Murtad: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan murtad empat individu..JOM SHARE!!!

Murtad: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan murtad empat individu

Murtad: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan murtad empat individu
Antara saksi yang hadir di Mahkamah Persekutuan, Kuching bagi memberi keterangan dalam kes permohonan murtad empat individu. – Foto BERNAMA
KUCHING: Mahkamah Persekutuan di Kuching memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata, mahkamah sebulat suara mencapai keputusan menolak rayuan empat individu di Sarawak bagi meminta mahkamah sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya.

Beliau berkata, mahkamah menolak rayuan itu tanpa kos dan memutuskan isu yang dibangkitkan telah diselesaikan dalam kes-kes mahkamah yang lain.

Katanya, walaupun tiada peruntukan bagi murtad tetapi ada peruntukan atas perkara mengenai tindakan memeluk Islam yang bererti Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa terhadap isu murtad.

Menurutnya, terdapat Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.

Keputusan dibuat lima anggota panel hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang, terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan serta Tan Sri Ramly Ali.

Para Pendakwah Agama Islam turut berada di Kompleks Mahkamah. – Foto BERNAMA

Semalam mahkamah mendengar penghujahan para peguam tentang sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa itu kerana tidak dinyatakan dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001 dan persoalan itu dibangkitkan oleh empat individu berkenaan yang memohon perintah mahkamah untuk membatalkan status mereka sebagai beragama Islam dan memaksa Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengiktiraf mereka sebagai beragama Kristian.

Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen meninggalkan lslam secara sukarela dan menganut Kristian sementara Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah, keturunan Bidayuh Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan wanita Islam, kemudian memutuskan untuk kembali menganut Kristian selepas isterinya meninggal dunia.

Dua orang lagi Salina Jau Abdullah keturunan Kayan/Kenyah Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan lelaki Melayu Islam, kemudian menganut Kristian semula selepas bercerai, dan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah pula, seorang Melanau Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin seorang lelaki Islam juga memutuskan untuk kembali menganut Kristian selepas bercerai.

Keempat-empat mereka meminta interpretasi Mahkamah Persekutuan terhadap Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001, dan menamakan pengarah Jabatan Islam Sarawak, Majlis Islam Sarawak, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan negeri sebagai responden.

Beberapa hari sebelum itu, peguam mereka Baru Bian dilaporkan berkata, jika benar Mahkamah Syariah Sarawak tiada kuasa sedemikian maka perkara itu akan kembali ke Mahkamah Tinggi dan jika Mahkamah Persekutuan menjawab persoalan undang-undang secara afirmatif, rayuan akan ditolak dan perayu akan kembali ke Mahkamah Syariah untu membuat permohonan keluar Islam.

— BERNAMA

sumber:www.astroawani.com

Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!JOM SHARE!!!

Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Di Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda…!

Kejadian mengerikan ini menimpa seorang bayi berusia baru 1 tahun. Kejadian ini berlaku selepas hari jadi.

Hari itu, keluarga mengundang seluruh keluarga terdekat maupun saudara jauh untuk merayakan ulang tahun Bobby yang pertama. Semua saudara mara membawa hadiah. Ada yang membawa mainan, ada yang membawa alat tulis. Seluruh rumah menjadi meriah.

Nenek kanak2 itu pun menghadiahkan sebuah gelang perak kepada Bobby.
Gelang tersebut ada loceng dan berbunyi. Bayi atau kanak2 sering memakai gelang ini di tangan maupun kakinya, supaya orang tua boleh tahu kalau bayi bangun atau bergerak kerana ada bunyinya. Dengan hati gembira, nenek memakaikan gelang tersebut ke tangan cucu kesayangannya.

Setelah acara selesai, di mana sehingga larut malam. Ibu pun meletakkan Bobby di tempat tidurnya dan meninggalkan kamar, dan terus bersembang dengan kelurga dan saudara yang hadir.
Keesokan paginya, ibu masuk ke dalam kamar bayi dan menemukan Bobby masih tertidur. Hairan.. Biasanya dia sudah bangun dan melompat-lompat di katil bayi pada jam begini.

Selepas dipegang, ibunya baru sadar, badannya sudah sejuk, sepertinya tidak bernafas, tidak mengeluarkan suara! Dengan secepat kilat, keluarga membawanya ke hospital. Mengejutkan, doktor menemui sebuah “loceng” kecil di dalam mulutnya yang sudah membiru. Sudah terlambat… Bobby sudah lama sesak nafas.

Setelah diberitahu doktor, keluarga baru sadar, loceng tersebut berasal dari gelang yang diberikan nenek semalam! Semalam, ibu tidak melepaskan gelang itu dan membiarkan ia tidur dengan gelang terpasang di tangannya. Menurut perkiraan mereka, Bobby tertarik dengan gelang yang boleh berbunyi dan menggigit-gigit hingga locengnya kemudian tertelan. Doktor juga tak berdaya, loceng tersebut sudah terlalu lama berada dalam kerongkongnya, membuat ia tidak boleh bernafas dan sudah tak bernyawa.

Sumber : suaramedia.org

Bayi Yang Lahir Antara 2018 Hingga 2022 Layak Dapat RM200 Percuma ASB Menerusi ADAM50..JOM SHARE!!!

Bayi Yang Lahir Antara 2018 Hingga 2022 Layak Dapat RM200 Percuma ASB Menerusi ADAM50

Berita baik untuk semua ibu bapa yang menimang cahaya mata tahun ini sehingga 2022 kerana anak-anak anda semua layak menerima RM200 percuma berbentuk unit amanah ASB untuk Bumiputera atau AS 1Malaysia (untuk bukan Bumiputera).

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi sahaja ke Cawangan ASNB atau ejen ASNB seperti Maybank, RHB Bank, Pos Malaysia, CIMB Bank dan lain-lain (maklumat ejen di www.asnb.com.my) untuk membuka akaun anak-anak anda. Jangan lupa bawa sekali myKid anak anda dan juga kad pengenalan ibu/bapa bayi atau penjaga.

Untungnya anak-anak ini, kecil-kecil lagi pihak PNB dan kerajaan sudah menyediakan akaun pelaburan untuk kegunaan mereka di masa depan.

Ibu bapa pula janganlah lepaskan peluang untuk terus melabur dalam akaun yang sudah dibuka untuk anak-anak ini untuk membina Tabung Pendidikan untuk mereka.

Apa untungnya mempunyai akaun ASB/AS1M?

Sepertimana ramai antara kita tahu, ASB dan AS 1Malaysia ini ialah unit amanah harga tetap yang berisiko rendah dan memberikan pulangan yang kompetitif. Contohnya ASB setakat ini sudah memberi pulangan tahunan sekitar 7-8 peratus setahun. Memang untung melabur dalam ASB ni sebab kalau dibandingkan dengan akaun simpanan, pulangannya sekitar 1-2 peratus sahaja.

Bayangkan dengan RM200 percuma ini dan kemudiannya katakan anda melabur serendah RM50 setiap bulan sehingga anak anda berumur 18 tahun, anda boleh membina tabung pendidikan berjumlah kira-kira RM20,000 jika ASB memberi pulangan purata 6% setahun.

Kalau ada duit lebih, melaburlah lebih lagi setiap bulan supaya anda boleh membina tabung pendidikan yang lebih besar untuk anak-anak anda.

Jika kita membina membina tabung pendidikan untuk anak-anak, tidak perlulah mereka meminjam terlalu banyak untuk menyambung pengajian mereka kelak dan kemudian terpaksa pula membayar hutang sebaik mula bekerja.

Bayangkan dengan pinjaman sekitar RM40,000 yang mengenakan caj 1% setahun, anak anda kelak perlu membayar ansuran bulanan kira-kira RM350 sebulan untuk melangsaikan pinjaman pendidikan mereka dalam tempoh 10 tahun.

Macam mana menambah pelaburan dalam ASB/AS1M?

Mudah sahaja, anda boleh melabur di Cawangan ASNB atau Ejen ASNB dan juga menerusi portal myASNB. Selain itu, anda boleh juga melabur menerusi perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.

Anda boleh menambah pelaburan dalam ASB mengikut kemampuan sehingga jumlah maksimum RM200,000 manakala untuk AS1M, jumlah maksimum pelaburan ialah RM50,000.

Boleh ke kalau anda berminat nak buka akaun ASB untuk anak yang lahir sebelum 2018? Boleh sahaja, cuma mereka tidak layak untuk menerima insentif percuma RM200 berkenaan.

Jadi melaburlah setiap bulan mengikut kemampuan secara tunai untuk membina tabung pendidikan untuk anak-anak anda. Jangan terkejut dengan ASB, melabur RM10 setiap bulan pun boleh.

Sebagai ibu bapa, membina tabungan pendidikan sebenarnya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita. Jadi sebolehnya sediakanlah tabungan pendidikan untuk anak-anak. Walau sedikit jumlahnya, asalkan dapat mengurangkan beban anak-anak kita kelak, adalah lebih baik berbanding jika langsung tiada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web ASNB di www.asnb.com.my atau Facebook Amanah Saham Nasional Berhad.

Tujuan insentif ini diberikan adalah sebagai saranan Perdana Menteri kita Dato Sri Najib Razak menggalakkan pertambahan anak bagi setiap keluarga. Hal ini seterusnya akan menjurus kepada pertambahan warganegara Malaysia. Kadar penambahan warganegara Malaysia yang ramai sangat penting didalam proses pembangunan negara menuju kepada sebuah negara maju.

Pada tahun 2017,Mstar melaporkan penduduk Malaysia pada tahun lepas dianggarkan berjumlah 32 juta, 28.7 juta daripadanya warganegara dan selebihnya bukan warganegara, menurut Jabatan Statistik.

Dalam kenyataan pada Jumaat, jabatan itu berkata secara keseluruhan, jumlah penduduk negara ini bertambah 1.3 peratus daripada 31.6 juta tahun lepas.

Katanya, jumlah penduduk lelaki pada tahun ini terus melebihi jumlah penduduk perempuan, dengan nisbah jantina bagi tempoh 2016-2017 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara juga kekal pada 102 dan 157 bagi tempoh sama,” kata jabatan itu.

Sementara itu, peratusan penduduk berusia 0-14 tahun pada 2017 menurun kepada 24.1 peratus daripada 24.5 peratus pada 2016.

Menurut jabatan itu, peratusan penduduk berusia 15–64 tahun meningkat daripada 69.5 peratus pada 2016 kepada 69.7 peratus tahun ini.

“Pertambahan penduduk dalam kumpulan usia ini menyumbang kepada peningkatan usia median (28.3 tahun),” katanya.

Jabatan itu berkata anggaran semasa penduduk bagi tempoh 2016-2017, yang dibuat berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010), mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan penghijrahan.-Bernama

Sumber:suaramedia.org

Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je’ – Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki..JOM SHARE!!!

Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je’ – Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki

Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya.

Seperti yang diceritakan oleh Jimmy Johari. Di kala perniagaannya ‘down’, isterinya ajak makan di sana sini (isteri beliau kuat makan). Diikutkan juga kehendak isteri tanpa menolak kerana tidak mahu melihat isterinya bermasam muka. Balasannya? Alhamdulillah. Semoga bermanfaat kepada semua.

KAU pernah dengar tak yang isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? Memanglah tak pernah kalau kau belum kahwin lagi. Kahwin dulu, baru kau tahu.

Bini aku ni kaki makan. Asal nampak saja benda baru, semua nak beli, nak cuba. Padahal benda itu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tetapi disebabkan dah dia tekak biawak, aku ikutkan saja. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke?

Aku pernah rasa macam nak marah je bini aku.

“Sudah-sudahlah tu nak makan itu makan ini”

Tapi aku tak sampai hati dan aku ikutkan juga.

‘Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je’ – Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki

Aku pernah dalam dompet ada RM50 saja. Sales tengah down, duit pun cukup-cukup nak restock barang. Masa itu jugalah bini aku ajak makan di kedai mamat Thailand, nak makan siakap.

Aku dah termenung dah. Dalam dompet ada RM50 saja. Tetapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, jadi aku ikutkan saja. Habis burn RM48 untuk makan. Tapi selepas habis saja makan, kau tahu apa yang terjadi?

WhatsApp aku berdesup-desup masuk send detail payment. Alhamdulillah, boleh senang hati dah. Masa itu aku tak perasan lagi.

Pernah satu hari, WhatsApp masuk bersepah-sepah. Aku dah closing habis baik dah. Tetapi macam biasa, selepas bagi harga, semua krik-krik. Menung kejap aku. Sehari tak ada sales. Padahal WhatsApp masuk bersepah-sepah.

Kemudian malam itu isteri aku cakap dia mengidam nak makan di Tapak, tempat foodtruck yang banyak-banyak tu. Masa itu aku berada di Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ini pun ikutkan jugalah. Asalkan bini aku seronok dan tak tarik muka.

Dalam perjalanan nak ke sana, magik berlaku lagi. WhatsApp customer yang krik-krik siang tadi terus WhatsApp minta detail nak buat pembayaran. Aku masih tak perasan lagi pada waktu ini. Aku buat seperti biasa. Tetapi memang betul dalam satu malam itu memang semua nak buat payment. Memang minggu itu dua kali aku restock.

‘Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je’ – Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki

Sampai satu hari, baru aku terbaca di wall, ada orang post,

“Isteri pembawa rezeki suami”

Selepas aku baca, barulah aku hadam apa yang terjadi selama ini.

“Abang hati tisu, rasa sebak plaq” hahaha!

Kau tak percaya kau cubalah buat. Kau cuba tak bergaduh dengan bini kau, kau cuba iye kan saja apa yang bini kau nak asalkan apa yang dia nak itu kau rasa masih waras di fikiran kau. Hahaha!

Okay, dah. Aku nak keluar. Dan dan bini lapar nak makan nasi goreng ayam. Okbai.

Sumber: suaramedia.org

Ibu tiri paksa anak tiri minum air panas menggelegak!JOM SHARE!!!

Ibu tiri paksa anak tiri minum air panas menggelegak!

MURID sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan, melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.
Kejadian berlaku Isnin lalu, sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu dari empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.
Ibu kanak-kanak tahun satu itu berkata, kejadian berkenaan disedarinya ketika dia mengambil anaknya dari rumah adik bekas suaminya, 12.30 tengah hari, Jumaat lalu.

“Ketika saya hendak menjemputnya bercuti di rumah, saya dapati terdapat kesan melecur di seluruh bahagian bibir anak saya.
“Apabila saya bertanyakan punca kesan lecur itu, anak saya memberitahu dia dipaksa minum air panas yang sedang menggelegak,” katanya ketika ditemui di Institut Pedriatrik, Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, dia terkejut dan tidak menyangka anaknya akan diperlakukan seperti itu.
Dia kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada hari sama sebelum membuat laporan polis.

“Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak kandungnya sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan kasih sebagai seorang ibu.

“Sebelum ini, apabila saya membawa anak ketiga dan bongsu ke rumah, mereka akan berasa sangat gembira, namun ketika hendak menghantarnya kembali ke rumah suami, semua anak-anak saya menangis dan minta tidak dihantar kembali ke sana,” katanya.

Ibu kanak-kanak terbabit berkata, dia berpisah pada 2011 dan menyerahkan hak penjagaan kepada bekas suaminya itu selepas mengalami masalah kewangan, namun selepas suaminya itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2016, banyak perubahan yang berlaku secara mendadak ke atas empat anak perempuannya termasuk yang sulung berusia 14 tahun, 13 yang kini berada di asrama, 8 tahun dan 7 tahun.

“Pada masa ini, isu hak penjagaan anak sedang berlangsung di Mahkamah Syariah, namun sekiranya kes ini mengambil masa yang panjang, saya khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku ke atas anak-anak saya.

“Masalah mula timbul apabila saya membawa anak saya tinggal bersama saya, pihak polis akan menghubungi saya dan mengarahkan saya membawa anak saya pulang ke Lenggeng, malah saya juga pernah ditahan di lokap selama tiga hari atas kesalahan berkenaan.

“Apabila saya membuat laporan polis, tiada tindakan susulan atau penyelesaian dicapai kerana pegawai penyiasat IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan-laporan yang pernah dibuat sebelum ini,” katanya.

Guru sekolah agama ini juga berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan sebarang tindakan undang-undang sewajarnya dapat diambil bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini termasuk unsur penderaan sehingga membawa kematian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu kandung kanak-kanak terbabit.

Ž”Ibu mangsa yang berusia 35 tahun ada membuat laporan di Dang Wangi, 7.30 malam Sabtu lalu.

Ž”Bagaimanapun, berdasarkan laporan, kejadian didapati berlaku di Lenggeng, Negeri Sembilan. Kes akan diserahkan kepada pegawai penyiasat (IO) di IPD Nilai,” katanya.

Sumber : Harian Metro

HUKUM BERSALIN DENGAN DOKTOR LELAKI..BACA PENJELASAN DAN FAHAMKAN..JOM SHARE!!!

 

HUKUM BERSALIN DENGAN DOKTOR LELAKI 

BERSALIN dengan doktor lelaki secara tidak sengaja atau dengan rela hati perlu dilihat dalam dua perspektif iaitu situasi darurat dan tidak darurat.

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, bagi situasi tidak darurat, hukumnya haram mengikut ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh Abdullah Abd. al-Rahman al-Jibrin.

Manakala Syeikh Wahbah al-Zuhayli dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi dalam satu fatwa yang dipengerusikan oleh Syeikh Ibn Baz memutuskan bahawa doktor lelaki tidak diharuskan menguruskan perbidanan wanita.

“Walau bagaimanapun, dalam situasi darurat, iaitu apabila rawatan tersebut memang memerlukan kepakaran daripada doktor lelaki dan tiada doktor wanita yang boleh menjalankan tugas tersebut, hukumnya ialah harus.

“Hal ini diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi dalam satu fatwa yang dipengerusikan oleh Syeikh Ibn Baz dan dianggotai oleh Syeikh Bakr Abd. Allah Abu Zayd (1429 H), Syeikh Abd. al-Aziz Abd Allih Alu Shaykh, Syeikh Ali Fawzan al-Fawzan dan Syeikh Muammad Nair al-Din al-Albani (1420 H).

Nik Salida Suhaila berkata, melihat kepada situasi semasa, sudah banyak hospital swasta yang mempunyai doktor pakar wanita dalam bidang sakit puan dan boleh membidani wanita yang bersalin.

“Justeru, bagi wanita yang mampu, mereka harus memilih untuk bersalin di hospital swasta dengan doktor wanita. Namun, jika tidak mampu, tidak mengapa jika tidak memilih untuk bersalin di hospital tersebut, kerana situasi ini boleh dikatakan darurat kepada mereka.

“ Jika mampu, memilih untuk bersalin di hospital swasta tetapi memilih doktor lelaki, ia kembali kepada jawapan di atas, iaitu situasi tidak darurat yang menyebabkan hukumnya haram atau tidak harus mengikut pandangan ulama.

“Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, bahawa tidak logik lagi pada hari ini sekiranya tugasan untuk menyambut kelahiran bayi tidak boleh diberikan kepada doktor wanita sepenuhnya kerana pada masa ini jumlah doktor wanita di bahagian perbidanan sudah ramai,” katanya utusan.com.my

Apa kata Ustaz Azhar Idrus

10 realiti yang masyarakat perlu tahu tentang isu doktor lelaki di wad bersalin:

1) Subjek Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) merupakan subjek wajib dalam bidang Perubatan.

Bagi pelajar perubatan di seluruh dunia (bukan sahaja di Malaysia), bidang O&G adalah subjek besar yang wajib dipelajari. Ia memakan masa sebulan atau lebih, bergantung kepada universiti. Kenapa subjek ini wajib dipelajari?

Ini kerana bidang O&G adalah salah satu asas yang perlu dikuasai oleh seorang doktor. Mudah kata, jika doktor tidak menguasai bidang ini, dia tidak layak bergelar doktor. Bagi melengkapkan pelajar perubatan dengan ilmu ini, dia akan didedahkan dengan pelbagai rawatan dan pengurusan pesakit, antaranya termasuklah cara-cara memeriksa ibu mengandung, melihat atau mengendalikan wanita bersalin, melihat kaedah calitan Pap (Pap smear) pada serviks, melihat pembedahan “Caesarean section” dan lain-lain lagi. Jika dia tidak didedahkan dengan perkara-perkara ini, pengetahuannya akan terjejas kelak bila dia bergelar doktor.

2) Jabatan O&G adalah antara jabatan yang wajib untuk doktor baru lalui.

Doktor siswazah atau dikenali juga sebagai “house officer” adalah doktor perubatan yang baru menghabiskan pengajiannya.

Mereka diwajibkan oleh kementerian untuk bertugas dalam 6 bidang (posting) utama iaitu Perubatan (Internal Medicine), Kanak-kanak (Pediatrics), Pembedahan (Surgery), Ortopedik, Kecemasan/Anesthesiology dan termasuk antara yang enam ini adalah Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrics and Gynecology/O&G).
Ketika inilah “house officer” akan dilatih untuk menguruskan pesakit, termasuklah antaranya mengetahui keadaan pesakit, membuat siasatan dan pemeriksaan lanjutan, serta memberikan rawatan.

Jadi, antara latihan yang perlu dijalani dalam bidang O&G ialah mengendalikan wanita bersalin, pemeriksaan kandungan, pemeriksaan faraj dan lain-lain.

Jika ditimbulkan cadangan bahawa tidak patut ada doktor lelaki dalam jabatan O&G, maka ke manakah kita mahu pindahkan doktor-doktor lelaki ini? Baiklah.

Jika kita kecualikan latihan O&G bagi doktor lelaki, bermaksud doktor lelaki hanya ada lima “posting”, pada saya itu lebih meringankan doktor lelaki. Namun tidakkah itu akan memberatkan doktor perempuan?

Bayangkan contohnya satu jabatan terdapat 40 pesakit, “house officer” yang bertugas adalah seramai lima orang – tiga lelaki dan dua perempuan. Jika lelaki itu dikeluarkan dari wad tersebut, maka tinggallah dua “house officer” perempuan. Nisbah “house officer” kepada pesakit yang asalnya adalah 1:8, kini sudah menjadi 1:20. Tidakkah membebankan tugasan doktor perempuan dan juga mengurangkan efisyen tugas? Dalam 40 orang pesakit itu, tidak semuanya normal, pasti ada yang perlu diberikan perhatian lebih, contohnya yang mempunyai penyakit darah tinggi, atau kencing manis, atau pendarahan dan lain-lain.
Itu semuanya adalah nilaian nyawa dan keselamatan pesakit. Belum campur tugasan di dewan bersalin, bilik bedah dan klinik lagi. Apakah mampu keseluruhan jabatan itu dikendalikan oleh dua atau tiga “house officer” perempuan tersebut?

3) Doktor yang tamat latihan housemanship perlu bersedia untuk menjadi doktor di hospital daerah dan klinik kesihatan, serta bersedia mengendalikan situasi kecemasan.

Di hospital daerah, tidak ada kepakaran untuk setiap jabatan. Doktor yang dulu merupakan house officer kini sudah menjadi pegawai perubatan. Merekalah yang akan menjadi doktor bertugas untuk bermacam-macam penyakit merangkumi pelbagai bidang sama ada kanak-kanak, pembedahan, trauma, kemalangan dan juga O&G.

Jika ada ibu-ibu yang akan bersalin, merekalah yang akan mengendalikannya. Di klinik kesihatan pula, kes-kes penyakit harian dan juga penyakit yang perlukan pemeriksaan berkala dijalankan. Termasuklah pemeriksaan kandungan (antenatal care).

Di hospital daerah itu tadi, jikalau bilangan doktor perempuan mencukupi, maka anda bolehlah membuat permintaan. Namun, hakikatnya tidaklah semudah itu.

Doktor tidak seramai seperti di hospital besar. Maka jika doktor itu lelaki, dialah yang akan menguruskan masalah anda termasuklah bersalin. Bayangkan jika doktor lelaki ini tidak mempunyai pengetahuan dan pendedahan yang cukup sewaktu menjadi pelajar perubatan, juga tidak mendapat latihan yang cukup ketika “house officer”, mampukah dia menjadi doktor yang berkemampuan untuk mengendalikan masalah bersalin anda? Tidakkah ianya merisikokan nyawa anda dan anak anda?

Kita juga maklum tentang situasi banjir yang mencemaskan terutamanya di pantai timur pada penghujung 2014 yang lepas. Beberapa orang doktor telah berkorban masa dan tenaga dalam mengendalikan pesakit yang mahu bersalin. Dalam keadaan cemas sebegitu, dengan jumlah doktor yang tidak mencukupi, bagaimanakah mereka mampu menghadapinya jika mereka tidak mendapat latihan yang secukupnya ketika housemanship?

4) Nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia masih belum mencukupi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysia masih belum mencapai piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi nisbah doktor kepada populasi masyarakat. Nisbah doktor kepada jumlah masyarakat Malaysia ialah 1: 791(statistik KKM 2013), sedangkan nisbah yang sepatutnya ialah 1:400. Jika dalam keadaan nisbah yang masih belum mencukupi ini kita mahu mengenakan had kepada doktor lelaki, nescaya pesakit tidak akan dapat dirawat dengan baik dan efisyen, malah mungkin boleh mengancam nyawa.

5) Jumlah doktor pakar O&G masih belum mencukupi.

Jumlah pakar O&G dalam sektor kerajaan juga masih belum mencukupi. Latihan yang perlu dilalui oleh seorang doktor untuk menjadi pakar juga bukanlah mudah, mereka perlu melalui latihan selama 4-5 tahun. Dalam usaha untuk membuat thesis dan mengulangkaji, mereka juga harus bertugas sebagai doktor untuk merawat dan bertugas “on-call”. Masa bersama keluarga tidaklah sebanyak orang yang berkerja waktu pejabat. Kerjaya sebagai pakar O&G juga berdepan dengan tindakan undang-undang.

Jika anda mempunyai isteri, adakah anda sanggup menjadi suami kepada seorang yang banyak masanya di hospital, kurang masanya dengan anak-anak berbanding ibu-ibu lain, di rumah pula mungkin dia sibuk untuk mengulangkaji?

6) Aurat pesakit lelaki dan wanita di jabatan lain turut tidak boleh diambil mudah.

Pesakit lelaki di hospital juga ada masanya perlu mendedahkan aurat kepada jururawat dan doktor wanita di hospital. Malahan, di jabatan lain seperti jabatan pembedahan juga, aurat pesakit wanita, malahan bahagian sulit mereka perlu didedahkan untuk tujuan rawatan. Jadi, jika kita ingin memberikan perhatian kepada wad bersalin sahaja dan mengerahkan seluruh tenaga kakitangan dan doktor wanita ke sana, bagaimana dengan pesakit wanita di jabatan lain? Tidakkah aurat mereka juga mempunyai nilai yang sama?

7) Dalam bilik bersalin, yang utama adalah nyawa pesakit.

Kematian ketika melahirkan anak pada zaman ini adalah sesuatu yang jarang berlaku berbanding pada zaman dahulu, dan jika berlaku, perhatian yang serius harus diberikan. Laporan di peringkat negeri perlu dibentang. Sebab itu, dalam bilik bersalin, dalam keadaan yang mencemaskan, tumpuan kakitangan kesihatan adalah untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Sangat mustahil untuk doktor lelaki sengaja pula mengambil kesempatan ke atas aurat pesakit yang terdedah, dalam keadaan sebegitu.

8) Kakitangan wanita wajib menemani pesakit ketika rawatan.

Dalam etika perubatan dan undang-undang, pesakit yang dirawat oleh jantina berlainan wajib ditemani oleh staf yang berjantina sama dengan pesakit. Misalnya, pesakit wanita yang dirawat oleh doktor lelaki wajib ditemani oleh staf wanita. Istilah ini dipanggil chaperone.

9) Pesakit ada hak untuk membuat permintaan kakitangan perempuan.

Dalam etika perubatan, pesakit juga ada sebahagian hak dan autonomi yang diberikan untuk membuat permintaan. Mereka ada hak untuk membuat permintaan agar dirawat oleh doktor wanita. Kakitangan kesihatan akan cuba menunaikan permintaan mereka. Namun, permintaan ini tidak akan dipenuhi setiap masa, kerana ianya bergantung kepada keperluan dan kekosongan. Jika pesakit mengalami keadaan kesihatan yang serius, manakala doktor wanita yang berada di situ mempunyai pengalaman yang kurang berbanding doktor lelaki, pastilah pihak hospital tidak akan merisikokan nyawa pesakit kepada orang yang kurang berpengalaman.

10) Hospital swasta mempunyai hadnya tersendiri.

Walaupun sesetengah hospital swasta boleh menunaikan permintaan pesakit untuk dirawat oleh kakitangan wanita, satu perkara yang anda perlu tahu ialah hospital swasta mempunyai fasiliti dan kepakaran yang terhad berbanding hospital besar.

Selalunya hospital besar mempunyai pakar dan staff yang lebih terlatih dan mempunyai kelengkapan kecemasan yang lebih lengkap seperti bank darah.
Jadi, risikonya adalah jika berlaku apa-apa kecemasan yang membahayakan nyawa, hospital swasta yang tidak mampu mengendalikan masalah tersebut selalunya akan memindahkan pesakit ke hospital kerajaan.

Perjalanan ke hospital kerajaan tersebut juga memakan masa, menambahkan lagi risiko kepada keselamatan isteri dan anak anda.

Semoga beberapa perkara ini dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada masyarakat dalam isu berkaitan.

sumber:manisz.site

BERITA “Kakak dah tak ada, saya tak tahu dengan siapa lagi saya nak bergaduh dan bermanja,” kata Muhammad Addim Roslan

BERITA “Kakak dah tak ada, saya tak tahu dengan siapa lagi saya nak bergaduh dan bermanja,” kata Muhammad Addim Roslan

“KAKAK dah tak ada, saya tak tahu dengan siapa lagi saya nak bergaduh dan bermanja,” kata Muhammad Addim Roslan, 10, adik bongsu kepada pelajar yang maut terkena bilah mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, hari ini.

Muhammad Addim yang masih sebak dan sesekali mengalirkan air mata berkata, dia mengetahui kejadian menimpa kakaknya apabila diberitahu oleh ibu saudaranya, Norizzah Samat, 53, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah, di sini…

“Mak cik tiba-tiba datang ke kelas dan memberitahu mahu membawa saya pulang. Dia kemudian beritahu kakak sudah meninggal dunia, menyebabkan saya meraung kerana terlalu sedih dan terkejut.

Kakak sangat rapat dengan saya. Dia yang selalu ajar buat kerja sekolah. Dia kawan bermain dan bergaduh.. selepas ni saya tak tahu nak bermanja dengan siapa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Sungai Kelamah di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi tadi, kakaknya, Nur Afini, 14, meninggal dunia di padang sekolah berkenaan, akibat parah apabila kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah pisau mesin berkenaan yang melayang.

Dua rakannya pula, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera ringan masing-masing pada telinga dan belakang kepala.

Sementara itu, Norizzah berkata, dia yang sedang mengajar menerima panggilan abangnya, Roslan Samat, 55, memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Saya segera ke kelas Muhammad Addim dan memberitahu kakaknya sudah tiada. Ketika itu dia menangis dan menyebut nama kakaknya banyak kali,” katanya.

Katanya, arwah yang juga anak keempat daripada lima beradik sebelum ini belajar di sebuah sekolah di Pahang dan menetap di Kuantan.

“Selepas abang (Roslan) bersara daripada sebuah syarikat swasta di Kuantan, dia membawa arwah dan adiknya pulang ke kampung di Gemas untuk menguruskan tanah rancangan FELDA. Mereka baru saja berpindah awal bulan lalu,” katanya.

Katanya, arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA itu malam ini.

Sementara itu, rakan sekolah mangsa, Mohd Edzlidin Mohd Nor, 14, berkata, lebih 50 orang pelajar sedang menjalani latihan perbarisan mengikut rumah sukan sebagai persiapan untuk hari sukan sekolah, yang dijadualkan esok.

“Saya diberitahu rakan yang menyaksikan kejadian itu, traktor berkenaan berada berhampiran dengan pelajar ketika kejadian sebelum bilah pisau mesin rumput tercabut dan terkena tiga pelajar termasuk Nur Afini.

“Keadaan menjadi kecoh dan ramai pelajar menjerit dan menangis ketakutan melihat Nur Afini mengalami kecederaan parah pada kepalanya,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Mohd Yusoff Ismail, 63, meminta semua pihak menghentikan penyebaran gambar mangsa yang maut dalam keadaan tragis.

“Kami berharap orang ramai menghormati perasaan keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan gambar sedemikian. Kami berharap keluarganya bersabar dengan kejadian yang berlaku,” katanya ketika ditemui di sekolah itu.
Ada peraturan potong rumput sekolah
JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan insiden pelajar perempuan maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, Seremban, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, ketika ini JPN juga masih menyiasat apa aktiviti yang dijalankan sehingga menyebabkan kejadian itu.

“JPN sudah menetapkan peraturan bagi kontraktor menjalankan kerja pembersihan di setiap sekolah termasuk waktu dan situasi yang sesuai.

“Ini yang kita nak siasat sama ada kontraktor ini mendapat kebenaran atau sebaliknya untuk memotong rumput di padang sekolah itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan.

Dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pula hanya mengalami cedera ringan dalam insiden itu.

Sumber: suaramedia.org

Jangan Tanam Pokok Pandan Terlalu Merimbun Di Belakang Rumah Ada ‘BENDA’ Akan Duduk Situ..JOM SHARE!!!

Jangan Tanam Pokok Pandan Terlalu Merimbun Di Belakang Rumah Ada ‘BENDA’ Akan Duduk Situ

ABU, NEGERI SEMBILAN – Seorang guru wanita mengalami trauma apabila jari telunjuk tangan kanannya digigit ular dipercayai ketika mengambil daun pandan di kebun kecil di belakang rumahnya.

Kejadian itu juga menyebabkan Salmiah Marzuki terpaksa ditahan di wad hampir seminggu. Malah, jarinya juga tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“41 hari yang lalu, jari saya digigit ular. Oleh disebabkan itu, saya terpaksa menginap di hospital selama 6 hari 6 malam. Akibat dari gigitan ular ini, sehingga sekarang jari saya masih tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“Bukan ini cerita yang saya mahu sampaikan, tetapi saya ingin berkongsi nasihat seorang doktor agar jangan menanam pandan di belakang rumah sehingga terlalu merimbun. Memadai saja dengan menanamnya di dalam pasu untuk kegunaan sendiri. Menanam untuk tujuan komersial, lain cerita ya.

Pokok pandan yang ditanam di kebun kecil belakang rumah Salmiah | Foto – Salmiah Marzuki

“Menurut doktor yang berkongsikan pengalamannya ketika bertugas di unit orthopedik, banyak gigitan ular berlaku yang melibatkan mangsanya berada di kawasan pokok pandan. Ini termasuklah kes saya. Katanya, ular memang suka bersarang di celah-celah rimbunan pokok pandan. Jadi, berhati-hatilah ya rakan-rakan semua,” katanya.


Kejadian awal November lalu, jari telunjuk Salmiah bengkak disengat kala jengking | Foto – Salmiah Marzuki

Difahamkan, Salmiah pada awal November lalu pernah disengat kala jengking ketika melawat kebun kecilnya itu. Kesannya, jari telunjuk tangan kanan mengalami bengkak dan diberikan ubat antibiotik untuk meredakan bengkaknya.

Siapa yang tidak takut apabila melihat ular. Hal ini kerana ular boleh saja membunuh kerana bisanya yang sangat beracun merbahaya kepada manusia.

Memiliki bentuk tubuh yang anjal membuat reptilia ini mudah untuk memasuki tempat-tempat sempit, bahkan tempat yang tak terfikirkan sekalipun. Namun kemunculannya pasti akan buat semua orang ketakutan.

sumber:suaramedia.org

40 Jenis Kopi Yang Boleh Membawa Maut Jika Diambil Tanpa Pengawasan Doktor. Sila Semak..JOM SHARE!!!

40 Jenis Kopi Yang Boleh Membawa Maut Jika Diambil Tanpa Pengawasan Doktor. Sila Semak

KOPI YANG TERLARANG

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di KILANG HARAM di negara ini. Kebanyakan produk haram DIJUAL secara TERBUKA oleh peniaga warga asing.

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi jualannya yang terbuka di kedai kedai dan warung. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1. Cafe Abang Yes,

2. Candi Gold,

3. Candy 193,

4. Extend Up Energy Drink,

5. Extremen,

6. Extrewomen,

7. Goji Guarana,

8. Goji Guarana Extra,

9. Goji More,

10. Goji Yumberry,

11. Guara Cafe,

12. HBW Ice Lemon Tea,

13. Hotton Vitality Candy,

14. Ie2 O,

15. King Cappucino,

16. Knight Cofee.

17. Kolek Cafe Power Plus,

18. Kopi Angguk,

19. Kopi Asmara,

20. Kopi Bagus AAA,

21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,

22. Kopi Pahlawan,

23. Kopi Super Angguk,

24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,

25. Maca Max,

26. Macagin Ginseng Candy,

27. Mentalk Candy,

28. Nexus MXP,

29. Night Cafe,

30. Red Energizer Candy For Men,

31. Royal Beverage Maqrifatun,

32. sasanergy Drink,

33. Trica Jus,

34. Tri-Max,

35. True SR,

36. vigor Candy,

37. Vitca-F,

38. Vitca-M,

39. Winnie Beauty V1,

40. XKL Sky Fruit Juice Premix.

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya.

Racun makhluk perosak yang terkandung dalam minuman ringan mengikut peratus yg diumumkan oleh MA (Indian Medical Association) baru2 ini.

1 Redbull 15.2%

2 Coke 13.4%

3 7 up 12.5%

4 Mirinda 10.7%

5 Pepsi 10.9%

6 Fanta 9.1%

7. Sprite. 15.3%

Bahan2 ini adalah sangat merbahaya kpd hati manusia.

Boleh mengakibatkan kanser!

Sila panjang2kan info ini kepada orang2 yg tersayang.

Live Healthy,

Save lifes!!!………

Copy dari Group PRK Darussyifa’ Malaysia

Sharing is caring.

ARTIKEL BERKAITAN

Hati-Hati Minum Kopi Jenama Ini. Seorang Pengsan Dan Seorang Sawan Selepas Minum. Elakkan.

GEORGE TOWN: Dua lelaki ditemui di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini, mendakwa selepas minum minuman “Durian White Coffee” yang menyebabkan mereka sangat penat.

Pengarah Hospital Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah berkata kedua-dua mereka masih menerima rawatan tetapi dalam keadaan stabil.

Mereka dimasukkan ke dalam unit kecemasan dalam keadaan yang sangat lemah dan mengadu bahawa ia adalah hasil daripada kopi yang mereka telah minum.”

“Kami menggali lebih mendalam mengenai perkara itu dan melakukan pelbagai ujian termasuk ujian darah untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya kepada Bernama, Selasa (30 Jan).

Beliau berkata hospital itu juga akan mendapat sampel kopi tersebut untuk dianalisis.

Dr Wan Mansor berkata, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik sahaja penemuan itu dijalankan.

Beliau menasihatkan sesiapa yang mengalami masalah yang sama untuk mendapatkan rawatan di hospital terdekat dengan segera.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam akaun Facebooknya mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan mengetahui berita itu selepas ia menjadi viral di media sosial.

sumber:sayangawak.com

Kes dera: Nur Aina disebat dengan tali pinggang tentera dan dipijak sampai terkencing..

Kes dera: Nur Aina disebat dengan tali pinggang tentera dan dipijak sampai terkencing

Foto BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PORT DICKSON, 2 Feb — Sepasang suami isteri direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan kes kematian anaknya yang berusia sembilan tahun dipercayai akibat didera. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Khariah Abdul Razak selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, ASP Mahafiz Mat Lawi. Semalam, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut, malam kelmarin.

BANGKU dan tali pinggang antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, sehingga meninggal dunia, semalam.

Barangan terbabit ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, hari ini, untuk membantu siasatan kes pembunuhan mangsa.

Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan sejurus polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, kira-kira 12 tengah hari.

Mereka yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunakan tali pinggang, pada malam kejadian.

“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.

“Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan bangku plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas bangku itu yang sudah patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bihah Berubah Jadi Pendiam Malam Kejadian

PORT DICKSON – “Dia seorang kanak-kanak baik dan periang, namun berubah jadi pendiam pada malam kejadian,” kata jiran kepada Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah yang meninggal dipercayai akibat didera bapanya.

Jiran mangsa yang enggan dikenali itu, berkata kanak-kanak malang yang turut disapa sebagai Bihah itu bersama abangnya yang berusia 11 tahun belajar mengaji al-Quran di rumahnya.

“Sepanjang dua tahun saya mengajarnya mengaji, Bihah cepat menerima apa yang diajar dan tidak pernah walau sekalipun menceritakan kejadian dia dipukul ayahnya kepada saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang tinggal berhadapan dengan rumah mangsa mengakui sering mendengar bapa mangsa menjerit memarahi anak-anaknya daripada dalam rumah.

“Saya juga selalu nampak mata Bihah lebam tetapi bila ditanya, Bihah cuma cakap dia jatuh di rumah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi jiran berkata suspek seorang peramah dengan jiran dan sering berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.

“Saya tidak sangka perangai dia macam itu sebab beliau mempamerkan imej alim dan saya selalu mendengarnya membaca al-Quran,” katanya.

Terdahulu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan membawa suspek dan isterinya yang juga ibu tiri mangsa ke rumah yang didiami mangsa bersama mereka, bagi mengumpul bahan bukti.

Kira-kira 30 minit kemudian, Unit Forensik dilihat membawa keluar bahan bukti berupa tali pinggang tentera dan sebuah bangku kecil yang sudah patah.

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia sembilan tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah mereka.

Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti putus pankreas, hati terkoyak, cedera buah pinggang, usus terkoyak serta tulang rusuk kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

sumber:www.borakpacak.com