“Maafkan Saya Encik, Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor”- Apa Yang Anggota JPJ Lakukan Selepas Itu Sangat Mengejutkan.!

“Maafkan Saya Encik, Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor”- Apa Yang Anggota JPJ Lakukan Selepas Itu Sangat Mengejutkan.!

Gambar sekadar hiasan.

Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah.Semasa saya diuji dengan kesusahan. Air mata saya mengalir cari duit nak beli susu anak. Isteri kata, takper abang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah. Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka..

Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu. Terus pegang tangan isteri dan terus keluar dengan segan-segan. Isteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga..

Pernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja.
Tapi isteri saya senyum sahaja dan kata, abang bekerja keras dan rajin. Allah tak tengok hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha…

Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main mahal mahal pula nak bayar. Kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini.

Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer. Anak kata, nanti kita main dalam syurga yer ummi..ayah, umi sama-sama main yer. Air mata saya mengalir..

Pernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor kerana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua duit saya dah dalam tank motor. Dia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok saya duduk sahaja di situ. Dia bagi motor dan suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kita erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang.

Pernah saya menangis kerana lemah semangat. Isteri saya peluk saya dan kata, saya kahwin dengan abang kerana saya sayang abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya kita kaya. Kita ada tangan dan kaki. Ribu orang diuji tiada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta. Membesarkan anak tanpa melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan tangan kerana tiada kaki untuk sara keluarga Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yang nazak ditepi jalan. Kita terlalu kaya kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang?

Paling berharga dia beri kita Islam…itulah segalanya..Terima kasih Allah yang beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yang tabah dan mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan. Ya Allah terima kasih atas seluruh hidupku dan segala-gala nikmat dan mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup.Seluruh hidup dan matiku untukMu Tuhanku. Yang tak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik padaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yang teramat hina dan berdosa ini

sumber:makinheboh.win

“Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri”

“Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri”

Skrg aku nak cerita kisah aku sikit. Lps brkwn dgn bf aku setahun dia ajak kahwin. Prkara prtama yg aku tanya adalah nak duduk mana lps kahwin. Aku tak ada nak brsweet2 plan anak berapa org, nama anak apa yada yada yada..dok cerita2 berangan buat apa! Face the reality…tuk membina keluarga baru prkara asasnya adalah tentulah sebuah rumah tuk tinggal dan bina brsama

Bkn nak suruh mata duitan kne beli rumah dulu ke apa ker…menyewa dlu pun ok lah…x kisahlah tidur brtilam toto atau makan nasi dgn kicap sekalipun. Nak bina keluarga nak kahwin..keluar dr rumah family.

Aku sgt brtegas dlm hal ni sbb adik beradik aku ramai..aku pun brkongsi bilik dgn adik perempuan aku. Mak aku mmg tegas klu anak2 dah kahwin sila pindah keluar utk adik2 yg lain dpt bilik sendiri. Aku faham maksud mak aku bkn dia nak mnghalau. Tp nak kita laki bini ni ada tanggungjwb.

So suami aku 2 bln sblm majlis kahwin dah bayar deposit rumah sewa siap2. Pindahkn sikit2 brg2 aku from rumah parents just tinggalkn sikit2 jer baju yg nak pakai.

Ada juga masa beraya ke rumah bakal mentua bapa dia ckp dgn aku x pyh mmbazir mnyewa, duduk jer rumah dia byk bilik kosong (konon) lah. Ya. Mmglah byk bilik kosong sbb abang dan kakak dia dah berkawin dan tinggal di negeri berbeza. 2 lg adik dia kat asrama. Yg tinggal kat rumah tu cuma seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum jer… tp dengan suami aku ckp terus terang x nak! Sbb apa..nanti bila time cuti sekolah ker dah sah2 lah rumah tu penuh dgn yg dah kahwin tu pun balik jenguk mak dia…habis kau rasa kau boleh selesa ker? Terus terang klu kena menetap rumah mentua lps kahwin baik x pyh kahwin dulu!

Baik duduk rumah mak bapak aku jer. Lg selesa. Pls jgn jadikn gaji kecil sbg alasan tuk lpskn tanggungjawab dlm mnyediakn tmpat tinggal tuk isteri ye.
Suami aku pun basic salary hanya 3 angka masa nak kahwin. Maka lps bertunang kami tak selalu keluar. 3 bulan sekali baru jumpa. Dia pulun OT byk2. Sbb tahu nak ambil anak orang..pandai2lah dia cari jalan. Aku pun x demand rumah tu mesti trsedia semua. Awal2 kahwin mesin basuh pun tak ada.

Menyentallah aku basuh baju pakai tangan. Tp x per…asal bkn serumah dgn mentua. Jgn salah faham ye bkn tak suka dengan MIL aku. Aku rapar jer dgn MIL dan ipar2 semua…dan sbb nak jaga hubungan rapat tu lah aku x mau duduk sebumbung sbb cara kita dibesarkn mmg tak sama. Dah klu kau membesar seperti angsa yg cantik serba serbi bersih sempurna. Pastu ko masuk dlm family yg mcm ayam jenis berak merata..nak tak nak kau kenalah jd ayam sama! Inilah yg jd kat si Liza tu.

Hikmahlah jugak si Liza tu tak ada anak. Sbb apa? Kalau setakat hidup brdua pun dah x mampu nak sediakan rumah..nanti anak dah 3 pun belum tentu ada rumah. Maka malam2 dok brhimpit lah ko 5 beranak dlm bilik sama. Kat situlah baju kau, baju anak2 kau..tak rimas ker?

BACA KISAH LIZA DISINI

Klu rumah mentua sebesar rumah Yusof Haslam tu ok lah tingkat rumah lg byk dr jumlah anak. Ini tidak….dah tau jumlah bilik pun x sebanyak jumlah anak2 yg ada kau pulak ada hati nak menyempit lagi dalam rumah tu. Tu bkn kata ssh sng sama tp cari penyakit.

Maaflah wanita semua sbb aku sgt mnyampah baca kisah menantu yg derita hdup rumah mentua sbb bagi aku kau yg pilih jalan tu awalnya jd buat apa nak mngeluh. Tuk apa disalahkan keluarga mentua sbb yg salah adalah awak dan suami awak yg bimbang tuk bina keluarga dlm rumah yg mana awak sndiri boleh jd surinya.

Konon duduk rumah family sementara. Tp sementara tu smpai bila?tunggu apa?hujan emas dr langit ker? Last2 kau yg mereput kat rumah tu meratapi nasib sdgkn kau yg menempah maut.

Aku ada jer kwn yg senasib Liza ni. Org jauh pantai timur. Bf org Selangor. Puas aku nasihat tp nak kawin jugak pastu tinggal dgn mentua. Ha…skrg dah 5 thn kurus kering dibuatnya. Hidup makan hati. Makan tengahari jgn ckplah…hari2 bwk bekal. Kdg nasi kosong dgn telur goreng jer…kdg sayur kubis semata.

Dari raut wajah pun boleh tau lah yg dia x gembira sbb zaman anak dara mnyewa dgn kawan2 lg gembira aku tgk. Paling aku kesian kita ni ada mak…kdg mak tu teringin nak brjalan jenguk menantu dan cucu. Jd bila mak dia dtg sini…bkn nye dtg rumah anak tp ke rumah besan. Tak ke kesian tu.

Sekian nasihat drpd akak ni yg dah ke tahun ke 11 berumahtangga. Alhamdullilah bahagia dan dah berjaya beli rumah sendiri.

sumber:www.islamituindah.com.my

Menyingkap Peristiwa “Dawn Raid” – Bila Kuala Lumpur Arahkan Serangan Ke Atas Kota London Pada Tahun 1981

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.
2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

sumber:makinheboh.win

MENGAPA ALMARHUM TUAN GURU DATO DR HARON DIN BERWASIAT DIKEBUMIKAN DI TEMPAT BELIAU MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR?


Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.——————————————
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata :
” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.
Mereka ( para sahabat ) bertanya :
” Kenapa begitu ya Rasulullah? “.
Baginda bersabda :
“Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.

[ HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar

ALMARHUM DATO DR HARON DIN

#ALFATIHAH

sumber:makjemmahuolls.win

Anak Perdana Menteri Dirotan Oleh Guru Sekolah. Apakah Nasib Guru Tersebut Apabila PM Pergi Mencarinya?

Anak Perdana Menteri Dirotan Oleh Guru Sekolah. Apakah Nasib Guru Tersebut Apabila PM Pergi Mencarinya?

Baru-baru ini kecoh 1 Malaysia orang ramai memperkatakan tentang kes Cikgu Azizan yang mana telah dibebaskan oleh mahkamah berkaitan kes merotan murid sekolahnya. Kita tahu bukan senang menjadi pendidik di zaman Generasi Y macam kita ni.

Sebenarnya di sini bukan ingin memperkatakan pasal Cikgu Azizan. Tetapi pasal rotan-merotan murid sekolah juga. Dulu jika kita di rotan oleh cikgu, kalau balik ke rumah mengadu dengan ibubapa, nescaya akan dapat tambahan rotan lagi atau makan penampar. Tapi itu dulu. Zaman dah berubah Beb!! Kata seorang ayah.

Lupakan pasal Cikgu Azizan, mari kita baca coretan seorang pengguna facebook iaitu saudara Hishamuddin Abdul Majid. Saya sangat tertarik dengan apa yang ditulis oleh beliau. Sila lihat di bawah. Itu adalah apa yang beliau tulis.

“Parents ini….Patutnya ikut contoh yang telah dilakukan oleh Tun Hussein Onn pada anak dia Dato Seri Hishamuddin. Masa tu DS Hishamudin bersekolah di VI. Tun Hussein Onn pulak menjadi Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir pula menjadi Menteri Pelajaran.

Murid yang di maksudkan kini adalah pembesar negara. Photo: MMO

Alkisah suatu hari DS Hishamudin telah membuli beberapa orang pelajar. Mereka telah mengadu para guru disiplin. Hishamudin terus dirotan oleh guru disiplin.

Esoknya, Tun Hussein Onn dengan diringi oleh Tun Mahathir telah datang ke sekolah VI berjumpa dengan Headmaster. Cuba bayangkan apa bagaimana degup jantung Headmaster dengan tiba-tiba Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran datang ke sekolah.

Tun Hussein meminta Headmaster memanggil DS Hishamuddin dan guru disiplin yang telah merotannya ke pejabat. Headmaster sendiri mencari guru displin terbabit kerana pada masa tu tiada lagi sistem siaranraya di pasang disekolah. Pastinya didalam usaha mencari guru displin tu jantung, darah serta hatinya hanya Allah yg tahu. Bagi guru displin tu pula bila diberitahu PM serta Menteri sedang menunggu apakah agaknya perasaan dia pula. Biarlah mereka je yg klu masih hidup menjawab.

Sampai sahaja mereka semula ke bilik Headmaster, Tun Hussein minta Headmaster bagi dia rotan paling besar. Dr Mahathir ingatkan Tun Hussein nak rotan guru disiplin tu, tapi rupa-rupanya Tun Hussein Onn hayunkan rotan tu ke punggung anaknya, Hishamuddin. Terkejut Tun Dr.Mahathir. Kasihan DS Hishamuddin. Kononnya bila mengadu kat ayah dia, Perdana Menteri pada masa tu ayah dia akan marah kat cikgu yang merotan dia tu, tapi dia (Hishamuddin) pula yang kena balun”.

Itulah kisah dan teladan yang dapat dipetik dari buku A Doctor in the House tulisan Tun Dr Mahathir.

Buku tulisan Tun Dr. Mahathir, A Doctor In The House. Photo: pakdin.my

Maka Itulah pendirian, pendapat serta cara mendidik anak bagi ibu bapa di zaman dahulu. Samada berkesan atau tidak buktinya di manakah anak itu sekarang? Sekadar renungan dan panduan untuk semua untuk muhasabah diri, di manakah tahap kita masa kini!

Itulah serba sedikit coretan saudara Hishamuddin Abdul Majid. Jadilah cerita ini sebagai pengajaran.

sumber:makinheboh.win

Berbaloikah Durian Dibeli Dengan Timbangan Kilo? Nilaikan Dan Fikirkan..

Berbaloikah Durian Dibeli Dengan Timbangan Kilo? Nilaikan Dan Fikirkan..

Dari fb Mohd Shahiri Abd Ghapar

Perjuangkan Hak Pengguna (Juga Peminat Durian)!

Hari ini saya nak kongsi pengalaman beli durian timbang kilo.

Tadi saya ke pasar malam dekat dengan rumah, nampak orang mengerumun penjual durian. Saya fikir ada lelong atau jualan murah, tapi rupa-rupanya harga sama macam di tempat lain. Tadi harganya untuk durian kahwin RM20 sekilogram, durian kampung RM15 sekilogram.

Saya dah lama teringin nak makan dan beli. Jadi fikir punya fikir, belilah sebiji. Sebiji untuk makan seorang, cukuplah. Ditimbang, beratnya sekilogram setengah menjadikan harganya RM30. Mahal? Entahlah, pada waktu itu memang terpaksa rela.

Balik rumah, buka pangsa satu-satu, kira bilangan ulas yang dapat dengan harga itu. Jawapannya 9 ulas pelbagai saiz. Mujur rasanya sedap.

Kemudian saya bereskperimen untuk menunjukkan berbaloi atau tidak RM30 saya tadi untuk sebiji durian kahwin dengan 9 ulas isinya? Nah, tengok dalam gambar. Apabila saya timbang, kulit durian itu sendiri sahaja dah seberat 1.2 kilogram bersamaan hampir RM24. Jadi, saya keluarkan duit untuk membayar kulit durian yang kemudiannya dibuang?

Sepatutnya jualan durian timbang kilo macam ini perlu difikir-fikirkan semula. Durian itu buah tempatan, bukannya macam kiwi, aprikot, blueberry, raspberry yang perlu diimport.

Persatuan pengguna seperti FOMCA dan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor agrikultural seperti FAMA malah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak boleh berbuat apa-apakah dalam perkara ini?

Rakyat Malaysia rata-ratanya peminat durian dan musim durian sendiri ditunggu-tunggu tetapi kalau harga durian itu sendiri bukan harga mampu milik untuk semua lapisan masyarakat, mungkin ramai yang tidak berpeluang merasa keenakan si raja buah.

Anda semua setuju dengan jualan durian dengan harga timbang kilo?

Antara komen-komen netizen

  • “Berapa ramai peniaga yg rasa terancam dengan artikel ini..
  • Jgn mengelupur kay…
  • penulis atikel boleh tanam sendiri pokok durian….dan analisis kembali..
  • rasa2 berapa tahun baru boleh makan buahnya…??
  • Satu pokok agak2 berapa banyak buah boleh dapat??
  • Selama Bertahun menunggu hasil,,
    Berapa duit yg sudah digunakan…??
  • setelah buah gugur,,kenderaan apa yg perlu digunakan untuk membawa buah??
  • Setelah menggunakan kenderaan utk membawa buah2han,,
    berapa pula harga petrol dan tol yg perlu dibayar???
  • Jika buahnya dicari,,
    kesedapanya hanya setahun sekali,,bukanya hari2…
    apa salahnya membayar utk me”NIKMAT”i…
    jika sedap sedekahkan sedikit kerana syukur ALLAH masih memberi NIKMAT Rasa..
  • Bersyukur kerana masih dipanjangkan usia, Bertemu dengan musim durian tahun ketahun..
  • Kadang kita hanya fikir kan duit poket dengan kehendk je…
    langsung xpk kesusahan org lain…
    durian ataupun buah2an yg lain bukanya berbuah seperti sayur2an yg ada sentiasa tnpa musim…
  • setahun sekali je dapat duit bukan hari2..
  • sama dengan hari raya,,
    bukan tiap2hari dapt duit raya..
  • Fikirkan dan buat lah penilaian..”
  • “Tu fikiran dari pembeli..
    Penjual bagaimna..
    Die beli dari kebun atau lori pon timbang skli dgn kulit..
    KALAU..jual isi shj tmpe kulit..agk2 blh tahan lme isinye.? Bungku? N simpan..kos die cm ne plak..?
    Yg dtg jual tu..bwk knderaan..knderaan perlukn minyk..
    Rm30 bang,bkn hri2 awak mkn durian…musim durian bkn hari2 de..
    Sblm nk mmpertikaikn sesuatu jualan..cer awak niage jugak..tgok cm ne pergi..
    Ckp bnyk x gune,
    Tembak x kene.”
  • “Trus trang aku katakan…hanya di semenanjung je yg jual durian guna kilo…kat sarawak & sabah jual durian ikut jnis biji…
    Contoh 3 biji rm25 ikut saiz la juga…1 biji ada jg yg rm3 mcm tu,pling mhal la tu…ikut jnis saiz jg..”
  • “Time bukan musim durian boleh la nak timbang2 ni.. durian ambik dri Negeri lain whatsoever. Mcm tmpat biasa jual contoh di sek7 shah alam. Tapi pengaruh durian timbang ni dh masuk ke kampung2 yang dulu jual ikut biji/longgok sekarang dah main ikut “harga pasaran” kononnya. Tu yg xleh nak terima tu. Dh jadi trend pulak timbang2 ni. Padahal org kg yg timbang2 sampai ikut harga pasaran ni ramai je merungut harga brg Naik tapi, bila dapat Kat dia jual bagai nak rak! Lupa pulak dia susah beli brg dh Naik, tapi sendiri Tak menyumbang kepada penurunan/pengekalan harga barang2. Contoh eh durian ni ha..”
  • Maaf nak cakap.. durian pakai timbang tak logik.. blaja dr mana la peniaga skrng ni.. lain la kalau durian jenis mcm durian thailand.. bole la caya.. dkt sarawak org masih jual pakai sebiji brapa ringgit atau selonggok.. melampau sgt dh skrng ni.. bkn tak prnh follow org jual durian.. follow kot.. sampai ada pekebun jual sebiji seringgit.. lepas tu penjual jual pakai kilo.. ko rasa tak untung bnyk ke tu? Gila lh…
  • Seperkara utk dikongsikan.
  • PEraih
  • Belian dalam pajakan @ atas pokok @ kebun/ladang. Belum tahu masak/mengkal.
  • Mengkal perlu diperam (pelbagai cara & kos)
  • Kos pekerja, upah kutip buah, kos petrol/diesel, pengangkutan dsbnya.
  • Peniaga/pemborong
  • Peniaga membeli dgn harga borong. HARUS diingat mereka membeli dgn bakul (pukal) tanpa memilih. Satu bakul kurang 20biji. Busuk @ elok diborong sekali.
  • Untung rugi adalah pd hasil jualan nanti. Isi dalam belum tahu.
  • Kos ditanggung petrol, tol, maintenance dsbnya.
  • Pelanggan (runcit)
  • Belian atas harga pasaran.
  • Boleh pilih @ kopek utk melihat isi.
  • Boleh dipulangkan sekiranya tak elok & diganti.
  • Boleh beli yg siap dikopek (polistrine)
  • Dsbnya BOLEH diatas dasar pembeli/pengguna.
  • Boleh dikatakan kos kenaikan dalam lingkugan 30-45%
  • Alasan harga durian naik adalah nak menolong petani2/peladang2 durian. Masa ni la, kononnya, peladang2 durian nak merasa hasil titik peluh,susah payah,perit lelah mereka dahulu. Tapi kalu kita lihat, yang berjual durian RM70/kg tu bukan peladang2/petani2 ni. yang mengaut keuntungan sebenar adalah peraih.peladang petani tak kaya mana pun kena bedal dengan peraih.
    Lagi satu durian ni tanam 10-20 tahun dahulu dah.hasil dah makan 10 tahun dah.pokok durian ni pulak bukan macam sawi sekali ambil hasil dah habis dengan pokok2 sekali, nak hasil lagi kena tanam balik, tidak begituuu..pokok yg sama saja, tak perlu siram hari2, baja pun bukan tiap2 hari bagi. dah la tu baja pun subsidi.tapi pasal apa bila berbuah sekilo jadi RM50?

Sila share

sumber:mylabulabi.tech

Dadah Adalah Musuh Negara!-Senarai Artis Malaysia Yang Terlibat Dengan Najis Dadah. Paling Tak Sangka Artis Wanita Juga Ada!

Dadah Adalah Musuh Negara!-Senarai Artis Malaysia Yang Terlibat Dengan Najis Dadah. Paling Tak Sangka Artis Wanita Juga Ada!

Seperti artis-artis di barat yang tidak lari daripada pengaruh dan penggunaan dadah, artis-artis Malaysia juga tidak terkecuali daripada gejala ini

Berikut ialah senarai artis-artis Malaysia yang pernah dikatkan dengan kesalahan penggunaan dadah:

Pelakon dan penyanyi Noor Sheereen Mohamad Hadzim atau Shereen melahirkan rasa lega dan bersyukur setelah Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengawal dan memiliki dadah, empat tahun lalu.

Pada 23 Mac 2005 Shereen bersama teman lelakinya dan dua rakan mereka dituduh mengambil dadah methamphetamine.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah bernombor C1-1-C3, Pangsapuri Subang Villa Ehsan, Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang pada pukul 2 pagi 15 Mac 2005.

Pada 12 Mac 2005, anak jati Kampung Permaisuri, Setiu, Terengganu ini

didapati bersalah memiliki satu paket plastik yang mengandungi 0.06 gram campuran heroin dan monoacetlymorphine serta satu lagi paket plastik mengandungi 0.06 gram dadah yang serupa pada Julai 2004.

Saleem terpaksa menjalani hukuman penjara selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004.

Samzy Fuzette A. Samad, pelakon dan abang kepada Zizie Ezette dan Shahizy Sam didakwa memiliki syabu, ditahan di Bukit Antarabangsa pada 11 April 2005. Dadah tersebut disimpan di dalam 10 paket plastic lutsinar di dalam beg milik Samzy.

Samzy disabit kesalahan dan hukuman penjara 30 bulan serta tiga sebatan dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Bekas penyanyi Kumpulan Res2, Lily Zarina Khalil atau Baby Erin ditahan bersama pelakon Samzy Fuzette Abdul Samad serta empat yang lain, mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dan menghisap dadah jenis syabu atau pun methamphetamine.

Penyanyi terkenal dari kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, kini sedang menjalani hukuman di penjara.

Pada Oktober 2005, Ameng mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu atas tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September tahun tersebut.

Pada bulan Disember tahun yang sama, Ameng atas kesalahan yang diakuinya, dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu setelah mengaku salah menagih dadah pada awal September 2005.

Sekali lagi Ameng ditahan dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan memasukkan ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul, Kuala Lumpur.

12 April 2011, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan dadah manakala isterinya, Sabariah Zakariah pula dibebaskan.

Jamal Abdilah ditahan pada 18 Jan 2007 bersama dengan sepupunya di sebuah rumah rehat di Teluk Intan kerana disyaki memiliki dadah.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui satu tiub dadah dipercayai syabu di dalam bilik berkenaan.

Bagaimanapun, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Teluk Intan dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,000.

Jamal pernah menjalani program rehabilitasi di Pengasih selama hampir lima tahun.

Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada awal 2013 pemain bass kumpulan New Boyz itu telah ditahan reman selama tiga tahun di Penjara Sungai Buloh, dilepaskan hukuman gantung apabila didapati tidak bersalah oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir

Khaeryll Benjamin atau Benjy, anak kepada Allayarham biduanita Azean Irdawaty juga terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Benjy ditangkap bersama teman wanitanya di Segambut pada 11 Mac 2010 ditahan kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Dalam serbuan, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.

Pada masa itu, Benjy sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun manakala teman wanitanya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

Benjy terlepas hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
membawa hukuman mati mandatori.

Pada 27 Jun 2013, Benjy sekali lagi ditahan atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini. Ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Saiful Apek didapati bersalah bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010.

Pada 22 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pelawak itu membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun sama.

Saiful Apek dan pekerjanya dibebaskan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bekas penyanyi kumpulah Old Automatic Garbage (OAG), Mohd Radhi Razali ataupun Radhi-O telah mengaku menjadi hamba dadah sejak berumur 15 tahun dan telah menjalani pemulihan dadah di Pengasih pada Januari 2011.

Radhi kini menjalani hidup bebas dadah.

Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul ditahan kerana didakwa memiliki dua biji pil Eramin 5 dan positif dadah jenis ‘methampetamine’ bersama seorang rakan lelakinya di Armanee Condominium di Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya pada 30 Disember 2013.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6gram ketika pertuduhan tersebut dibacakan oleh Majistret Nazri Omran. Mereka berdua boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dendan RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah.

Ezad Exist yang berusia 35 tahun telah ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu pada 20 November 2014.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.

Ezad menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu.

Apapun, Allah brkuasa beri hidayat kepada siapa yang dikehendaki dengan melapangkn dadanya kerana hidayah itu milik Allah.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. (al-Qasas: 56)

sumber:izchannel.com

“5 TAKTIK LICIK Segelintir Peniaga Makanan Menipu Pelanggan!” Sungguh Membahayakan Kesihatan

“5 TAKTIK LICIK Segelintir Peniaga Makanan Menipu Pelanggan!” Sungguh Membahayakan Kesihatan

Rakyat Malaysia ni memang suka makan. Mana taknya, kalau ada makanan baru yang viral je, mesti korang terus tag ahli keluarga dan kawan-kawan korang semua dalam Facebook.

Malah baru-baru ni pun daripada pelbagai restoran franchise, sampai la perniagaan kecil-kecilan buat promosi yang tak kurang hebatnya.

Tengok je la macam mana orang sanggup beratur panjang masa viralnya Keria Melaka atau Coconut Shake Klebang tu. Drive jauh semata-mata nak ke sana sebab kat KL takde. Tak kira la sampai Melaka atau Penang sekali pun, makan punya pasal semua boleh.

Tapi dalam banyak-banyak benda pasal makanan ni, ada satu benda yang paling turn-off sangat. Kalau pasal harga tu takde la kisah sangat. Kalau tak, takdela tempat makan hipster tumbuh macam cendawan lepas hujan kat Malaysia ni.

Tapi macam mana pula dengan makanan yang sedap, tapi rupa-rupanya dicampur dengan bahan yang tak sepatutnya? Mungkin sebab lebih pentingkan kuantiti berbanding kualiti?

Jadinya, ada sesetengah peniaga yang nak cepat kaya ni, diorang jual makanan yang tak sepatutnya dimakan macam…

1. Pekatkan kuah laksa guna tisu

Laksa adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia tak kira la Melayu, Cina dan India. Korang tengok saja la kalau kat Penang tu, fullhouse, sampai beratur luar kedai. Tu tak masuk lagi pelbagai jenis laksa yang kita ada mengikut negeri masing-masing.

Kita ada pelbagai jenis laksa iaitu Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Johor, Laksa Kelantan, dan tak lupa juga kepada Laksa Sarawak! Walaupun namanya laksa, tapi mi dan kuah yang digunakan adalah berbeza dan mengikut cita rasa masing-masing. Tapi, apa pula masalah yang pernah jadi dengan laksa ni?

Beberapa tahun lepas, Sinar Harian pernah melaporkan pasal seorang lelaki yang beli laksa dekat dengan rumah dia di Temerloh. Masa nak makan, dia nampak kuah tu lain macam je. Jadi bila dikuis-kuis kuah laksa tu, pembeli lelaki dengan mak dia nampak macam ada cebisan tisu.

Nak tahu betul ke tak, diorang pun guna la penapis untuk tengok. Tapi ‘isi ikan’ dalam laksa tu nampaknya jadi gumpalan tisu yang rupanya digunakan untuk memekatkan kuah laksa. Tapi nampaknya kes tu diam je dan macam takde laporan polis yang dibuat dalam kes ni.

2. Ayam goreng garing sebab ditambah plastik

Ayam goreng ni memang takde siapa yang tak suka. Tengok je la macam mana iklan KFC dengan McD tu berjaya pengaruhi korang untuk beli.

Tak masuk lagi ayam goreng Korean style, atau ayam goreng berempah mamak untuk dimakan dengan nasi kandar. Budak-budak pun terpengaruh nak makan ayam goreng sebab tengok cerita Upin Ipin.

Setakat ni kat Malaysia kitorang tak jumpa lagi la mana-mana peniaga yang tertangkap disebabkan kes ni. Kitorang jumpa berita kat Indonesia je. Jadi boleh ke kita cakap ayam goreng plastik ni berasal dari Indonesia?

Menurut sebuah portal Indonesia iaitu suaranasional.com, kalau makanan tu ada campuran yang tak sepatutnya, api pada makanan terbakar tu akan menyala dan ada lelehan yang akan jatuh. Kalau nak tahu, lelehan tu la campuran plastik atau lilin.

Malah disebabkan kes ni juga la para pengguna semakin sedar untuk periksa makanan diorang sama ada mengandungi plastik atau tak. Bukan setakat ayam goreng je, makanan bergoreng yang lain macam pisang goreng, rempeyek, biskut kering dan keropok ikan keluaran tempatan juga pernah dituduh mengandungi plastik. Tapi kes ni cuma viral dalam Facebook je, takde pula disiarkan dalam berita.

3. Pisang goreng digoreng menggunakan plastik dan straw

Lepas viral pasal ayam yang digoreng dengan menggunakan pelbagai jenis plastik, pisang goreng pun nampaknya tak terlepas daripada ‘dieksploitasi’ peniaga yang nak cepat untung. Tapi sejauh mana pula kebenaran tu?

Dua tiga tahun lepas juga, negara pernah kecoh dalam beberapa blog pasal peniaga pisang goreng menggunakan minyak panas yang dicampurkan dengan plastik untuk menghasilkan garing yang paling sempurna dan bertahan lama. Teknik dan ‘ramuan rahsia’ ni dikatakan dah lama digunakan di sesetengah tempat di Indonesia.

Kebanyakan orang yang komen kat atas ni sendiri menjadi saksi macam mana sesetengah peniaga menggunakan taktik mencairkan pelbagai jenis plastik dan juga straw untuk menggaringkan pisang goreng yang dijual.

Disebabkan perkara ni la juga sebenarnya ramai orang buat ‘eksperimen’ sendiri yang nampaknya menular kejap. Yang tak tahannya, orang yang cuba eksperimen tu siap maki lagi syarikat pembekal makanan tu sebab makanan yang dia bakar tu betul-betul terbakar. Sebenarnya, bahan dalam makanan tu sendiri macam kanji atau minyak yang memang semulajadi ada dalam makanan tu boleh membuatkan makanan tu terbakar lama.

Jadi korang jangan la pulak terus melatah kalau makanan yang korang bakar tu api dia tak padam-padam. Benda tu mungkin disebabkan kalori makanan tu yang tinggi.

4. Pisang goreng garing guna kapur siling

Goreng pisang ni memang makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia masa minum petang. Definasi goreng pisang sedap ni juga bergantung kepada setiap orang yang makan, tapi yang pasti kita semua suka makan goreng pisang yang kerak atau adunan tepungnya yang garing membaluti pisang yang semulajadi manis.

Tapi baru-baru ni, viral pasal kes pisang goreng yang dikatakan telah dicampur dengan kapur siling. Kejadian yang berlaku kat Puchong tu dah menjejaskan imej peniaga tu dan Sinar Harian kemudiannya keluarkan berita untuk memperbetulkan keadaan tersebut.

Tapi hasil siasatan pula mendapati kilang yang keluarkan tepung tu yang dah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup yang digunakan peniaga tu.

“Hasil siasatan seterusnya menunjukkan tepung rangup tersebut telah dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan didapati bahawa pihak kilang telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan.

“Dalam hal ini, KKM telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran,” katanya dalam satu kenyataan media.”- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kalau ais krim dijual dalam tong cat pun boleh menimbulkan kekeliruan dan keraguan untuk dimakan, tak tahu la macam mana pula boleh tertukar kertas pembungkusan tepung dengan kapur siling. Kita tunggu je la laporan baru sebab kes ni masih lagi disiasat pada masa artikel ni ditulis.

5. Pekatkan santan dengan tepung

Santan ni salah satu bahan masakan yang penting dalam masakan Melayu. Yela, dalam masakan Melayu kebanyakannya adalah masak lemak cili api, gulai, ayam percik, kuih-muih , dan tak lupa juga nasi lemak! Kita gunakan santan untuk mendapatkan rasa lemak manis untuk sesebuah makanan Melayu tradisional. Berbeza dengan masakan Cina dan India, diorang selalunya menggunakan susu segar dalam bahan masakan untuk menggantikan santan.

Jadi bila negara kita mengalami krisis kekurangan bekalan kelapa kat pasaran,harga santan kemudiannya naik dan menyebabkan ada peniaga yang tamak dan ambik keputusan nak jadi ‘cepat kaya’. Diorang campurkan santan dengan tepung dan air untuk pekatkan kandungan santan tu.

Taktik dua peniaga kat Pasar Borong Selayang tu kemudiannya terbongkardan diorang kemudiannya ditahan oleh Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lepas diorang terima aduan pengguna yang kata santan diorang beli tak sama macam dulu.

Kalau orang tua-tua ni memang tahu bezakan sikit antara yang asli dan tiruan. Bak kata pepatah, ‘hanya jauhari yang mengenal manikam‘.

Selain daripada boleh makan ‘air tangan’ sendiri, perah santan sendiri ni juga boleh menguatkan otot-otot lengan korang dan menimbulkan urat yang digilai makwe. Kalau nak cepat kaya, cepat juga la ruginya kalau gunakan jalan yang salah.

Wallahuallam…..

sumber: ohgebang.com