Kasih ibu dan anak, hidup mati bersama..JOM SHARE!!!

 

SEORANG lelaki di Kampung Bechah Keranji, Peringat, Kota Bharu pernah berseloroh dengan rakannya bahawa akan sentiasa bersama ibunya termasuk mahu meninggal dunia bersama-sama.

Seloroh itu menjadi kenyataan apabila dia dijemput Ilahi pada 7.30 malam semalam, manakala ibunya menghembuskan nafas terakhir kira-kira 16 jam kemudian.

Ahmad Che Soh, 48, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu akibat angin ahmar dan ibunya, Che Limah Che Mat Amin, 93, akibat sakit tua pada 10.50 pagi tadi.

Kematian mereka yang berselang beberapa jam itu turut mengejutkan keluarga dan penduduk kampung selain penggali kubur.

Penggali kubur itu, Abdullah Ismail, 77, berkata, dia mula menggali kubur Ahmad pada 8 pagi tadi dan siap pada 10.30 pagi dibantu dua rakan yang lain.

“Tidak sampai sejam kami berehat, orang kampung meminta kami menggali kubur di sebelah arwah (Ahmad) buat ibunya pula.

“Sepanjang yang menggali kubur, jarang keadaan ini berlaku. Saya anggap hubungan anak beranak itu istimewa kerana arwah Ahmad sendiri dikenali sebagai anak yang baik dan akrab dengan ibunya,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan Tanah Perkuburan Pagar Kulim Bechah Mulong, Melor.

Sementara itu, isteri Ahmad, Wan Sepinah Wan Hasan, 54, berkata, arwah suaminya adalah anak tunggal dan taat serta sangat menyayangi ibu mentuanya.

Katanya, pada Jumaat lalu, Ahmad jatuh dan diserang angin ahmar sebelum dirawat di HRPZ II.

“Keadaannya agak serius sehingga dia menghembuskan nafas terakhir malam tadi (semalam). Namun, yang mengejutkan saya apabila ibu mentua turut ‘mengikutnya’ ke alam sana.

“Mereka memang akrab, dan tidak pernah berenggang. Malah, suami pernah berseloroh dengan rakannya takkan berpisah dengan ibunya, malah mati juga mahu bersama.

“Saya reda kehilangan kedua-duanya serentak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di rumahnya di Kampung Bechah Keranji, Peringat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 9:12 PM

sumber:www.hmetro.com.my

Pekerjaannya Buat Ramai GELI. Tapi Bila Dapat RM60 Juta Ramai Pulak Yang NAK TAHU..JOM SHARE!!!

Pekerjaannya Buat Ramai GELI. Tapi Bila Dapat RM60 Juta Ramai Pulak Yang NAK TAHU


Lelaki ni mengganggur lama sebelum tiba-tiba dapat ilham buat satu kerja yang ramai nak muntah. Tapi bila tau je dia berjaya dapatkan RM60 juta, semua berebut nak tau. Jom baca dan kongsikan. Ada video.

MENGANNGUR SAMPAI TERPAKSA MENCURI

Seorang lelaki mampu mengumpul kekayaan sebanyak AS$15 juta (RM64 juta) hanya dengan mengutip bola golf di sekitar Florida.

Lelaki tersebut, Gleen Berger, dahulu terpaksa menganggur selama 14 tahun terpaksa hidup dengan mencuri bola golf namun semuanya berubah apabila dia mendapat idea yang kemudiannya merubah dirinya menjadi jutawan.

“Ketika itu saya seorang pengganggur dan saya mencuri bola golf di padang golf berdekatan rumah saya. Kemudian saya menyedari, perkara itu tidak betul untuk mencari wang,” kata Berger.

DAPAT ILHAM SELAM TASIK SEKITAR PADANG GOLF
Berger kemudian memutuskan untuk menyelam ke dasar tasik di sekitar padang golf di Florida dan menjual bola-bola golf tersebut dengan harga murah.

Setakat ini dia aberjaya membawa naik 1.3 hingga 1.7 juta bola golf setahun. Berger menjual bola golf yang dibawa naik olehnya pada harga serendah AS$1 (RM4.2) sebiji.

RISIKO BAHAYA

Bagaimanapun, pekerjaan itu bukanlah semudah yang disangka kerana dia terpaksa berhadapan dengan cabaran dan bahaya di dasar tasik seperti meja, kereta golf, mesin pemoton rumput, ular dan yang paling teruk adalah buaya.

Menurut Berger lagi, sebelum turun ke dasar tasik, dia sentiasa memastikan tasik tersebut selamat namun dia masih lagi terserempak dengan beberapa ekor buaya yang menghuni tasik di padang golf di sekitar Florida.

“Pada suatu ketika, saya tiba-tiba terasa tangan saya sudah berada di dalam mulut seekor buaya. Tanpa berlengah, saya melompat keluar dari dalam air,” katanya.

sumber:viralgempak.com

16 NAMA SYAITAN BERSAMA TUGAS-TUGASNYA..JOM SHARE!!!

16 NAMA SYAITAN BERSAMA TUGAS-TUGASNYA

Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugasnya Yang Perlu Kita Tahu | Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam:

1. Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia gemar boros brbelnja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makanan dan minuman.

2. Watin – Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musiba agar bersangka buruk kepada Allah.

3. A’awar – Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelki yang dilihat menarik.

4. Hafaf – Tugasnya mengajak manusia berbuat maksit, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga menganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membaziri, yakin menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim – Tugasnya memecahkan suami agar isteri suka bergadu dan akhirnya membuat penyelasaian dengan cara bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada merah yang membawah dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehinggah mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan – Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.

9. Lakhus -Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

10. Sabrum – Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. Miswat/Maswat – Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat aal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur – Tugasnya menimbulakn raja ujub an taksub dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab – Tugasnya menganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan menusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis – Tugasnya mengnggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggah jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh – Syaitan yang paling bert godaannya, paling buruk sikaapnya kerna tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas – Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, Adanya perkara-perkara sam’iyat dan melahirkan hati manusia daripada menghianati Allah sepanjang masa.

MENGHINDARI TIPU DAYA SYAITAN

Boleh ustaz jelaskan cara dan kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia?

Jawapan:

Syaitan menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk menyesatkan manusia. Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdaya mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. “Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdaya mereka dengan angan-angan kosong; dan apa-apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.” (Surah al-Nisa’ 4: 119-120)

Justeru, pertama sekali syaitan akan cuba menyesatkan manusia dengan mengajak ke arah kekufuran dan syirik kepada Allah s.w.t. Hal ini kerana syirik merupakan kebinasaan dan kezaliman yang paling besar. Bahkan sesiapa yang mati dalam keadaan syirik, maka ia tidak akan mendapat pengampunan Allah, sebaliknya akan dihumbankan ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Syaitan sudah tentu gembira sekiranya manusia dapat mengikut jejak langkahnya ke neraka.

Dosa Kecil Dosa Besar

Bagaimana sekiranya syaitan tidak berjaya menjatuhkan manusia kepada dosa syirik?

Jawapan:

Sekiranya usaha syaitan untuk mensyirikkan manusia tidak berjaya, ia akan menghasut manusia dengan perkara yang lebih ringan sedikit berbanding syirik iaitu dosa besar. Syaitan akan berpuas hati apabila manusia ingkar kepada arahan Allah dan melakukan dosa-dosa besar yang dilarang oleh Allah. Sekiranya seseorang itu masih kental imannya dan tidak mudah tergoda dengan godaan dan hasutan syaitan untuk melakukan dosa besar, maka syaitan akan berusaha menghasut supaya melakukan dosa kecil dan terus berusaha memperdaya agar dapat berkekalan dalam melakukannya. Hal ini kerana berkekalan dalam melakukan dosa kecil akan menatijahkannya kepada dosa besar.

Bagaimana sekiranya usaha syaitan untuk menjatuhkan manusia kepada dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil tetap tidak berjaya?

Jawapan:

Sekiranya syaitan masih tidak berjaya, maka ia akan cuba memporak-perandakan kehidupan manusia dengan menimbulkan pergaduhan, kebencian dan permusuhan mereka. Selain itu, syaitan dengan segala tipu dayanya juga kadangkala memperdaya manusia dengan kaedah yang kononnya mengajak manusia menjadi orang yang “baik”. Apabila sampai satu ketika, ia akan cuba menyelewengkan manusia daripada jalan kebenaran.

Dalam sebuah hadis sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan datang syaitan kepada kamu, lalu bertanya: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Lalu manusia menjawab: ‘Allah yang mencipta.’ Lalu syaitan bertanya lagi: ‘Allah yang menciptakan segala makhluk. Namun siapa pula yang mencipta Allah?’ Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): ‘Apabila didapati sedemikian, hendaklah seseorang itu berkata: ‘Aku beriman kepada Allah.’” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. menyatakan apabila syaitan mempersoalkan tentang pencipta Tuhanmu, maka hendaklah seseorang itu berlindung dengan Allah (daripada tipu daya syaitan itu) dan berhenti berfikir tentang perkara itu. Hadis ini memberikan suatu pengajaran yang amat bermakna kepada orang Muslim. Kita perlu mengetahui segala helah dan tipu daya yang dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia. Tipu daya mereka boleh datang dalam bentuk kebaikan seperti mengingatkan manusia kepada Allah, namun pada masa yang sama ia menyuntik rasa was-was dalam hati manusia agar mempersoalkan keesaan Allah s.w.t.

Bagaimanakah cara terbaik untuk mengubati manusia yang sudah terjebak dengan tipu daya syaitan?

Jawapan:

Terdapat banyak cara untuk mengubati mereka yang terjebak dengan hasutan dan was-was syaitan. Antaranya adalah dengan mengamalkan zikrullah iaitu mengingati Allah dan tadabbur ayat-ayat suci al-Quran. Kita juga boleh membaca surah dan ayat tertentu untuk menghindari gangguan syaitan seperti “al-mu‘awwizatayn” (surah al-Falaq dan al-Nas), surah al-Baqarah, ayat Kursi, penghujung surah al-Baqarah dan permulaan surah al-Ghafir.

Selain daripada cara di atas, apakah lagi yang perlu dilakukan untuk menghindari tipu daya syaitan?

Jawapan:

Kita hendaklah mempunyai sifat tawakal yang tinggi dalam memohon perlindungan Allah daripada syaitan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Oleh sebab itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam. Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan orang yang berserah bulat-bulat (bertawakal) kepada Tuhan mereka.” (Surah al-Nahl 16:98-99)

Begitu juga, kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah dengan memperbanyakkan ucapan isti‘azah iaitu اعوذ بالله منالشيطان الرجيم sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut dengan satu hasutan daripada syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fussilat 41: 6)

Dr. Mohd Sukki Othman
Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz isu No.4

sumber:www.islamituindah.my

Cacah tular di Facebook, ketua yakuza akhirnya ditahan selepas 15 tahun diburu

Cacah tular di Facebook, ketua yakuza akhirnya ditahan selepas 15 tahun diburu

Shirai diberkas di bandar Lopburi, utara Bangkok dan akan diekstradisi ke Jepun bagi menghadapi pertuduhan bunuh. – Foto AP
PERSEMBUNYIAN selama 15 tahun seorang ketua gengster Jepun atau yakuza berakhir selepas dia ditahan polis Thailand pada Rabu.

Puncanya gara-gara gambar tatu atau cacah pada badannya menjadi tular di laman Facebook.

Shigeharu Shirai diburu kerana membunuh musuhnya yang merupakan anggota kumpulan yakuza lain pada 2003.

Gambar lelaki dalam buruan berusia 74 tahun itu yang menyerlahkan cacah pada badannya diambil seorang rakyat Thailand yang kemudian memuatnaiknya di Facebook tanpa mengetahui identiti sebenar Shirai.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki tua yang kurus dengan keseluruhan bahagian belakang badan dan sebahagian besar dadanya dicacah. Ketika ia dirakam Shirai sedang melepak bersama beberapa lagi warga emas di tepi jalan.

Turut kelihatan dalam gambar itu sebahagian jari kelengkingnya yang putus. Adalah menjadi amalan biasa bagi anggota Yakuza untuk memotong jari sendiri sebagai hukuman bagi menebus kesalahan.

Gambar itu kemudiannya tular sehingga sampai ke pengetahuan polis Jepun yang kemudian memohon bantuan polis Thailand untuk mengesan dan menahan lelaki tersebut.

Shirai diberkas di bandar Lopburi, utara Bangkok dan akan diekstradisi ke Jepun bagi menghadapi pertuduhan bunuh. Dia juga berdepan dakwaan menyalahgunakan visa.

Menurut polis Thai, Shirai mengaku dirinya seorang anggota yakuza namun menolak dakwaan terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

Dia meninggalkan Jepun pada 2005, dua tahun selepas kejadian bunuh itu didakwa berlaku.

Yakuza yang menyamai kumpulan mafia telah menjadi sebahagian daripada budaya moden Jepun dengan jumlah anggotanya dianggarkan mencecah 60,000 orang.

sumber:www.astroawani.com

KASIH BAPA… Meninggal selepas selamatkan anak dalam kebakaran.. Al-Fatihah..

KASIH BAPA… Meninggal selepas selamatkan anak dalam kebakaran.. Al-Fatihah

KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kuala Ibai maut dipercayai sesak nafas selepas menyelamatkan anaknya dalam kejadian kebakaran di Kampung Kuala Ibai, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi tadi, mangsa Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, ditemui terbaring di halaman rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan memeluk anak lelakinya, Muhammad Aqil Harith yang berusia tiga tahun.
Menurut anak saudara mangsa, Amad Shahir Azizi Ahmad Zulfa, ketika berbual bersama neneknya dia terdengar bunyi letupan lalu bergegas keluar rumah sebelum melihat api marak dari rumah bapa saudaranya.

Katanya, dia cuba mengejutkan bapa saudaranya beberapa kali namun tiada tindak balas.

Katanya, dia cuba mengejutkan bapa saudaranya beberapa kali namun tiada tindak balas.

“Mula-mula saya ingatkan orang bakar sampah sebab tak dengar pula dia meminta tolong. Lepas tu saya terdengar bunyi cermin pecah dan nampak asap keluar banyak.

“Bila saya pergi ke depan saya tengok dia sedang terbaring bersama anaknya dan saya angkat dia letak ke tepi,” ujarnya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azlimin Mat Noor berkata, ketika tiba api sedang marak membakar kediaman dua tingkat itu.

Katanya, seramai 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika pasukan bomba sampai, kita dapati mangsa telah dikeluarkan oleh keluarga dan berada dalam keadaan lemah.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sejurus selaps itu,” ujarnya.

Azlimin berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengawal kebakaran dari merebak ke rumah sebelah.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Bacaan seterusnya

KUALA TERENGGANU – Jenazah Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kuala Ibai, Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, yang meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan anaknya dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Kuala Ibai, di sini, pagi tadi, selamat dikebumikan, petang ini.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Pauh, Kuala Ibai, yang terletak bersebelahan rumahnya kira-kira jam 6 petang tadi.

jenazah Ahmad Fakhrurazi atau mesra disapa Budaq di kalangan rakan-rakanya telah disembahyangkan di Masjid Tengku Sulong, dengan dihadiri lebih 200 jemaah selepas selesai menunaikan solat Asar.

Hampir 300 orang terdiri daripada ahli keluarga memberi penghormatan kepada Allahyarham, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Ibai.

Turut kelihatan, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Azan Ismail.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi tadi, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil memeluk anaknya, Muhammad Aqil Harith, 3, di halaman rumah oleh anak saudaranya.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik pasukan perubatan tiba di lokasi untuk memberikan rawatan kecemasan.

sumber:jarimontok.com

Punca Sebenar Kenapa Pesawat Tidak Boleh Melintas Di Atas Kaabah.JOm SHARE!!!

Punca Sebenar Kenapa Pesawat Tidak Boleh Melintas Di Atas Kaabah.

Seorang juruterbang kenamaan Arab Saudi mendedahkan bahawa punca sebenar pesawat tidak boleh melintas di atas Kaabah dan Masjidil Haram bukan kerana wujudnya gelombang magnet, seperti yang dilaporkan media-media Barat, melainkan bagi melindungi keselamatan dan keselesaan para jemaah umrah dan haji, lapor Era Muslim.

“Berita dan maklumat yang selama ini beredar di media sosial salah dan mengelirukan,” seperti yang dilaporkan oleh portal TV orient-news.net dari Hasan Al-Ghamidi yang juga seorang juruterbang dan pemerhati urusan penerbangan awam pada hari Jumaat (13/01).

Hasan Al-Ghamidi menjelaskan dalam rakaman video yang dimuat naik media sosial Facebook bahawa larangan terbang di atas Masjid Al-Haram bukan kerana adanya gelombang magnet yang terpancar dari Kaabah.

Tetapi menurutnya, ia adalah kerana kedudukan kota Makkah yang berada di kawasan pergunungan, di mana jika pesawat melintas menyebabkan kesan bunyi yang ditimbulkan enjin pesawat.

Bunyi tersebut boleh memantul dan menimbulkan kesan buruk bagi para jemaah umrah dan haji.

Sebab lain adalah kerana di dalam pesawat yang melintas ada kemungkinan adanya penumpang non-muslim.

sumber:mummykepoh.com

Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa..JOM SHARE!!!

Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Doa Untuk Anak Yang Degil

Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.

Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.

Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.

Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.

Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh “jurang generasi”.

Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.

Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka ? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca Quran bersama-sama.

Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi.

Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi idola anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.

Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.

sumber:pelikdunia.com

INFO MANAFAAT : INILAH 4 WANITA YANG DIJAMIN AKAN MENGHUNI SYURGA ALLAH.JOM SHARE!!!

INFO MANAFAAT : INILAH 4 WANITA YANG DIJAMIN AKAN MENGHUNI SYURGA ALLAH.

Pada dasarnya, ada banyak wanita inspiratif yang kisahnya boleh kita jadikan pelajaran berharga dalam hidup. Dan wanita-wanita tersebut tidak hanya ada di zaman moden atau saat ini saja. Ada banyak wanita di zaman Rasulullah atau sebelumnya yang kisahnya juga boleh kita jadikan sebagai pelajaran berharga dalam hidup. Berbicara mengenai wanita memberi inspirasi, di dalam Islam sendiri disebutkan ada empat wanita yang sangat memberi inspirasi. Wanita-wanita ini bahkan dikatakan sebagai wanita yang tak hanya memberi inspirasi tetap juga dijamin masuk syurga oleh Allah SWT.

Dipetik dari pelbagai sumber, wanita yang dijanjikan akan menghuni syurga adalah Ummul Mukminin. Mereka adalah ibu dari semua umat muslim di dunia. Mereka adalah Ummu Asiah yang tak lain adalah isteri Firaun, Ummu Siti Maryam yang tak lain adalah bonda Nabi Isa AS, Ummu Khadijah yang tak lain adalah isteri Rasulullah SAW dan Ummu Fatimah Az Zahra yang tak lain adalah putri Rasulullah sekaligus isteri dari sahabat rasul yakni Ali bin Abi Talib.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasul, “Dan berkatalah pula Ketua wanita ahli syurga ada empat. Ia adalah Maryam binti Imran, Fatimah binti Rasulullah SAW, Khadijah binti Khawailid dan Asiyah.” (HR. Hakim dan Muslim)

Hadis ini sendiri merupakan hadis sahih yang diakui kebenarannya. Lantas, apa keistimewaan keempat wanita ini sehingga mereka dikatakan sebagai wanita yang dijanjikan akan masuk syurga? Berikut penjelasan ringkasnya.

1. Maryam Binti Imran
Maryam binti Imran atau yang sering umat muslim kenal sebagai ibu dari Nabi Isa AS ini adalah sosok wanita yang begitu mulia. Ia adalah wanita yang selalu menjaga harga dirinya dan taat beribadah kepada Allah SWT.

Di mata Allah SWT, Maryam adalah wanita yang benar-benar suci dan mulia. Kerana kemuliaan Maryam, Allah pun menganugerahkan seorang putra di kandungannya semasa ia masih gadis. Secara logik, hamil tanpa adanya seorang suami atau ayah memang tidak masuk akal. Tapi, kerana kuasa Allah maka apa yang tidak mungkin tentunya selalu boleh menjadi mungkin.

Saat hamil inilah, perjalanan hidup Maryam sangatlah tidak mudah. Banyak orang menggunjingnya. Meski begitu, ia tetap sabar dan tetap taat pada Allah SWT. Setelah kelahiran nabi Isa AS, Maryam mendidik nabi Isa dengan sangat baik dan penuh kesabaran. Maryam selalu mengajarkan kebaikan pada nabi Isa dan mengajaknya untuk selalu berdakwah di jalan Allah. Kerana kemuliaan dan kesucian Maryam, Allah pun mencatatkan namanya di salah satu wanita yang dijanjikan akan menghuni syurga jika masa itu telah tiba.

2. Khadijah Binti Khawailid
Wanita kedua yang dijanjikan akan menghuni syurga adalah Khadijah binti Khawailid. Khadijah sendiri merupakan isteri pertama Rasulullah SAW. Kjadijah pula lah ibu dari anak-anak Rasulullah. Kenapa ia dijamin masuk syurga? Dalam beberapa surat di Al-Quran disebutkan bahawa Khadijah adalah wanita yang begitu mulia dan merelakan semua hartanya di jalan dakwah. Khadijah juga seorang wanita yang taat pada sang suami dan ia mau bersama-sama berjuang di jalan Allah bersama sang suami.

Atas apa yang ia lakukan ini, ia dikatakan sebagai wanita yang dijamin syurga oleh Allah. Bahkan, malaikat Jibril pernah menyampaikan salamnya kepada Rasulullah untuk Khadijah dan mengatakan bahawa syurga adalah tempat untuknya. “Ya Rasulullah, Khadijah sebentar lagi akan datang membawa bejana berisi lauk, makanan atau minuman. Kalau ia sudah datang, sampaikan salam dari Allah dan dariku untuknya. Berikan kabar gembira, bahawa rumahnya kelak adalah syurga. “(HR Bukhari dan Muslim).

3. Fatimah Az Zahra Binti Rasulullah SAW
Wanita selanjutnya yang juga dijamin masuk syurga adalah Fatmah Az Zahra. Fatimah merupakan puteri kesayangan Rasulullah Muhammad SAW. Ia adalah seorang anak yang patut dan taat pada orang tuanya. Ia juga merupakan isteri dari Ali Bin Abi Talib yang tak lain adalah sahabat Rasulullah.

Fatimah dikenal sebagai wanita muslim yang begitu sabar, penuh keimanan, bijak dan taat pada suami. Fatimah juga merupakan seorang wanita yang begitu mulia dan mampu menjaga cintanya dengan sangat baik untuk suaminya sahaja. Saking mulia dan baiknya ia, kisah cinta Fatimah bersama suami menjadi kisah cinta yang begitu mengetuk hati dan menjadi kisah cinta paling romantis bagi umat muslim.

4. Asiah Isteri Firaun
Wanita keempat yang dijanjikan akan menghuni syurga adalah Asiah. Ia adalah isteri dari Firaun dan juga ibu dari Nabi Musa AS. Meski sang suami dikenal sangat kejam dan mengaku dirinya sebagai tuhan, Asiah tetap pada pendiriannya untuk menyembah hanya kepada Allah SWT. “Ya Allah, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun juga dari segala perbuatannya.” (QS At-Thamrin, 11).

Pada masa Firaun mengancam akan menyiksa dan membunuhnya jika ia tidak mau menyembah Firaun, Asiah tetap teguh pada pendiriannya untuk menyembah Allah. Asiyah tetap yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang patut ia sembah dan tak ada yang lain selainNya. Keteguhan Asiyah inilah yang akhirnya membuatnya tercatat sebagai wanita mukmin yang dijanjikan akan ditempatkan di sisi terbaiknya yakni syurga.

Itulah empat wanita atau Ummul Mukminin yang dikatakan dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Semoga, kisah ini boleh menjadi inspirasi buat kita semua agar menjadi wanita yang baik dan mulia agar suatu masa nanti kita boleh menjadi penghuni syurga bersama mereka semua dan wanita-wanita mulia lainnya.

sumber:apacerita.my

Jika Anda Pernah Terbangun Pukul 3 Hingga 5 Pagi, Bersyukurlah, Tandanya Rahmat Allah ini Sampai Kepadamu..JOM SHARE!!!

Jika Anda Pernah Terbangun Pukul 3 Hingga 5 Pagi, Bersyukurlah, Tandanya Rahmat Allah ini Sampai Kepadamu 

Banyak orang terbangun di waktu yang sama saat malam hari. Sayangnya, fenomena ini sering kali diabaikan. Namun, tahukah kamu bahwa ini adalah cara tubuh dan Tuhan berkomunikasi denganmu.

Pengobatan tradisional Cina menggunakan titik energi untuk teknik akupunktur. Titik-titik energi ini terhubung dengan sistem jam yang dipercaya memberi energi untuk bagian tubuh tertentu.

Jadi, dilihat dari waktu kamu bangun di malam, tubuhmu sedang mengalami sensasi tertentu. Ini juga sebuah cara fisik dan emosi menyampaikan masalah padamu, melansir EliteReaders melalui tribunnews.com.

Terbangun di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan. Dalam pengobatan Cina, siklus tidur menjadi saat kita menerima pesan dari Tuhan.

Pesan-pesan ini yang dapat mengungkapkan perjalanan spritual kita. Jika kamu kesulitan tidur di antara pukul 9 sampai 11 malam, itu adalah pertanda stres.

Ini adalah jam tidur bagi kebanyakan orang. Jika kamu malah merasa sulit tidur, tandanya kamu sedang stres dan khawatir. Shalat hajat bisa jadi solusi untuk masalah ini.

Terbangun pada pukul 11 malam hingga 1 pagi pertanda kamu mengalami kekecewaan emosional. Pengobatan Cina kuno mengatakan bahwa ini adalah waktu dimana kantung empedu aktif.

Bangun pada jam ini menunjukkan kekecewaan. Cobalah untuk tenang dan memaafkan dirimu sendiri, maka akan membantu. Bangun antara pukul 1 hingga 3 pagi menunjukkan kemarahan.

Titik energi terhubung dengan hati. Bangun pada jam ini memnunjukkan bahwa kamu sedang marah dan memiliki energi “Yang” berlebihan.

Coba minum air dingin dan meditasi agar bisa tidur kembali.

Jika kamu bangun pukul 3 hinggal 5 pagi, tandanya Tuhan sedang berusaha berbicara padamu.

Jam ini menunjukkan bagian paru-paru dan kesedihan. Jika kamu bangun di jam ini, maka dipercaya Tuhan sedang membimbingmu untuk jadi lebih baik.

Coba bernafas perlahan dan berdoa agar bisa kembali tidur. Siklus bangun tidur terakhir adalah pukul 5 hingga 7 pagi. Jika kamu bangun di jam ini, dipercaya kamu sedang memiliki emosi yang tertahan.

Begini cara Allah menyampaikan taufik dan hidayah kepada umatnya
Kamu tak perlu langsung duduk, pergi ke kamar mandi, mengambil minum, atau malah tidur lagi. Tetaplah dalam kondisi tertidur sambil membaca dzikir yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Dzikir seperti apakah itu?

Dari Ubadah bin Shamit, dari Nabi ﷺ bersabda, “Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca, ‘Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa Ilaaha Illallaahu Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahi,’ kemudian ia berdoa ‘Ya Allah, ampuni Aku’ atau berdoa pasti dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu dan shalat, pasti diterima shalatnya,” (HR. Al-Bukhari).

Dari segi ilmiah, ini pertanda kamu mengalami masalah di usus besar namun bisa diatasi dengan renggangkan otot atau pergi ke toilet agar bisa kembali tidur.

Tubuh menyimpan begitu banyak rahasia. Jika kita belajar mencari tahu dan mendengar, maka tubuh sebenarnya sedang memberi tahu kita informasi. Kita juga bisa meningkatkan kesehatan fisik dan spiritual dalam kehidupan kita.

Jika artikel ini bermanfaat, bagikan ke orang terdekatmu. Bagikan informasi bermanfaat juga termasuk amal lho. Sekaligus LIKE fanspage kami juga untuk mengetahui informasi

sumber:www.tvceramah.com

Bersihkan Rahim Selepas Haid, Amalkan Minuman Ini, Sebulan 2 Kali Pun Dah Cukup!JOM SHARE!!!

Bersihkan Rahim Selepas Haid, Amalkan Minuman Ini, Sebulan 2 Kali Pun Dah Cukup! 

Selepas haid, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.

Sebabnya semasa haid, kita akan kehilangan darah. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah mati. Sebab itulah walaupun masih anak dara, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.

Perkongsian daripada Cik Puan Amyra Nabila Hasnol tentang air rebusan selepas haid ini bagus untuk diamalkan. Ia petua yang diwariskan oleh umi dan opahnya.cantk
Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini

🌸 Membersihkan rahim selepas haid.

🌸 Mengeluarkan angin dalam badan.

🌸 Memecahkan lemak-lemak diperut.

🌸 Mengurangkan masalah bau badan.

🌸 Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.

Bagus Untuk Hindari Senggugut

Amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan malah menjauh pergi.

Bahan-bahan

Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )

Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )

Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan
Caranya

Serai tumbuk kasi pecah sikit.
Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.

Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
Rebus sampai mendidih.

Nak Rawat Keputihan
Tambah sireh – 2 helai

Nak Merapatkan Miss V
Tambah manjakani – 1 biji
Bila Patut Minum?

Sebaiknya selepas bersih daripada haid.
Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk.
“Tapi tapi kalau Myra la, Myra minum suam2 tu terasa lega je bila masuk dalam badan kita tau.. 😊”

sumber:himpunandoaharian.com