Penawar Bagi Anak Lambat Bercakap..JOM SHARE!!!

 

Adakah anak lambat bercakap kerana autisme?

Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, namun masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang gangguan ini. Pelbagai mitos timbul. Salah satu mitos yang paling terkenal adalah anak lambat bercakap menghidap gangguan autisme.

Memang salah satu ciri-ciri utama gangguan autisme adalah kegagalan untuk berinteraksi (walaupun selepas mencapai peringkat usia tertentu).

Namun kajian daripada Psychology Today membuktikan hampir 70% kanak-kanak yang lambat cakap tidak memiliki autisme!

Oleh itu, mari kita mengenal dengan lebih mendalam tentang gangguan autisme, daripada percaya sebarang mitos pelik!

Mengenali gangguan autisme
Menurut Portal Rasmi MyHEALTH, autisme berasal daripada perkataan Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Maka dalam konteks gangguan ini, pesakit akan lebih cenderung ‘menyendiri’ dalam dunia mereka.

Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Kanak-kanak dengan gangguan autisme tidak akan mempamerkan tingkah laku yang tidak normal, sebaliknya tidak akan melakukan tingkah laku yang normal.

Antara ciri-ciri lain yang boleh dikesan seawal usia 18 bulan atau lebih awal adalah:

Tidak takut kepada bahaya
Terlalu sensitif atau tidak sensitif langsung
Tidak ketawa atau tidak memberi respons pada ‘acahan’
Tidak mahu bermesra atau berpelukan
Tidak akan mengendahkan orang sekeliling
Tidak mahu berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan lebih gemar main sendiri
Sering mengulangi percakapan yang sama/berkelakuan berulang
Lebih tertarik pada sesuatu objek tertentu
Gemar mengamuk jika tidak mendapat sesuatu diingini
Tidak gemar akan perubahan
Agak sukar untuk mengenalpasti jika seseorang kanak-kanak menghidap gangguan autisme, oleh itu ibu bapa harus peka dengan tingkah laku anak masing-masing. Gangguan ini tidak boleh dipulihkan namun ia boleh dirawat jika dikesan dari awal.

 

Rawatan dan tips mengendali kanak-kanak autisme
Kanak-kanak dengan gangguan ini akan memiliki kebolehan yang berbeza, namun mempunyai 3 masalah utama iaitu — masalah untuk bersosial, masalah untuk berkomunikasi dan keterbatasan imaginasi.

Oleh sebab gangguan ini hanya melibatkan kegagalan kemahiran untuk berfungsi dengan normal, maka kanak-kanak autisme memerlukan rawatan berbentuk multidisiplin atau terapi.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaparkan maklumat tentang rawatan yang disediakan untuk gangguan autisme dalam laman web rasmi mereka.

Tetapi, ibu bapa juga boleh membantu dalam menguruskan kegagalan kemahiran ini di rumah, dengan mengikut beberapa tips mudah berikut, seperti:

Bantuan dari segi visual — contohnya dengan menggunakan buku berwarna dan bergambar untuk meningkatkan deria visual mereka
Ajar agar ikut urutan — untuk memastikan mereka kekal bertenang dan tidak mudah mengamuk.
Ajar ucap terima kasih & pandangan mata — mereka akan faham tingkah laku itu kelak
Ajar sesuatu tindak balas dengan alunan muzik — supaya mereka belajar tentang tindak balas tubuh. Contohnya muzik menyanyi please sit down, mereka akan ikut dan duduk walaupun agak lambat.
Pembayang awal — Jangan berhenti dengan mendadak. Mereka seringkali menghadapi masalah mengenal konsep masa dan beralih ke satu perubahan.
Malaysia terbuka untuk memberi sokongan pada kanak-kanak yang menghidap gangguan ini sambil memberi pencerahan tentang cara menjaga buat ibu bapa.

Sila rujuk Persatuan Autisme Muslim Malaysia di Facebook untuk keterangan lanjut.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda harus peka dengan tingkah laku anak masing-masing untuk mudah mengesan gangguan autisme.

Autisme tiada kena mengena dengan sebarang keturunan dan budaya. Maka semua individu berisiko untuk menghidapnya.

PENAWAR UNTUK ANAK LAMBAT BERCAKAP

Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat
Bercakap
1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.
2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2
kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna,
dan menguatkan daya ingatan.
3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya
sendiri. In Shaa ALLAH

sumber:my.theasianparent.com

sumber:media islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *