Malaikat Yang Belum Pernah Turun Ke Bumi Pun Turut Serta Menguruskan Jenazahnya! Siapakah Dia???

 

Malaikat Yang Belum Pernah Turun Ke Bumi Pun Turut Serta Menguruskan Jenazahnya! Siapakah Dia???

Hidayah Allah subhanahu wa ta’ala sungguh di luar sangka manusia. Allah berikan kepada siapa pun yang Dia kehendaki. Boleh jadi yang semula membenci iman, kini begitu mencintainya. Hidayah itu tak melulu bagi golongan miskin papa, tak pula khusus bagi para dermawan yang berharta. Bila hidayah telah menetap kuat dalam dada, seribu rintangan tak berarti dalam derap langkahnya.

Tersebutlah kisah yang masyhur tentang seorang sahabat yang begitu mulia, Sa’ad bin Mu’adz radhiyallahu ‘anhu. Lantas siapakah Sa’adz ini yang sampai dikisahkan mampu mengguncang singgahsana Allah SWT dan membuat puluhan ribu malaikat menantikannya?

Salah Satu Sahabat, diantara deretan orang-orang terbaik disekitar Nabi, dialah Saad bin Muadz R.A, golongan Anshar yang masuk Islam usia 31 tahun dan syahid di usia 37 tahun. Beliau mendapat tempat yang istimewa. Kematiannya mengguncang arasy, ruhnya disambut 70.000 malaikat, jenazahnya dibawa dan diantar puluhan ribu malaikat, hingga para sahabat berkata:

“Tidak ada jenazah yang lebih ringan daripada jenazah Saad, padahal dia adalah berpostur tinggi, gemuk, dan kekar” (Sirah Ibnu Hisyam)
Apa istimewanya Saad? Salah satu yang banyak dilukiskan sejarawan adalah keberanian dan pembelaannya terhadap Islam, keberaniannya yang tiada tanding, dan jiwa ksatrianya yang unggul. Ketika perang Badar tiba. Nyali kaum muslimin diuji. Bukan saja menghadapi kekuatan Quraisy yang tidak berimbang, tapi tekanan psikologis yang mendera menguji keimanan dan keberanian.

Rasulullah saw. mengumpulkan sahabat-sahabatnya dari golongan Muhajirin dan Anshar untuk bermusyawarah dengan mereka tentang urusan perang Badar. Rasulullah berkata:

“Kemukakanlah buah fikiran kalian, wahai sahabat…!”
Maka, bangkitlah Sa’adz bin Mu’adz dan berkata,

“Wahai Rasulullah, kami telah beriman kepada Anda, kami percaya dan mengakui bahwa apa yang Anda bawa itu adalah hal yang benar, dan telah kami berikan pula ikrar dan janji-janji kami. Maka, laksanakahlah terus ya Rasulullah apa yang engkau inginkan, dan kami akan selalu bersamamu. Dan, demi Allah yang telah mengutusmu membawa kebenaran, seandainya engkau mengadapkan kami ke lautan ini, lalu engkau menceburkan diri ke dalamnya, pastilah kami akan ikut mencebur, tak seorang pun yang akan mundur dan kami tidak keberatan untuk menghadapi musuh esok pagi! Sungguh kami tabah dalam pertempuran dan teguh menghadapi perjuangan. Dan, semoga Allah akan memperlihatkan kepadamu tindakan kami yang menyenangkan hati. Maka, marilah kita berangkat dengan berkah Allah Taala.”
Mendengar perkataan Sa’adz yang mengharukan itu, Rasulullah saw bangga dan gembira, lalu berkata kepada kaum muslimin,

“Marilah kita berangkat dan besarkan hati kalian karena Allah telah menjanjikan kepadaku salah satu di antara dua golongan! Demi Allah, sungguh seolah-olah tampak olehku kehancuran orang-orang itu (Quraisy)”
Di saat-saat terakhir kehidupan Sa’ad bin Mu’adz radhiyallahu ‘anhu, Ia pun mengembuskan nafas terakhirnya, dimana ia wafat di pangkuan orang yang paling ia cintai, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda ketika memakamkan jenazahnya,

اهۡتَزَّ عَرۡشُ الرَّحۡمٰنِ لِمَوۡتِ سَعۡدِ بۡنِ مُعَاذٍ

“Arsy Ar-Rahman bergetar dengan berpulangnya Sa’ad bin Mu’adz.” [H.R. Bukhari dan Muslim]. Lihatlah, betapa mulianya Sa’ad radhiyallahu ‘anhu hingga Arsy Allah pun bergetar saat kepergiannya. Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu berkata, “Aku adalah salah seorang yang menggali makam untuk Sa’ad, dan setiap kami menggali satu lapisan tanah, tercium oleh kami wangi kesturi.”
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Saat kami membawa jenazah Sa’ad bin Mu’adz, kaum munafikin mengatakan betapa ringannya jenazahnya, (padahal Sa’ad adalah) seorang yang tinggi besar. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,

‘Sungguh para malaikatlah yang menggotongnya.’”
Disebutkan dalam hadis Sa’ad bin Abi Waqqash bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sungguh ada 70.000 malaikat yang turun saat kematian Sa’ad bin Mu’adz. Mereka belum pernah turun ke bumi sebelum ini.”
Sungguh para penduduk bumi dan penduduk langit telah mengakui akan keutamaan Sa’ad. Beliau wafat pada tahun ke-5 H, ketika itu usia beliau 37 tahun, dan dimakamkan di pemakaman Baqi’ di Madinah.

Sahabat, pertanyaannya, dimanakah posisi kita dalam menunjukkan keberanian membela agama Allah, menyuarakan kebenaran, dan berani mengambil resiko? Wahai Saad. Engkaulah salah satu penghulu kaum Anshar, tauladan kami. Semoga kami bisa mengikuti langkahmu. Aamiin.

sumber:ohgebang.com

All-New Perodua Myvi Outperforms 2018 All-New Toyota Vios In Crash Test Assessment

 


All-New Perodua Myvi Outperforms 2018 All-New Toyota Vios In Crash Test Assessment

ASEAN NCAP has just announced the latest NCAP results for the all-new Toyota Vios. The new generation Vios (also known as Toyota Yaris Ativ in Thailand) has accumulated an overall score of 81.63, and is eligible for a 5-star rating. Interestingly, this score, while impressive enough, is actually lower than the all-new Perodua Myvi, scoring 88.27 points, thanks to its fitment of autonomous emergency braking (AEB) feature, which was not available in the Vios.

The Toyota Vios was first car to be tested by ASEAN NCAP, when the organization’s PC3 crash lab was established in 2012. At that time, the Vios (an earlier NCP93 generation model) was given a 4-star rating for AOP (adult occupant protection) and 2-star for COP (child occupant protection) category.

This all-new Toyota Vios seen here is the third vehicle to be tested under the new 2017-2020 protocol, which is now stricter and fitment of SAT (Safety Assist Technologies) features like passenger seatbelt reminders and electronic stability control add to a points tally rather than as a pre-requisite to a 5-star rating. The other models tested under this new test protocol are the all-new Honda CR-V and aforementioned Perodua Myvi.

The Toyota Vios 1.5 model used in the test is a Thailand-made right-hand drive unit destined for Singapore. It is fitted with 7 airbags and electronic stability control. Both the Perodua Myvi and Toyota Vios were tested at the Japan Automobile Research Institute (JARI). Looking at the comparison table above, we can see where the deficits are in the all-new Toyota Vios versus the all-new Perodua Myvi.

The scores in the Safety Assist Technologies (SAT) shows how far ahead Perodua has equipped the Myvi with. The fitment of rear seatbelt reminders across all variants and autonomous emergency braking (AEB) in 1.5AV contributes to the higher score in the Myvi. Both of these features are not available in the new Toyota Vios, impacting its accumulation of 11 points versus 15 in the new Myvi.

While we commend Perodua for introducing AEB (marketed by Perodua as ASA, Advanced Safety Assist) in the lower segments, consumers should be aware that it has its limitations and drivers must still be fully aware of the traffic surroundings when driving. Perodua’s low cost AEB function has a much lower speed range (only up to 30 km/h) and is unable to detect pedestrians and motorcyclist, compared to more sophisticated AEB solutions adopted by other leading brands.

Toyota is expected to introduce their suite of advanced driving assistance systems called the Toyota Safety Sense P, beginning next year with the all-new Toyota Harrier turbo.

 

sumber:www.carlist.my

Menyingkap Peristiwa “Dawn Raid” – Bila Kuala Lumpur Arahkan Serangan Ke Atas Kota London Pada Tahun 1981

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.
2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

sumber:makinheboh.win

MENGAPA ALMARHUM TUAN GURU DATO DR HARON DIN BERWASIAT DIKEBUMIKAN DI TEMPAT BELIAU MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR?


Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.——————————————
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata :
” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.
Mereka ( para sahabat ) bertanya :
” Kenapa begitu ya Rasulullah? “.
Baginda bersabda :
“Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.

[ HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar

ALMARHUM DATO DR HARON DIN

#ALFATIHAH

sumber:makjemmahuolls.win

10 Negara ikut Jejak langkah AS..Apa nak jadi..

TEL AVIV – PALESTIN. Rejim Israel ‘berhubung’ dengan kira-kira 10 negara yang menyatakan kesediaan mengikut jejak langkah kontroversi Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Kami menghubungi negara terbabit sebahagiannya di Eropah bagi membincangkan langkah pemindahan ,” kata Timbalan Menteri Luar, Tzipi Hotovely kepada radio awam, kelmarin.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Guatemala memaklumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke Kota Lama yang dibantah keras Palestin dan disifatkan sebagai ‘tindakan memalukan’ dan melanggar undang-undang.

“Keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan ‘gelombang’ pemindahan kedutaan ke Kota Lama tersebut. Ia baru bermula,” ujarnya yang tidak menamakan negara terbabit.

Radio awam Israel memetik sumber diplomatik Israel bagaimanapun mendedahkan negara terlibat yang mempertimbangkan langkah itu adalah Honduras, Filipina, Romania dan Sudan Selatan.

Khamis lalu, dua pertiga negara anggota PBB menyokong resolusi yang menolak langkah unilateral Trump dan menegaskan status Baitulmaqdis perlu diselesaikan melalui rundingan.

Hanya sembilan negara termasuk Amerika Tengah berpendirian sama dengan Washington menolak resolusi itu. Beberapa negara terutamaAmerika Latin menempatkan misi diplomatik di kota suci itu hingga resolusi Majlis Keselamatan PBB 1980 yang mengutuk rancangan jahat Israel mengubah ‘karakter dan status’ Baitulmaqdis yang didakwa sebagai penghalang keamanan. – Agensi

sumber:www.sinarharian.com.my

Kisah kewafatan Imam kita, Imam Syafie yang amat menyedihkan kita semua


Hari ini saya akan kongsikan kisah kematian Imam Syafie yang diceritakan oleh Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Imam Syafie meninggal pada usia muda ya, iaitu sekitar umur 54 tahun. Kalau nak ikutkan pada zaman sekarang belum pencen lagi, tetapi sumbangan beliau kepada umat islam tidak dapat disangkal lagi. Terlalu besar dan agung.

Beliau menghidap penyakit buasir, bukan biasa-biasa penyakit itu, tetapi agak kritikal sehingga dikatakan apabila dia bangun dari tempat duduk ceramahnya, maka kelihatan darah yang keluar seolah-olah seperti darah haid.

Semakin hari penyakit Al-Imam semakin parah, maka anak murid beliau datang melawat beliau.

Anak muridnya bertanya khabar:

يا إمام، يا أبا عبد الله ، كيف أصبحت؟
Wahai Imam Aba Abdallah, bagaimana keadaaan Imam pagi ini?

Imam Syafie menjawab:

أصبحت من الدنيا راحلا
Aku pada pagi ini akan berkelana daripada dunia.

ومن الإخوان مفارقا
Akan berpisah daripada kawan-kawan.

وإلى كأس المنية شاربا
Kepada segelas kematian aku akan hirup.

ولا أدري أمصيري إلى الجنة أم إلى النار
Dan aku tidak tahu nasibku akan ke syurga atau ke neraka.

 

Begitu tawadu’nya Imam Syafie walaupun sumbangan beliau tidak terhingga kepada agama, tetapi masih merendah diri sehingga ke tahap itu. Kita boleh ka sampai ke tahap itu? Sama-sama kita fikirkan.

Setelah beliau di kafankan, beliau dibawa kekubur. Tiba-tiba, ketika dalam perjalanan kekubur, seorang perempuan telah menahan jenazah beliau, dan meminta supaya dimasukkan ke dalam rumahnya terlebih dahulu.

Maka dibawa masuk ke dalam rumahnya itu, setelah selesai perempuan itu solat ke atas jenazah Al-Imam, maka perjalanan diteruskan ke kubur.

Tahukah anda siapakah perempuan itu?

Perempuan itu adalah guru kepada Imam Asyafie, beliau adalah Sayyidah Nafisah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Bila ditanya kepada Sayyidah Nafisah bagaimanakah perwatakan Imam Syafie?

Maka Sayyidah Nafisah menjawab: “Beliau tidak akan batal wuduk melainkan beliau akan berwuduk”.

Maksudnya Imam syafie memang sentiasa dalam keadaan berwuduk, bukan macam kita ya, kita tak berwuduk sebab takut membazir air boleh jadi. huhu

Dua pengajaran daripada kisah ini yang kita patut ambil manfaat dan beramal:

Sentiasa merendah diri walau sehebat mana pun kita, kita tak hebat pun nak dibandingkan dengan Imam Syafie, kita perasan sahaja hebat.
Kita kena sentiasa berwuduk seperti amalan imam Syafie, barulah kita boleh menjadi hebat sepertinya. InsyaAllah.

sumber:kunanta.net

PERLU KE SEDEKAH ALFATIHAH PADA SI MATI? BACA USTAZ DON BERI PENJELASAN MENGEJUTKAN !!

PERLU KE SEDEKAH ALFATIHAH PADA SI MATI? BACA USTAZ DON BERI PENJELASAN MENGEJUTKAN !!

SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH UNTUK IBUBAPA MU SETIAP SELEPAS SOLAT SUBUH?

Ini merupakan nasihat Ustaz Don kepada anak-anak yang masih hidup didunia ini supaya diluaskan pintu rezeki bagi mereka

Rasulullah SAW pernah bersabda:-

“Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup@telah tiada)” ………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu …

Berdasarkan Hadith Nabi SAW:-

“Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari”

Huraian hadith:-

●Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
●Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
●Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
●Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2.…. Tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
●Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:-

●Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris…..… Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.
●Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. Makanan, Kesihatan, Kasih Sayang, Ilmu dsbnya ..)In Syaa Allah. Berusaha dan bertawakal.… In Syaa Allah
●Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsbnya ….. tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita….. Mari kita Cuba. Allahhuakhbar

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan tengah hari, pagi, petang, siang atau malam, di mana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

CARANYA:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya,

Dan lindungilah mereka,

Aminn yarabillialamin. … “(Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

UNTUK YANG SUDAH MENINGGAL:-
“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…

sumber:e51.e93.myftpupload.com

VIDEO PENJELASAN USTAZ DON

 

Kenali Personaliti Melalui Bentuk Jari Manis Dan Jari Kelingking Anda

Jom Kenali Personaliti Melalui Bentuk Jari Manis Dan Jari Kelingking Anda. Macam Mana Bentuk Jari Manis Dan Jari Kelingking Anda?

Kenali Personaliti Melalui Bentuk Jari Manis Dan Jari Kelingking Anda. Sekarang ini, terdapat pelbagai cara dan teknik yang digunakan bagi mengenalpasti personaliti seseorang individu itu.  Jom tengok macam mana caranya:

Jari kelingking sama tinggi dengan tapak jari manis

Kamu sebenarnya tidak suka bersaing, takut bersendirian dan selalu berpura-pura gembira di hadapan orang lain.
Kamu merupakan seorang yang sangat penyabar dan boleh menyimpan rahsia di dalam hati dengan baik.
Kamu sering memikirkan orang lain dahulu sebelum diri kamu sendiri dan sering mencuba untuk mengubah diri sendiri untuk orang lain. [Sajaheboh.com]
Kamu merupakan seorang yang takut kepada kegagalan dan selalu ingin kelihatan kuat di hadapan orang lain.
Kamu merupakan seorang yang sensitif tetapi sangat peramah dan sangat menghargai persahabatan.

Jari kelingking lebih tinggi daripada tapak jari manis

Kamu merupakan seorang yang sangat pandai membuat perancangan dan memiliki semangat perjuangan yang tinggi dan tidak kisah untuk berusaha sekuat yang mungkin.
Kamu tidak pendendam dan setiap kali kamu kecewa, semuanya akan berlalu dengan cepat sekali.
Kalau orang baik kepada kamu, kamu akan membalasnya berlipat kali ganda.
Kamu merupakan seorang yang praktikal dan tidak gemarkan perkara yang rumit dan memenatkan.
Kamu merupakan seorang yang keras kepala, kadang sudah tahu itu salah, tapi kamu tetap merentasi semua rintangan dan tetap berjalan ke arah yang kamu mahukan.
Kamu benci membuat keputusan.

Jari kelingking lebih pendek daripada tapak jari manis

Kamu orang yang romantis dan peduli akan hal-hal kecil untuk orang yang kamu cintai.
Kamu lebih lambat untuk bergaul dan nampak pendiam di depan orang yang kamu tidak kenali.
Kamu sering berpura-pura kuat dan tenang, sehingga orang lain tidak boleh membaca diri kamu yang sebenarnya.
Kamu sering berharap ada orang yang mengerti kamu, mencintaikamu dan tahu apa yang kamu mahukan.
Kamu sering melindungi kesemua kesedihan kamu, tapi kamu juga berharap ada orang yang dapat menghiburkan kamu dan memberi rasa aman.

Itulah rahsia personaliti berdasarkan bentuk jari manis dan jari kelingking anda. Cuba bandingkan dengan jari anda dan tengok ada persamaan atau tidak.

sumber:beritaviral.press

 

TERNYATA, INILAH ALASAN ILMIAH MENGAPA ISLAM MELARANG MENCABUT UBAN! SHARE!

TERNYATA, INILAH ALASAN ILMIAH MENGAPA ISLAM MELARANG MENCABUT UBAN! SHARE!

Bila sains modern baru menciptakan dekat 3 tahun kemudian terpaut bahaya mencabut uban, hingga agama islam telah melarang umatnya semenjak 1400 tahun kemudian supaya tidak mencabut rambut putih ini.

timbulnya uban sering membikin tidak aman sampai – sampai mau lekas mencabut ataupun mengubah rupanya dengan corak lain. tidak sedikit pula yang mencabut uban dengan sebab biar nampak senantiasa muda.

uban menggambarkan rambut yang berbeda corak dari gelap jadi putih dan juga dikira bagaikan bagaikan konsekuensi dari umur tua. dulu, uban cuma timbul untuk mereka yang telah lanjut umur, tetapi saat ini orang yang masih berumur muda terlebih lagi masih kanak – kanak terdapat yang rambutnya sudah beruban. perihal ini diakibatkan karna aspek genetis maupun konsumsi nutrisi dari santapan yang diperolehnya.

timbulnya uban sering membikin tidak aman sampai – sampai mau lekas mencabut ataupun mengubah rupanya dengan corak lain. tidak sedikit pula yang mencabut uban dengan sebab biar nampak senantiasa muda.

nyatanya aktivitas mencabut uban dilarang dalam dunia kedokteran. bagi kabar terkini dari livescience. com, rambut abu – abu yang setelah itu memutih ini dapat jadi ciri yang baik sehat. riset ini dicoba oleh periset dari museo museo nacional de ciencias naturales di spanyol, ismael galvan pada tahun 2012 kemudian.

dalam studinya ismael galvan telah menciptakan kalau orang yang mempunyai uban malah panjang usia dan juga sehat. uban timbul karna berkurangnya kandungan corak yang ditemukan – zat corak yang ditemui’ href=’pigmen’>pigmen yang ditemukan’>zat corak yang ditemukan yang menggambarkan aspek utama yang memastikan corak kulit dan juga rambut seorang. mayoritas corak yang ditemukan – zat corak yang ditemui’ href=’pigmen’>pigmen yang ditemukan’>zat corak yang ditemukan hendak membikin kulit dan juga rambut badan jadi hitam. bila melanin
menurun, ini tanda – tanda kalau badan sehat dan juga kulit jadi wajar.

ismael galvan meningkatkan, mencabut uban beresiko untuk kepala karna hendak mengganggu keadaan folikel, pangkal rambut dan juga saraf – saraf kepala. dengan mencabut uban dampaknya jumlah rambut hendak menipis kemudian uban hendak nampak lebih banyak walaupun jumlahnya sama. tidak hanya itu, kehancuran folikel hendak berakibat pada kesehatan selaput kepala.

“jauh dari ciri terpaut penuaan, uban mengindikasikan keadaan yang baik, ” ungkap ismael galvan

sudah dilarang semenjak 1400 tahun silam
bila sains modern baru menciptakan dekat 3 tahun kemudian terpaut bahaya mencabut uban, hingga agama islam telah melarang umatnya semenjak 1400 tahun kemudian supaya tidak mencabut rambut putih ini. lewat nabi muhammad saw, allah memerintahkan supaya tidak mencabut uban dengan sebab keimanan. tetapi nyatanya, tidak melulu soal iman, allah mempunyai sebab kedokteran tertentu terhadap larangan ini.

muhammad bin hibban at tamimi rahimahullah, yang lebih diketahui dengan ibnu hibban, dalam kitab shahihnya mengatakan ulasan “hadits yang menggambarkan kalau allah hendak mencatat kebaikan dan juga menghapuskan kesalahan dan hendak meninggikan derajat seseorang muslim karna uban yang ia jaga di dunia. ”

tidak hanya itu, ibnu hibban mengantarkan hadits berikut. dari abu hurairah, rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “janganlah mencabut uban karna uban merupakan sinar pada hari kiamat nanti. siapa aja yang beruban dalam islam meski sehelai, hingga dengan uban itu hendak dicatat menurutnya satu kebaikan, dengan uban itu hendak dihapuskan satu kesalahan, pula dengannya hendak ditinggikan satu derajat, ” (hr. ibnu hibban dalam shahihnya. syaikh syu’aib angkatan laut (AL) arnauth berkata kalau sanad hadits ini hasan).

riset yang lazimnya dicoba oleh non muslim sering kali jadi penguat terhadap kebenaran islam. pengetahuan ini didapatkan nabi muhammad pada dikala era masih amat jauh dari sains dan juga teknologi. dimana perintah dan juga larangan yang dia bagikan, cuma dicoba oleh umatnya bagaikan wujud ketaatan atas keimanan kepada allah swt. tetapi nyatanya, perintah dan juga larangannya benar memiliki pengetahuan yang tidak dibayangkan sebelumnya. subhanallah.. . .

sumber:makjemmahuolls.win

Menyayat Hati…Pelajar perempuan di culik di Gua Musang…

PELAJAR perempuan berusia 16 tahun dipercayai dilarikan seorang lelaki mengaku anggota polis bernama Faiz di rumahnya di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, semalam.

Ibu mangsa Wan Maziah Wan Mat, 37, berkata, sebelum kejadian Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi keluar membeli buku adiknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Gali, menaiki motosikal kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka pada 11 pagi semalam.

Katanya, ketika pulang Nur Syaminn yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan singgah membeli pisang goreng di kedai berdekatan simpang Ulu Gali.

“Di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis meminta tolong untuk membawa balik motosikal yang didakwa baru dibelinya di kedai di Sungai Ruan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Maziah berkata, lelaki itu kemudian mengikut anaknya pulang ke rumah mereka dan bertemunya.

“Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz, anggota bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.

“Katanya dia mahu meminta tolong anak saya mengambil motosikal baru dibelinya. Tanpa syak wasangka saya membenarkan Nur Syaminn mengikut lelaki berpenampilan kemas berusia lingkungan 20-an itu menaiki kereta berwarna perak,” katanya.

Surirumah itu berkata, kira-kira 3 petang dia mendapat panggilan telefon daripada anaknya mengatakan berada di Gua Musang, Kelantan.

“Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya diambil lelaki itu sebelum talian diputuskan,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Ruan pada 4 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dibuat ibu mangsa dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan pihaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 11:15 AM

sumber:www.hmetro.com.my