. Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.

2.Kepak

Ramai yang gemar bahagian ini kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat.

Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.

Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual. Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.

3.Leher

Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng. Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi.

Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, namn inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar. Lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian ini.

4.Buntut

Dikatakan banyak memakan bahagian ini berisiko menghidapi kanser usus. Bahagian ini memiliki kandungan hormon, serta adalah tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke ayam tidak dapat dicerna baik lalu berkumpul di bahagian ini.

5.Kulit

Makan daging ayam tanpa kulit, tidak lengkap rasanya. Hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga. Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam.

Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati. Jika terlebih makan kulit ayam, mudahlah mendapat masalah obesiti. – Sumber: Bangkapos

Sumber:semasapost.com

Ramai yang silap & keliru. Inilah warna air kencing sihat & tidak sihat yang sebenar.

Ramai yang silap & keliru. Inilah warna air kencing sihat & tidak sihat yang sebenar.

Buang air kecil adalah salah satu perkara yang wajib dilakukan oleh semua manusia. Tetapi, setiap kali anda pergi membuang air kecil, jangan terus ‘flush’ dulu. Apa kata, ambil sedikit masa yang sekejap saja untuk melihat warna air kencing anda tersebut. Kenapa? Sebabnya, berdasarkan warna air kencing, kita boleh tentukan tahap kesihatan tubuh badan kita!

Oleh itu, selepas membuang air kecil, pastikan warna air kencing anda dahulu untuk mengetahui sebab-sebab perubahan warna air kencing seperti yang tersenarai ini :

1. TIADA WARNA ATAU JERNIH


http://www.mirror.co.uk/

Kalau air kencing anda tidak mempunyai warna iaitu jernih sahaja, ini kerana anda telah minum terlalu banyak air. Memang betul minum banyak air sangat bagus untuk kesihatan tetapi jangan terlebih kadar air pula ya. Jika keadaan sebegini berlaku, anda boleh kurangkan sedikit minum air untuk mendapatkan warna air kencing yang sihat.

2. WARNA KUNING PUCAT

Welcome to South County Urological

Inilah warna air kencing yang menjadi penanda aras kesihatan tubuh badan seseorang itu. Minum air dengan cukup dan jangan terlebih kandungan air, kerap pergi ke tandas dan mengamalkan pemakanan yang sihat adalah faktor yang membantu anda untuk mendapatkan air kencing berwarna kuning pucat ini. Ini bermaksud, tubuh badan anda adalah normal dan terhidrat.

3. WARNA KUNING JERNIH / KUNING TERANG

http://www.mirror.co.uk/

Air kencing berwarna kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu pucat ini juga adalah penanda aras bahawa tubuh badan anda adalah di tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing berwarna ini adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Jadi, kurangkan dari terdedah dengan cahaya matahari untuk mendapatkan warna air kencing yang lebih sihat.

4. WARNA KUNING PEKAT SEPERTI MADU

http://www.sbs.com.au/

Air kencing berwarna kuning pekat ini berada di dalam fasa terakhir tahap ‘normal’ badan seseorang itu. Ini menunjukkan bahawa anda tidak mendapatkan kandungan air yang cukup untuk buah pinggang terus berfungsi. Untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan, minum air dengan lebih banyak dan kerap membuang air kecil. Rutin ini dapat membantu buah pinggang untuk terus mencerna toksin di dalam badan kita.

5. WARNA COKLAT

en.rocketnews24.com

Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang seterusnya.

6. WARNA KEMERAH-MERAHAN

http://www.painandsores.com/

Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu adalah sebabnya. Tetapi jika tidak? Ini bermakna terdapat darah dalam air kencing anda. Mungkin kadang-kadang ada yang terlepas pandang khususnya wanita yang fikir ada kena mengena dengan darah haid, tetapi tidak seperti apa yang anda sangka. Jika ada darah dalam air kencing, ini mungkin penyebab kepada masalah buah pinggang, tumor, jangkitan kuman dalam air kencing mahupun masalah prostat.

7. WARNA OREN

http://www.lifescript.com/

Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah, anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.

8. WARNA KEBIRUAN ATAU KEHIJAUAN

http://home.bt.com/

Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat. Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.

9. AIR KENCING BERBUIH

http://www.yourstylishlife.com/

Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku. Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih, anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal yang lebih teruk.

Selamat menjalani hidup yang lebih sihat !

Sumber:suaramedia.org

Kenapa makan kambing,jadi pening? Rupa²nya itulah tanda badan bertindak dgn…

Kenapa makan kambing,jadi pening? Rupa²nya itulah tanda badan bertindak dgn…

Setiap kali makan kambing kenapa rasa pening? Jangan kata orang tua, orang muda pun sama juga, tapi tak semua macam tu. Ada yang kata minum air lemon boleh neutral kan balik, tapi tak semua macam tu. Jadi sedikit penerangan di bawah mengenai kenapa makan kambing boleh pening.

Ramai yang sering mengadu sakit kepala apabila makan beberapa jenis daging terutamanya daging kambing. Kerana takutkan kolestrol yang tinggi, ramai juga yang menghidari daripada memakan daging ini.

Sebenarnya, rasa pening kepala itu merupakan tindak balas daging kambing itu yang mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti.Penyakit darah tinggi adalah berpunca daripada kolestrol dalam darah yang terurai daripada kolestrol kambing tersebut. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isi padu darah meningkat.

Pesakit darah tinggi akan mengalami gejala pening akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.Walaupun daging kambing berfungsi sebagai pengurai protein terbaik, pesakit darah tinggi tidak disarankan mengambil daging kambing sebagai terapi dan mengelakkan kesan yang diluar kawalan mereka.

Tetapi, bagi mereka yang tidak mengalami tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan risiko penyakit darah tinggi.

Apabila kolestrol gagal dicerna oleh hati, lemak di bawah permukaan kulit akan terbentuk. Jika terlalu banyak lemaknya, ia akan menjurus kepada risiko obesiti. Pengambilan daging kambing oleh pesakit obesiti akan menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil dan akan mengalami pening kepala.

Selain daripada itu, tahukah anda bahawa daging kambing juga pembakar lemak yang berlebihan dalam badan? Panas badan, berpeluh dan telinga berdengung merupakan antara pembakaran lemak daripada memakan daging kambing.

Khasiat & Kelebihan Daging Kambing

Mencantikkan kulit
Mempunyai vitamin C semula jadi yang tidak dioksidakan
Membina dan menjaga ketahanan sel kulit
Menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit
Pengambilan protein secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit. Dan ia akan mudah dioksidakan dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga.

Proses ini yang menyebabkan kulit kelihatan gelap dan hangus sekirang berjemur di bawah sinaran matahari.Kandung vitamin C dalam daging kambing memberikan daya ketahanan yang lebih terhadap kulit kesan tindak balas protein yang terkena cahaya matahari.

Untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik, amalkan sahaja memakan daging kambing!Sebenarnya hal tersebut disebabkan oleh kandungan zat besi dan tyramin yang terdapat pada daging.

Gejala Pening Kepala Disebabkan Memakan Daging Terutamanya Daging Kambing Adalah Kerana Kurangnya Serapan Gula Ke Otak.

Makan daging yang banyak kandungan proteinnya boleh mengurangi serapan gula ke otak. Namun, punca kebanyakan orang mengalami pening adalah disebabkan oleh kandungan zat tyramin dan zat besi yang terdapat dalam daging tersebut.

Tubuh badan kita sebenarnya memerlukan zat besi sebagai bahan untuk menghasilkan protein hemoglobin yang bertujuan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tapi kelebihan zat besi ini boleh jadi sedikit mudharat yang mengakibatkan pening dan sakit kepala.

Menurut National Poison Control Center, gejala yang biasanya muncul kerana kelebihan zat besi adalah pening, mual, lemah sakit kepala dan nafas pendek. Kelainan genetik yang disebut sebagai hemchromatosis juga boleh menyebabkan tubuh menghasilkan zat besi yang berlebihan.

Orang yang mempunyai kelainan genetik ini harus mengambil daging yang mempunyai zat besi yang rendah, tidak boleh mengambil suplemen zat besei atau melakukan penggantian darah (phlebotomy).

Zat Tyramin juga faktor kepada gejala kepala pening ini. Selain di daging merah, zat Tyramin ini boleh di dapati di dalam keju yang disimpan serta anggur merah. Gejala kepala pening ini biasanya muncul 12 jam selepas mengambil makanan-makanan tersebut.

Artikel ini bukan bertujuan untuk menakutkan. Tapi ianya sekadar ilmu pengetahuan bagi mereka yang fobia dengan makan daging kambing.

Sumber: suaramedia.org

Ramai Sudah Tahu.Tapi Masih Ramai Juga Tidur Dengan Handphone Di Kepala? Awas,Lihat Kesan Ini Kepada Otak Anda

Ramai Sudah Tahu.Tapi Masih Ramai Juga Tidur Dengan Handphone Di Kepala? Awas,Lihat Kesan Ini Kepada Otak Anda

Selalu Tertidur Dengan Handphone Di Kepala? Awas,Lihat Kesan Ini Kepada Otak Anda

Satu kajian telah membuktikan bahawa telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Ia juga menunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan lain adalah lebih besar berbanding pendedahan pada bahagian badan lain.

Penggunaan peranti ini dengan kerap meningkatkan risiko tumor otak hampir lebih dua kali ganda. Kanak-kanak adalah salah seorang yang mudah mengalami pendedahan kadar radiasi tinggi kerana mempunyai tengkorak nipis serta saiz otak yang lebih kecil.

Berdasarkan penulisan daripada portal Healthy Children juga ada menekankan bahaya peranti ini terhadap kanak-kanak dalam jangka masa panjang dan mencadangkan ibu bapa agar mengehadkan penggunaan telefon bimbit atau sebarang peranti yang mampu memancarkan radiasi daripada medan elektromagnetik (EMF).

Meletakkan peranti anda berdekatan dengan kepala anak-anak kecil berupaya menjejaskan sel otak mereka dan mengundang penyakit lain yang tidak diingini. Justeru itu, ibu bapa diminta untuk lebih prihatin dan mengambil input yang dikongsikan oleh Ayn Shariff sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sebelum ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang.

Perkara ni kadang-kadang terjadi pada saya dan anak-anak

Sambil-sambil tidurkan/susukan anak, sambil tu reply pm customer, kadang tu sampai tertidur. Sedar-sedar fon dok dekat dengan kepala anak

Allah, time tu terkilan sangat

Terkilan sebab teringat betapa tak bagus nya bila smartfon ni terletak berdekatan dgn kepala anak

Tahu tak, kenapa tak eloknya smartfon ni kat bahagian kepala?

Radiasi dari signal smartfon ni sangat bahaya tau, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil sebab ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang (bayi 6 bulan ke bawah)

Antara risiko lain:

kanser
tumor otak
parkinson
alzheimer
sakit kepala/ migrain
sakit mata/ rabun

Risiko-risiko ni bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tapi juga orang dewasa

Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan:

1. Selesaikan segala urusan berkaitan fon
2. Matikan wifi atau data
3. Letak telefon jauh daripada tempat tidur

Berdasarkan penulisan daripada portal Healthy Children juga ada menekankan bahaya

Petua keselamatan telefon bimbit untuk keluarga:

Gunakan mesej teks apabila mungkin, dan gunakan telefon bimbit dalam mod pembesar suara atau dengan menggunakan alat tangan bebas tangan.
Apabila bercakap di telefon bimbit, cuba memegangnya satu inci atau lebih jauh dari kepala anda.

Buat hanya panggilan pendek atau penting pada telefon bimbit.
Elakkan membawa telefon anda ke badan seperti dalam saku, kaus kaki, atau bra. Pengeluar telefon bimbit tidak dapat menjamin bahawa jumlah radiasi yang anda menyerap akan berada pada tahap yang selamat.

Jangan bercakap di telefon atau teks semasa memandu. Ini meningkatkan risiko kemalangan kereta.

Berhati-hati apabila menggunakan telefon atau menghantar mesej semasa berjalan atau melakukan aktiviti lain. “Kecederaan berjalan” juga semakin meningkat.
Jika anda merancang menonton filem pada peranti anda, muat turun terlebih dahulu, kemudian beralih ke mod pesawat semasa anda menonton untuk mengelakkan pendedahan radiasi yang tidak perlu.

Perhatikan kekuatan isyarat anda (iaitu bilangan bar yang anda ada). Semakin lemah isyarat sel anda, semakin sukar telefon anda berfungsi dan semakin banyak radiasi yang dihasilkannya. Lebih baik menunggu sehingga anda mempunyai isyarat yang lebih kuat sebelum menggunakan peranti anda.

Elakkan membuat panggilan ke kereta, lif, kereta api, dan bas. Telefon bimbit berfungsi lebih keras untuk mendapatkan isyarat melalui logam, sehingga tahap kuasa meningkat.
Ingatlah bahawa telefon bimbit bukanlah mainan atau item gigi.

Sumber : https://suaramedia.org/selalu-tertidur-dengan-handphone-di-kepala-awaslihat-kesan-ini-kepada-otak-anda/

Sumber:semasapost.com

SAYU..IBU INI MENINGGAL KERANA RAHIM PECAH GARA-GARA HAMIL JARAK DEKAT.BESARNYA PENGORBANAN INSAN BERGELAR IBU

SAYU..IBU INI MENINGGAL KERANA RAHIM PECAH GARA-GARA HAMIL JARAK DEKAT.BESARNYA PENGORBANAN INSAN BERGELAR IBU

Sila baca ini dengan teliti, lebih-lebih lagi buat wanita yang baru melahirkan anak.

Seorang wanita bernama Zhang berusia 23 tahun, kerana keadaan tubuhnya, dia tergolong wanita yang sangat sukar untuk hamil. Namun setelah melakukan berusaha, akhirnya dia berjaya hamil.

Sewaktu kehamilan, dia sentiasa berhati-hati, keluarganya juga menjaganya. Selama hamil dia juga mengalami rasa loya dan muntah, namun demi anaknya, semua ini boleh dilalui.

Selama kehamilan, dia juga menjaga hubungan intim dengan suami, kerana takut ini akan mempengaruhi bayi di dalam kandungan. Setelah tiba masanya, akhirnya Zhang melahirkan seorang bayi perempuan dengan proses caesar, pasangan ini tentu sangat bahagia. Demi kesihatan anaknya, Zhang memilih untuk menyusukan bayinya sendiri, Tidak lama selepas itu, Zhang rasa mual lagi dan hamil lagi untuk yang kedua kali.

Setelah mertuanya tahu, tentulah mertua sangat gembira, dia rasa ini adalah berita baik yang terus-menerus dari keluarga Zhang. Tentunya, dirasakan ini adalah rezeki, mereka tidak mahu membuangnya. Semasa dia memeriksa ke doktor, doktor pun sangat terkejut kerana doktor rasa apa yang dilakukan Zhang ini sangatlah berbahaya dan menyarankan dia untuk menggugurkan kandungannya segera. Namun kerana keluarga berkeras hati, akhirnya dia pulang dan tidak mengugurkan kandungannya.

Setelah hamil 4 bulan, semasa sedang minum air, tanpa sengaja dia tersedak dan siapa sangka dia terbatuk dan menyebabkan rahimnya pecah dan mengalami pendarahan. Kerana terkejut, dia terus ke hospital, namun di tengah perjalanan, Zhang sudah tidak bernafas lagi, akhirnya keluarga Zhang kehilangan dua nyawa ibu dan anak sekaligus.

Ramai para ibu yang menyusukan anak, sewaktu menyusui, mereka tidak akan hamil, akhirnya mereka tidak menjaga hubungan intim semasa dalam tempoh berpantang. Ini salah besar, selepas melahirkan anak, 2-3 bulan adalah proses penyembuhan rahim, boleh saja untuk hamil lagi, namun ini kurang baik bagi tubuh wanita kerana satu cabaran yang sangat besar.

Seperti Zhang yang baru melahirkan dengan operasi caesar, memang tidak disyorkan untuk terus hamil kerana sangatlah berbahaya buat dirinya.

Wanita sekalian, berhati-hatilah dan buat pemeriksaan doktor ya! Sebaiknya, bagi jarak masa antara anak pertama dan anak yang seterusnya.

Sumber: semasapost.com

Penemuan Rawatan Strok Menggunakan Ayat Al-Quran,Inilah Bukti Kekuasaan Allah Amat Menakjubkan

Penemuan Rawatan Strok Menggunakan Ayat Al-Quran,Inilah Bukti Kekuasaan Allah Amat Menakjubkan

Gambar Hiasan

Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah.

Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati. Kadangkala strok dipanggil ‘serangan otak’.

Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.

Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.

Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.

Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak – cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.

Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.

Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.

Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah.

Risiko tidak boleh diubah:

Umur
Genetik
Jantina
Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:
Tekanan darah tinggi
Merokok
Kencing manis
Kolesterol
Obesiti

Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.

Satu atau lebih simptom tiba-tiba:

Tangan kaki lemah atau lumpuh.
Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa meleleh tanpa kawalan.
Masalah kestabilan, koordinasi badan, percakapan, penglihatan, sukar menelan.
Rasa pening atau sakit kepala
Kebas di sebahagian daripada badan
Pengsan atau menjadi keliru

Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.

Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:

Sebelah badan lemah.
Masalah kestabilan, koordinasi badan.
Masalah menelan.
Masalah percakapan dan komunikasi.
Masalah penglihatan.

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.

Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.

Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.

Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.

Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.

Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.

Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.

Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit.

Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan.

InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.

Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55
Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89
Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.

Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.

Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.

Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.”

Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.

Sumber :suaramedia.org

 Inilah 7 Khasiat AJAIB Air Rendaman Kurma Yang Ramai TAK TAHU !!!

 Inilah 7 Khasiat AJAIB Air Rendaman Kurma Yang Ramai TAK TAHU !!!

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga! Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya. Ini cara penyediaannya… 🤗🤗

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga! Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Cara Membuat Air Nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam kurma dalam air minuman tersebut..
3. Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis. Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~boleh tahan 1 – 2 hari.

Semoga perkongsian ini beranfaat untuk anda. Silakan ‘share’. Terima kasih.

Sumber:suaramedia.org

8 Tanda Ini Pada Badan Kita Akan Berlaku Jika Buah Pinggang Kita Dalam Bahaya! Jangan Ambil Mudah!

8 Tanda Ini Pada Badan Kita Akan Berlaku Jika Buah Pinggang Kita Dalam Bahaya! Jangan Ambil Mudah!

Buah pinggang adalah organ penting dalam tubuh manusia, terletak di bawah sangkar tulang rusuk, dan bertanggungjawab untuk detoksifikasi dan pembersihan sistem, kerana mereka menapis 10-150 liter darah setiap hari.

Fungsi mereka sangat penting untuk seluruh tubuh dan darah.

Mereka mengeluarkan lebihan sisa dan cecair dari badan, menyokong kesihatan tulang, mengimbangi elektrolit, menstabilkan tekanan darah, dan meningkatkan jumlah sel darah merah.

Oleh itu, jika fungsi mereka terancam, seluruh badan berisiko tinggi, jadi anda harus tahu bagaimana mengenali gejala-gejala dan dengan itu mencegah masalah utama, seperti kerosakan atau kegagalan buah pinggang:

1. Perubahan pada air kencing

Simptom yang paling biasa dan awal termasuk:
Urin berbuih atau keladak
Air kencing gelap, kurang kerap buang air kencing dan buang air kecil dalam jumlah kecil
Terasa atau terdesak untuk buang air kecil pada waktu malam
Tekanan semasa kencing
Masalah kencing
Warna pucat, kencing kerap, dan dalam jumlah yang banyak
2. Pembengkakan

Dalam kes fungsi ginjal yang lemah, gagal untuk menghapuskan cecair berlebihan dari badan dan dengan itu membawa kepada pembengkakan dan kembung muka, anggota badan, dan sendi.

3. Sesak nafas

Tanda ini sering dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang. Mengurangkan jumlah sel darah merah, disebabkan oleh toksin terkumpul di dalam paru-paru, mengurangkan jumlah oksigen dalam badan.

4. Ruam kulit

Kegagalan buah pinggang boleh membawa kepada pengumpulan sisa, dan dengan itu menyebabkan gatal-gatal dan ruam kulit. Sebagai sisa membina dalam darah, kulit kelihatan jengkel, kering, dan tidak sihat. Isu-isu ini tidak dapat diselesaikan dengan mudah dengan menggunakan krim dan losyen, kerana masalah akar adalah dalaman, karena masalah yang terkait dengan Anda

5. Rasa logam di dalam mulut

Pembentukan sisa dalam darah mengubah rasa makanan dan menyebabkan nafas berbau. Selera makan yang tidak baik dan perubahan yang teruk dalam beberapa makanan menunjukkan kerosakan buah pinggang.

6. Konsentrasi Teruk dan Pening

Kegagalan buah pinggang, serta anemia teruk, membawa kepada aliran oksigen yang lemah ke otak, dan ini berakhir dalam masalah ingatan, kepekatan yang lemah, pening, dan cahaya kepala.

7. Sakit

Kesakitan yang dirasakan di kawasan ginjal menunjukkan batu ginjal atau jangkitan saluran kencing.

8. Keletihan

Buah pinggang yang sihat menghasilkan hormon yang dikenali sebagai EPO (erythropoietin), yang meningkatkan bilangan sel darah merah, yang membawa oksigen yang diperlukan. Sekiranya bilangan sel darah merah menurun, ia menyebabkan keletihan, dan masalah otak dan otot. Tanda-tanda ini juga boleh dikaitkan dengan anemia yang teruk.

Oleh itu, anda perlu mengambil makanan yang sihat, makanan tinggi antioksidan, serta makanan tambahan, untuk menyokong fungsi buah pinggang, dan dengan itu menjaga kesihatan keseluruhan.

Sumber:semasapost.com