Tulang ikan tersangkut di saluran kerongkong? Jangan minum air, sebaliknya lakukan perkara ini dengan segera bagi mengelak padah dan mudarat

Tulang ikan tersangkut di saluran kerongkong? Jangan minum air, sebaliknya lakukan perkara ini dengan segera bagi mengelak padah dan mudarat

Tahukah anda bagaimana menangani masalah cebisan tulang ikan yang tersangkut di saluran kerongkong? Apa yang perlu anda lakukan sekiranya terdapat cebisan tulang ikan yang telah tersangkut di saluran kerongkong dan anda tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkannya.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan, sila dan tolong jangan menelan apa-apa makanan atau air. Sebaiknya, sekiranya cebisan tulang ikan itu masih boleh dikeluarkan dengan jari anda, keluarkan ia dengan segera. Sekiranya masih tidak boleh mengeluarkannya, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Sekiranya tulang ikan tersebut tersangkut lebih dalam di saluran kerongkong, minta bantuan orang lain untuk melihatnya dengan menggunakan lampu suluh, dan jika ia masih boleh dicapai, ambil cebisan tulang ikan tersebut dengan menggunakan penyepit kecil.

Jika masih gagal berbuat demikian, sila jangan mencuba apa-apa cara lain yang akan lebih memudaratkan keadaan. Jika berasa sakit, sebaiknya segera berjumpa dengan doktor. Dan ingat, jangan menggunakan cuka, menelan kepalan roti atau nasi, atau menggunakan kulit jeruk. Ini adalah cara yang salah. Jika anda memaksa diri menelan tulang ikan tersebut, ia akan menggores saluran esofagus lalu boleh menyebabkan luka dan jangkitan.

Terdapat beberapa kes berkaitan kesalahan mengatasi masalah mengeluarkan tulang ikan yang telah memudaratkan mangsa dan kesilapan ini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan dan perlu dianggap serius.

Kes pertama : Mangsa meninggal dunia.

Seorang wanita yang berasal dari Wuhan, China sedang menikmati hidangan ikan, apabila secara tiba-tiba secebis tulang ikan telah tersangkut di saluran kerongkongnya. Wanita ini telah menelan dua ketul nasi kepal sekaligus bagi memaksa tulang itu ditelan.

Dua hari kemudian, wanita ini mengalami kesakitan di dadanya, mendapat demam panas dan kejutan jantung. Setelah pemeriksaan gastroskopi dijalankan di hospital, doktor telah menemui sebatang tulang ikan sepanjang 2 sentimeter di saluran kerongkongnya. Oleh kerana wanita ini telah mengalami pendarahan yang berterusan, nyawanya telah gagal diselamatkan dan meninggal dunia.

Kes kedua : Menelan tulang ikan secara paksa.

Sebatang tulang ikan halus berukuran 2.2 sentimeter hampir meragut nyawa seorang nenek berusia 62 tahun ketika dia sedang menikmati hidangan ikan dan tulang ikan tersebut telah tersangkut di kerongkongnya.

Pada mulanya, nenek bernama Zhang ini ingin mengatasi masalah ini dengan cara menelan secara paksa tulang ikan tersebut. Akibatnya, tulang ikan tersebut telah tertusuk di bahagian kerongkongnya yang nyaris terkena pada lengkungan aorta vaskular terbesar dalam tubuh badan pada jarak 3 milimeter. Sekiranya terkena pada bahagian ini, ia pasti boleh mengancam nyawanya.

Seorang doktor pakar gastroenterologi di Hospital Xinqiao, China telah berjaya mengeluarkan tulang ikan ini dengan kemahiran teknik endoskopi lalu telah dapat menyelamatkan nyawa nenek ini.

Kes ketiga : Tulang ikan yang menembusi dinding usus.

Dua puluh tahun yang lalu, seorang doktor pernah bertemu dengan kes seorang wanita kaya yang datang ke hospital dengan tulang ikan yang telah tersangkut di kerongkongnya.

Doktor ini telah menyarankan supaya wanita ini menggunakan kaedah endoskopi untuk mengeluarkan tulang ikan tersebut. Tetapi wanita ini telah enggan mengikut saranannya untuk melakukan pemeriksaan dan terus pulang ke rumah.

Seminggu kemudian, keadaannya menjadi lebih parah, tulang ikan itu telah menembusi ruang aorta, dan wanita ini telah mengalami pendarahan yang banyak sehingga meninggal dunia. Sayang dengan wang banyak tetapi tidak mahu membelanjakannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa.

Doktor ini memberitahu lagi kes seorang pesakit yang telah tersangkut tulang ikan di kerongkongnya dan telah pergi ke hospital. Namun, para doktor di situ telah mengarahkannya untuk pergi ke hospital lain yang boleh mengeluarkan tulang ikan tersebut, yang mana telah menembusi lengkungan aorta. Akan tetapi pesakit ini tidak mempercayainya.

Selepas itu ketika keadaan semakin parah, pesakit ini telah pergi ke hospital yang disarankan dan pada waktu itu pesakit ini telah muntah darah dan tidak dapat diselamatkan. Usianya baru dalam lingkungan 30-an.

Seorang doktor bernama Xu Siwei dari Hospital Universiti Zhejiang, China yang telah berpengalaman selama 30 tahun sebagai pakar bedah kardiotorak berkata beliau pernah menemui lima orang pesakit yang telah menderita dengan kecederaan esofagus dan aorta akibat tulang ikan yang pada mulanya telah tersangkut di bahagian kerongkong. Empat daripada lima pesakit ini telah meninggal dunia.

Jadi, jangan ambil mudah sekiranya tulang ikan telah tersangkut di bahagian kerongkong. Jika dibiarkan dan tidak dirawat dengan cara yang betul, ia boleh memudaratkan dan membahayakan nyawa.

Sumber: suaramedia.org

Suami Dayus Tidak Memberi Sebarang Nafkah Tetapi Ustaz ini tetap kata isteri ini beruntung sehingga

Suami Dayus Tidak Memberi Sebarang Nafkah Tetapi Ustaz ini tetap kata isteri ini beruntung sehingga

“AKU ISTERI YANG ……..”

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu dengan seorang Ustaz Pegawai Agama Runding Cara di Jabatan Agama Islam untuk meminta nasihat bagi mengadu hal suaminya.

Gambar Hiasan

Ustaz: Apa yang boleh saya bantu puan?
Isteri: Saya ingin mengadu kepada ustaz masalah suami saya.
Ustaz: Ye silakan, apa masalahnya itu?…
Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya Ustaz. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan Ustaz. Makan minum saya tidak diendahkan Ustaz. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan. *Ustaz tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, Ustaz boleh tersenyum mendengar aduannya.

Ustaz: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.
Isteri: Hah??? Untung??
Ustaz: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.
Isteri: Saya bernasib malang Ustaz. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Ustaz. Kehidupan saya tunggang-langgang.
Ustaz: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?
Isteri: Sudah Ustaz. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Ustaz: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.
Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah, Ustaz. Dia sudah lama meninggalkanku dalam derita dan sengsara ini.
Ustaz: Allah..beruntungnya kamu wahai puan…
Isteri: Kenapa Ustaz asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?
Ustaz: Allah…wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?
Isteri: 40 tahun tuan.
Ustaz: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?
Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Ustaz: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?
*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.
Ustaz: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur umatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?
Isteri: Tentunya Ustaz lebih tahu.
Ustaz: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan. Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.
*Isteri itu tertunduk.

Ustaz: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Ustaz. Mana mungkin dia akan ke neraka?
Ustaz: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya ustaz? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?
Ustaz: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.
Melihat isteri itu diam, Ustaz bertanya;
Ustaz: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?
*Isteri itu menggelengkan kepala.
Ustaz: Adakah puan masih menyayanginya?
*Isteri itu hanya membisu.
Ustaz: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?
*isteri itu masih diam.

Ustaz: Maha Suci Allah… Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri…
*Ustaz tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;
Isteri: Kenapa Ustaz menangis?

Ustaz: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja. Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh Ustaz.

والله اعلم بالصواب
ربي أجعلني زوجة و أم صالحة

Kuatnya seorang wanita itu..
Apabila tetap bersabar walau diuji,
Tetap berbelas walau dikeji,
Tetap tersenyum walau disakiti,
Tetap mengasihi walau dibenci,
Tetap mendoakan walaupun di khianati….

===

Jalan ke syurga itu berliku onak durinya.
Mungkin jika sendiri.
Aku juga tidak mampu.
Moga Allah jaga.

Sumber:suaramedia.org

Terbongkar!! Siapa Pembina Piramid Dan Inilah Teknologi Yang Telah Dilenyapkan Oleh Allah.

Terbongkar!! Siapa Pembina Piramid Dan Inilah Teknologi Yang Telah Dilenyapkan Oleh Allah.

Piramid

Selama berabad-abad, ramai orang berfikir bagaimana piramid Mesir dibangun. Bagaimana mereka membangun piramid dengan mengangkut batu besar di gurun pasir dengan menggunakan tali tambang, roda kayu, dan tolakkan tenaga manusia tanpa ada teknologi moden.

Namun, banyak yang menolak klaim tersebut dan mempercayai pasti Mesir memiliki teknologi yang telah lenyap selama berabad-abad.

Melalui sebuah penelitian baru-baru ini, mereka telah menemui jawapan dari kecemerlangan arsitektur orang Mesir, yaitu dengan memanfaatkan pasir basah.

Menurut kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Physical Review Letters, orang Mesir kuno menggunakan cara ini untuk mempermudah pekerjaan mengangkut patung berat, mereka membasahi pasir sebelum ribuan pekerja menarik benda-benda di sebuah kereta luncur.

Percobaan menunjukkan bahwa lebih MUDAH untuk menyeret objek di pasir basah ketimbang pasir kering.

“Jembatan cair mulai terbentuk antara butir-butir pasir ketika ditambahkan air. Begitu ada cukup air, jembatan ini bertindak seperti lem, menjaga butiran-butiran pasir tetrap di tempat,” dikutip dari para peneliti fisikawan multinasional yang dipimpin oleh Prof Daniel Bonn dari University of Amsterdam.

Untuk menguji hipotesis mereka, tim peneliti membuat percobaan kecil kereta luncur Mesir dalam nampan pasir dan mengukur perbandingan tingkat gesekan di pasir kering dengan pasir basah.

Hasil penelitian menunjukkan bahwa gaya tarik yang dibutuhkan lebih rendah berbanding dengan kekakuan pasir.

“Air yang ditambahkan membuat pasir lebih kaku, dan gundukan pasir menurun dalam ukuran sampai tidak ada gundukan yang terbentuk di depan kereta luncur yang bergerak dan karena itu gaya yang diperlukan lebih rendah untuk mencapai keadaan stabil,” tulis para penulis.

Untuk mendukung teori ini, lukisan dinding yang ditemukan dalam makam Djehutihotep ini tampaknya menggambarkan budak pekerja mengangkut patung raksasa Firaun.

Para ilmuwan mengklaim orang yang berada di depan kereta luncur menuangkan cairan ke pasir.

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَحْسَنُ أَثَاثًا وَرِئْيًا

“Dan berapa banyak umat (yang ingkar) yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal mereka lebih bagus perkakas rumah tangganya dan (lebih sedap) dipandang mata.” (QS. Maryam : 74)

Semoga bermanfaat ?

Sumber: ardiyansyah.com

Komen kami, memang tidak dinafikan terdapat beberapa pendapat mengenai pembinaan piramid ini. Antaranya pendapat yang mengatakan di zaman itu sudah ada teknologi moden seperti zaman sekarang dan ada juga pendapat mengatakan ia dibina oleh UFO.

Piramid yang dibangunkan juga sebenarnya bukanlah didirikan oleh firaun,tetapi didirikan oleh sebelum zaman nabi Nuh lagi. Tetapi segala teknologi-teknologi moden peradaban manusia ketika itu telah lenyap disebabkan banjir besar di zaman Nabi Nuh Alaihisalam.

Berikut adalah penerangan ringkas berkaitan siapa pembina piramid serta teknologi – teknologi pembinaan piramid oleh Ustaz Auni. Penerangan ini memang benar-benar membuka mata hati kita .

sumber:suaramedia.org

Inilah Cara Cuci Sinki Paling Berkesan, Tak Payah Gigih Panggil Tukang Paip Lagi!

Inilah Cara Cuci Sinki Paling Berkesan, Tak Payah Gigih Panggil Tukang Paip Lagi!

Rasanya semua orang pernah alami masalah sinki tersumbat, bukan di rumah sendiri mungkin berlaku di rumah saudara. Kena pula orang yang jenis selalu masuk dapur, mahu tak tersumbat?

Kalau biasanya anda curahkan air panas yang tengah sedang menggelegak ke lubang sinki tetapi kali ini nak kongsi cara lain yang lebih berkesan! Ya, tak payah gigih panggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik jika anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. Cara ini bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang.

CARA PERTAMA:

1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.

2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.

3. Diikuti dengan secawan garam halus.

4. Kemudian, curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.

5. Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.

6. Setelah segala kekotoran tersumbat itu dapat dihilangkan, anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.

7. Nak lagi bersih, ambil sehiris lemon, kemudian gosok disekitar sinki untuk hapuskan kuman. Lagi best, tinggal bau yang cukup wangi!

CARA KEDUA:

1. Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.

2. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.

3. Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.

4. Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.

5. Lihatlah hasilnya… jadi ke tak?

6. Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya. Itu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki. Jadi kena guna cara yang extreme sikit.

7. Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.

8. Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.

9. Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.

10. Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!

Haaa… selepas ini tiada alasan lagi nak biar sinki tersumbat macam itu je, tau! Anda dah ada cara ini, sila praktikkan.

Sumber:semasapost.com

Mahu bercuti ke Vietnam? Baik fikir banyak kali.Ini 7 Sisi Gelap Vietnam Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Mahu bercuti ke Vietnam? Baik fikir banyak kali.Ini 7 Sisi Gelap Vietnam Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Vietnam adalah syurga bagi pelancong yang sukaaa sangat bershopping. Kalau korang berhajat nak beli tudung Naelofar tapi tak mampu beli kat Malaysia, kat Vietnam tudung ni murah-murah je. Itu belum lagi tengok pakaian wanita, kain ela dan periuk belanga yang buat korang rambang mata sampai nak beli semua benda!

Tapi kalau nak ke Vietnam tu berhati-hatilah. Ini kami nak kongsikan tujuh sisi gelap Vietnam yang ramai pelancong tak tahu supaya korang boleh lebih berjaga-jaga.

1. Barang dalam luggage selalu kena curi

Benda pertama yang korang kena jaga-jaga bila sampai dekat airport Vietnam ialah luggage korang. Masa tahun 2014 je, dekat 301 complaints yang airport Vietnam di Noi Bai dapat regarding kecurian barang dalam luggage.

Menurut seorang pelancong di Trip Advisor,

“Saya ada enam beg tapi hanya dua beg saya kena selongkar. Rasanya benda ni berlaku kat Saigon masa kami checked in dua jam awal. Setakat ni kami memang tak perasan ada apa-apa yang hilang. Tapi salah saya jugak sebab tinggalkan beberapa keping wang dalam beg yang buat mereka ‘tergoda’.”

Tips untuk prevent beg diselongkar ni mudah je.

Korang jangan letak apa-apa barang berharga dalam beg yang akan dicheck.
Korang boleh complain tentang kecurian ni dekat bahagian airport service dan dorang bayar ganti rugi ikut per kilogram beg korang.
Maybe korang boleh cuba wrap beg korang tu dengan plastik macam pelancong lain biasa buat.
Letak je barang berharga tu dalam beg tangan. Lebih selamat!

2. Selalu kena tipu beli barang mahal dari harga

Kalau korang jenis tak pro dalam tawar menawar, baik korang berhati-hati masa membeli barang kat Vietnam sebab takut korang bayar barang yang murah dengan harga yang superrr mahal!

Seorang blogger berkongsi pengalamannya semasa di Vietnam:

“Salah satu dari pengalaman buruk saya semasa di Mekong Delta. Masa tu saya nak naik bas ke Ho Chi Minh City dan berasa sangat dahaga. Jadi saya pun pergilah beli air biasa yang dijual di Vietnam. Perempuan yang menjual tu tengok semacam je dekat saya, lepas tu gelak dengan kawan-kawan dia.

“Salah seorang penumpang dekat dalam bas tu beritahu saya, ‘Dia tengah bagitahu kawan dia yang dia nak charged kau mahal dengan harga cekik darah sebab kau orang luar.’”

Pffttt! Nayalah pelancong yang kena tipu tu!

Untuk elakkan diri daripada ditipu, korang kena:

Jauhi restoran yang tak letak tanda harga. Jangan gatal-gatal nak masuk ke kedai macam tu sebab dorang memang tunggu je nak paw korang!
Sebelum nak order pape, pastikan korang tanya dulu harga makanan tu. Tak kiralah makan tepi jalan ke, dalam restoran ke. Kalau rasa dorang charge mahal, boleh je pergi makan kat kedai lain.

3. Kena scam dengan teksi

Sama macam kes kat atas, scam teksi kat Vietnam ni memang selalu sangat jadi. Pemandu teksi dorang ni jenis jalan pusing-pusing satu bandar just sebab dorang nak charge korang mahal. So pelancong yang baru datang ni selalu kena tipu bayar dua kali ganda daripada harga sebenar.

Ini pengalaman seorang pelancong di Trip Advisor:

“Satu hari tu saya ambil teksi dari District 1 (Ho Chi Minh City) dan bergerak dalam 3-5km. Bila driver tu turunkan saya, meter terpapar 65.0. Jadi saya ingat mestilah tambangnya dalam 65,000 Dong (RM11.00). Tapi masa nak bayar tu dia kata tambang harga 650,000 Dong (RM110.50)!”

Korang sebenarnya boleh elak dari kena scam dengan driver teksi. Cara-caranya ialah:

Check Google Map dan cuba calculate distance ke tempat yang korang nak pegi tu. Pastu korang boleh agak-agak sendiri berapa korang nak kena bayar per kilometer.
Tanya driver teksi tu berapa korang kena bayar sebelum naik teksi dorang.
Pilih syarikat teksi yang boleh dipercayai macam Mai Linh atau Vinasun. Boleh jugak guna Grab Car. Tapi Grab atau Uber ni hanya ada kat bandar macam Hanoi, Ho Chi Minh dengan Da Nang je.

4. Samun kerap berlaku di Ho Chi Minh City

Kes samun ni dekat negara mana-mana pun boleh berlaku including Vietnam. Antara barang popular selalu disamun ialah handphone dan beg. Style dorang menyamun pun lebih kurang macam ragut kat sini.

Seorang pelancong share experience dia kat forum Vietnam:

“Saya dah melancong sekitar Asia selama 20 tahun dan memang tak ada masalah… kecuali di Ho Chi Minh City (HCMC). Memang ia pengalaman saya yang paling buruk dari negara lain. Tolong jangan pakai barang kemas terutama di leher, sebab masa anda melintas jalan belum tentu barang kemas tu ada dengan anda di hujung jalan nanti!!”

Untuk elakkan barang korang dari kena samun lakukan ni:

Telefon: Jangan pakai earphone masa lintas jalan. Kalau nak angkat call, gerak sikit ke corner yang selamat selain dari atas jalan.
Beg: Pakai beg silang. Peragut dan penyamun kat sana memang dah pro dan pantas dalam mencuri. So tinggalkan je beg korang kat bilik kalau tak perlu bawak beg.

5. Makanan kurang bersih

Bagi Muslim, tak susah sebenarnya kalau nak cari makan tambah-tambah pulak duduk kat Ho Chi Minh City. Restoran makanan halal memang ada kat mana-mana. Tapi dalam cari makan tu, tengok-tengok la jugak kebersihan dia.

Macam kata blogger sorang ni,

“Saya memang tak sedar bahayanya makan dekat Vietnam lepas duduk dekat Japan selepas satu tahun. Saya alami sakit perut dan rasa tak sihat lepas makan kat sini. Macam mana nak elak benda macam ni dari terjadi?”

Kalau korang tak nak spoil kan holiday sebab jatuh sakit. Ikut cara ni:

Kalau boleh bawak sorang kawan atau orang local yang korang kenal dan boleh syor tempat mana yang selamat untuk makan. Lagi senang, korang baca je review pasal restoran yang korang nak pegi tu.
Jangan masuk kedai yang kosong.
Bawa extra ubat takut-takut kalau korang kena cirit birit atau sakit perut kat sana.

6. Peniaga suka tarik-tarik tangan

Kalau korang baru first time pergi bercuti di Vietnam dan tak pernah pergi bercuti kat mana-mana negara lain di Asia Tenggara, korang memang akan culture shocksebab ada peniaga yang suka tarik-tarik tangan korang. Pastu korang asalnya niat nak tengok je, tetiba dia paksa suruh beli. Adoi!

Ini apa yang terjadi kat sorang blogger Malaysia ni:

“Ini satu habit yang saya paling tak suka bila ke sana dan memang saya akan peluk tubuh je bila berjalan supaya tak kena tarik. Kalau peniaga lelaki yang tarik memang kena pelempang time tu jugak tapi nasib baik rata-rata peniaganya ramai perempuan.”

Tips untuk elak korang dari kena tarik-tarik:

Kalau dah nampak peniaga ni dari jauh, korang jalan je menonong buat tak tahu. Pastikan korang jangan buat eye contact. Nak ikut tips kat atas tu pun boleh. Peluk tubuh je kalau selisih dengan dorang.
Lagi satu nak ingatkan, kalau tak berminat tolong jangan pegang barang yang dorang jual tu. Mati-mati korang kena paksa beli nanti.

7. Penipuan oleh travel agency

Pernah dengar pasal fake travel agency kat Vietnam? Haa part ni korang kenalah hati-hati ye sebab kat Hanoi je ada 100 nama company The Sinh Tourist tapi yang betulnya satu je!

Bak kata blogger ni,

“Syarikat tour agency yang fake ni cuba kumpul berapa banyak pelancong yang mereka boleh dapat, lepas tu hantar pelancong ni semua ke syarikat lain untuk dapat komisyen. Fake travel agencies ni jugak tak boleh bagi servis yang terbaik dari agensi yang betul.”

Ini tips supaya korang elak terkena dengan tour agencies penipu ni:

Pastikan korang layari website travel agency yang betul untuk plan lawatan korang ke Vietnam. Kadang-kadang website tu nampak macam real 100% tapi rupanya tipu.
Dalam satu tempat kat Vietnam, ada 10 kedai dengan nama yang sama. Pastikan syarikat tour agency yang korang pergi tu kedai yang betul.
Guna website yang boleh dipercayai macam Get Your Guide atau Viator.

Apa-apapun berhati-hatilah kalau travel ke negara luar. Lebih baik bawa kawan bersama dan kalau nak solo travel, pastikan korang dah rancang perjalanan korang dengan baik.

Sumber: suaramedia.org

Bila Isteri Tak Lagi Cantik, Disinilah Keimanan, Kesetiaan dan Nafsu Suami Teruji

Bila Isteri Tak Lagi Cantik, Disinilah Keimanan, Kesetiaan dan Nafsu Suami Teruji

Diantara kerisauan yang timbul dalam kalangan wanita-wanita apabila usia mereka semakin meningkat dan dalam masa yang sama berkorban untuk menghasilkan zuriat buat suami dan keluarga.

Ya, memang benar kecantikan itu sesuatu yang indah untuk ditatap. Tapi apakan daya, itu sudah lumrah manusia – akan hilang kecantikan apabila usia semakin meningkat. Namun buat suami, ketika inilah ujian getir buat anda.

Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut. Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & n4fsu suami teruji.

Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.

Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.

isteri tak cantik, isteri gemuk, isteri tak jaga diri, isteri tak berhias, isteri sibuk urus anak, isteri sibuk urus keluarga
Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi n4fsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.

Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.

Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana n4fsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.

Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.

Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.

Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan. Lebih payah kita meninggalkan hal yang n4fsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan n4fsu jahat itu.

Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.

Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.

Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku. Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.

Tonton Video Ini : TOLONG HARGAI ISTERI : SUAMI ISTERI MESTI TONTON – Ustaz Kazim

Sumber:semasapost.com

Subhanallah!! Menurut Hadis Inilah Amalan Agar Kita Dicintai Penduduk Langit

Subhanallah!! Menurut Hadis Inilah Amalan Agar Kita Dicintai Penduduk Langit

Silaturrahim adalah kata majmuk. Kata silat bermaksud menyambung yang putus, sedangkan kata rahim berasal dari kata rahmah yang berarti kasih sayang. kemudian berkembang sehingga berarti pula kandungan, namun tidak lepas dari makna dasarnya, karena anak yang di kandung selalu mendapatkan curahan kasih sayang.

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam memberikan pengertian silaturrahim yang bermakna rasa kasih sayang (rahmat). Sabda beliau : “Orang yang bersilaturrahim itu bukanlah orang yang membalas kunjungan atau pemberian, akan tetapi yang dimaksud dengan orang yang bersilaturrahim adalah orang yang menyambung orang yang memutuskan hubungan denganmu.”

Di antara sifat-sifat khusus orang mukmin adalah berhati yang hidup, tanggap, lembut dan penuh kasih sayang. Dengan hati inilah dia berkomunikasi dengan masyarakat dan lingkungannya. Ia akan kesian melihat yang lemah, pedih melihat orang yang sedih, dan santun kepada yang miskin dan mengulurkan tangan kepada yang memerlukan.

Gambar Hiasan

Kasih sayang merupakan salah satu sifat orang Mukmin, sedangkan bersikap kasar adalah ciri orang kafir. Sambunglah silaturahmi kepada orang yang memutus talinya. Berilah orang-orang yang tidak memberi kepada kalian. Dan, maafkanlah orang-orang yang menzalimi diri kalian. Jika kalian mampu melakukan hal tersebut, maka tali kalian bersambung dengan tali Al-Haqq Azza wa Jalla. Segala sesuatu yang kalian miliki ada di sisi-Nya, kerana akhlak-akhlak ini merupakan bahagian dari akhlak-Nya.

Sayangilah Apa Saja Yang Ada Dibumi,Maka Semua Makhluk Dilangit Akan Menyayangimu

”irhamman fil ardhi yarhamka man fissamaa”
”Sayangilah yang ada di bumi, niscaya Yang ada di langit akan menyayangimu.” (HR. At Thabrani dalam al Mu’jam al Kabir, Shahihul Jaami’ no. 896)

Ketahuilah sahabat, bahwa sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya yang penyayang.
Maka apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memanggil Jibril, seraya berkata : ” Sungguh aku mencintai fulan, maka cintailah ia.” Kemudian Jibrilpun bergegas dengan serta merta mencintainya, dan berseru dengan lantang pada penghuni langit ” Allah mencintai fulan, maka cintailah ia!!” dan penghuni langit seketika itupun mencintainya.

Sahabat..
Agama islam mengajarkan kasih sayang, bukan hanya kepada manusia saja, tetapi juga kepada seluruh makhluk hidup.
Kepada kedua orang tua, anak-anak, suami istri, sesama muslim bahkan kepada hewan dan tumbuhan pun harus bersikap kasih sayang.
Dan sebaiknya sebagai seorang mukmin hendaknya menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia ini.

Sahabat..
Rasulullah saw adalah benar-benar teladan yang sempurna dalam memberikan kasih sayangnya.
Maka, marilah kita menebarkan kasih sayang dan berwasiat untuk berkasih sayang sebagaimana yang telah dicontohkan Rasulullah saw.
Mudah-mudahan kita senantiasa dikaruniai hati yang lembut dan penuh kasih sayang.

Rasulullah dengan rasa rahmat ini memperlakukan sahabat-sahabatnya dan dalam berbagai kesempatan beliau beliau selalu menanamkan rasa kasih sayang ini (rahmat) kepada sahabat-sahabatnya.

Pada suatu hari Rasulullah berjalan bersama para sahabatnya menelusuri perkampungan di kota perkampungan di kota Madinah. Dalam perjalanan itu Rasulullah bertemu dengan seorang wanita yang sedang menggendong dan menyusui anaknya.

Melihat itu Nabi berkata kepada para sahabatnya, “Apakah kalian mengira bahwa ibu itu sampai hati melemparkan anaknya ke api neraka? Mereka menjawab, “Tidak-tidak, tidak mungkin dia melemparkan anaknya ke api neraka”. Nabi bersabda, “Allah lebih sayang kepada hamba-hamba-Nya jika dibandingkan dengan kasih sayang ibu kandung kepada putranya ini” (HR. Bukhari)

Nama-nama (sifat) Allah yang paling popular setelah nama (Allah) adalah Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang ertinya adalah pengasih dan penyayang. Seorang mukmin selalu memulai membaca nama ini, bismillaahirrahmaanirrahiim setiap kali membaca al-Qur’an sebab sebanyak 113 suratnya dimulai dengan kata tersebut.

Gambar Hiasan

Kita sendiri selalu mengulangi dua nama ini dalam solat-solat wajib tidak kurang dari 34 kali setiap hari. Kedua nama mulia ini, memiliki inspirasi kuat pada jiwa seorang mukmin untuk mengambil bagian dari nama-nama mulia ini.

Imam Ghazali dalam menterjemahkan nama-nama Allah yang mulia ini dalam kitabnya “Almaq Sadul Asma’” mengatakan “Seorang hamba yang mengambil bahagian dari sifat ini adalah merahmati (menyayangi) hamba-hamba Allah yang lalai, agar sedar dan kembali pada jalan Allah dengan cara memberi nasihat, penuh kelembutan tidak dengan kekerasan, melihat pada pelaku kemaksiatan dengan pandangan kasih sayang tidak dengan pandangan yang menyakitkan, melihat pada setiap maksiat yang berlangsung di alam ini sebagai musibahnya juga. Sehingga segera berusaha untuk menghilangkannya sesuai dengan kemampuannya, sebagai rasa rahmat kepada pelaku maksiat tersebut, agar terhindar dari murka Allah SWT. Ia tidak membiarkan seorang melarat namun membantunya sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu memperhatikan orang miskin di lingkungannya. Mungkin dengan harta kekayaannya, jabatan atau memintakan bantuan kepada orang lain. dan jika semua itu tidak dapat ia lakukan, ia membantunya dengan berdo’a, ikut berduka cita, sedih dan terharu, seolah-olah ia ikut mengambil bahagian dari musibah dan keperluan itu.

Barangsiapa tidak merahmati, maka tidak akan dirahmati. Seorang mukmin yakin bahwa ia selalu memerlukan rahmat (kasih sayang) Allah SWT. Dengan rahmat Allah inilah ia hidup di dunia dan berbahagia di akhirat. Namun juga berkeyakinan bahwa rahmat Allah tidak dapat digapai kecuali dengan merahmati masyarakat manusia. Nabi bersabda, “Allah hanya merahmati pengasih dan penyayang dari hamba-hamba-Nya.” Dalam hadits lain Nabi bersabda, “Barangsiapa tidak merahmati maka tidak akan dirahmati.” Sabda Nabi yang lain, “Sayangilah siapa saja atau apa saja yang ada di bumi, maka kalian akan dirahmati siapa saja yang ada di langit.”

Rahmat orang mukmin tidak terbatas pada saudar-saudara yang muslim saja -walaupun diutamakan- namun juga melebar kepada ummat manusia seluruhnya. Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, “Kalian tidaklah beriman sebelum kalian merahmati!” Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah kami saling menyayangi,” mendengar itu Nabi bersabda, “Bukan kasih sayang salah seorang dari kalian kepada kawannya akan tetapi kasih sayang kepada semuanya.” (HR. Turmudzi)

Memang sifat mukmin diantaranya yang disebut al-Qur’an adalah sabar dan kasih sayang. (QS. al-Balad: 17). rahmat ini tidak hanya terbatas kepada ummat manusia tetapi juga kepada ummat-ummat lain seperti hewan-hewan. Rasulullah telah mengumumkan kepada para sahabatnya seraya bersabda, “Syurga dibukakan pintunya kepada pelacur yang memberi minum anjing lalu Allah mengampuninya, neraka dibukakan pintunya untuk wanita yang menahan kucing sampai mati.”

Nah jika nasib orang yang menahan kucing seperti ini, maka bagaimana besarnya siksaan orang-orang yang menahan puluhan ribu anak manusia?

Pernah ada seorang datang kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dan berkata, “Saya merasa rahmat (sayang) untuk menyembelih kambing ini.” Maka Nabi bersabda, “Bila engkau menyayanginya maka Allah akan menyayangimu”. (HR. Al-Hakim)

Gambar Hiasan

Suatu hari Umar melihat seorang menyeret kambing dengan memegangi kakinya untuk disembelih, maka Umar menegur seraya berkata, “Celaka kamu! tuntunlah kambing itu menuju kematian dengan baik.”

Gambar Hiasan

Ibnu Hikam menyebutkan bahwa Umar bin Abdul Aziz melarang menaiki kuda tanpa ada keperluan, melarang memberi tapal kuda dari besi pada telapak kaki kuda, dan melarang mengekang kuda dengan kendali yang ketat dan berat.

Wallahu A’lam. Semoga bermanfaat.

Sumber: suaramedia.org

Hilang Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan-gangguan Mahkluk Halus Dengan Mengamalkan Doa Ini

Hilang Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan-gangguan Mahkluk Halus Dengan Mengamalkan Doa Ini

Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus. Caranya mudah sahaja.

1- Beli 1 pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut.
2- Perahkan Limau Nipis @ Limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi.

Sebelum mandi anda baca:

1- Al-Fatihah 3x.
2- Al-Ikhlas 3x.
3- Dan Selawat 3x.

Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula mandi dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. Badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin dan bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

Izin Allah In Shaa Allah sembuh.

Semoga bermanfaat.

“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509].

Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE artikel ini

 

Sumber:semasapost.com

Baby kerap menendang perut ibu. Tak sangka,Ini mesej yang cuba disampaikan kepada si ibu

Baby kerap menendang perut ibu. Tak sangka,Ini mesej yang cuba disampaikan kepada si ibu

“Bukan main aktif lagi baby dalam perut ni. Dari tadi asyik menendang. Apa agaknya yang kamu cuba beritahu Mama?”

Merasa tendangan bayi dalam kandungan adalah antara perasaan yang begitu indah dan sukar digambarkan oleh seorang wanita yang bakal bergelar ibu.

Biasanya tendangan bayi dalam kandungan ini dapat mula dirasakan oleh ibu pada usia kehamilan 24 minggu. Namun sesetengah wanita mungkin dapat merasakannya lebih awal, terutamanya wanita yang pernah mengandung sebelum ini.

Pernahkah anda terfikir kenapa bayi menendang dan adakah mungkin memberi reaksi terhadap apa yang kita lakukan?

AKTIF MENENDANG DALAM PERUT, INI 9 PERKARA BAYI CUBA BERITAHU MAMA
1. “SAYA SIHAT”
Apabila usia kandungan mencapai usia 24 minggu, jururawat akan memberi tugasan kepada Mama untuk mengira gerakan bayi setiap hari. Ini kerana ia merupakan petanda aras yang penting dalam menentukan kesihatan bayi.

Penting untuk Mama mengetahui apakah corak tendangan bayi yang normal setiap hari. Umumnya bayi yang lebih sihat adalah bayi yang aktif bergerak. Namun jangan pula risau jika bayi anda kurang bergerak berbanding kandungan orang lain. Sifat bayi adalah unik dan mereka bergerak mengikut cara mereka yang tersendiri.

2. “MAMA PUN OK”
Selain kesihatan bayi, keaktifan bayi dalam kandungan juga boleh menjadi petanda kesihatan Mama. Sekiranya Mama terlalu penat atau stres, corak gerakan bayi dalam kandungan mungkin akan terganggu dan selalunya berkurang.

Begitu juga jika Mama tak sihat, tak berselera makan, atau kurang berehat.

3. “BISINGNYA…!”

Menurut HealthLine.com, bayi dalam kandungan sudah dapat mendengar sekitar usia 18-24 minggu. Bayi amat sensitif terhadap bunyi-bunyian tertentu yang mungkin kita sendiri tak perasan.

Selalunya, bunyi bising boleh mencetuskan reaksi pergerakan dan tendangan bayi dalam kandungan. Ada bayi yang sukakannya, atau ada juga yang berasa sedikit takut dengan bunyi tersebut.

4. “SAYA NAMPAK CAHAYA!”

Walaupun kelopak mata bayi masih tertutup, bayi dalam kandungan sebenarnya sudah dapat melihat cahaya yang tersaring dari luar perut ibu, seperti yang dinyatakan dalam BabyCenter.com.

Anda boleh cuba menghalakan lampu suluh ke arah perut anda sekitar minggu ke-22. Dalam beberapa ketika, anda mungkin akan merasakan sedikit tendangan atau gerakan halus sebagai reaksi terhadap cahaya itu!

5. “PEDASNYA MAKANAN YANG MAMA MAKAN”
Bila kita ‘makan untuk 2 orang’, apa yang Mama makan tentu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Menurut BabyGaga.com, makanan pedas terutamanya boleh membuat bayi anda memberi reaksi terhadap makanan tersebut. Dan reaksi ini lazimnya adalah dalam bentuk tendangan.

6. “SAYA SUKA DENGAR SUARA MAMA & PAPA”
Tendangan bayi yang paling membuat Mama dan Papa teruja pastinya apabila bayi memberi tindakbalas ketika anda bercakap atau berbual dengannya. Ia seolah-olah berbicara dengan Mama dan Papa, kan?

Tidak dinafikan lagi, bercakap dengan bayi dalam kandungan memang banyak manfaatnya. Suara inilah yang akan membuat bayi berasa selamat dan senang. Bahkan, ketika lahir nanti bayi sebenarnya sudahpun mengenali intonasi suara Mama!

7. “SAYA TENGAH BERSENAM MACAM MAMA”
Senaman ketika hamil amat digalakkan, namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati. Tahukah anda, apabila degupan jantung ibu meningkat setelah melakukan senaman, kemungkinan besar bayi juga akan memberi respon terhadap aktiviti ini.

Seolah-olah mengajak Mama bersenam bersama, bayi juga akan menendang, berpusing, menumbuk, dan bergerak-gerak di dalam perut. Setelah Mama cool downdan berehat, bayi juga akan berehat.

8. “MAKANAN BUAT SAYA AKTIF”

Perasan tak, selepas anda makan, terutamanya makanan yang manis atau sejuk, bayi juga akan mula aktif menendang.

Kadang-kadang masa mengandung memang teringin nak makan macam-macam, tapi kena beringat juga ya. Seeloknya pilihlah alternatif snek yang lebih sihat seperti buah-buahan dan kekacang.

9. “MAMA MESTI BERSEDIA UNTUK BERJAGA MALAM”

Kebanyakan bayi memang suka ‘berparti’ dalam perut Mama pada waktu malam. Waktu kegemaran mereka biasanya adalah jam 9 malam hingga 1 tengah malam.

Ada pendapat yang mengaitkannya dengan penurunan paras gula dalam tubuh Mama pada waktu tersebut. Namun, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ia adalah sebagai persediaan buat ibu untuk berjaga malam apabila bayi lahir. Tak adalah jadi ‘zombie’ sangat nanti!

RESPON IBU BUAT BAYI BAHAGIA
Tendangan bayi dalam kandungan menjadi sebahagian daripada episod kehamilan yang sangat mengujakan buat Mama. Ia seolah-olah menghubungkan 2 insan ini secara telepati, tanpa mendengar suara dan tanpa melihat wajah. Ia menguatkan kecintaan Mama terhadap bayi walaupun ia masih belum dilahirkan ke dunia.

Apabila bayi menendang, biasanya ibu akan merespon dengan bercakap dengannya dan mengusap-usap perutnya. Begitulah indahnya hubungan yang tidak bersempadan ini!

Sumber: suaramedia.org

KISAH HIDUP Tanpa sengaja,suami menjemput syaitan ke rumah,akibatnya isteri bertukar ganas dan kurang ajar

KISAH HIDUP Tanpa sengaja,suami menjemput syaitan ke rumah,akibatnya isteri bertukar ganas dan kurang ajar

Suami ibarat nakhoda kapal yang membawa anak kapal belayar hingga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Setiap pasangan mengimpikan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.Namun bukan semua orang memiliki nasib yang sama.

Suami yang tidak bertanggungjawab akan memberikan masalah kepada rumah tangga.Akibatnya isteri dan anak-anak akan terabai.Keruntuhan akhlak dan sosial anak-anak juga akan berlaku akibat suami dan isteri sering bergaduh didepan anak-anak.

Selalunya keruntuhan rumah tangga juga berpunca daripada wujudnya orang ketiga.Hidup bermadu tidak lah salah,tetapi haruslah dilaksanakan dengan betul,adil dan bertanggungjawab. Barulah nikmat hidup bersama-sama pasangan itu terasa.

Kali ini kami ingin berkongsi kisah derita seorang isteri akibat tabiat buruk si suami yang gemar menonton video lucah. Berikut perkongsian kisah daripada Puan Alisa. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita.

Assalamualaikum..

Terima kasih kpd admin kerana sudi siarkan coretan aku ini. Aku harap dpt menjadi peringatan buat pasangan di luar sana dan mungkin boleh membantu kawan baik aku dari tersilap percaturan.

Aku rasa terpanggil utk menulis slps terbaca kajian sebuah universiti yg menunjukkan semakin ramai isteri di Malaysia yg mendera suaminya..

Aku sendiri ada pengalaman melihat seorang rakan yg asalnya sgt lemah-lembut & sentiasa tersenyum manis tetapi slps 15 tahun berkahwin.. aku mendengar sendiri dia memaki suaminya di dlm kereta. Pernah juga dia membaling nasi yang dibeli ke muka suaminya. Mengapa jadi begitu??

Rakan aku lulusan sekolah agama. Dia orang terpelajar. Menutup aurat sepenuhnya. Antara pelajar trbaik di sekolah kami. Tetapi dia berubah 100% dari segi sikap dan tingkah laku terutama terhadap suaminya.

Pada mulanya aku nasihatkan dia agar jgn menjadi isteri derhaka, dia memandang aku dgn sinis dan berkata “ko ambik laki aku.. ko jaga 4 bulan. 4 bulan je.. silap aribulan, mulut ko lebih jahat dari mulut aku.”

Aku terkejut mendengar kata-katanya..

Aku mengambil masa berbulan-bulan mencari peluang utk slow talk dgn kawan aku tu.. apa yg menyebabkan dia berubah. Rakan seasrama yang paling lembut orangnya menjadi sgt zalim dengan suami sendiri.

Akhir suatu hari aku berpeluang bertemu dia di hujung minggu. Hanya kami berdua. Itu yg aku pinta kpd suami aku.. satu hujung minggu bersama kawan baik aku tu tanpa anak dan suami spt kebiasaannya. Aku sayang kwn aku.. aku tidak mahu dia menjadi isteri derhaka. Aku mahu dia masuk syurga bersama keluarganya.

Biarlah aku namakan kawan aku Mira. Khatam al Quran dan pandai mengaji. Orangnya mmg cantik. Ramai yg ingat dia masih anak dara. Mungkin kerana sikapnya yg sentiasa sopan dan menghormati org lain menyebabkan kecantikannya lebih terserlah. Makcik cleaner kat asrama pun sayang kat dia. Bukan aku memuji berlebihan, tapi itulah Mira yang aku kenal kerana dduk sama2 di asrama sekolah agama dari ting 1 hingga ting. 6. Kemudian kami masuk universiti yg sama. Universiti mana tu, tak payahlah aku highlight.. korang dh boleh agak kan..

Aku pujuk Mira cerita apa masalahnya. Pd mulanya Mira bercerita dgn perasaan marah sblm akhirnya dia menangis semahu2nya di bahu aku. Wajahnya menggambarkan kekecewaan yg amat sgt.

Kata Mira.. dia benci apabila semua org memuji suaminya “baik”. Mira kata suaminya suka melayari video lucah. Suaminya suka melihat perempuan seksi2 tapi memaksa dia menutup aurat sepenuhnya dan tidak benarkn dia berckp dgn lelaki lain walaupun saudara -mara atau rakan sekerja. Kawan2 perempuan pun dilarang dari berjumpa. Itulah yg berlaku bertahun-tahun.

Suaminya peramah dgn semua org tetapi di dlm rumah, suaminya jarang bercakap dgn Mira dan anak2. Kata Mira lagi “Suami aku bawa bala dlm rumahtangga aku, malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah aku, video lucah sgt byk.” Setiap kali mereka bergaduh. Suaminya akn mmbalas dgn melayani perempuan lain chatting sehingga lewat pagi. Sengaja.. seolah-olah ingin “padan muka” kwn aku tu. Ramai perempuan berbogel dlm hp suaminya dan kdg2 ank-anknya terlihat foto lucah itu ketika ank-ank Mira main game menggunakan hp bapanya yg sdg tidur. Oh yaa.. suami Mira kaki tidur.. di rumah dia akan tidur sepanjang siang tetapi suka berjaga malam melayari internet atau keluar dgn kwn2.

Katanya lagi suaminya bukan kuat seks.. main pun setakat 2, 3 minit, mungkin Allah sudah tarik nikmat bersama isteri kerana terlalu asyik menonton video dan gambar lucah bertahun2. Itu belum lagi group whatsapp yg dihuni rakan lelaki sefelda suami. “Melucah 24 jam, bahkan ada kalanya rakan suami Mira upload video mereka melakukan seks dgn isteri masing2” katanya. Ini menyebabkan Mira sgt trauma. Dia sentiasa bimbang suaminya akn melakukan perkara sama kerana suaminya suka rakam ketika mereka melakukan hub suami isteri, selalunya tanpa pengetahuan Mira. Ini kerana Mira akan delete jika tau ada rakaman ketika mereka melakukan hub. suami isteri. Suami apakah yg sentiasa membuat isteri sendiri rasa tidak selamat dlm rumahtangga selama 15 tahun ??

Akibat sering tidur lewat. Suaminya tidak solat subuh. Selama perkahwinan mereka, Mira la yg menguruskan persekolahan ank2 setiap pagi. Sehingga suatu hari suaminya diberhentikan kerja kerana kerap lewat dan ponteng.

Ingatkan suami Mira insaf. Rupa-rupanya semakin teruk. Bercinta sakan melalui whatsapp pula dgn seorg student bernama Ida dari Trengganu hingga tahap berani naik tgn ke badan Mira. Mira pernah dilempang dan ditolak sehingga jatuh.

Dari situlah mulanya Mira melawan suaminya. Mira benci sebenci pd suami slps Ida menghubungi Mira mengaku mereka bercinta dan minta izin utk kawen dan berkongsi kasih. Mira kecewa. Dlm keadaan hanya dduk goyang kaki di rumah, suaminya sempat bercinta melalui whatsapp hari2. Sedikitpun tidak hargai susah payah Mira bekerja mencukupkan belanja rumah.. memasak sblm pergi bekerja pagi2 dan mengemas rumah slps balik kerja.

Mira minta tinggal berasingan selama 4 bln atau jika suaminya ingin juga berkahwin dgn Ida maka Mira mahu diceraikan. Tetapi suaminya tidak mahu lepaskannya sbb Mira yg menanggung semua perbelanjaan selama ini. Suaminya tidak mahu menceraikannya sedang Mira sudah benar2 merana. Tambah masalah apabila seluruh ahli keluarga suami menghina Mira dan keluarga Mira sendiri memarahinya apabila Mira bercerita masalahnya kpd ahli keluarga dgn harapan menggunung, mereka akan membantunya.

Mira dimarahi dan dihina kerana tidak boleh bersabar dgn suami yg dianggap baik di depan mata mereka. 15 tahun bersabar, bukanlah jangka masa yg pendek. 15 thn Mira TIDAK PERNAH mmbuka mulut ttg keburukan suaminya. 15 thn dia simpan seorg diri. Kini Mira tidak boleh lagi berada dekat dgn suaminya.. perkataan BODOH, BABI, BANGSAT, CELAKA dihamburkan kpd suaminya setiap hari. Aku sendiri pernah dengar semasa aku tumpang kereta mereka. Masa tu aku berkursus di tempat Mira dan minta tolong Mira hntar aku ke airport slps aku habis kursus.

Suaminya hanya mendiamkan diri setiap kali Mira mengamuk sbb tahu dia tersilap melukai hati isterinya bertahun2 sehingga menjadi luka yg sgt dlm.. yg pd pandangan aku tidak mungkin akan sembuh kembali. Kawan aku sudah berubah. Dia patah hati sehinggakan terkeluar dari mulutnya “andai suami aku sujud di kaki aku sekalipun, aku takkan maafkan dia. Aku haramkan semua duit gaji aku menanggung suami selama ini. Aku tuntut nafkah aku yg tidak pernah diberi dari mula kawen, jika tidak dpt dari suami aku.. aku tuntut dari bapa mertua aku walaupun di akhirat nanti.”

Buat Mira.. andai kau terbaca coretan aku ini. Aku hanya mahu kau tahu. Aku sentiasa ada utk kau. Allah sentiasa ada bersama kau. Aku tidak mahu memaksa kau kembali seperti dahulu.. aku mahu kau bertenang. Apa shj keputusan kau, aku yakin keluarga kau akan tetap bersama kau walaupun kau akan mencipta sejarah sbg org pertama yg bercerai dlm family kau.

Buat suami Mira.. kau sdg kehilangan seorg isteri yg penyayang kpd anak2 kau. Kau telah hilang seorg isteri yg taat kpd kau. Aku pinta jika kau baca coretan ini, ikutlah permintaan Mira. Dia mahu kau keluar hanya dlm tempoh 4 bulan shj. Tinggal berasingan supaya dia boleh bertenang. Tapi kau tak mahu. Kau tetap berdegil dgn muka selamba bodoh kau duduk di rumah itu seolah-olah tiada apa yg berlaku. Kau sedang menambah luka dihatinya dgn berkeras tidak mahu bercerai tetapi tidak mahu juga berasingan buat sementara waktu. Mira tinggi ilmu agamanya tetapi dia juga manusia biasa. Berilah dia peluang utk bertenang atau aku bimbang dia akan menjadi gila kerana sikap kau. Paling aku takuti, bila dia berkata, suatu hari nanti dia akan bunuh kau ketika kau sdg tidur.

Buat Ida dari Trengganu. Aku tidak tahu apa yg kau katakan saat kau ingin berkongsi kasih dgn Mira. Tapi ketahuilah, kau kini menjadi penyebab Mira mula bersikap kasar dan biadab. Mira mula menunjukkan sikap isteri derhaka slps kau berjumpa dgnnya. Andainya rumahtangga mereka runtuh. Walaupun bukan 100% salah kau tapi aku harap kau bersedia utk berkahwin dgn lelaki yg gian benda lucah dan pandai berlakon spt lelaki beriman di hdpn semua org. Keburukan yg hanya isteri yg tidur sebantal shj yg tahu.

Buat keluarga Mira.. slps 15 thn baru kalian dgr cerita suami Mira.. luangkanlah masa. Dekati Mira dan bantulah dia. Dia sdg merana. Dlm hatinya penuh luka. Jiwanya kini sgt lemah. Dia perlu seseorg yg tidak terus-menerus menyalahkannya. Dia perlu seseorg yg dpt membantu dia buat keputusan yg tepat.

Buat lelaki2 di luar sana termasuk suami aku.. Tundukkanlah pandangan. Sahabat2 Nabi lebih rela berjalan di blkg singa dari berjln di blkg perempuan. Andainya kalian sengaja menggunakan perempuan lain utk “padankan muka” isteri dan menyakiti hati isteri atas kesalahan isteri kononnya, sedarlah anda sedang “menempah neraka utk isteri” yang anda nikahi dgn akad dan sumpah sbg suami yg sepatutnya melindungi isterinya dari keburukan2 di luar. Ingatlah syaitan sntiasa berusaha memisahkan suami isteri setiap saat. Jgn sbg suami, kalianlah yg membawa syaitan-syaitan itu masuk ke dlm rumahtangga.

Aku berlindung dgn nama Allah agar aku tidak diduga spt Mira.. semoga Allah membantu Mira. Semoga dia kembali tenang.. aku sayang kau Mira.. aku tak mahu kau jadi isteri derhaka.. aku juga tidak mahu kau merana. Buatlah keputusan yg tepat. Keputusan yg dpt menenangkan jiwa kau dan mengembalikan senyuman di wajah kau. Aku benar-benar sayangkan kau.

Sumber: IIUM Via Siakapkeli.my

sumber:suaramedia.org