Kes dera: Nur Aina disebat dengan tali pinggang tentera dan dipijak sampai terkencing..

Kes dera: Nur Aina disebat dengan tali pinggang tentera dan dipijak sampai terkencing

Foto BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PORT DICKSON, 2 Feb — Sepasang suami isteri direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan kes kematian anaknya yang berusia sembilan tahun dipercayai akibat didera. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Khariah Abdul Razak selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, ASP Mahafiz Mat Lawi. Semalam, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut, malam kelmarin.

BANGKU dan tali pinggang antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, sehingga meninggal dunia, semalam.

Barangan terbabit ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, hari ini, untuk membantu siasatan kes pembunuhan mangsa.

Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan sejurus polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, kira-kira 12 tengah hari.

Mereka yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunakan tali pinggang, pada malam kejadian.

“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.

“Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan bangku plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas bangku itu yang sudah patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bihah Berubah Jadi Pendiam Malam Kejadian

PORT DICKSON – “Dia seorang kanak-kanak baik dan periang, namun berubah jadi pendiam pada malam kejadian,” kata jiran kepada Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah yang meninggal dipercayai akibat didera bapanya.

Jiran mangsa yang enggan dikenali itu, berkata kanak-kanak malang yang turut disapa sebagai Bihah itu bersama abangnya yang berusia 11 tahun belajar mengaji al-Quran di rumahnya.

“Sepanjang dua tahun saya mengajarnya mengaji, Bihah cepat menerima apa yang diajar dan tidak pernah walau sekalipun menceritakan kejadian dia dipukul ayahnya kepada saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang tinggal berhadapan dengan rumah mangsa mengakui sering mendengar bapa mangsa menjerit memarahi anak-anaknya daripada dalam rumah.

“Saya juga selalu nampak mata Bihah lebam tetapi bila ditanya, Bihah cuma cakap dia jatuh di rumah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi jiran berkata suspek seorang peramah dengan jiran dan sering berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.

“Saya tidak sangka perangai dia macam itu sebab beliau mempamerkan imej alim dan saya selalu mendengarnya membaca al-Quran,” katanya.

Terdahulu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan membawa suspek dan isterinya yang juga ibu tiri mangsa ke rumah yang didiami mangsa bersama mereka, bagi mengumpul bahan bukti.

Kira-kira 30 minit kemudian, Unit Forensik dilihat membawa keluar bahan bukti berupa tali pinggang tentera dan sebuah bangku kecil yang sudah patah.

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia sembilan tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah mereka.

Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti putus pankreas, hati terkoyak, cedera buah pinggang, usus terkoyak serta tulang rusuk kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

sumber:www.borakpacak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *