PETUA HILANGKAN KAYAP SERTA DOA..JOM SHARE!!!

PETUA HILANGKAN KAYAP SERTA DOA

Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:-
Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
.
Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
.
Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
.
Petua 5.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
.
Petua 6.
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.
.
Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
.
Petua 8.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
.
Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .

sumber:www.sumbermaklumat.net

TAHUKAH ANDA MENGAPA DALAM ISLAM DILARANG MENIUP MAKANAN DAN MINUMAN YANG PANAS- INI JAWAPANNYA!JOM SHARE!!!

TAHUKAH ANDA MENGAPA DALAM ISLAM DILARANG MENIUP MAKANAN DAN MINUMAN YANG PANAS- INI JAWAPANNYA!

Inilah Sebab Kenapa Agama Islam Larang Tiup Makanan Dan Minuman Yang Panas Seringkali kita melihat, seorang Ibu ketika menyuapi anaknya makanan yang masih panas, dia meniup makanannya lalu disuapkan ke anaknya.

Bukan cuma itu, bahkan orang dewasa pun ketika minum teh atau kopi panas, sering kita lihat, dia meniup minuman panas itu lalu meminumnya. Cara demikian tidaklah dibenarkan dalam Islam
Inilah 3 fakta ilmiah tentang larangan meniup minuman dan makanan dalam Islam yang tidak kamu ketahui. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari, Rasulullah Muhammad Saw pernah bersabda kepada umat muslim:

“Apabila kamu (sedang) minum, maka jangan bernafas di dalam gelas, dan ketika membuang hajat, maka jangan sentuh kemaluan menggunakan tangan kanan.”
Hadis tersebut memberikan indikasi bahawa kita tidak boleh meniup atau bernafas di dalam gelas. Pada masa ini, banyak sekali orang yang meniup makanan dan minuman panas.
Hal ini wajar mengingat apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita sangat panas dan mungkin saja kita tidak bersabar untuk segera mengambilnya.

Malangnya, kebiasaan ini justru dilarang oleh Nabi Muhammad Saw. Lalu, apa alasannya? Tentu, Rasulullah tidak memberikan alasan terperinci, tetapi beliau melarang kita, berarti itu menjadi sebahagian dari sunah apabila kita menjalaninya.

Penjelasan Bahaya Meniup Makanan dan Minuman Panas
Semua yang telah mengenyam bangku sekolah pasti memahami, manusia bernafas menghirup oksigen atau O2, dan menghembuskan karbon dioksida atau CO2. Ketika kita meniup makanan, tentunya yang kita keluarkan adalah gas CO2. Sementara itu makanan panas tadi masih mengeluarkan wap air (H2O). Menurut reaksi kimia, apabila wap air bertindak balas dengan karbon dioksida akan membentuk senyawa asam karbonat (carbonic acid) yang bersifat asid.
H2O + CO2 => H2CO3

Perlu kita tahu bahawa didalam darah itu terdapat H2CO3 yang berguna untuk mengatur pH (keasidan) di dalam darah. Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mempertahankan pH) dengan asam lemahnya berupa H2CO3 dan dengan basa konjugasinya berupa HCO3- sehingga darah memiliki pH sebesar 7,35 – 7,45 dengan reaksi sebagai berikut:
CO2 + H20 HCO3- + H +

Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung terhadap perubahan yang berlaku secara tiba-tiba dalam pH darah. Adanya kelainan pada mekanisme kawalan pH tersebut, boleh menyebabkan salah satu dari 2 kelainan utama dalam keseimbangan asam basa, iaitu asidosis atau asidosis.

sumber:nasihatmedia.com

Ini Akibat Jika Minum Air Panas Dalam Botol Yang Ada Dalam Kereta..JOM SHARE!!!

Ini Akibat Jika Minum Air Panas Dalam Botol Yang Ada Dalam Kereta

Air terdedah sinaran matahari dan panas melampau akan mendorong kepada barah.
Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.

“Tetapi ia tidak khusus kepada barah payudara, tetapi kepada semua jenis barah sama ada barah payudara, usus dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian berhubung mesej viral yang tersebar luas berhubung bekas botol air plastik terdedah dalam panas boleh menyebabkan barah payudara, semalam.

Berdasarkan mesej viral itu, artis antarabangsa Sheryl Crow menghidap barah dengan meminum air daripada botol yang terdedah panas dan ia juga dikatakan menjadi penyebab paling utama kepada kanser payudara terutamanya di Australia.

“Wanita tidak boleh minum minuman yang sudah lama di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia yang boleh menyebabkan barah,” menurut mesej itu.

Menurutnya, oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan sama sekali untuk meminum air yang sudah lama ditinggalkan di dalam panas dan disarankan untuk membuang sahaja air berkenaan.

Katanya, ia tidak hanya kepada botol air yang terdedah kepada panas di dalam kereta, tetapi di mana sahaja selagi ia telah terdedah kepada sinaran matahari dan panas.

Bagaimanapun, Jamaludin menafikan penggunaan bekas keluli tahan karat ataupun kaca sebagai alternatif kepada bekas plastik.

Katanya, apa sahaja air yang terdedah kepada panas dalam pelbagai bentuk adalah tidak mampu mengelakkan air itu bebas daripada menghasilkan bahan-bahan toksik berkenaan.

sumber:semasapost.com

Inilah Ubat untuk Buasir yang Sangat Mujarab, Kalah Ubat Hospital !!!JOM SHARE!!!

Inilah Ubat untuk Buasir yang Sangat Mujarab, Kalah Ubat Hospital !!!

Dikenali dengan pelbagai nama, antaranya Pokok Buasir, Pokok Daun 4 Muka, Pokok Patah tulang, Pokok SiPatah Patah, Pokok Biawak Laut, Pokok katek ketam dan Pokok katam seribu

Nama Saintifik: Cissus quadrangularis L. Vitaceae

Cissus quadrangularis atau Katam Seribu Baik untuk Buasir / Osteoporosis / Pengurangan Berat

Tumbuhan ini dikenali sebagai Cissus quadrangularis atau Katam Seribu dalam bahasa Melayu, sangat baik untuk buasir, osteoporosis dan pengurangan berat badan. Ada cara yang berbeza untuk mengambil ini (JANGAN membawa mereka secara langsung kerana ini akan menyebabkan sakit kerengsaan yang menyakitkan ke bawah tekak anda).

Buasir:

1. Hanya gunakan pucuk muda. Tanggalkan sayap Cissus quadrangularis, kemudian potong menjadi lebih kecil. Bungkus ini dalam sekeping roti ATAU anda boleh memasukkannya ke dalam pisang ATAU sisipkannya dalam kapsul, (yang terakhir adalah yang terbaik), kemudian berhati-hati menelan ini. Ambil 2 pil pada pagi n 2 pil pada waktu malam selepas makan. Sila minum banyak air.

[Ambil batang muda. Buang sayap keliling nya. Potong kecil2 bagi hanya cukup untuk dimasukkan ke dalam kapsul (kapsul boleh beli halal di farmasi)
Telan 2 kapsul pagi selepas makan dan dua malam malam.
Kena minum banyak udara.

(Jangan sekali2 terus telan macam tu saja, sebab rengkong akan terasa terlalu gatal dan pedih, bagai nak siat dengan pisau, kata orang.)]

2. Anda boleh memotong pucuk muda Cissus quadrangularis menjadi kepingan yang lebih kecil, kemudian keringkannya. Setelah kering, gosok ke dalam bentuk serbuk. Masukkan kapsul. Ambil 2 pil pada pagi n 2 pil pada waktu malam selepas makan. Minum banyak air.

* Berhenti mengambil sebaik sahaja anda sembuh.

Osteoporosis / Pengurangan Berat:

1. Untuk osteoporosis – Keluarkan sayap Cissus quadrangularis, kemudian potong menjadi lebih kecil. Masukkan mereka dalam kapsul, ambil 1 ~ 2 pils selepas makanan 3 kali sehari. Minum banyak air.

2. Lakukan yang sama jika anda ingin mengurangkan berat badan. Dua kapsul selepas sarapan pagi, terus mengambil selama 10 minggu. Minum banyak air.

Maklumat lain yang menarik tentang tumbuhan ini, adalah baik untuk pencegahan Osteoporisis pada wanita menopause. Herba ini juga merupakan penggunaan ubat tradisional Thailand untuk patah tulang.

Sekiranya anda melihat apa-apa kesan sampingan yang buruk, jangan berhenti mengambilnya.

sumber:www.islamituindah.info

Ubati Gastrik Dan Pedih Ulu Hati Dengan 7 Bahan-Bahan Ini..JOM SHARE!!!

Ubati Gastrik Dan Pedih Ulu Hati Dengan 7 Bahan-Bahan Ini

Pedih di ulu hati?
Perut kembung?
Kurang selera makan?
Rasa nak muntah dan pening kepala?

Di atas adalah simptom sakit gastrik. Ia terjadi jika anda ‘skip’ atau lewat makan, stress, makan makanan terlalu pedas, tidak kunyah makanan sehingga lumat dan hadapi masalah penghadaman.

Gastrik bukan penyakit, tetapi masalah kesihatan. Jadi ia sebenarnya boleh diubati.

Anda boleh memilih untuk makan ubat yang diperoleh daripada klinik ataupun sumber alam semula jadi seperti yang disenaraikan

7 BAHAN SEMULAJADI PENGUBAT SAKIT GASTRIK

1. DAUN KUNYIT


Daun kunyit memiliki antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertahanan tubuh badan melawan sebarang penyakit.

Caranya, tumbuk dengan lumat dan campurkan bersama segelas susu. Amalkan setiap hari hingga hilang sakit gastrik.

2. DAUN JAMBU BATU


Jangan ingatkan jambu batu hanya boleh dimakan buahnya saja. Daunnya juga mempunyai khasiat dan berfungsi sebagai penawar pelbagai penyakit.

Rebus daun jambu batu hingga mendidih. Tapis airnya dan minum.

3. HALIA


Mungkin ramai yang tahu, halia memang mujarab dalam melegakan perut kembung dan berangin.

Selain itu, halia memang banyak sangat khasiatnya serta bersifat anti-kanser, seperti kunyit.

Kunyah halia selepas makan setiap hari. Tidak pun, campurkan hirisan halia dalam makanan.

Anda juga boleh minum teh halia untuk atasi masalah gastrik.

4. SODA PENAIK
Eh, soda penaik ni bukan nak buat kek ke? Haa.. Jangan tak tahu, soda penaik pun boleh dijadikan penawar gastrik ye. Sodium bikarbonat yang terdapat dalam soda penaik ini bertindak sebagai antasid, lalu membantu meneutralkan asid dalam perut.

Caranya, campurkan ¼ sudu soda penaik ke dalam segelas air dan minum. Ia dapat melegakan sakit gastrik buat sementara waktu.

5. CUKA EPAL / ‘APPLE CIDER’

Masukkan dua sudu cuka epal dalam air suam dan biarkan seketika baru diminum. Ia akan segera mengatasi masalah gastrik yang dihidapi.

Seelok-eloknya, cari cuka epal yang asli dan tidak dicampur dengan bahan lain. Walaupun rasanya adalah sangat masam, namun ia amat baik untuk tubuh badan.

Selain cuka epal, anda juga boleh mencuba cuka kurma.

6. KAYU MANIS


Kayu manis memang adalah rempah yang selalu kita gunakan dalam masakan seperti sup, kurma, dan kari.

Rebus kayu manis hingga didih dan biarkan sejuk sebelum diminum. Cara lain, masukkan ½ sudu serbuk kayu manis dan madu dalam segelas susu suam dan minum.

Selain itu, anda juga boleh mencampurkannya ke dalam teh. Lebih beraroma!

7. BAWANG PUTIH


Bawang putih merupakan tanaman yang telah digunakan sejak zaman Mesir purba lagi. Ia mengandungi allicin, iaitu salah satu komponen biologi aktif yang paling utama berfungsi sebagai zat anti bakteria.

Untuk mendapatkan kesan paling maksimum, panggang dua ulas bawang putih. Buang kulitnya dan makan begitu sahaja.

Jika tidak mampu makan begitu, rebus bawang putih bersama lada hitam beberapa minit dan biarkan sejuk. Minum dua kali sehari untuk hilangkan sakit gastrik.

JIKA SAKIT GASTRIK MASIH BERTERUSAN,
…jangan ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat doktor. Gastrik ringan boleh dirawat, namun sekiranya anda mengalami simptom yang terlalu membimbangkan, rujuklah pada yang pakar. Dikhuatiri akan membawa kepada penyakit lain.

Selain itu, fokus pada makanan dan jangan fikirkan atau melakukan perkara lain. Kunyah makanan sehingga betul-betul lumat kerana ia memberi banyak manfaat selain dapat mengelakkan daripada perut mudah terkena gastrik.

sumber:www.islamituindah.info

Cara Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Dan Terasa Menyucuk Pijak Lantai Sejuk..JOM SHARE!!!

Ustaz Pecah Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Dan Terasa Menyucuk Pijak Lantai Sejuk 

Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..

Jika angin Tak di buang dalam badan boleh mengakibatkan bisa seluruh sendi badan.Ada Masa jadi susah tidur malam..

Sebelum ini Saya Ada share Rendam kaki dalam ais.Sy share semula agar bermafaat pada mereka yang memerlukan..

Tahukah anda amalan rendam kaki dgn Air yg di campur dgn sedikit ais dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan Dari GangguanJin

Terapi rendam kaki dgn air yg dicampur sedikit ais bagi org yg sukar tidur malam baik jika di amalkan..

Bagi masalah sakit kepala,Bisa sakit badan,elok amalkan rendam kaki dgn Air yg dicampur ais ini..

Sekiranya anda ada gangguan jin yg Kronik anda pasti sakit seperti menyucuk2 di kaki yg di rendam..Itu tanda yg tubuh kita ada gangguan makhluk halus..Sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda..

Lagi baik jika di campurkan dgn daun bidara limau dan garam bukit dalam air berais itu..

Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita..

Cuba la ..

Sy setiap hari setiap pagi dan sebelum tidur pasti akan rendam..

Amalkan sebelum rendam kaki baca

#Al_Fatihah7x

#AlI_khlas7x

#Dan_selawat7x

Cuba la kesan nya amat memberangsangakn..

InshaaAllah Izin Allah Kaki badan akan Rasa ringan..

Kesan Gangguan makhluk halus..

=Kaki Rasa Pijau bila di rendam kaki dalam Ais

=Lenguh kebas pada kaki

=Sakit mencucuk di kaki

Sekiranya anda ada kesan ini nasihat sy dapatkan rawatan islam berhampiran …

Harus di ingat ini adalah Salah satu Alternatif dalam rawatan islam sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit..inshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh.Semua atas izin Allah..

Baik Juga anda amalkan Mandi Ais seperti yang Saya sendiri share artikel sebelum ini….

Siapa yang Tak tahan Mandi ais boleh la Cara di atas..

Moga bermafaat pada mereka yang memerlukan InshaaAllah Aamiin

sumber:makinheboh.win

Inilah Sebab Kita Disuruh Melamakan Rukuk Dan Sujud, Manfaatnya Amat Luar Biasa! Mari Amal & Kongsikan, Semoga Bermanfaat Untuk Semua!

Inilah Sebab Kita Disuruh Melamakan Rukuk Dan Sujud, Manfaatnya Amat Luar Biasa! Mari Amal & Kongsikan, Semoga Bermanfaat Untuk Semua!

Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh Umat Islam. Kekhusyukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama mahupun perubatan. Ada orang yang dalam solatnya begitu khusyuk dan menikmati setiap gerakan-gerakannya.

Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai. Dua gerakan yang biasanya dilakukan secara kilat ada saat rukuk dan sujud. kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepat dua gerakan ini agar solat cepat selesai.

Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan. Jika dilakukan secara cepat, maka manfaat perubatan dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak didapatkan secara maksimal. Manfaat perubatan apa yang dimaksud? Berikut ini ulasannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud. Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan dosa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seorang pemuda sedang solat, dia memanjangkan solatnya dan melamakannya, maka beliau bertanya: siapa yang kenal orang itu? Maka ada yang menjawab: Saya.

Beliaupun mengatakan: seandainya aku mengenalnya, tentu aku akan menyuruhnya untuk memanjangkan rukuk dan sujudnya, kerana aku pernah mendengar Nabi -Shollallohu alaihi wasallam- bersabda:

“Sungguh, jika seorang hamba berdiri untuk solat; semua dosanya didatangkan, dan diletakkan di atas bahunya. Maka setiap kali dia rukuk dan sujud, dosa-dosa tersebut menjadi berjatuhan”. (Lihat Silsilah shahihah: 1398, sanadnya shahih).

Dari hadis di atas, dapat di ambil kesimpulan bahawa semakin lama rukuk dan sujud, maka akan semakin banyak dosa yang akan dilepaskan dari diri manusia. Ternyata tidak hanya dari segi agama saja gerakan yang lama dan khusyuk ini memberikan manfaat. Dari segi kesihatan pun, terbukti memperlama gerakan rukuk dan sujud juga memiliki manfaat besar.

Rukuk menjadi salah satu gerakan yang ternyata memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Rukuk yang sempurna seperti di lihat apabila kita meletakan gelas di punggung maka tidak akan tumpah sebab antara kepala dan tulang belakang atau punggung sejajar.

Selain itu, posisi rukuk yang sempurna ini juga bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi punggung sebagai penahan tubuh dan pusat saraf dan posisi jantung sejajar dengan otak sehingga bahagian tengah badan kita boleh mengalirkan darah dengan sempurna.

Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah. Menurut penelitian posisi rukuk ini juga sangat bermanfaat untuk melatih urin sehingga terhindar dari penyakit prostat.

Sementara itu, sujud juga menjadi gerakan dalam solat yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Menongeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud ini berguna juga untuk mengepam saluran darah ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan daerah ini kaya dengan kandungan oksigen yang boleh mengalir secara maksimal ke otak.

Aliran tersebut sangat berpengaruh terhadap daya fikir seseorang. Oleh sebab itu, ada baiknya melakukan sujud dengan tuma’ninah, yakni tidak tergesa-gesa agar darah mencukupi kapasitinya ke otak. Posisi yang demikian ini menghindarkan seseorang dari gangguan sawan. Khusus bagi wanita baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

Demikianlah ulasan mengenai faedah di sebalik lamanya rukuk dan sujud dalam solat. Jika ingin dosa berguguran, maka lakukan anjuran Rasulullah ini. Semoga kita selalu menjadi hamba Allah yang selalu beriman dan beramal solat. Insya Allah
Sumber :www.bacaanrohani.com

7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan..Rugi Kalau Anda Tak Baca Ni.. 

7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan..Rugi Kalau Anda Tak Baca Ni.. 

Mungkin kita tak sedar atau seakan-akan tidak endah dengan signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita, khususnya tapak tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan.

1 Sindrom Carpal Tunnel.

Sindrom Carpal Tunnel boleh di diagnos daripada ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada aktiviti berulang-kali yang dilakukan seseorang, hingga menyebabkan pergelangan tangan membengkak.

2 Keletihan

Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang berada di tapak tangan. Ini menyebabkan denyutan pada tapak tangan.

3 Masalah Tulang Belakang

Masalah tulang belakang dikaitkan dengan jari manis dan jari anak. Ini disebabkan oleh tekanan yang kuat pada saraf yang dihubungkan dengan tulang belakang.

4 Kurang Vitamin.

Apabila badan kekurangan vitamin, denyutan dapat dirasai pada jari tangan sebelah kiri atau pada jari kaki sebelah kiri. Ini terjadi apabila badan kekurangan vitamin E, B1, B6 dan B12.

5 Penyakit Buerger

Penyakit ini sering terjadi pada perokok tegar. Aliran darah yang mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya menyebabkan kurangnya mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas pada kaki.

6 Masalah Aliran Darah Dalam Badan.

Jika anda mengalami rasa kebas pada bahagian kanan tapak tangan, ia mungkin disebabkan tekanan yang dialami oleh permukaan urat saraf. Sesetengah penyakit kardiovaskular lain juga akan menyebabkan rasa kebas pada bahagian ini.

7 Diabetes

Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa denyutan pada beberapa bahagian ditapak tangan sebelah kiri. Ini terjadi disebabkan kurangnya aliran darah pada beberapa bahagian badan, menyebabkan kerosakkan pada hujung saraf. Walau apa pun, segeralah berjumpa dengan pakar dan doktor bagi mendapatkan rawatan segera.

Sumber:himpunandoaharian.com

Amalan Harian yang boleh di ikhtiarkan untuk mengelakkan diri dari menjadi nyanyuk..

Amalan Harian yang boleh di ikhtiarkan untuk mengelakkan diri dari menjadi nyanyuk..

Semakin panjang umur seseorang, semakin berisikolah individu itu untuk menghidap penyakit nyanyuk. Ia tidak akan menyerang kesihatan tubuh badan, namun ini adalah perkara yang paling ditakuti oleh semua orang kerana ia bersangkut paut dengan memori dan fungsi akal seseorang.

Menurut sebuah kajian, satu daripada enam orang yang berusia 80 tahun ke atas akan terjebak dengan kondisi ini di mana, lazimnya memori dan ingatannya akan hilang sekaligus, termasuklah akalnya tidak dapat berfungsi dengan normal, separa sedar dan tiba-tiba mempunyai masalah untuk berkomunikasi.

Ya, memang ada rawatan yang disediakan untuk masalah nyanyuk namun, kesannya bersifat sementara dan boleh jadi tidak berkesan langsung. Adalah lebih wajar untuk kita katakan bahawa sebenarnya tiada penawar yang efektif bagi menyembuhkan nyanyuk.

“Adalah lebih baik mencegah daripada mengubati”

Wanista mahu berkongsi beberapa cara untuk mencegah penyakit nyanyuk.

#1 Jaga-Jaga Dengan BMI Tubuh

Deborah Gustafson, Pakar Epidemiologi di University of New York bersetuju bahawa BMI dan umur ada kaitan dengan kehadiran penyakit nyanyuk ini. “Mempunyai BMI yang tinggi pada umur pertengahan (30 – 60) akan meningkatkan risiko untuk seseorang menjadi nyanyuk di masa akan datang. Ini kerana sebaik seseorang terjebak dengan penyakit nyanyuk, BMI yang dimilikinya akan serta-merta menurun.

Oleh itu jaga-jaga dengan BMI tubuh. Pastikan berat badan adalah ideal dengan umur anda, jangan pula terlalu rendah dan jangan pula terlalu tinggi sehingga boleh dianggap sebagai obesiti.

#2 Makan Secara Sihat, Kawal Diet

Makan banyak bijirin, buah-buahan, sayur, ikan dan telur. Ini dapat mengurangkan risiko menghidap nyanyuk bahkan dalam masa yang sama turut menjaga kesejahteraan kardiovaskular (kesihatan saluran darah dan jantung).

Cth: Ikan yang dipanggang dengan minyak zaitun sambil ditemani hidangan sampingan salad tomato adalah hidangan sihat yang mengandungi semua khasiat penting seperti diperlukan tubuh bagi mengelak nyanyuk!

#3 Libatkan Diri Dalam Aktiviti Sosial

Jangan asyik terperuk di rumah dengan hanya menonton televisyen, bermain telefon pintar atau tidur sepanjang hari. Apabila ada masa lapang, selagi boleh, cuba pergi bersosial.

Anda boleh bersukan, bergaul dan bertukar pendapat sesama individu lain dengan menghadiri kelas-kelas keagamaan mahupun melakukan hobi bersama kumpulan yang mempunyai minat sama. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan neuron-neuron dalam otak terus berhubung, bergerak lancar (tidak dibiarkan berkarat). Ayuh bertindak sebelum terlambat.

#4 Jaga Kesihatan Jantung

Bagi mengurangkan risiko nyanyuk, sila lihat dan pantau kesihatan jantung. Lakukan pemeriksaan tekanan jantung, diabetes dan jangan lupa ambil ubat kolesterol jika perlu agar ia dapat dikawal. Bagi yang merokok, berhenti merokok. Perokok mempunyai 45% risiko lebih tinggi untuk menjadi nyanyuk malah hilang ingatan.

#5 Jangan Pernah Berhenti ‘Belajar’

Biarpun umur semakin tua, tiada halangan yang bisa menjadi penamat untuk anda berhenti belajar. Anda masih boleh pergi ke kelas-kelas praktikal mungkin untuk belajar menjahit, atau belajar bahasa baru.

Paling mudah, rajinkan diri untuk membaca bahan ilmiah atau biasakan diri membaca Al-Quran setiap kali selepas solat mahupun sebelum tidur, cukup satu muka surat sehari jika anda benar-benar kesuntukan masa (bagi yang beragama Islam).

Bila otak aktif memproses maklumat, ia akan terus bergerak secara normal, percayalah. Sebab itu kita lihat, jarang sungguh untuk orang yang kuat agama dan bijak pandai di seluruh dunia ini menghidap masalah pelupa atau nyanyuk.

#6 Bonus!

Bersenamlah! Jelas Dr. Doug Brown iaitu Pengarah Kajian dan Pembangunan di Alzheimer’s Society, terdapat empat kunci utama untuk sihat tanpa nyanyuk iaitu: Bersenam, jangan merokok, amalkan diet sihat serta jaga kesihatan jantung.

Kajian Caerphilly pula menyatakan bahawa hampir 3,000 lelaki berusia 35 tahun ke atas yang sering bersenam (sekurang-kurangnya berjalan kaki lima kali seminggu) dapat mengurangkan risiko nyanyuk. Kesimpulannya, bersenam memang membantu.

Jangan terlepas pandang okay? Nyanyuk memang kelihatan klise untuk orang yang sudah berumur, namun jika anda mahu kehidupan yang tidak menyusahkan orang lain, sila berjaga-jaga kerana nyanyuk kadang-kala boleh meragut nyawa diri bahkan akan mengheret kaum keluarga dan orang di sekeliling menjadi tidak senang dengan keadaan anda. Ya, semuanya kerana otak anda sudah tidak lagi dapat berfungsi secara normal.

sumber:www.duniapendidikanonline.com

INILAH 10 TANDA-TANDA BUAH PINGGANG ANDA TELAH ROSAK..JOM SHARE!!!

10 TANDA-TANDA BUAH PINGGANG ANDA TELAH ROSAK


Buah pinggang adalah salah satu orang yang paling penting dalam badan. Walaupun kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang, namun banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.

Antara salah satu fungsi terpenting buah pinggang adalah menjadi penapis bahan buangan dalam darah.

10 tanda-tanda buah pinggang anda mengalami kerosakan.

1. Kerap berasa lemah dan letih

Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.

2. Masalah tidur

Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.

3. Kulit kering dan gatal

Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.

4. Selalu rasa nak kencing
Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.

5. Ada darah dalam air kencing

Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.

6. Kencing berbuih
Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku..

7. Bengkak berterusan pada mata

Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.

8. Buku lali atau kaki bengkak

Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.

9. Kekejangan otot

Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.

10. Kurang selera makan

Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan, mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang selera makan.

sumber:mylabulabi.tech