Tun M persoal peranan mufti sewaktu peristiwa Memali..JOM SHARE!!!

Tun M persoal peranan mufti sewaktu peristiwa Memali


SHAH ALAM – [VIDEO] Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan peranan mufti-mufti di negara ini berikutan tidak mengambil sebarang langkah untuk menyangkal Amanat Hadi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tragedi berdarah Memali.

Menurutnya, mufti tidak mengambil sebarang tindakan bagi membetulkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada waktu itu yang mendakwa bahawa mana-mana pihak tidak menyertai parti Islam tersebut merupakan seorang kafir.

“Mengapa mufti tidak betulkan kenyataan itu? Mereka diam seribu bahasa seolah-olah bersetuju dengan pendapat Pas.

“(Jika begitu) kalau mereka setuju dengan Pas namun tidak sertai Pas, maka mereka juga kafir,”katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sewaktu Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC, hari ini.

Amanat Hadi tersebut dikatakan menjadi inspirasi kepada pengikut Pas pada ketika itu, dengan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya, antara yang memegang teguh amanat berkenaan.

Disebabkan Amanat tersebut, Mahathir memaklumkan bahawa pengikut Ibrahim Libya telah merancang pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan pada waktu itu.

“Peristiwa Memali telah menyaksikan pengikut Ibrahim Libya membunuh empat anggota polis kerana pada mereka polis bekerja dengan kerajaan kafir. Inilah jadi akibat fatwa yang dikeluarkan oleh orang politik,” katanya.

Beliau turut mendakwa Pas merupakan sebuah parti Islam yang bertindak untuk menjual agama.

sumber:www.sinarharian.com.my

Terkini..Mangsa culik yang viral….Naik bas pulang ke Raub

Naik bas pulang ke Raub

 

NUR Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16, yang dilarikan lelaki menyamar Sarjan polis bernama Faiz, kelmarin, ditemui selamat di Raub pada 11.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Raub dan anggotanya mengambil gadis berkenaan di sebuah stesen bas di bandar ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, ketika ditemui mangsa hanya berseorangan dan lelaki yang dikatakan melarikan gadis itu tiada bersamanya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Raub dan Kuala Lipis untuk pemeriksaan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek berbadan kurus, kulit sawa matang, rambut pendek lurus, bermisai nipis dan berusia awal 30 tahun itu,” katanya.

Menurutnya, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang serta menyamar sebagai penjawat awam.

sumber:www.hmetro.com.my

Tiga Penjenayah Gang Kongsi Gelap 24 Ditembak Mati Polis

Tiga Penjenayah Gang Kongsi Gelap 24 Ditembak Mati Polis

GOMBAK – Tiga penjenayah ditembak mati oleh pihak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu, Batu Caves.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, ketiga-tiga suspek yang menaiki kereta jenis Suzuki Swift berwarna putih pada mulanya dikesan berlegar di sebuah pusat komersial di Bandar Baru Selayang.

Berikutan maklumat risikan, polis daerah Gombak memaklumkan kepada semua pasukan dan unit peronda yang berada di lapangan untuk menahan kesemua suspek.

Kesemua suspek berusaha melarikan diri dengan memecut kenderaan mereka sebaik menyedari kehadiran pihak polis.

Sepasukan anggota polis yang menaiki dua buah kenderaan berjaya mengepung kenderaan yang dinaiki suspek selepas lebih 30 minit mengejar di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Baru Selayang.

Kesemua suspek diminta menyerah diri namun apabila menyedari mereka terkepung, seorang suspek bertindak nekad melepaskan sedas tembakan ke arah polis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat yang kelihatan turut hadir di lokasi kejadian.

Katanya, “anggota kita tiada pilihan lain selain membalas tembakan ke arah mereka untuk mempertahankan diri menyebabkan ketiga-tiga suspek mati ditembak kejadian.”

Jelasnya, “dari hasil pemeriksaan pihak polis menemukan sepucuk pistol jenis Beretta .22 dan dua bilah parang dalam kenderaan suspek.”

Namun buat masa ini pihak polis belum dapat memastikan identiti kesemua suspek kerana tiada dokumen pengenalan diri yang ditemui tetapi mereka dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an, katanya lagi.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dengan beberapa kes samun keluar bank yang dilaporkan berlaku di sekitar Selangor.

“Kita masih meneruskan siasatan berkaitan beberapa kes yang membabitkan kumpulan ini, katanya.

sumber:www.berita-media-online.com

Kementerian Pendidikan mengarahkan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid dan sekolah kawalan dihentikan

Henti asing kelas, sekolah kawalan

NILAI: Kementerian Pendidikan mengarahkan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid, dan sekolah kawalan dihentikan.

Kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu mesti dimansuhkan sepenuhnya bermula 2019.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata amalan berkenaan bukan dasar pendidikan, namun dilakukan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS), yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) sebelum ini.

“Selaras dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mula dilaksanakan tahun ini, sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS, kerana kita mahu semua murid dididik secara holistik, dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.

“Tiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu.

“Kita faham ada sekolah masih mengamalkan pengasingan kelas kerana sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama, namun seiring dengan perubahan, terutama pelaksanaan PPSR, kita berharap amalan ini dihentikan menjelang sesi persekolahan 2019,” katanya pada sidang media di Institut Aminuddin Baki di sini, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Pelajaran Negeri juga mesti menghentikan sekolah kawalan, iaitu memilih pelajar berdasarkan pencapaian sukan, akademik serta disiplin, kerana tidak selaras dengan dasar pendidikan negara.

“Kita tidak menggalakkan amalan ini yang kadang kala menyusahkan pelajar kerana ada sesetengah kes, pelajar terpaksa pergi ke sekolah yang jauh kerana tidak diterima di sekolah berhampiran kawasan perumahannya,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan tidak bercadang mengeluarkan pekeliling berhubung semua amalan lama berkenaan, namun berharap pentadbir sekolah memahami perubahan yang sedang dilaksanakan kementerian dan menerapkan amalan yang seiring dasar pendidikan negara.

sumber:www.bharian.com.my

Oleh Kerana Tulisan Rentang “Makan Sampai Kenyang” Akhirnya Diakhiri Dengan Pergaduhan Antara Peniaga Dan Pelanggan. Rupa-Rupanya Pelanggan Ini Tidak Berpuas Hati Kerana…..

Oleh Kerana Tulisan Rentang “Makan Sampai Kenyang” Akhirnya Diakhiri Dengan Pergaduhan Antara Peniaga Dan Pelanggan. Rupa-Rupanya Pelanggan Ini Tidak Berpuas Hati Kerana…..

BAHANA tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi, sebuah video memaparkan beberapa orang pelanggan sedang bertekak dengan peniaga durian menjadi tular di laman sosial.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Kebun Klang, Shah Alam itu menyaksikan pelanggan berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap peniaga itu yang didakwa seorang penipu.

Hasil tinjauan menerusi video berkenaan, Mynewshub mendapati layanan yang diterima oleh pelanggan berkenaan sama sekali tidak sama seperti tema yang tercetak pada kain rentang iaitu ‘Makan Sampai Kenyang’.

Bukan itu sahaja, malah pelanggan tersebut turut menyuarakan ketidakpuasan hati dengan kualiti buah durian yang disediakan kerana ada antaranya didapati tidak elok dan lebih teruk sudah tidak boleh dimakan.

Berikutan terlalu berang, pelanggan terbabit bertindak agresif dengan mengherdik lantas menyebabkan dia ditolak secara kasar oleh peniaga terbabit.

“Bang, jangan tolak-tolak orang. Tak perlu tolak-tolak orang,” tegur salah seorang pelanggan yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Namun, tidak hanya berdiam diri peniaga itu dilihat membalas teguran berkenaan dengan nada yang agak tinggi.

“Aku tolak dia, ke dia tolak aku?!” ujar peniaga dengan nada tidak berpuas hati.

Video yang tular itu dilihat menerima pelbagai reaksi serta dikecam hebat oleh netizen yang rata-rata pernah menjadi ‘mangsa’ kepada peniaga berkenaan.

Sehubungan itu, kepada pihak penganjur diharapkan dapat tampil memberi penjelasan serta pencerahan berhubung isu ini sebelum ia menjadi lebih buruk kelak.

Setakat ini, video berkenaan telah ditonton lebih dari 19,000 dan dikongsi lebih daripada 100 kali di laman

Kecoh x puas hati pasal durian.Dikatakan berlaku di Jalan Kebun Klang. Menurut pelanggan, masa hanya di beri 35minit dengan masa menunggu yang lama dan buah yang kurang berkualiti. Tulis kat banner makan sampai kenyang, tapi lain pula yang jadi.Diminta pihak penganjur memberi penjelasan tentang isu ini.Kredit : Jumina Kasim

Posted by VideoMalaysia on Wednesday, 27 December 2017

sumber:mylabulabi.tech

Remaja 16 Tahun Diculik, Sepupu Dedah Cerita Sebenar!

Remaja 16 Tahun Diculik, Sepupu Dedah Cerita Sebenar!

RABU lalu, seorang remaja berumur 16 tahun dilaporkan telah diculik oleh seorang individu yang disyaki menyamar sebagai anggota polis di Sungai Ruan, Raub, Pahang.

Dalam satu kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Nor Syamin Nabila Binti Mohd Shapawi keluar ke daerah Pekan bertujuan untuk membeli keperluan persekolahan.

Hasil tinjauan Mynewshub memetik beberapa sumber berkata secara tiba-tiba gadis terbabit didatangi oleh seorang lelaki berbangsa melayu yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dan lengkap berpakaian uniform polis di hadapan kediamannya.

Suspek kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang anggota polis dari Balai Polis Ruan yang ditugaskan untuk menangkap mangsa di atas kesalahan menunggang motorsikal tanpa lesen.

Ekoran itu, suspek juga dikatakan meminta mangsa untuk mengambil motorsikalnya di Pekan, Sungai Ruan selain turut meminta keizinan ibu gadis itu untuk membawanya ke Balai Polis.

Namun, pada hari yang sama iaitu sekitar jam 3.30 petang, ibu mangsa dikatakan telah menerima satu pesanan ringkas (SMS) yang di dihantar oleh mangsa.

Menerusi SMS berkenaan, mangsa memaklumkan bahawa dia dalam keadaan sihat dan sedang di bawa menuju ke Gua Musang, Kelantan.

Bukan itu sahaja, malah suspek juga memberitahu semua barang kemas miliknya seperti rantai dan gelang tangan turut telah dirampas oleh suspek.

Bagaimanapun, nombor telefon mangsa tidak dapat lagi dihubungi lagi selepas itu akibat disyaki suspek mungkin sedar mangsa memiliki telefon bimbit.

Susulan itu, ibu mangsa bertindak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis dan siasatan awal mendapati nomboryang digunakan oleh mangsa tiada dalam perkhidmatan.

Memetik laporan Bernama, pihak polis kini sedang giat melakukan siasatan bagi mengesan dan menangkap penjenayah tersebut.

Sementara itu, sepupu mangsa dikenali sebagai Roses Kiera mengakui sedih atas kejadian yang menimpa mangsa.

Melalui satu kiriman WhatsApp, Roses mendedahkan bahawa mangsa merupakan seorang anak yang sangat baik dan sering membantu ibunya menjual kuih demi menampung perbelajaan harian keluarga.

Sehubungan itu, Roses menyeru orang ramai yang menjumpai mahupun mengenali mangsa agar dapat melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa atau hubungi kedua ibu bapa gadis berkenaan di talian 014-5014160 (ibu) dan 011-25452950 (ayah).

Selain itu, Roses juga meminta agar netizne berhenti menyebarkan maklumat palsu dengan mengatakan Nor Syamim ke rumah suspek seperti mana yang tersebar meluas di dalam aplikasi Whatsapp, baru-baru ini.

Sebaliknya, mendoakan yang baik-baik agar Nor Syamim dijumpai semula dalam keadaan selamat. –

sumber:malaysiabolehbro.com

‘Berbuih mulut’ kongsi manfaat ketum, tapi….

‘Berbuih mulut’ kongsi manfaat ketum, tapi….

Zahidi sudah lama membangkitkan manfaat ketum. FOTO Azhar Ramli

DIANGGARKAN Malaysia kerugian lebih RM100 juta setahun kerana melarang penanaman ketum secara komersial memandangkan tumbuhan itu bernilai tinggi khususnya di pasaran luar negara.

Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, negara kehilangan ratusan juta ringgit setiap kali pihaknya mengeluarkan kenyataan berkaitan tumbuhan itu.

“Apabila saya keluarkan kenyataan berkenaan ketum, negara lain yang ambil manfaat dan keuntungan menerusi syarikat multinasional mereka yang memenuhi permintaan ketum di Eropah.

“Sudah bertahun saya bangkitkan isu ini, kita lihat pasaran semasa sekarang penjualan daun ketum ke Eropah didominasi Indonesia dan Vietnam namun kita masih ditakuk lama,” katanya selepas Majlis Bantuan ‘Back To School 2018’ Peringkat Parlimen Padang Besar di Tapak Pasar Sehari (NAT), Bukit Keteri, Beseri, di Padang Besar, hari ini.

Beliau berkata, terbaru pihaknya mendapati Indonesia menjana ratusan juta ringgit setahun hasil daripada eksport tanaman berkenaan.

“Pusat penanaman ketum di Kalimantan, Indonesia menjana RM10 juta bersih sebulan manakala kita masih berperang mulut membahaskan isu ini,” katanya.

Zahidi berkata, sekiranya kerajaan meluluskan penanaman ketum secara komersial, kutipan cukai tahunan negara bakal meningkat tinggi hasil pungutan cukai ke atas pengusaha ladang ketum.

“Malah, terkini pasaran Eropah begitu meminati daun ketum yang dihasilkan oleh negeri di utara tanah air seperti Perak, Kedah dan Perlis kerana mempunyai kualiti yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan kerajaan untuk diwartakan satu lesen khas mengenai tanaman ketum di samping mengadakan satu perjumpaan khas di peringkat tertinggi kerajaan pusat dalam jangka masa terdekat.

“Segelintir pihak tidak faham kerana mereka menganggap sekiranya kita meluluskan tanaman ketum secara komersial, masalah penyalahgunaan tumbuhan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab akan timbul dan lebih teruk merosakkan generasi muda.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini ladang yang akan diusahakan nanti akan dikawal ketat oleh pihak berkaitan malah RISDA akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memantau penanaman terbabit supaya tidak disalah guna,” katanya.

Pada majlis itu RISDA menyalurkan sumbangan bernilai RM149,700, berupa baju sekolah, beg dan kasut diberikan kepada lebih 2,000 orang kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun terdiri daripada anak pengusaha dan pekebun kecil bimbingan agensi itu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 3:53 PM

sumber:hmetro.com.my

Menyayat Hati…Pelajar perempuan di culik di Gua Musang…

PELAJAR perempuan berusia 16 tahun dipercayai dilarikan seorang lelaki mengaku anggota polis bernama Faiz di rumahnya di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, semalam.

Ibu mangsa Wan Maziah Wan Mat, 37, berkata, sebelum kejadian Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi keluar membeli buku adiknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Gali, menaiki motosikal kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka pada 11 pagi semalam.

Katanya, ketika pulang Nur Syaminn yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan singgah membeli pisang goreng di kedai berdekatan simpang Ulu Gali.

“Di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis meminta tolong untuk membawa balik motosikal yang didakwa baru dibelinya di kedai di Sungai Ruan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Maziah berkata, lelaki itu kemudian mengikut anaknya pulang ke rumah mereka dan bertemunya.

“Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz, anggota bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.

“Katanya dia mahu meminta tolong anak saya mengambil motosikal baru dibelinya. Tanpa syak wasangka saya membenarkan Nur Syaminn mengikut lelaki berpenampilan kemas berusia lingkungan 20-an itu menaiki kereta berwarna perak,” katanya.

Surirumah itu berkata, kira-kira 3 petang dia mendapat panggilan telefon daripada anaknya mengatakan berada di Gua Musang, Kelantan.

“Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya diambil lelaki itu sebelum talian diputuskan,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Ruan pada 4 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dibuat ibu mangsa dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan pihaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 11:15 AM

sumber:www.hmetro.com.my

Alfatihah….Guru wanita dijemput ajal di Machang..

PESARA guru maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 49.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat simpang Temangan, Machang, 11.40 malam tadi.

Mangsa, Che Yam Daud, 53, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.

Lima mangsa lain yang cedera berusia 21 hingga 25 tahun turut dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, dua lagi mangsa iaitu suami Che Yam berusia 53 dan anaknya berusia 17 tahun tidak alami kecederaan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dinaiki lelaki dari arah Kota Bharu menghala Kuala Krai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

œPemandu kereta berusia 24 tahun gagal mengelak dan merempuh Perodua Myvi dinaiki Che Yam bersama anak lelakinya berusia 25 tahun.

Rempuhan itu mengakibatkan kenderaan Honda Stream dinaiki suami Che Yam bersama dua lagi anak mereka tidak sempat mengelak dan melanggar Myvi dinaiki Che Yam.

Akibatnya Che Yam meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan manakala dua anaknya berusia 23 dan 25 tahun cedera dalam kemalangan itu.

Pemandu kereta Proton Saga dan dua penumpangnya cedera ringan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber:hmetro.com.my