Minum Dengan Perlahan, Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan, Mungkin Itu Sihir. Air Kelapa Muda Berkesan Matikan ”Racun” Dalam Badan

Minum Dengan Perlahan, Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan, Mungkin Itu Sihir. Air Kelapa Muda Berkesan Matikan ”Racun” Dalam Badan

Anda mungkin pernah mendengar perkataan sihir atau santau. Mangsa yang mengalaminya akan ”dibinasakan” dengan perlahan-lahan supaya dia menderita atau lebih dasyat berakhir dengan kematian dalam jangka masa tertentu. Ngeri, namun selagi ada usaha kita boleh merawatnya. Paling penting jangan mempercayai perkara kurafat yang boleh memesongkan akidah sebagai seorang Islam.

Perkongsian oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur yang mendapat hampir 60 ribu share di facebook boleh dijadikan panduan untuk anda. Masih ramai yang belum tahu, air kelapa muda yang diminum dengan mengikut cara atau kaedah yang betul, dapat mematikan atau memuntahkan ”racun” dalam badan. Sebaiknya diamalkan 3 kali seminggu, tidak salah berikhtiar, dengan izin-Nya kita akan diberikan kesihatan yang lebih baik.

Jom kita ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Semoga dapat memberi kebaikan untuk semua.

Bagus minum air kelapa ni untuk mematikan/memuntahkan racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam tubuh badan. Caranya seperti berikut.khasiat air kelapa muda, perubatan islam gunakan air kelapa muda, manfaat air kelapa muda, kelebihan air kelapa muda, buang sihir minum air kelapa muda

Pastikan air kelapa muda. Jangan letak gula atau air batu (ori). Sebelum minum baca Ayat seperti berikut :-

1. Al-Fatihah 1x.

2. Surah Toha Ayat 69 7x.

3. Berdoa contoh ( Ya Allah Jadikan Air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku ini)

4. Minum dengan pelan-pelan, sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda.

5. Amalkan minum air kelapa ni, seminggu 3 kali. Insya Allah

Surah Toha Ayat 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Terjemahan:- “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Sumber: semasapost.com

Pelbagai Kegunaan Air Yasin Malam Jumaat Yang Ramai Orang Tidak Mengetahui Khasiatnya. Inilah 3 Kegunaan Air Yasin yang Memberi Faedah Besar Kepada Kita, Kongsikan Agar Ramai Tahu!

Pelbagai Kegunaan Air Yasin Malam Jumaat Yang Ramai Orang Tidak Mengetahui Khasiatnya. Inilah 3 Kegunaan Air Yasin yang Memberi Faedah Besar Kepada Kita, Kongsikan Agar Ramai Tahu!

Diperhatikan tidak ramai yang mahu membawa bekas air semasa tahlil Yaasiin di rumah atau di masjid, walhal air yang telah dibacakan Surah Yaasiin oleh 21 orang atau lebih jemaah, amat bernilai dari segi perawatan.

Di sini disenaraikan 3 kaedah penggunaan air Yaasiin, semoga bermanfaat:

(A) Rawatan untuk keluarkan angin dari badan:

Rawatan ini sesuai untuk sesiapa yang selalu perut kembung, kencing tidak teratur dan juga mereka yang terasa terkena sampuk atau sihir.

1. Ambil 1/2 gelas air biasa, masukkan dalam periuk dan panaskan selama 5 minit.

2. Kemudian tumbuk halia basah sebesar ibu jari, dan masukkan dalam periuk.

3. Tapiskan air halia dalam gelas.

4. Penuhkan gelas dengan air Yaasiin.

5. Tambahlah sedikit ais dan gula (untuk sedapkan rasa).

6. Bila air dah sejuk minum, InsyaAllah, sendawa kita, dan terkeluar angin dari badan.

(B) Rawatan untuk badan bagi cramp, lenguh-lenguh, sesak nafas:

Rawatan ini sesuai untuk mereka yang sudah berapa kali berurut tetapi cramp dan lenguh-lenguh masih tidak mahu hilang.

1. Ambil halia basah satu genggam.

2. Tumbuk sampai lumaat (atau guna blender tetapi jangan tambah air). Basuhkan dulu bekas cili di blender atau lesung dengan air limau nipis – untuk elakkan pijar cili pada kulit kita.

3. Curahkan 1-2 sudu air Yaasiin.

4. Bancuhkan dalam bekas plastik (yang ada tudung).

5. Sapu bancuhan halia pada bahagian badan yang hendak dirawat:-

Kejang kaki (cramp) – sapu seluruh kaki dari paha ke jari kaki, juga dari pusat ke ari-ari (elakkan kemaluan untuk elakkan pijar)
Lenguh-lenguh otot – sapu di seluruh tulang belakang, perut, dan bahagian lenguh tersebut kalau kencing tidak teratur – sapu dari ari-ari
Sesak nafas – sapu di dada dan perut
Penyeri muka – sapu di seluruh muka, termasuk kelopak mata (hati-hati jangan sampai masuk mata)

6. Halia yang lebih simpan dalam peti ais.

InsyALLAH mana-mana tempat yang ada angin akan rasa panas (seperti terbakar) selama 20 minit lebih. Ulang lagi selama 3-4 hari sehingga rasa panas dari halia tidak terasa lagi.

(C) Memagar rumah:

Cara memagari guna sembur air Yaasiin untuk rumah baru, sekiranya kita tidak tahu amalan pagar rumah, atau tidak mampu/sempat panggil orang memagari rumah. Selain itu cara memagar ini amat sesuai sekiranya kita menginap di kediaman sementara seperti di hotel.

1. Ambil penyembur baju.

2. Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.

3. Masukkan air Yaasiin.

4. Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air — Tidak perlu basah, sembur sikit sahaja.

5. Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.

6. Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.

7. Sembur pagar-pagar di sekeliling rumah.

InsyaAllah, dapat mengurangkan mimpi-mimpi benda masuk rumah/tempat kediaman kita.malam Jumaat yang penuh barakah ini marilah kita beramai-ramai mengimarahkan masjid atau surau yang berdekatan..

Credit to Author: Perawat Darussalam

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber:semasapost.com

Bersihkan Jubin Berlumut Dengan Cara Pantas.. Cuti-cuti Macam Ni Sesuai Sangat Si Suami Berbakti Pada Keluarga.. Barulah Suami Gagah Perkasa

Bersihkan Jubin Berlumut Dengan Cara Pantas.. Cuti-cuti Macam Ni Sesuai Sangat Si Suami Berbakti Pada Keluarga.. Barulah Suami Gagah Perkasa

Kita perlu mandi untuk mencuci badan kita dari kekotoran dan peluh sepanjang bekerja. Mandi membersihkan diri tapi dalam masa yang sama membuatkan bilik air kita cepat kotor kerana berkumpulnya segala bakteria di dalam bilik air. Kawasan paling mudah kelihatan kotor dan comot ialah jubin bilik air.

Bukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata?

Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif!

Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?

Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:

Bahan-bahan:

7 cawan air
1/2 cawan soda
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka
Caranya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.

Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:

Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:

Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:

Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Selamat Mencuba!

Sumber: semasapost.com

3 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika..JOM SHARE..

3 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.

Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.

Cara 1

1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.

Cara 2

1. Gunakan garam halus dan surat khabar.
2. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
3. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
4. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
5. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.

Cara 3

1. Gunakan daun pisang.
2. Ambil sehelai daun pisang muda.
3. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
4. Gosok hingga kesan hitam tanggal.

Cuba komen kaedah mana satu yang korang cuba dan berjaya hilang kesan hangus seterika.

Selamat mencuba!

Sumber: semasapost.com

Petua Mudah Tapi Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah..JOM SHARE..

Petua Mudah Tapi Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah

Kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing dalam terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Sangat bahaya!

Untuk menghalau lipas tanpa racun bukannya mudah. Tetapi Jangan risau, kami ada petua berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya okay!

1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.

2) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.

4) Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5) Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.

6) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Perlu Tahu!

Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.

Apakah yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?

Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.

Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara.Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.

Sumber: pelikdunia.com

AWAS! JANGAN SESEKALI CAMPURKAN 5 MAKANAN INI KEDALAM MADU! IANYA SANGAT BERBAHAYA!JOM SHARE…

AWAS! JANGAN SESEKALI CAMPURKAN 5 MAKANAN INI KEDALAM MADU! IANYA SANGAT BERBAHAYA!

Selain mempunyai rasa yang sedap, madu juga mengandungi banyak khasiat serta protein yang baik untuk kesihatan. Dan disebabkan itu, madu sering dicampurkan dengan berbagai makanan sebagai penambah rasa dan khasiat.Namun begitu, ada beberapa makanan tertentu yang tidak boleh dicampurkan dengan madu kerana boleh menghilangkan khasiatnya serta memudaratkan. Perlu diketahui, madu adalah pemanis semulajadi yang mengandungi khasiat ubat semulajadi.Menurut Ayurveda, ilmu kesihatan dari India. Madu dikenali sebagai yogavahi atau katalis yang membawa sifat ubat jika dicampurkan di dalam makanan tetapi sifat tersebut akan hilang/ mati jika ia dicampurkan dengan makanan yang salah. Ini antara makanan yang tidak boleh dicampurkan dengan madu.

1. Madu dengan ghee (minyak sapi)

Madu dan ghee tidak dianggap sebagai kombinasi yang ideal. Menurut Ayurveda, jika kedua komponen ini dicampurkan ia akan membawa padah.

2. Madu dengan lobak

Menurut Ayurveda, mencampurkan lobak dan madu bisa membentuk zat beracun di dalam tubuh. Jika Anda menambahkan madu pada salad, pastikan salad anda tidak mempunyai lobak.

3. Madu dengan daging

Mencampurkan madu dengan produk daging sangat dilarang kerana dapat menyebabkan beberapa masalah kesihatan ketika dikonsumsi bersama.

4. Menambahkan madu ke dalam air mendidih

Menambahkan madu ke dalam air panas dapat menyebabkan kenaikan dari hydroxymethyl furfuraldehyde (HMF) yang dapat meningkatkan toksik pada tubuh manusia.

Sumber: gosipcikpeah.pw

Cara Mudah Hilangkan Batuk Dan Hingus Bayi, Gunakan Petua Tradisional Ni..JOM SHARE…

Cara Mudah Hilangkan Batuk Dan Hingus Bayi, Gunakan Petua Tradisional Ni

Ibu bapa yang ada anak kecil pasti susah hati kalau baby terkena selesema dan batuk. Anak jadi tak lalu makan, tak lena tidur dan tentunya meragam kerana tak selesa.

Bila jadi begini dah tentu mak dan ayah juga kena tempiasnya berjaga untuk anak. Nak beri makan ubat pun satu hal, selalunya bayi akan menolak.

Kalau ada yang berdepan dengan situasi macam ni, boleh cuba petua rawat bayi yang batuk dan selesema menggunakan daun sirih. Sebelum ini pernah juga membaca perkongsian tentang petua tapi rasa musykil. Terfikir betul ke hanya guna daun sirih boleh rawat selesema dan batuk.

Tapi selepas membaca perkongsian kali ini oleh NurFarahin Hamdi, rasanya petua ini boleh jadi mujarab. Dikongsi oleh 12 ribu netizen kebanyakannya kaum ibu ramai yang mengakui keberkesanannya.

INFO

Perubatan tradisional banyak menggunakan daun sirih untuk meredakan kesakitan. Daun sirih mengandungi eugenol yang bersifat antifungal.

Ia berfungsi untuk menghalang perkembangan yis dari Candida albicans. Daun sirih juga mengandungi antiseptik yang berperanan membunuh bakteria. Sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif.

Selain untuk selesema bayi, dauh sirih juga boleh digunakan untuk meredakan bayi kembung. Caranya pun lebih kurang sama.

Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang.

Sumber:pelikdunia.com

Petua Berkesan Merawat Batu Karang Hempedu Secara Semulajadi..JOM SHARE!!!

Petua Berkesan Merawat Batu Karang Hempedu Secara Semulajadi

Kepada pesakit yang menghidap penyakit batu karang dalam hempedu, pastinya tahu betapa sakitnya bila tiba-tiba diserang kesakitan penyakit tersebut. Rasa nak putus nyawa!

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada pembaca bagaimana seorang pesakit yang menghidap penyakit batu karang hempedu mencuba sendiri petua rawatan alternatif sehingga sembuh dari penyakit yang sangat menyakitkan ini.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan jauh lebih murah dari rawatan moden. Hanya sebagai peringatan kepada anda yang mahu mencuba, jangan sesekali meninggalkan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. Sebaik-baiknya gunakanlah seiring dengan rawatan alternatif ini.

Bila dah kena serang semula sakit hempedu ni, terus saya terfikir macam manalah nak buat. Nak ‘operate’ sampai sekarang takut. Fikir punya fikir saya teringat yang dua tahun lepas saya ada baca alternatif petua buang batu karang dalam hempedu cara tradisional.

Terus teringat yang Prof Dr. Hamid Arsyat ada posting petua yang sama di wall FB beliau. Jadi saya cari balik petua tu dan study dari testimonial pesakit yang dah buat, keputusannya saya mesti buat petua tu kalau nak sihat.

Dua tahun lepas nak buat ragu-ragu sebab tak ada testimoni, takut pula keracunan bila cuba petua tersebut tambah masa tu menyusukan Ali, takut pula terkesan pada Ali. Banyak benar takut kan. Dalam takut-takut, sebab dah sakit dalam bulan puasa ni saya redah juga buat petua tu demi nak hilang sakit.

Walaupun sekarang saya menyusukan Arif saya tetap nekad nak buat bila fikir bahan-bahan yang nak gunakan pun bahan organik. Insha Allah selamat walaupun Arif menyusu. Dalam hati cuak juga.

Asalnya petua ni dari Dr. Lai Ciu Nan, memang tak kenal, tapi ramai bloggers buat posting pasal petua ni. Kalau google mesti ada punya.

Proses mengambil masa 6 hari. Keputusan hari ke tujuh. Yang paling utama sebelum memulakan rawatan berdoalah semoga usaha ini akan berjaya. Insha Allah.batu karang hempedu, batu karang, pecahkan batu karang hempedu, buang batu karang hempedu, petua merawat batu karang hempedu

Bahan-bahan

Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari)
Lemon (3 biji)- setengah gelas
Garam Epsom – 2 sudu teh
Minyak Zaitun/Olive Oil – setengah gelas)

Nota:

Epal hijau berfungsi melembutkan batu karang.
Minyak zaitun melincirkan batu karang keluar dari saluran hempedu.
Sebaik-baiknya, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.batu karang hempedu, batu karang, pecahkan batu karang hempedu, buang batu karang hempedu, petua merawat batu karang hempedu

Cara yang saya buat

1. Hari 1 hingga hari ke 5
Minum jus epal minimum 4 gelas bersamaan 5 biji epal atau minimum 1 liter sehari.
1 gelas jus satu biji epal, (jika bulan puasa minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur). sebiji lagi makan begitu sahaja.
Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa dan seeloknya jangan makan banyak.

2. Hari Ke 6
6 pagi – Minum setengah gelas air suam dicampur 1 sudu teh garam epsom.
12 tengahari – Ulang minum air garam epsom.
6 petang – minum pati lemon (125ml) campur minyak zaitun (125ml) dapatkan anggaran 250 ml. Suamkan gelas untuk memudahkan campuran jus.

Waktu malam, jangan atau kurangkan pengambilan nasi.batu karang hempedu, batu karang, pecahkan batu karang hempedu, buang batu karang hempedu, petua merawat batu karang hempedu

Proses Pengeluaran Batu Karang

Tidur dan batu karang akan keluar keesokan paginya melalui pembuangan air besar.

Proses pengeluaran batu karang yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung.

Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 100 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu.

Petua ni memang menjadi, lebih dari 50 biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah.

Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat sekali lagi dan 6 bulan selepas itu sekali lagi. Petua ni juga elok diamalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.

Semoga memberi manfaat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ.

Sumber:suaramedia.org

Ibu Saudara Saya Telah Cuba Ramuan Ini, Bengkak Kaki Akibat Kencing Manis Susut Dan Tak Perlu Dibedah..JOM SHARE!!!

Ibu Saudara Saya Telah Cuba Ramuan Ini, Bengkak Kaki Akibat Kencing Manis Susut Dan Tak Perlu Dibedah

Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh.

Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar “ceramah” beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, ” Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian”.

Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal.

Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan).

Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan….

Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh Inshaa Allah… Amin… Sila ‘Share’..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

sumber:suaramedia.org

Khasiat Bawang Putih Panggang..JOM SHARE!!!

Khasiat Bawang Putih Panggang..JOM SHARE!!!

Bawang putih dikenal di seluruh dunia kerana manfaatnya membantu banyak orang sakit. Doktor menyarankan untuk menggunakan bawang putih mentah sebagai ubat semula jadi untuk mengendalikan tekanan darah tinggi dan rendah, kolesterol tinggi, penyakit jantung, serangan jantung dan penurunan aliran darah.

Sifat yang menakjubkan adalah bawang putih mampu membantu mencegah pembentukan angiotensin II, hormon dan melancarkan pembuluh darah. Bawang putih juga bermanfaat dalam mengendalikan kolesterol LDL.

Pasti terkejut dengen kesan pencegahannya. Siapa sangka ternyata ada banyak khasiat yang tak terduga. Para ahli menyatakan bahwa jika seseorang makan enam ulas bawang putih panggang setiap hari hasilnya akan menakjubkan.

Setelah makan enam ulas bawang putih panggang sehari, akan nampak perubahan ini pada tubuh.

1 jam

Pada jam pertama bawang putih dicerna di perut, dan kebanyakan sayuran, itu menjadi makanan bagi tubuh badan.

2-4 jam

Pada tempoh ini, bawang putih sedang melawan radikal bebas dan sel kancer yang ada.

4-6 jam

Cairan berlebih dan lemak tubuh yang tersimpan dikeluarkan kerana metabolisme tubuh, Orang yang makan mula merasakan manfaat yang bertindak balas oleh bawang putih.

6-7 jam

Suatu proses melawan bakteri mula berlaku kerana sifat anti bakteri bawang putih.

6-10 jam

Tubuh akan terlindung dari oksidasi kerana nutrisi telah memainkan peranan utama pada jumlah sel.

10-24 jam

Setelah itu, tubuh akan melalui proses pembersihan dalam dan memiliki hasil sebagai berikut :

– Mengatur kadar kolesterol

– Melindungi organisme dari masalah kardiovaskular

– Menurunkan dan memperbaiki tekanan darah

– Memperkuat sistem kekebalan tubuh

– Mencegah logam berat memasuki tubuh

– Meningkatkan kekuatan tulang

– Menghilangkan lelah

– Meningkatkan Performa Atletik

– Meningkatkan umur sel yang panjang

Sumber: suaramedia.org