HUKUM BERWUDHUK DI DALAM BILIK AIR BERTANDAS..JOM SHARE

KONGSIKAN!!! HUKUM BERWUDHUK DI DALAM BILIK AIR BERTANDAS

Apakah hukumnya untuk seseorang itu mengambil wudhu’ di dalam tandas atau bilik air? Suasana rekabentuk rumah dan bangunan masa kini tidak meninggalkan kita sebarang pilihan kecuali berwudhu’ di dalam bilik air. Semasa berwudhu’ di dalam bilik air, adakah dibolehkan kita menyebut nama Allah ketika melafazkan niat, begitu juga membaca zikir-zikir dan doa-doa khas ketika membasuh setiap anggota wudhu ?

Jawapan:

Pertama: Apakah hukum mengambil wudhu’ dalam bilik air ?

Tidak mengapa jika seseorang mengambil wudhu’ dalam bilik air yang dipisahkan tandasnya. Namun jika bilik air dan tandas didirikan bersama tanpa sebarang pemisah, maka sebaik-baiknya diusahakan agar tidak berwudhu’ di situ kerana wudhu’ dalam Islam adalah merupakan satu bentuk ibadah dan semua ibadah hendaklah dilakukan di tempat yang bersih dan terpelihara. Lebih dari itu bilik air yang bertandas adalah tempat yang digunakan untuk menunaikan hajat besar dan kecil, maka dikhuatiri seseorang itu akan terkena najis ketika dia sedang berwudhu’.

Jika seseorang itu tidak memiliki pilihan, maka dibolehkan dia berwudhu’ dalam bilik air yang bertandas dan wudhu’nya tetap sah. Hendaklah dia perhatikan adab-adab memasuki bilik air dan menjaga dirinya daripada terkena sebarang najis.

Kedua: Bolehkah kita menyebut nama Allah dan berzikir dalam bilik air ?

Abdullah ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Seorang lelaki berjalan di hadapan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam sedang di saat itu baginda membuang air kecil, lelaki itu memberi salam kepada baginda namun baginda tidak menjawabnya. [Sahih Muslim – no: 370]

Dalam sebuah hadis daripada al-Muhajir bin Qunfudz radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Aku datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam ketika baginda sedang buang air kecil, lalu aku mengucapkan salam kepadanya namun baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwudhu’, kemudian baginda meminta maaf kepadaku dan bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak suka berzikir kepada Allah Ta‘ala kecuali dalam keadaan suci.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Imam Nawawi dalam al-Adzkar (Maktabah Nazar Mustofa al-Baz, Makkah 1997), 1/65, no: 70.

Dari hadis ini berkata Imam Nawawi: Teman-teman kami mengatakan, adalah makruh mengucapkan salam (kepada seseorang yang sedang menunaikan hajatnya). Jika seseorang mengucapkan salam kepadanya, dia tidak berhak menjawabnya. Hal ini berdasarkan hadis Ibnu Umar dan al-Muhajir yang telah dinyatakan sebelum ini. [ibid, ms 33]

Berdasarkan hadis di atas dan melalui kaedah qiyas, dimakruhkan bagi seseorang untuk menyebut nama Allah atau berzikir ketika dia sedang menunaikan hajatnya, sama ada hajat besar atau hajat kecil. Namun diperselisihkan hukumnya bagi seseorang yang berada di dalam bilik air bertandas dan tidak menunaikan hajat besar atau kecil, adakah dia dibolehkan menyebut nama Allah dan berzikir ?

Pendapat pertama berkata boleh kerana hadis di atas khusus kepada suasana orang yang sedang menunaikan hajatnya sahaja. Pendapat kedua berkata ia tetap makruh kerana suasana bilik air yang bertandas bukanlah tempat yang sesuai untuk disebut nama Allah dan berzikir kepadaNya, sebagaimana tidak sesuai bagi seseorang yang sedang menunaikan hajatnya untuk melakukan yang sedemikian. Pendapat yang kedua adalah yang terpilih, Allah sahaja yang mengetahuinya.

Imam Nawawi menambah, dibolehkan berzikir umpama menyebut Hamdalah ketika bersin di dalam bilik air sekalipun ketika menunaikan hajat jika zikir tersebut adalah di dalam hati dan tidak disebut dengan lisan. [ibid, ms 33]

Adapun membaca lafaz niat, zikir dan doa ketika berwudhu’, hal ini tidak ditemui contohnya daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam. Maka sebaiknya semua ini ditinggalkan tanpa mengira sama ada di dalam bilik air atau tidak. Yang dituntut hanyalah membaca Basmalah di permulaan wudhu’ sebagaimana perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam:

Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudhu’ dan tidak ada wudhu’ bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya (ketika mengerjakannya) .

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain dengan beberapa lafaz yang berbeza tetapi memiliki erti yang sama. Ia diriwayatkan melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan, namun ia saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat tarafnya ke darjat hasan lighairihi.

sumber:jagungmanis.com

Ini Cara Cuci Kemaluan yang Betul Kalau Tak Mahu Diseksa Malaikat Di Dalam Kubur Nanti !!JOM SHARE!!!

Ini Cara Cuci Kemaluan yang Betul Kalau Tak Mahu Diseksa Malaikat Di Dalam Kubur Nanti !!

Bismillah..

*CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BENAR*

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum berarti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka dan azab kubur hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?

Lelaki dan wanita berbeda caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

*LELAKI*:
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dgn air sampai bersih.

*WANITA*:
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bagian dalamnya dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, karena hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

*SANGAT PENTING*:

Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk memasukan satu jari kedalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dgn air hingga terasa najis benar2 telah hilang dan bersih.

Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama2 kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Karena telah dijanjikan neraka bagi mereka yg tidak istibro’ (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala”.

Jangan LUPA SHARE … ilmu yang bermanfaat perlu kita amalkan bersama … Wallahu a’lam…

Catatan:
1. Tidak ada kata malu dalam urusan agama.
2. Jangan beranggapan ilmu fiqih itu jorok, karna fiqih itu menjelaskan sedetail2 nya.

Wallahualam

sumber:wikimalaya.com

Anak Derhaka Tetapi di Masukkan ke Syurga. Ikuti Kisahnya Bagi Tauladan Kita Semua…JOM SHARE

Anak Derhaka Tetapi di Masukkan ke Syurga. Ikuti Kisahnya Bagi Tauladan Kita Semua…

gambar hiasan

Anak yang tidak mendengarkan kata-kata orang tuanya, tapi diberi ganjaran masuk Syurga? Ceritanya begini, suatu hari pada zaman Rasulullah SAW. Ada seorang keluarga, saat itu si suami sedang pergi keluar untuk berdagang, si suami berkata kepada isterinya untuk tidak keluar rumah sebelum suaminya kembali pulang.

Pesanan ini benar-benar disimpannya baik-baik oleh isterinya. Ia pun tidak keluar rumah sesampai suaminya kembali pulang. Namun suatu ketika, ia didatangi tetamu dari salah seorang kerabatnya. Mengkhabarkan bahawa Ibunya sedang sakit keras, ia diminta untuk datang kembali kepada Ibunya.

Namun si isteri menjawab, “Aku menjaga amanah dari suamiku, untuk tidak boleh keluar rumah sebelum ia kembali dari rumah ini”,

Jawab si isteri kepada sanak saudara kerabatnya, “Sampaikan salam dan maaf ku kepada ibuku” sambungnya.

gambar hiasan

Kerabatnya pun kembali ke kampung halamannya. Menyampaikan pesan dari anaknya itu kepada Ibunya yang sakit tenat. Namun di tempat lain, si isteri ini (si Fulanah). Sebenarnya ingin sekali menjenguk Ibunya yang sedang sakit tenat.

Beberapa hari kemudian, sanak saudara keluarganya yang lain kembali datang kepada Fulanah untk menyampaikan berita yang sama. Ibunya sakit tenat, ia diminta untuk pulang saja ke rumah. Sekali lagi Fulanah menolaknya, ia tidak boleh menjenguk Ibunya.

Akhirnya, hingga Ibunya meninggal dunia. Fulanah didatangi kembali oleh sanak saudara keluarganya.

“Ibumu telah meninggal dunia, mahukah kamu datang untuk menjenguk jasad Ibumu untuk yang terakhir kalinya?”.

Fulanah hanya menjawab, “Innalillaahi wa ina ilaih Raji’un. Sekali lagi saya minta maaf. Saya tidak boleh pergi dari sini!”

Sanak saudara keluarganya sudah tidak boleh berpikir lagi saat itu. Hingga ia berkata, “celakalah kamu Fulanah!!! Saat Ibumu sakit, engkau tidak datang. Saat Ibumu nazak, kamu pun juga tidak datang. Dan disaat seperti ini, Ibumu sudah meninggal dunia, tapi kamu tidak datang???!!”

Kerabatnya benar-benar marah pada saat itu. “Maafkan saya kerabatku, sesungguhnya aku ingin pergi saat dikebumikan Ibu. Tapi aku tidak boleh pergi dari rumah ini!” jawab Fulanah.

Kerabatnya sudah tidak tahu apa sudah jadi dengan Fulanah, hatinya benar-benar emosi tidak keruan akhirnya, si kerabat pun meninggalkan rumah Fulanah dengan kecewa.

Hingga pada suatu hal, sang kerabat yang masih tidak suka dengan sikap keluarganya ini akhirnya berniat bertanya Rasulullah SAW, “wahai Rasulullah SAW, kerabatku telah seperti ini dan seperti itu” kata kerabat ini menceritakan kejadian si Fulanah.

Namun Rasulullah SAW hanya menjawab, “Beruntung sekali sang Ibu, ia akan masuk syurga bersama si Fulanah.”

Si kerabat ini hairan, kenapa boleh si Fulanah masuk syurga? Bukannya ia sudah berlaku kurang ajar kepada Ibunya. “Kenapa keduanya masuk syurga, Ya Rasulullah?”

“Si Ibu telah berhasil mendidik anaknya dengan baik. Sedang si Fulanah berhasil menjaga amanah dari suami dan Ibunya”, jawab Rasulullah SAW dengan tegas.

Begitulah kisah cerita pada zaman Rasulullah SAW. Maaf kalo tulisan ini dibuat begini, entah udah pernah dengar atau baca di mana, ini cuma buat peringatan dan juga bahan pembelajaran bersama saja.

Kesimpulannya :-

Sebagai seorang isteri ,adalah wajib bagi memang amanah yang telah diberikan oleh suami.Isteri juga wajib untuk mentaati segala perintah suami. Hal ini kerana,apabila seorang wanita itu sudah dinikahi oleh seorang lelaki,maka ia menjadi hak kepada suaminya dan wanita itu wajib mentaati suaminya.

Sedarlah wahai wanita,ini adalah tanggunjawab yang selalu kita abaikan dan ingatlah wahai wanita,apabila kamu sudah meninggal dunia,dan suamimu meredhai saat pemergian mu,Insya Allah syurga lah tempat mu..

Semoga bermanfaat.

sumber:jagungmanis.com

Inilah 10 Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab…Semoga Kita Tergolong Dalam Golongan Tersebut…Amiiin..JOM SHARE

Inilah 10 Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab…Semoga Kita Tergolong Dalam Golongan Tersebut…Amiiin

Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. 10 golongan manusia ini dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama.

Siapakah 10 Golongan Manusia Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab?

1) Ahli Al-Fadl (ahli kemuliaan) – Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.

2) Ahli As-Sabr (ahli kesabaran) – Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat.

3) Berjiran kerana Allah – Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4) Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)

5) Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6) Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7) Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8) Orang islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9) Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10) Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab

sumber:islamsyurgaku92.blogspot.my

Ternyata, inilah 6 Tempat Tinggal Jin yang DIberitahu Oleh Rasulullah SAW..JOM SHARE

6 Tempat Tinggal Jin yang DIberitahu Oleh Rasulullah SAW

Zaman moden ni ramai yang bersikap acuh tak acuh dengan makhluk ghaib yang dipanggil nama jin ni. Al maklum la, kononnya zaman dah berubah. Tapi secanggih mana pun teknologi atau zaman berubah, kami Khalifah Mail Online ingin menegaskan yang makhluk yang bernama jin ni akan sentiasa ada, walau tak semua yang berbuat jahat kepada manusia. Jom baca 6 tempat tinggal jin seperti yang diberitahu oleh Nabi SAW.

JIN memang suatu makhluk yang hidup terpisah dengan manusia. Namun, ada hadis-hadis Rasulullah Muhammad SAW yang secara jelas menyebutkan bahwa di dunia ini ada tempat-tempat yang memang dijadikan tempat tinggal oleh jin. Apa saja?

1. Di Tempat Kotor Seperti Toilet Dan Tempat Pembuangan Sampah.

“Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh karena itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Kata muhtadhirah dalam hadis di atas maksudnya adalah dihadiri atau ditempati oleh jin (yahdiruhal jinn). Hanya saja, jin yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti tandas itu hanyalah jin kafir. Adapun jin muslim mereka tinggal di tempat-tempat bersih dan wangi. Oleh itu, setiap muslim disunnahkan setiap kali memasuki tandas untuk berdo’a: “bismillahirrahmanirrahim allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits”, karena dengan berdoa demikian, jin kafir itu tidak akan mengganggu kita sekaligus tidak akan dapat melihat aurat kita ketika mandi. Hal ini sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah Saw dalam salah satu haditsnya:

“Dari Ali, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila seseorang masuk tandas kemudian berdoa: ” bismillahirrahmanirrahim “, maka mata jin akan tertutup dan tidak akan dapat melihat aurat keturunan Adam” (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

2. Di Tempat Kosong Seperti Rumah Terbiar Atau Gurun Dan Padang Pasir.

“Dari Ibnu Mas’ud ra berkata: “Suatu hari kami (para sahabat) berkumpul bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tiba-tiba kami kehilangan beliau, lalu kami cari-cari di lembah-lembah dan kampung-kampung (akan tetapi kami tidak mendapatkannya). Kami lalu berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah diculik”. Pada malam itu, tidur kami betul-betul tidak menyenangkan. Ketika pagi hari tiba, kelihatan Rasulullah Saw sedang bergegas menuju kami dari arah sebuah gua yang berada di tengah padang pasir. Kami lalu berkata: “Ya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, malam tadi kami betul-betul kehilangan Anda, lalu kami cari-cari ke sana ke mari akan tetapi kami tidak menemukan anda. Lalu kami tidur dengan keadaan sangat tidak menyenangkan”. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam kemudian bersabda: “Malam tadi saya didatangi oleh utusan dari kelompok Jin, ia membawa saya pergi menemui kaumnya untuk mengajarkan al-Qur’an”. Ibnu Mas’ud kemudian berkata kembali: “Lalu kami diajak oleh Rasulullah untuk melihat bekas-bekas tempat dan perapian mereka (kelompok jin)”. Para jin itu kemudian bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mengenai makanan mereka. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab: “Makanan kalian itu (wahai golongan jin) adalah setiap tulang yang masih ada sisa-sisa dagingnya yang berada di tangan kalian dan ketika memakannya disebutkan nama Allah serta semua tahi (kotoran) binatang ternak kalian”. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam kemudian melanjutkan sabdanya: “Oleh karana itu, janganlah kalian (para sahabat) beristinja (membersihkan najis seperti habis buang air kecil atau besar dengan menggunakan batu atau benda lainnya selain air) dengan keduanya (tulang dan kotoran binatang), karena keduanya itu adalah makanan sudara kalian (golongan jin)” (HR. Muslim).

3. Dalam Lubang Lubang.

“Dari Abdullah bin Sarjas, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah seseorang di antara kalian kencing di lubang”. Mereka bertanya kepada Qatadah: “Mengapa tidak boleh kencing di lubang?” Qatadah menjawab: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mengatakan karana lubang itu adalah tempat tinggalnya golongan jin” (HR. Abu Dawud, Nasai dan Ahmad).

4. Dalam Rumah

Jin juga tinggal di atas rumah (atap) manusia. Hanya saja, jin yang tinggal di atas atap rumah orang-orang beriman hanyalah jin muslim. Dalilnya adalah hadits berikut ini:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak ada satu rumah orang muslim pun kecuali di atap rumahnya terdapat jin muslim. Apabila ia menghidangkan makanan pagi, mereka (jin) pun ikut makan pagi bersama mereka. Apabila makan tengahari dihidangkan, mereka (jin) juga ikut makan bersama orang-orang muslim. Hanya saja, Allah menjaga dan menghalangi orang-orang muslim itu dari gangguan jin-jin tersebut” (HR. Abu Bakar sebagaimana ditulis oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari).

5. Dalam Pasar Dan Tempat Perniagaan (Mall)

Selain di rumah, Jin juga ada yang tinggal di pasar atau Mall. Hal ini sebagaimana disebutkan alam sebuah riwayat dimana Salman al-Farisi pernah berwasiat kepada para sahabat yang lain:

“Kalau boleh, janganlah kalian menjadi orang yang pertama kali masuk ke pasar atau menjadi orang yang paling akhir keluar dari pasar, karana pasar itu merupakan tempat berseterunya para syaitan. Dan di pasarlah syaitan menegakkan benderanya” (HR. Muslim).

6. Dalam Kandang Unta

Ertinya: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah kalian solat dalam kandang-kandang unta karana di sana terdapat syaitan, solatlah di kandang biri-biri karana dia itu membawa berkah” (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).

sumber:www.islamituindah.com.my

Masih ramai yang belum tahu menunaikan solat hajat dengan betul..Berikut Adalah Cara Pelaksanaannya..JOM SHARE!!!

Jika Mempunyai Hajat Penting, Dirikanlah Solat Sunat Hajat..Berikut Adalah Cara Pelaksanaannya yang Betul

Barangsiapa yang ada suatu hajat dalam urusan dunia mahupun akhirat maka sunat ia bersolat sekurangnya dua rakaat memohon kepada Allah ditunaikan hajatnya itu.

Solat hajat dikerjakan apabila ada hajat yang penting atau mustahak seperti meminta selamat perjalanan, meminta diberikan kesembuhan dari sakit, meminta lepas dari musibah dan yang seumpamanya.

Tidak disunatkan solat hajat untuk perkara remeh temeh seperti kerana mahu pakai baju atau mahu duduk bangun.

Tidak bolih solat hajat kerana perkara yang haram seperti meminta perkara dosa dan seumpamanya.

Solat hajat ini termasuk solat-solat yang sunat. Harus dikerjakan ia pada siang atau malam.

Dalil sunat solat hajat :

Dari ‘Uthman bin Hunaif r.a. katanya :

أَنَّ رَجُلاً ضَرِيرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ فَقَالَ: ادْعُ اللهَ لِي أَنْ يُعَافِيَنِي. فَقَالَ: إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ لَكَ وَهُوَ خَيْرٌ وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ. فَقَالَ: ادْعُهْ. فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّىَ رَكْعَتَيْنِ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ. يَا مُحَمَّدُ، إِنِّي قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى. اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ

artinya : “Sungguhnya seorang lelaki yang hilang penglihatannya telah mendatangi Nabi saw maka berkata ia : Doakan aku wahai Nabi agar Allah sembuhkan aku ini.
Maka jawab baginda : Jika kamu mahu aku akan tundakan bagi kamu permintaan kamu ini. Ia lebih baik. Dan jika kamu mahu juga, aku akan doakan kamu.
Kata lelaki itu : Doakanlah aku.
Maka Nabi saw menyuruhnya mengambil wuduk dan mengelokkan wuduknya itu dan bersolat dua rakaat dan berdoa dengan doa ini : ” Ya Allah sungguhnya aku meminta kepada Mu dan aku hadapkan wajahku kepada Mu dengan berkat Nabi Muhammad pembawa rahmat. Wahai Nabi Muhammad sungguhnya aku telah hadapkan wajahku dengan berkatmu kepada Tuhanku pada hajatku ini supaya ditunaikan ia. Ya Allah terimalah syafaatnya untuk aku.” (Hadith Ibnu Majah & Tirmizi)

Cara Perlaksanaan

Solat sunat hajat sama caranya seperti solat sunat yang lain samada pada syarat dan adabnya..

Niat solat hajat ketika bertakbir ialah hadirkan di dalam hati :

“Aku kerjakan solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

atau niat-niat yang mempunyai pengertian yang sama.

Selepas membaca Fatihah hendaklah dibaca surah mana yang mudah bagi kita. Begitu juga pada rakaat yang kedua.

Selepas memberi salam hendaklah berdoa meminta kepada Allah agar hajat kita tercapai.

Antara doa yang elok dibaca ialah doa lelaki yang tersebut pada hadith di atas tadi atau doa berikut :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، لاَ تَدَعْ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

artinya : “Tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Allah yang maha lemah lembut dan maha mulia. Maha suci Allah yang memiliki Arasy yang sangat besar. Segala pujian itu adalah milik Allah. Aku mohon kepada Mu semua yang mengundang rahmat Mu. Yang mendapatkan keampunan Mu. Dan kekayaan dari segala kebaikkan dan selamat dari segala dosa. Janganlah Engkau tinggalkan aku dalam keadaan berdosa melainkan Engkau ampunkan. Dan tidak juga dalam kegundahan melainkan Engkau berikan jalan kelepasan. Dan tiada ada sebarang hajat yang Engkau redha melainkan Engkau tunaikannya. Wahai Tuhan yang amat menyayangi dari semua yang menyayangi.”

Boleh juga berdoa ketika di dalam sujud solat sebelum memberi salam.

Solat sunat hajat afdhal dikerjakan seorang diri tetapi jika dikerjakan berjemaah hukumnya adalah harus dan sah.

Wallahua’lam

sumber:www.islamituindah.info

Khas Untuk Si Rabun. Doktor Pakar Mata Ini Dedah 3 Tips Semula Jadi Pulihkan Penglihatan..JOM SHARE!!!

Khas Untuk Si Rabun. Doktor Pakar Mata Ini Dedah 3 Tips Semula Jadi Pulihkan Penglihatan

Mata rabun? Seiring dengan teknologi perubatan kini yang semakin berkembang mengikut arus permodenan, industri perubatan telah menemui banyak solusi untuk mengembalikan penglihatan bagi individu yang mata rabun. Ini termasuklah rawatan surgeri laser seperti LASIK dan PRK yang ternyata berkesan dan hanya mengambil masa yang singkat bahkan tidak menyakitkan.

Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu menjalani rawatan surgeri laser ini kerana kosnya adalah tinggi memakan lebih RM3000 hingga RM7000.

rawatan laser mataRawatan surgeri laser sememangnya berkesan tetapi harganya terlalu tinggi dan tidak semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan ini.
Oleh itu, sebagai orang yang beragama, kita perlu yakin bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Kalau tidak, takkanlah orang dulu-dulu boleh sembuh meskipun tiada teknologi moden kan?

Seperti yang dibincangkan dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, ini Wanista kongsikan tiga cara untuk memulih di samping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. Orang yang tidak rabun pun boleh menggunakan cara-cara ini untuk mengekalkan kesihatan mata mereka!

#1 Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas

Pelihara mata anda melalui pemakanan! Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik. Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.

Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari. Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta.

tahap rabun jauhMata sebenarnya memerlukan beberapa jenis nutrien untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.
Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata. Beri biru, anggur secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan.

DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula bisa menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata.

#2 Lakukan Senaman Mata

Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih.
Tetapi pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan!

rabunAnda harus melakukan senaman mata pada bila-bila masa sahaja terutama ketika mata sedang letih.
Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.

Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.

Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.

senaman mataMata memerlukan senaman yang betul agar ia berfungsi dengan baik.
Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung. Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.

#3 Peruntukan Waktu Rehat Mata

Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam.

Lebih-lebih lagi buat individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda.

tidurTidur juga berperanan untuk merehatkan mata.
Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya.

Selamat mencuba!

sumber:kuasaheboh.win

Tun M persoal peranan mufti sewaktu peristiwa Memali..JOM SHARE!!!

Tun M persoal peranan mufti sewaktu peristiwa Memali


SHAH ALAM – [VIDEO] Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan peranan mufti-mufti di negara ini berikutan tidak mengambil sebarang langkah untuk menyangkal Amanat Hadi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tragedi berdarah Memali.

Menurutnya, mufti tidak mengambil sebarang tindakan bagi membetulkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada waktu itu yang mendakwa bahawa mana-mana pihak tidak menyertai parti Islam tersebut merupakan seorang kafir.

“Mengapa mufti tidak betulkan kenyataan itu? Mereka diam seribu bahasa seolah-olah bersetuju dengan pendapat Pas.

“(Jika begitu) kalau mereka setuju dengan Pas namun tidak sertai Pas, maka mereka juga kafir,”katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sewaktu Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC, hari ini.

Amanat Hadi tersebut dikatakan menjadi inspirasi kepada pengikut Pas pada ketika itu, dengan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya, antara yang memegang teguh amanat berkenaan.

Disebabkan Amanat tersebut, Mahathir memaklumkan bahawa pengikut Ibrahim Libya telah merancang pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan pada waktu itu.

“Peristiwa Memali telah menyaksikan pengikut Ibrahim Libya membunuh empat anggota polis kerana pada mereka polis bekerja dengan kerajaan kafir. Inilah jadi akibat fatwa yang dikeluarkan oleh orang politik,” katanya.

Beliau turut mendakwa Pas merupakan sebuah parti Islam yang bertindak untuk menjual agama.

sumber:www.sinarharian.com.my

Perlu Tahu..Lima Kesalahan yang Langsung Dibalas Allah Di dunia..JOM SHARE!!!

Lima Kesalahan yang Langsung Dibalas Allah Di dunia

kehidupan di dunia Hanyalah sebuah ujian yang harus kita jalani sebelum menempuh kehidupan kekal di akhirat nanti sebagai akhirnya kita menempati neraka Jika semasa hidup kita berbuat zalim. atau bahkan kita dapat menempati surga apabila selalu berbuat kebajikan dan beramal sholeh.

Tidak dapat dielakkan bahwa kita sebagai manusia secara Sadar dan tidak sadar kita sering melakukan Beberapa kesalahan yang mengakibatkan dosa kita semakin menumpuk setiap harinya. meskipun kita semua sudah tahu semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan di dunia akan dimintai pertanggungjawaban di akhirat nanti. Namun tahukah anda bahwa selain dibalas dihari kiamat nanti beberapa kesalahan akan disegerakan balasannya oleh Allah subhanahu wa ta’ala saat masih di dunia.

Apa saja balasan balasan yang langsung dibalas Allah di dunia? berikut ulasannya

1. Mengurangi takaran timbangan
Meskipun berdagang ialah salah satu Pekerjaan yang dianjurkan dalam Islam dan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Sendiri ialah seorang pedagang Namun bukan berarti kita melakukan sembarang ketidak jujuran dalam berdagang. Seperti contohnya mengurangi takaran timbangan.

Pada saat ini banyak yang beralih menjadi pedagang dan pengusaha karena tergiur dengan keuntungan yang berlipat ganda sehingga banyak yang rela melakukan perbuatan kotor seperti ini. Padahal kesalahan mengurangi takaran timbangan ini akan membuat Allah segerakan balasannya di akhir zaman nanti sedangkan di dunia para pengurang takaran timbangan ini akan mengalami peceklik yang panjang, kesempitan hidup dan kezaliman yang dilakukan kepada penguasa.

Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa menjadikan akhir zaman sebagai orientasi hidupnya maka Allah akan jadikan kekayaan ada dalam hatinya, Allah himpun kekuatannya, dan dunia akan menghampirinya, sedang ia tidak menginginkannya, Dan sebaliknya Barang siapa menjadikan dunia sebagai cita-citanya, Allah jadikan ke kamu kefakiran ada di depan matanya, Allah cerai beraikan urusannya dan dunia tidak menghampirinya kecuali apa yang sudah Allah takdirkan untuknya ( HR. Tirmizd :2Di mana465 )

2. menahan zakat
Zakat adalah rukun Islam yang paling besar Dalam hubungan sesama manusia. zakat berfungsi sebagai membersihkan harta. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman : “ Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka, Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketentraman jiwa bagi mereka. dan Allah maha mendengar lagi Maha Mengetahui “ ( QS. at-taubah : 103 )

Sesungguhnya menahan zakat adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah karena perbuatan ini akan mendapat balasan di akhir zaman kelak bukan hanya itu perbuatan menahan zakat juga akan dibalas di dunia oleh Allah subhanahu wa ta’ala Seperti ditahannya hujan dari langit dan mereka akan mengalami kemarau yang panjang.

3. berbuat zina
Berzina juga termasuk dalam perbuatan yang dibenci oleh Allah. Allah segerakan balasannya di dunia. Perbuatan ini termasuk ke dalam golongan dosa besar. dalam hukum islam seseorang yang melakukan zina akan dihukum cambuk dan diasingkan ketempat yang jauh dari pemukiman. dan balasan didunia bagi orang yang berzina akan tertular penyakit berbahaya. inilah hukum Allah yang diberlakukan bagi orang yang berbuat zina.

4. Berbuat riba
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman, maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan RasulNya akan memerangimu.dan jika kamu bertaubat maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya,” (QS. Al-baqarah : 278-279)

adapun balasan selama didunia bagi pelaku riba ialah dijauhkan dia dari rahmat Allah.

5.Dosa kepada kedua orangtua
Allah mewajibkan kita untuk berbakti kepada kedua orangtua setelah kewajiban menyembah kepadanya. karena kewajiban ini Allah akan sangat murka apabila kita durhaka kepada orangtua. bahkan balasannya akan langsung kita rasakan didunia, Rosulullah SAW bersabda : “ ada dua pintu amalan yang disegerakan balasannya didunia; kedzoliman dan durhaka pada orang tua” (HR. Hakim dan dishohihkan Al-albani dalam ash-shohihah : 1120)

balasan tersebut adalah merasa ketidaknyaman dalam hidup dan tidak pernah merasa tentram dan bahkan dijauhkannya seseorang dari rizki oleh Allah SWT.

itulah lima kesalahn yang langsung dibalas oleh Allah SWT.setiap apa yang kita dapatkan tak pernah luput dari perbuatan kita. jika itu bai maka akan dibalas baik, dan jika itu buruk akan dibalas buruk. semoga hal ini bisa menambah kembali keyakinan dan keimanan kita tentang hukum-hukum Allah. semoga bermanfaat.

sumber:www.islamituindah.com.my

SEMUA PASANGAN PERLU TAHU HUKUM BERSETUBUH SEBELUM MANDI WAJIB AKIBAT HAID..JOMSHARE!!!

BERSETUBUH SEBELUM MANDI WAJIB AKIBAT HAID

Soalan:
Assalamualaikum wbt,
Saya sudah berkahwin. Sewaktu isteri saya selesai tempoh haid, saya terus melakukan hubungan seksual dengannya tanpa menunggunya mandi wajib terlebih dahulu. Adakah saya berdosa? Saya adukan hal ini kepada sebahagian pihak dan mereka menjawab saya wajib membayar kafarah. Benarkah hal itu? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Adapun berkenaan dengan soalan yang ditanyakan, di dalam mazhab Imam al-Syafie, haram hukumnya seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, atau dalam keadaan sudah terhentinya darah haid tetapi belum mandi. Ini berdalilkan firman Allah Taala:

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ
Maksudnya: Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
(Surah al-Baqarah, 222)

Maka hukumnya berdosa besar bagi seseorang lelaki menyetubuhi isteri ketika haid, secara sengaja, mengetahui hukum haramnya, dan tanpa lupa dan dipaksa. Maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taubat. Suami juga disunatkan membayar kaffarah kepada golongan faqir atau miskin menggunakan matawang Islam, iaitu emas tulen.
Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a.:

إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ
Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar
Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya.

Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuh. Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haid tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar.
Rujuk al-Iqna` oleh Imam al-Khatib al-Syarbini (146-147)
Satu dinar adalah 4.25 gram emas dan separuh dinar adalah 2.125 gram. Manakala jenis emas yang mempunyai ketulenan yang tinggi adalah 24 karat (24k).
Justeru dalam kes di atas, hendaklah si suami bertaubat nasuha atas kesilapan yang dilakukan. Sunat dilakukan solat sunat taubat dan juga membayar kafarah separuh dinar emas kepada faqir dan miskin, walaupun kepada seorang.
Semoga Allah menerima taubat kita dan memperbaiki urusan kita.
Wallahua’lam.

sumber:www.islamituindah.com.my