Bayi Yang Lahir Antara 2018 Hingga 2022 Layak Dapat RM200 Percuma ASB Menerusi ADAM50..JOM SHARE!!!

Bayi Yang Lahir Antara 2018 Hingga 2022 Layak Dapat RM200 Percuma ASB Menerusi ADAM50

Berita baik untuk semua ibu bapa yang menimang cahaya mata tahun ini sehingga 2022 kerana anak-anak anda semua layak menerima RM200 percuma berbentuk unit amanah ASB untuk Bumiputera atau AS 1Malaysia (untuk bukan Bumiputera).

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi sahaja ke Cawangan ASNB atau ejen ASNB seperti Maybank, RHB Bank, Pos Malaysia, CIMB Bank dan lain-lain (maklumat ejen di www.asnb.com.my) untuk membuka akaun anak-anak anda. Jangan lupa bawa sekali myKid anak anda dan juga kad pengenalan ibu/bapa bayi atau penjaga.

Untungnya anak-anak ini, kecil-kecil lagi pihak PNB dan kerajaan sudah menyediakan akaun pelaburan untuk kegunaan mereka di masa depan.

Ibu bapa pula janganlah lepaskan peluang untuk terus melabur dalam akaun yang sudah dibuka untuk anak-anak ini untuk membina Tabung Pendidikan untuk mereka.

Apa untungnya mempunyai akaun ASB/AS1M?

Sepertimana ramai antara kita tahu, ASB dan AS 1Malaysia ini ialah unit amanah harga tetap yang berisiko rendah dan memberikan pulangan yang kompetitif. Contohnya ASB setakat ini sudah memberi pulangan tahunan sekitar 7-8 peratus setahun. Memang untung melabur dalam ASB ni sebab kalau dibandingkan dengan akaun simpanan, pulangannya sekitar 1-2 peratus sahaja.

Bayangkan dengan RM200 percuma ini dan kemudiannya katakan anda melabur serendah RM50 setiap bulan sehingga anak anda berumur 18 tahun, anda boleh membina tabung pendidikan berjumlah kira-kira RM20,000 jika ASB memberi pulangan purata 6% setahun.

Kalau ada duit lebih, melaburlah lebih lagi setiap bulan supaya anda boleh membina tabung pendidikan yang lebih besar untuk anak-anak anda.

Jika kita membina membina tabung pendidikan untuk anak-anak, tidak perlulah mereka meminjam terlalu banyak untuk menyambung pengajian mereka kelak dan kemudian terpaksa pula membayar hutang sebaik mula bekerja.

Bayangkan dengan pinjaman sekitar RM40,000 yang mengenakan caj 1% setahun, anak anda kelak perlu membayar ansuran bulanan kira-kira RM350 sebulan untuk melangsaikan pinjaman pendidikan mereka dalam tempoh 10 tahun.

Macam mana menambah pelaburan dalam ASB/AS1M?

Mudah sahaja, anda boleh melabur di Cawangan ASNB atau Ejen ASNB dan juga menerusi portal myASNB. Selain itu, anda boleh juga melabur menerusi perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.

Anda boleh menambah pelaburan dalam ASB mengikut kemampuan sehingga jumlah maksimum RM200,000 manakala untuk AS1M, jumlah maksimum pelaburan ialah RM50,000.

Boleh ke kalau anda berminat nak buka akaun ASB untuk anak yang lahir sebelum 2018? Boleh sahaja, cuma mereka tidak layak untuk menerima insentif percuma RM200 berkenaan.

Jadi melaburlah setiap bulan mengikut kemampuan secara tunai untuk membina tabung pendidikan untuk anak-anak anda. Jangan terkejut dengan ASB, melabur RM10 setiap bulan pun boleh.

Sebagai ibu bapa, membina tabungan pendidikan sebenarnya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita. Jadi sebolehnya sediakanlah tabungan pendidikan untuk anak-anak. Walau sedikit jumlahnya, asalkan dapat mengurangkan beban anak-anak kita kelak, adalah lebih baik berbanding jika langsung tiada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web ASNB di www.asnb.com.my atau Facebook Amanah Saham Nasional Berhad.

Tujuan insentif ini diberikan adalah sebagai saranan Perdana Menteri kita Dato Sri Najib Razak menggalakkan pertambahan anak bagi setiap keluarga. Hal ini seterusnya akan menjurus kepada pertambahan warganegara Malaysia. Kadar penambahan warganegara Malaysia yang ramai sangat penting didalam proses pembangunan negara menuju kepada sebuah negara maju.

Pada tahun 2017,Mstar melaporkan penduduk Malaysia pada tahun lepas dianggarkan berjumlah 32 juta, 28.7 juta daripadanya warganegara dan selebihnya bukan warganegara, menurut Jabatan Statistik.

Dalam kenyataan pada Jumaat, jabatan itu berkata secara keseluruhan, jumlah penduduk negara ini bertambah 1.3 peratus daripada 31.6 juta tahun lepas.

Katanya, jumlah penduduk lelaki pada tahun ini terus melebihi jumlah penduduk perempuan, dengan nisbah jantina bagi tempoh 2016-2017 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara juga kekal pada 102 dan 157 bagi tempoh sama,” kata jabatan itu.

Sementara itu, peratusan penduduk berusia 0-14 tahun pada 2017 menurun kepada 24.1 peratus daripada 24.5 peratus pada 2016.

Menurut jabatan itu, peratusan penduduk berusia 15–64 tahun meningkat daripada 69.5 peratus pada 2016 kepada 69.7 peratus tahun ini.

“Pertambahan penduduk dalam kumpulan usia ini menyumbang kepada peningkatan usia median (28.3 tahun),” katanya.

Jabatan itu berkata anggaran semasa penduduk bagi tempoh 2016-2017, yang dibuat berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010), mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan penghijrahan.-Bernama

Sumber:suaramedia.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *