PM Umum Gaji Jemaah Menteri Dipotong 10 Peratus, Harga Minyak Kekal Dan GST Tetap Pada Kadar 0% Pada 1 Jun 2018

PM Umum Gaji Jemaah Menteri Dipotong 10 Peratus, Harga Minyak Kekal Dan GST Tetap Pada Kadar 0% Pada 1 Jun 2018

23 Mei – Selepas Kabinet baru mengadakan mesyuarat sebentar tadi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad. Satu sidang media diadakan dan beberapa pengumuman telah diumumkan dalam sidang media tersebut.

Menurut Tun M, gaji menteri-menteri akan dipotong sebanyak 10 peratus kerana kerajaan Pakatan harapan sedar masalah kewangan yang dihadapi oleh negara ketika ini. Selain itu, Tun M juga mengatakan harga minyak tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak dunia meningkat.

Kementerian Pengangkutan juga telah mendapat persetujuan untuk membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta-merta dan segala tugas SPAD akan dikendalikan semula oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menyentuh tentang GST pula, Tun M mengesahkan cukai GST akan ditamatkan segera mengikut seperti pengumuman daripada Kementerian Kewangan iaitu pada 1 Jun 2018. Bekenaal tol pula, Tun M mengatakan kerajaan akan melaksanakannya mengikut amnifesto yang telah dijanjikan Pakatan Harapan sebelum PRU14.

Sumber: suaramedia.org

Najib baru kena geledah semua kesian.Tapi jgn lupa semua ini jadi depan mata aku.

Najib baru kena geledah semua kesian.Tapi jgn lupa semua ini jadi depan mata aku.

Setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), tumpuan rakyat kini beralih pula kepada berita penggeledahan barang bukti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Proses siasatan yang memakan masa itu mendapat perhatian netizen dan kenalan rapat beliau.

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan keadaan bekas Perdana Menteri itu yang disifatkan tidak wajar diperlakukan sedemikian apatah lagi ketika menyambut bulan Ramadhan.

Seorang kenalan rapat beliau juga turut memuatnaik gambar Najib yang tertidur di sofa sementara anggota polis yang lain sedang melakukan operasi. Kenalan beliau juga mengatakan sepatutnya bekas Perdana Menteri itu perlu dihormati dalam apa jua situasi.

Namun, pendapat dan luahan dari netizen disangkal oleh Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin. Beliau berpendapat apa yang terjadi kepada Najib hanyalah kerana mengikut siasatan berbanding Tun Mahathir yang telah ditarik hak keistimewaanya sebelum menjawat kembali jawatan sebagai Perdana Menteri. Beliau juga mengakui semua yang berlaku di depan matanya.

‘EHSAN’ bekas Perdana Menteri ketika menjadi Perdana Menteri kepada bekas Perdana Menteri yang kini menjadi Perdana Menteri.

Outrider ditarik balik.
Kakitangan di pejabat ditarik
Tukang masak 30 tahun ditarik
Sewa pejabat ditarik
Organisasi-organisasi yang beliau terlibat ditekan sampai menyebabkan beliau sukarela letak jawatan
Nama dipadam dalam sejarah
Gambar diharamkan dipapar dimana- mana
Semua bantuan diberi diugut
Pesawat disabotaj
Tun Dr Mahathir tiga kali disoal siasat termasuk Tun Dr Siti Hasmah.
Bodyguard ditarik

Ini semua depan mata aku. Kemudian, nak suruh aku kesian dekat kau yang baru kena geladah sikit kata “macam mana pun dia bekas Perdana Menteri dan ada jasanya”. Nasiblah bulan puasa.

P/S – Najib masih menerima outrider, masih dapat keistimewaan, tukang masak tak kena tarik. Cuma polis geledah sebab untuk kumpul bahan bukti sebab ada laporan polis. Semua untuk lengkapkan siasatan. Jadi?? Kenapa perlu menangis hiba kesian kat dia??

Sumber: thereporter.my

Tindakan menggeledah tidak wajar – Sumber rapat dengan Najib

Kehadiran polis dengan lebih 12 kereta dan sebuah lori Black Maria di rumah Datuk Seri Najib Razak menimbulkan kemarahan orang yang rapat dengan bekas perdana menteri itu.

Seorang sumber yang bercakap kepada Malaysiakini menyifatkan tindakan polis itu yang dibuat sehari sebelum umat Islam berpuasa adalah tidak wajar.

Sumber itu turut berkongsi gambar Najib yang kelihatan tertidur di sofa dengan masih memakai baju Melayu sama yang dipakai ketika berterawih semalam, sementara pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dikatakan menggeledah rumah bekas perdana menteri itu.

Menurut sumber itu lagi, sebagai bekas perdana menteri, Najib perlu dihormati dalam apa jua situasi.

“Ini sesuatu yang tidak wajar. Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur,” katanya.

Sumber itu juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung operasi polis itu yang dilakukan seminggu selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis menjalankan ‘pencarian’ di kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Amar Singh bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Amar Singh juga dipetik sebagai berkata bahawa operasi serupa turut diadakan di lima lokasi lain, termasuk di Pavillion Residence di Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Operasi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

Kira-kira pukul 10.30 malam, lebih 12 kereta polis dan sebuah lori Black Maria tiba di kawasan luar rumah Najib.

Susulan itu, timbul spekulasi mengatakan bekas pengerusi BN itu mungkin akan ditangkap.

Semalam, Dr mahathir berkata Najib mungkin akan didakwa dalam tempoh terdekat. Pengerusi HARAPAN itu juga menolak kemungkinan akan membuat tawaran dengan Najib.

Perdana menteri juga mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu beliau rancangannya untuk mendakwa Najib setelah bekas presiden Umno itu tidak lagi berkuasa.

Abdul gani sebelum ini mengetuai unit khas yang terdiri daripada bekas ketua polis dan pengarah Bank Negara serta SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, selain isu berhubung SRC International.

Sumber: malaysiakini.com

sumber:suaramedia.org

Adakah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan?? Ini Jawapan Tun Mahathir

Adakah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan?? Ini Jawapan Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimannya.

–– ADVERTISEMENT ––

“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai operasi penggeledahan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta malam tadi, Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang serbuan itu.

“Itu ialah prosedur operasi standard (SOP) polis. Mereka sudah ada cukup bukti untuk melakukan serbuan, jadi mereka buat.

“Saya tidak dimaklumkan. Tetapi prinsip saya, tak ada penyeksaan (torturing). Semua akan dilayan dengan baik,” katanya.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimannya.

–– ADVERTISEMENT ––

“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai operasi penggeledahan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta malam tadi, Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang serbuan itu.

“Itu ialah prosedur operasi standard (SOP) polis. Mereka sudah ada cukup bukti untuk melakukan serbuan, jadi mereka buat.

“Saya tidak dimaklumkan. Tetapi prinsip saya, tak ada penyeksaan (torturing). Semua akan dilayan dengan baik,” katanya.

sumber: astroawani

via:lastkopek.com

Raja berjiwa rakyat,cukup berjimat & memakai pakaian apa yang ada.

Raja berjiwa rakyat,cukup berjimat & memakai pakaian apa yang ada.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan dekat di hati penduduk negeri ini.

Merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faris Petra, 47, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Sering membahasakan diri baginda sebagai ‘kita’ ketika bertemu dengan rakyat negeri ini, baginda sering dilihat turun padang bertemu masyarakat termasuk penduduk kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Baginda yang ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985 dilihat lebih gemar mengenakan jubah atau berbaju Melayu atau lebih dikenali di negeri ini sebagai ‘baju gumbang’, serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat baginda.

Menurut Zuhairi Abdullah, Pengurus Pantas Batek and Enterprise, syarikat yang diberi tugas menyediakan persalinan rasmi baju Melayu songket Seri Paduka berkata, sifat baginda yang merendah diri menyebabkan jarang sekali baginda meminta dibuatkan persalinan baju Melayunya.

Baginda sering menggunakan pakaian sedemikian berulang kali, kata beliau.

“Biasanya Seri Paduka tak ubah pakaian baginda setiap tahun. Mungkin sifat Seri Paduka yang ‘down to earth’ (berpijak di bumi nyata), baginda cuba menggunakan apa yang boleh dipakai,” katanya.

Sultan Muhammad V, sebelum ini Timbalan Yang di-Pertuan Agong sejak 12 Disember 2011, turut mencetuskan idea Program Walkathon D’Raja Kelantan sejak 2011 bagi mengeratkan lagi hubungan raja dengan rakyat.

Menerusi Program Walkathon D’Raja Kelantan itu, ribuan rakyat Kelantan daripada pelbagai peringkat umur berpeluang untuk berjalan bersama-sama Sultan Muhammad V dan beberapa kerabat diraja yang lain sejauh 10 km di sekitar bandar Kota Baru.

Sepanjang laluan, terdapat beberapa ‘checkpoint’ yang mempersembahkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti dikir barat, paluan kertuk dan rebana ubi.

Pada 2011, program itu diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai penyertaan terbesar Walkathon Diraja Malaysia pada tahun berkenaan selepas berjaya mengumpul sebanyak 21,111 peserta.

Program tersebut adalah program amal anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi bagi mendekatkan baginda dengan rakyat, menggalakkan amalan gaya hidup sihat selain menjadi ikon tarikan pelancongan Kelantan.

Baginda turut tidak ketinggalan menyemai spiritual masyarakat Islam di negeri ini menerusi program ‘Qiam With Me’ yang diadakan pada setiap Ramadan sejak 2011.

Program tersebut yang diadakan pada pukul 10 malam selepas solat Isyak dan Tarawih, diikuti kuliah agama oleh penceramah jemputan, disusuli Qiamullail sehingga sahur dan solat Subuh berjemaah bersama baginda.

Menerusi program itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf dan golongan kurang bernasib baik.

Malah, kedua-dua program tersebut – Walkathon D’Raja Kelantan dan Qiam With Me – dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri Kelantan sebagai satu lagi daya tarikan pelancongan yang unik di negeri ini.

Di sebalik populariti baginda sebagai Sultan Kelantan yang sering mendapat liputan meluas pengamal media di negeri itu, kerap kali dalam diam dan tanpa pengetahuan media, baginda berkenan menjengah kehidupan penduduk yang memerlukan pembelaan.

Malah, pernah tersebar sekeping gambar di media sosial baginda membuat rondaan menaiki pacuan empat roda seorang diri selepas bencana banjir besar melanda Kelantan pada 2014.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di sini, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pada masa lapang gemar membaca buku, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda, kejohanan kuda lasak dan menembak.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 38, dan Tengku Amalin A’ishah Putri, 32. — Bernama

Sumber 1: mstar.com.my
Sumber 2: bernama.com

sumber:suaramedia.org

Terbaru!! Ceo TV3 & RTM dipecat

Terbaru!! Ceo TV3 & RTM dipecat

Bilik Berita TV3 dan RTM telah digubal serta-merta atas arahan Tun Dr Mahathir Mohammad. Penggubalan diambilkira kerana banyaknya tohmahan dan berita-berita palsu terhadap Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Dato’ Rahman Dahlan

Setiap arahan Dato’ Rahman Dahlan dan Dato’ Seri Salleh Said Keruak telah ditarik balik berkuat-kuasa serta-merta. Pengerusi, CEO TV3 dan Pengarah Penyiaran RTM ditamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa semalam.

Dato’ Seri Salleh Said Keruak

Orang pertama yang dapat surat tunjuk sebab ialah Tan Sri Ismee Bin Ismail, Pengarah dilantik Media Prima dan Pengarah Kanan Tabung Haji.

Berita ini juga telah menjadi tular di media sosial dan menjadi bualan netizen, ramai yang menyokong tindakan ini.

Staff Bilik Berita TV3 & RTM telah di gubal / Shuffle secara besar besar besaran setelah Najib tidak lagi berkuasa..

Ramai yg di tukarkan terutama Manager level ke Department lain dan di berhentikan ..
Selama ini mereka bersekongkol dgn Najib menghina Dr Mahadhir tanpa belas kasihan..

Mereka juga butar belitkan story Skandal 1MDB & 2.6 Billion atas arahann Rahman Dahlan & Saleh Said Keruak ..

Mulai hari Isnin Berita TV3 & RTM & ASTRO Awani akan berubah wajah ..
Chairman & CEO TV3 akan di ganti dgn yang baru

Credit :
Safinar Khalid Via Penmerahpress.com

sumber:suaramedia.org

BERITA Inilah alasan kukuh Tun.M & pakar ekonomi menentang,mahu batal Projek ECRL

BERITA Inilah alasan kukuh Tun.M & pakar ekonomi menentang,mahu batal Projek ECRL

Apa yang tak kena dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia?

Bagaimanapun, bagi pakar ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pertimbagan ekonomi masih menjadi kebimbangan utamanya.

Bekas penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi itu antaranya menganggap anggaran ECRL akan angkut 60 juta tan barangan setiap tahun menjelang 2035 sebagai tidak masuk akal.

“Anggaran ini sukar diterima akal oleh kerana KTM sekarang hanya angkut sekitar enam juta tan setahun di seluruh Semenanjung.

“Kalaulah bahan lain yang sekarang diangkut dengan lori atau kapal juga diambil kira, unjuran ini masih tidak dapat masuk akal,” katanya.

Kenapa Dr mempersoalkan projek kereta api laju East Coast Rail Link (ECRL)?

Dikatakan ECRL akan menelan belanja lebih dari RM60 bilion; RM55 bilion akan dipinjamkan oleh bank pemerintah China dengan kadar bunga rendah. Di seluruh dunia, projek mega demikian biasa banyak melebihi anggaran kos yang diumumkan. Anggaran kos asal untuk ECRL sekitar RM27 bilion, tetapi anggaran RM55-60 bilion, yang disebut-sebutkan sekarang.

ECRL bukan sebarang kereta api, tetapi kereta api laju. Apakah terdapat begitu ramai penumpang yang mampu beli tiket mahal untuk ulang-alik dari KL ke Pantai Timur? Apa pula bahan mudah rosak yang memerlukan penyampaian laju dengan kos tinggi? Sudah tentu tak banyak; ini akan naikkan lagi kerugian serta beban hutang besar akibatnya.

Kereta api laju mana di dunia yang telah menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan tetap sepanjangnya selepas kerja pembinaan selesai? Di China? Jepun? Eropah? Amerika?

Tetapi ECRL boleh juga angkut barang muatan.

Kalau begitu, tak payah belanja lebih untuk kereta api laju. Dan apa pula kekurangan kereta api Pantai Timur dari Gemas yang sedia ada?

ECRL dikatakan akan angkut 60 juta tan setiap tahun menjelang 2035. Anggaran ini sukar diterima akal oleh kerana KTM sekarang hanya angkut sekitar enam juta tan setahun di seluruh Semenanjung. Kalaulah bahan lain yang sekarang diangkut dengan lori atau kapal juga diambil kira, unjuran ini masih tidak dapat masuk akal. Kalaulah unjuran itu tidak jadi, projek ECRL akan rugi lebih lagi, dan akan bebankan rakyat Malaysia lagi kerana terpaksa tanggung beban kerugian besar itu.

Setakat ini, kereta api Kemaman-Kuantan, yang telah siap beberapa tahun lalu, jarang dipakai walaupun kosnya jauh lebih kurang dari ECRL.

Ada mereka yang bela pelaburan China lain yang sukar terima ECRL dan cara pelaburan China ditadbir urus oleh kerajaan sekarang.

Betulkah syarikat China akan untung besar?

Beberapa syarikat China akan dapat untung dari projek ECRL, termasuk China Communications Construction Company (CCCC). CCCC telah dapat projek ECRL melalui rundingan langsung tanpa tawaran tender terbuka, walaupun ada syarikat Malaysia yang pernah menjayakan projek kereta api.
Diketahui umum bahawa syarikat asing, terutamanya syarikat China, membawa syarikat sekutu, bahan serta pekerja mereka sendiri, dan enggan memindahkan teknologinya.

Tetapi kadar bunga pinjaman China itu murah.

Menurut PM, ECRL dibiayai 85 peratus dengan pinjaman Bank Eksport-Import China dengan kadar bunga 3.25 peratus. Hutang dijamin kerajaan Malaysia, yang akhirnya akan ditanggung rakyat, yang semua bayar cukai seperti GST.

Hutang serta bunga mesti dibayar balik dalam tempoh 20 tahun setelah ditangguh selama tujuh tahun awal. Pendek kata, Malaysia hutang bank China untuk membayar syarikat China untuk membina ECRL.

Dulu, pada tahun 1980-an, hutang resmi Jepun kurang dari 2 peratus. Malaysia jimat dari segi kadar bunga, tetapi setelah nilai matawang bertambah kuat berbanding dengan Amerika Syarikat, nilai hutang itu meningkat lebih dari dua kali ganda! Jangan pula Malaysia ‘menang sorak, kampung tergadai’!

Kenapa pula ada pihak di Malaysia yang hendakkan ECRL?

Setelah menolak bayaran kepada CCCC, baki pinjaman RM55 bilion itu akan diperoleh oleh pihak tertentu. Menurut laporan berita, sebahagian besar digunakan untuk jelaskan hutang serta liabiliti 1MDB, dan sebahagian lagi dipakai untuk membiayai kempen PU14. Tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian kecil akan menitis ke bawah.

Mereka tak peduli projek ECRL itu rugi besar, kerana rakyat akan menanggung seluruh beban hutang itu pada masa depan, bukan mereka.

Mereka yang kritik ECRL dituduh cemburu terhadap usaha ini untuk memajukan Pantai Timur?

Memang benar kami yang persoalkan ECRL dituduh menentang pembangunan dan kemajuan negeri Pantai Timur. ECRL dikatakan akan memajukan negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Malangnya, tiada sebarang bukti atau asas kukuh sebalik dakwaan itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Persekutuan telah lama menyekat pembiayaan projek pembangunan di Kelantan, terutama sekali setelah ditawan semula PAS pada tahun 1990. Hasil petroleum negeri Terengganu pula telah lama disekat, sedangkan dana pelaburan Terengganu diambil-alih PM untuk dijadikan 1MDB.

Memang wang perlu untuk majukan Pantai Timur dengan usaha pembangunan yang melibatkan rakyat jelata. Misalnya, pencapaian orang Kelantan dari segi pendidikan patut dimanfaatkan. Tetapi kemudahan asasi, seperti bekalan air yang baik serta kemudahan sanitasi, termasuk jamban, yang bersih, sepatutnya disediakan oleh pihak kerajaan.

Banyak lagi yang perlu untuk memajukan Pantai Timur, tetapi satu projek gergasi seperti ECRL, yang bertujuan menguntungkan pihak tertentu, akan menelan belanja besar dan meninggalkan beban hutang berat yang ditanggung orang ramai. Harapan terhadap apa yang menitis atau meleleh ke bawah bukanlah strategi pembangunan yang dapat memajukan rakyat Pantai Timur.

Sumber: suaramedia.org

Mahu bercuti ke Vietnam? Baik fikir banyak kali.Ini 7 Sisi Gelap Vietnam Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Mahu bercuti ke Vietnam? Baik fikir banyak kali.Ini 7 Sisi Gelap Vietnam Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Vietnam adalah syurga bagi pelancong yang sukaaa sangat bershopping. Kalau korang berhajat nak beli tudung Naelofar tapi tak mampu beli kat Malaysia, kat Vietnam tudung ni murah-murah je. Itu belum lagi tengok pakaian wanita, kain ela dan periuk belanga yang buat korang rambang mata sampai nak beli semua benda!

Tapi kalau nak ke Vietnam tu berhati-hatilah. Ini kami nak kongsikan tujuh sisi gelap Vietnam yang ramai pelancong tak tahu supaya korang boleh lebih berjaga-jaga.

1. Barang dalam luggage selalu kena curi

Benda pertama yang korang kena jaga-jaga bila sampai dekat airport Vietnam ialah luggage korang. Masa tahun 2014 je, dekat 301 complaints yang airport Vietnam di Noi Bai dapat regarding kecurian barang dalam luggage.

Menurut seorang pelancong di Trip Advisor,

“Saya ada enam beg tapi hanya dua beg saya kena selongkar. Rasanya benda ni berlaku kat Saigon masa kami checked in dua jam awal. Setakat ni kami memang tak perasan ada apa-apa yang hilang. Tapi salah saya jugak sebab tinggalkan beberapa keping wang dalam beg yang buat mereka ‘tergoda’.”

Tips untuk prevent beg diselongkar ni mudah je.

Korang jangan letak apa-apa barang berharga dalam beg yang akan dicheck.
Korang boleh complain tentang kecurian ni dekat bahagian airport service dan dorang bayar ganti rugi ikut per kilogram beg korang.
Maybe korang boleh cuba wrap beg korang tu dengan plastik macam pelancong lain biasa buat.
Letak je barang berharga tu dalam beg tangan. Lebih selamat!

2. Selalu kena tipu beli barang mahal dari harga

Kalau korang jenis tak pro dalam tawar menawar, baik korang berhati-hati masa membeli barang kat Vietnam sebab takut korang bayar barang yang murah dengan harga yang superrr mahal!

Seorang blogger berkongsi pengalamannya semasa di Vietnam:

“Salah satu dari pengalaman buruk saya semasa di Mekong Delta. Masa tu saya nak naik bas ke Ho Chi Minh City dan berasa sangat dahaga. Jadi saya pun pergilah beli air biasa yang dijual di Vietnam. Perempuan yang menjual tu tengok semacam je dekat saya, lepas tu gelak dengan kawan-kawan dia.

“Salah seorang penumpang dekat dalam bas tu beritahu saya, ‘Dia tengah bagitahu kawan dia yang dia nak charged kau mahal dengan harga cekik darah sebab kau orang luar.’”

Pffttt! Nayalah pelancong yang kena tipu tu!

Untuk elakkan diri daripada ditipu, korang kena:

Jauhi restoran yang tak letak tanda harga. Jangan gatal-gatal nak masuk ke kedai macam tu sebab dorang memang tunggu je nak paw korang!
Sebelum nak order pape, pastikan korang tanya dulu harga makanan tu. Tak kiralah makan tepi jalan ke, dalam restoran ke. Kalau rasa dorang charge mahal, boleh je pergi makan kat kedai lain.

3. Kena scam dengan teksi

Sama macam kes kat atas, scam teksi kat Vietnam ni memang selalu sangat jadi. Pemandu teksi dorang ni jenis jalan pusing-pusing satu bandar just sebab dorang nak charge korang mahal. So pelancong yang baru datang ni selalu kena tipu bayar dua kali ganda daripada harga sebenar.

Ini pengalaman seorang pelancong di Trip Advisor:

“Satu hari tu saya ambil teksi dari District 1 (Ho Chi Minh City) dan bergerak dalam 3-5km. Bila driver tu turunkan saya, meter terpapar 65.0. Jadi saya ingat mestilah tambangnya dalam 65,000 Dong (RM11.00). Tapi masa nak bayar tu dia kata tambang harga 650,000 Dong (RM110.50)!”

Korang sebenarnya boleh elak dari kena scam dengan driver teksi. Cara-caranya ialah:

Check Google Map dan cuba calculate distance ke tempat yang korang nak pegi tu. Pastu korang boleh agak-agak sendiri berapa korang nak kena bayar per kilometer.
Tanya driver teksi tu berapa korang kena bayar sebelum naik teksi dorang.
Pilih syarikat teksi yang boleh dipercayai macam Mai Linh atau Vinasun. Boleh jugak guna Grab Car. Tapi Grab atau Uber ni hanya ada kat bandar macam Hanoi, Ho Chi Minh dengan Da Nang je.

4. Samun kerap berlaku di Ho Chi Minh City

Kes samun ni dekat negara mana-mana pun boleh berlaku including Vietnam. Antara barang popular selalu disamun ialah handphone dan beg. Style dorang menyamun pun lebih kurang macam ragut kat sini.

Seorang pelancong share experience dia kat forum Vietnam:

“Saya dah melancong sekitar Asia selama 20 tahun dan memang tak ada masalah… kecuali di Ho Chi Minh City (HCMC). Memang ia pengalaman saya yang paling buruk dari negara lain. Tolong jangan pakai barang kemas terutama di leher, sebab masa anda melintas jalan belum tentu barang kemas tu ada dengan anda di hujung jalan nanti!!”

Untuk elakkan barang korang dari kena samun lakukan ni:

Telefon: Jangan pakai earphone masa lintas jalan. Kalau nak angkat call, gerak sikit ke corner yang selamat selain dari atas jalan.
Beg: Pakai beg silang. Peragut dan penyamun kat sana memang dah pro dan pantas dalam mencuri. So tinggalkan je beg korang kat bilik kalau tak perlu bawak beg.

5. Makanan kurang bersih

Bagi Muslim, tak susah sebenarnya kalau nak cari makan tambah-tambah pulak duduk kat Ho Chi Minh City. Restoran makanan halal memang ada kat mana-mana. Tapi dalam cari makan tu, tengok-tengok la jugak kebersihan dia.

Macam kata blogger sorang ni,

“Saya memang tak sedar bahayanya makan dekat Vietnam lepas duduk dekat Japan selepas satu tahun. Saya alami sakit perut dan rasa tak sihat lepas makan kat sini. Macam mana nak elak benda macam ni dari terjadi?”

Kalau korang tak nak spoil kan holiday sebab jatuh sakit. Ikut cara ni:

Kalau boleh bawak sorang kawan atau orang local yang korang kenal dan boleh syor tempat mana yang selamat untuk makan. Lagi senang, korang baca je review pasal restoran yang korang nak pegi tu.
Jangan masuk kedai yang kosong.
Bawa extra ubat takut-takut kalau korang kena cirit birit atau sakit perut kat sana.

6. Peniaga suka tarik-tarik tangan

Kalau korang baru first time pergi bercuti di Vietnam dan tak pernah pergi bercuti kat mana-mana negara lain di Asia Tenggara, korang memang akan culture shocksebab ada peniaga yang suka tarik-tarik tangan korang. Pastu korang asalnya niat nak tengok je, tetiba dia paksa suruh beli. Adoi!

Ini apa yang terjadi kat sorang blogger Malaysia ni:

“Ini satu habit yang saya paling tak suka bila ke sana dan memang saya akan peluk tubuh je bila berjalan supaya tak kena tarik. Kalau peniaga lelaki yang tarik memang kena pelempang time tu jugak tapi nasib baik rata-rata peniaganya ramai perempuan.”

Tips untuk elak korang dari kena tarik-tarik:

Kalau dah nampak peniaga ni dari jauh, korang jalan je menonong buat tak tahu. Pastikan korang jangan buat eye contact. Nak ikut tips kat atas tu pun boleh. Peluk tubuh je kalau selisih dengan dorang.
Lagi satu nak ingatkan, kalau tak berminat tolong jangan pegang barang yang dorang jual tu. Mati-mati korang kena paksa beli nanti.

7. Penipuan oleh travel agency

Pernah dengar pasal fake travel agency kat Vietnam? Haa part ni korang kenalah hati-hati ye sebab kat Hanoi je ada 100 nama company The Sinh Tourist tapi yang betulnya satu je!

Bak kata blogger ni,

“Syarikat tour agency yang fake ni cuba kumpul berapa banyak pelancong yang mereka boleh dapat, lepas tu hantar pelancong ni semua ke syarikat lain untuk dapat komisyen. Fake travel agencies ni jugak tak boleh bagi servis yang terbaik dari agensi yang betul.”

Ini tips supaya korang elak terkena dengan tour agencies penipu ni:

Pastikan korang layari website travel agency yang betul untuk plan lawatan korang ke Vietnam. Kadang-kadang website tu nampak macam real 100% tapi rupanya tipu.
Dalam satu tempat kat Vietnam, ada 10 kedai dengan nama yang sama. Pastikan syarikat tour agency yang korang pergi tu kedai yang betul.
Guna website yang boleh dipercayai macam Get Your Guide atau Viator.

Apa-apapun berhati-hatilah kalau travel ke negara luar. Lebih baik bawa kawan bersama dan kalau nak solo travel, pastikan korang dah rancang perjalanan korang dengan baik.

Sumber: suaramedia.org

Bila Isteri Tak Lagi Cantik, Disinilah Keimanan, Kesetiaan dan Nafsu Suami Teruji

Bila Isteri Tak Lagi Cantik, Disinilah Keimanan, Kesetiaan dan Nafsu Suami Teruji

Diantara kerisauan yang timbul dalam kalangan wanita-wanita apabila usia mereka semakin meningkat dan dalam masa yang sama berkorban untuk menghasilkan zuriat buat suami dan keluarga.

Ya, memang benar kecantikan itu sesuatu yang indah untuk ditatap. Tapi apakan daya, itu sudah lumrah manusia – akan hilang kecantikan apabila usia semakin meningkat. Namun buat suami, ketika inilah ujian getir buat anda.

Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut. Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & n4fsu suami teruji.

Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.

Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.

isteri tak cantik, isteri gemuk, isteri tak jaga diri, isteri tak berhias, isteri sibuk urus anak, isteri sibuk urus keluarga
Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi n4fsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.

Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.

Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana n4fsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.

Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.

Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.

Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan. Lebih payah kita meninggalkan hal yang n4fsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan n4fsu jahat itu.

Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.

Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.

Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku. Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.

Tonton Video Ini : TOLONG HARGAI ISTERI : SUAMI ISTERI MESTI TONTON – Ustaz Kazim

Sumber:semasapost.com

Subhanallah!! London Tutup 500 Gereja, Buka 423 Masjid Baru

Subhanallah!! London Tutup 500 Gereja, Buka 423 Masjid Baru

London kini menuju ke arah bandar Islam, dengan beratus-ratus mahkamah syariah rasmi yang telah mula beroperasi di ibu negara, dan terdapat masjid-masjid yang dibuka di tapak gereja-gereja terkenal yang telah wujud selama beratus-ratus tahun.

“London lebih Islam daripada banyak negara muslim yang disatukan,” kata Maulana Syed Raza Rizvi, salah seorang pendakwah Islam yang kini memimpin “Londonistan”, dilaporkan oleh wartawan Melanie Phillips.

Sebanyak 423 buah masjid-masjid baru dibina menggantikan gereja-gereja. Banyak gereja Kristian ikonik di London telah diubah menjadi masjid.

Institut Gatestone melaporkan: The Hyatt United Church telah dibeli oleh komuniti Mesir untuk ditukarkan ke masjid. Gereja St Peter telah diubah menjadi Masjid Madina. Masjid Brick Lane dibina di bekas gereja Methodist. Bukan sahaja bangunan diubah, tetapi juga orang. Bilangan kemasukan Islam telah meningkat dua kali ganda!

The Daily Mail menerbitkan gambar gereja dan masjid dengan jarak beberapa meter antara satu sama lain di tengah-tengah bandar London. Di Gereja San Giorgio, yang direka untuk menampung 1,230 jemaah, hanya 12 orang berkumpul untuk meraikan Misa. Di Gereja Santa Maria, hanya terdapat 20 orang.

Masjid Brune Street yang berhampiran pula mempunyai masalah yang berbeza: kesesakan. Bilik kecil dan boleh mengandungi hanya 100. Pada hari Jumaat, jemaah berkumpul dan bersolat sehingga di jalanan. Melihat keadaan semasa, Kristian di England bakal menjadi satu peninggalan, sementara Islam akan menjadi agama masa depan.

Menjelang 2020, anggaran bilangan umat Islam yang menghadiri solat akan mencecah sekurang-kurangnya 683,000, sementara bilangan orang Kristian yang menghadiri perjumpaan mingguan akan turun kepada 679,000. “Landskap budaya baru bandar-bandar Inggeris telah tiba; landskap Kristian agama homogenis berada dalam keadaan mundur, “kata Ceri Peachof Oxford University. Sementara hampir separuh daripada Muslim Inggeris berada di bawah usia 25 tahun, satu perempat daripada orang Kristian lebih dari 65 tahun. “Dalam 20 tahun lagi akan ada umat Islam yang lebih aktif daripada ada gereja,” kata Keith Porteous Wood, pengarah National Secular Persatuan.

Sejak tahun 2001, 500 gereja London semua denominasi telah berubah menjadi rumah persendirian. Dalam tempoh yang sama, masjid-masjid British semakin berkembang. Antara tahun 2012 dan 2014, bahagian Briton yang mengenal pasti diri mereka sebagai Anglicans jatuh dari 21% kepada 17%, penurunan sebanyak 1.7 juta orang, sementara menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Sosial NatCen, bilangan umat Islam telah berkembang kepada hampir satu juta. Bilangan penganut Kristian yang pergi ke gereja merosot, di mana bilangan mereka akan tiga kali lebih rendah daripada orang Islam yang pergi secara rutin ke masjid pada hari Jumaat.

Secara demografi, Britain telah memperoleh wajah Islam yang semakin meningkat, di tempat-tempat seperti Birmingham, Bradford, Derby, Dewsbury, Leeds, Leicester, Liverpool, Luton, Manchester, Sheffield, Waltham Forest dan Tower Hamlets. Pada tahun 2015, analisa mendapati nama yang paling banyak diberikan di England ialah Mohammed, termasuk variasi ejaan seperti Muhammad dan Mohammad.

Bandar penting yang mempunyai penduduk Islam yang besar seperti berikut: Manchester (15.8%), Birmingham (21.8%) dan Bradford (24.7%). Di Birmingham, terdapat juga kebarangkalian yang lebih besar bahawa seorang kanak-kanak akan dilahirkan menjadi keluarga Islam daripada menjadi seorang Kristian. Di Bradford dan Leicester, separuh daripada kanak-kanak itu adalah Muslim. Perubahan sudah berlaku. “Londonistan” bukan mimpi buruk majoriti Muslim; ia adalah hibrid budaya, demografi dan agama di mana kekristenan menurun dan Islam pula maju.

Menurut Innes Bowen, yang menulis di The Spectator, hanya dua dari 1,700 masjid di Britain hari ini mengikuti tafsiran modernis Islam, berbanding dengan 56% di Amerika Syarikat. Orang Islam menguasai enam peratus masjid di UK, sementara Deobandi fundamentalis menguasai hingga 45%. Menurut satu kaji selidik dari Pusat Pengetahuan, sepertiga orang Muslim UK tidak merasakan “sebahagian budaya British.”

MAHKAMAH SYARIAH DI LONDON

London juga telah dipenuhi dengan mahkamah syariah. Jumlahnya secara rasmi ialah 100. Kemunculan sistem kehakiman selari ini telah diwujudkan oleh Akta Timbang Tara British dan sistem Penyelesaian Pertikaian Alternatif. Mahkamah-mahkamah baru ini adalah berdasarkan kepada penolakan hak-hak asasi manusia yang tidak tercemar: nilai-nilai kebebasan dan kesamaan yang menjadi asas Undang-undang Common English.

British terus membuka pintu untuk memperkenalkan syariah. Salah seorang hakim terkemuka Britain, Sir James Munby, mengatakan bahawa agama Kristian tidak lagi mempengaruhi mahkamah dan ini mestilah “multicultural” – yang bermaksud lebih Islam. Rowan Williams, bekas Ketua Biskop Canterbury, dan Ketua Hakim Lord Phillips juga mencadangkan supaya undang-undang British “menggabungkan” unsur-unsur undang-undang syariah. Penubuhan kebudayaan British dengan cepat menyerah kepada fundamentalis Islam dalam menerima tuntutan mereka.

Universiti-universiti British juga menerima undang-undang Islam. Garis panduan rasmi universiti, “Pembicara luar dalam institusi pengajian tinggi” yang diterbitkan oleh Universiti UK, menyatakan bahawa “kumpulan agama ortodoks” boleh memisahkan lelaki dan wanita. Di Queen Mary University of London, wanita terpaksa menggunakan pintu masuk yang berasingan dan dipaksa duduk di dalam bilik tanpa dapat bertanya atau menaikkan tangannya – seperti di Riyadh atau Teheran. Persatuan Islam di London School of Economics mengadakan gala, di mana wanita dan lelaki dipisahkan oleh panel tujuh meter.

Selepas serangan ke atas majalah satirikal Perancis, Charlie Hebdo, ketua MI6, Sir John Sawers, mengesyorkan penapisan diri dan “beberapa sekatan” dalam membincangkan Islam. Duta British di Arab Saudi, Simon Collis, memeluk Islam dan mengerjakan haji di Mekah. Dia kini memanggil dirinya Haji Collis.

sumber: suaramedia.org

Isteri mengeluh penat masak untuk suami.Jawapan suami buat isteri tertunduk mintak ampun

Isteri mengeluh penat masak untuk suami.Jawapan suami buat isteri tertunduk mintak ampun

Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun tidak selalu indah itu datang,kadang-kala dugaan dan cabaran juga pasti menjengah sesebuah keluarga untuk menguji tahap kesetiaan dan pengorbanan pasangan.

Apabila lafaz ‘aku terima nikahnya’ diucapkan,maka bermulalah tanggungjawab si suami dan isteri .Pengorbanan dan kerjasama antara pasangan didalam melayari bahtera rumah tangga amat penting. Sekirannya pasangan saling toleransi dan saling percaya mempercayai,insya Allah rumah tangga pasti dapat mengecapi kebahagiaan yang di idam-idamkan.

Perkongsian kisah kali ini adalah daripada saudara Auzlien Sham.Beliau hairan mengapa setiap kali pulang daripada kerja,selalu lapar. Tak sangka jawapan suaminnya menyentuh hati dan perasaan seorang isteri. Berikut kisah selanjutnya.

Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak…

Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya…

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya…

”Hmm… Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni…”

”Ya sayang… Apa dia? Tanyalah… ” jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

”Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke…?? ” soalku lembut.

”Ermm tak. Kenapa sayang??? ” pendek dan ringkas jawapan dia.

”Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang…

”Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat… saya kadang-kadang stress…”

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis…

”Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak…”

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali…

”Hmm… Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari…”

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu ‘rahsia’ tersebut.

”Pertamanya ialah kerana… Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang… ”

Allah… aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa… dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi…

”Kedua… kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni…”

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami…

”Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una ‘hadiah’ ketika mana abang pulang di waktu petang…”

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku…

”Takpe… Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In sya Allah, abang masak sendiri k. Dah… jangan nangis…” Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan ‘berpuasa’ tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah… Ampuni aku dan rahmatilah suamiku…

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri…

Untuk para isteri terutama surirumah sepenuh masa… bersyukurlah…

Wallahu A’lam..
LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah.
Dia banyak MENGALAH dari
umur yang sangat muda.

Dia membelanjakan
semua duit,
untuk beli HADIAH,
untuk yang dia CINTA,
hanya untuk melihat
dia TERSENYUM..

Dia KORBANKAN masa
Bujangnya hanya untuk seorang WANITA….
Dia KORBANKAN masa
mudanya demi isteri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.

Dia bina MASA DEPAN
mereka Sekeluarga
dengan hutang
dan membayar hutang
sampai stress..

Dia telah bersusah payah tapi masih dimarahi Isteri dan BOSS. Kehidupan Dia
berakhir hanya untuk
MENGALAH demi
KEBAHAGIAAN orang lain

Kalau dia keluar rumah,kata org dia MERAYAU…

Kalau dia tinggal dirumah,kata org dia MALAS….

Kalau dia marahi anak2,kata org dia GALAK…

Kalau dia tak marah, kata Org dia laki-laki yang TAK TEGAS…

Kalau dia tak bolehkan isteri bekerja, kata org dia Seorang yang MENGONGKONG…

kalau dia bolehkan isteri bekerja, kata org dia MAKAN gaji isteri.

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAMI

Kalau dia dengar kata isteri,kata org dia GTBI
(Geng Takut Bini)

Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG…

Kalau tak mahu tolong
wanita lain, katanya KEJAM..

Tapi di tengah terpaan
segala macam tuduhan,dia tetap TEGAR…. KUAT

Dialah LAKI-LAKI….

HARGAILAH setiap LAKI-LAKI dalam hidup anda.
Anda tidak akan pernah tahu apa PENGORBANAN yang
sudah dilakukan buat Anda.

Boleh dikirim ke semua LAKI-LAKI supaya mereka TERSENYUM dan kepada semua wanita supaya mereka SEDAR bahawa
LAKI-LAKI itu amat BERHARGA…. walau seburuk apapun suami mu

Sumber: suaramedia.org